Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Pelikan Colouring Contest 2019

Assalamualaikum


Setiap anak, dia ada minat masing-masing. Kita sebagai parent, kena kenal pasti apa minat anak-anak. Ada anak yang suka membaca, ada yang suka aktiviti lasak, ada anak yang suka betul dengan memasak. Anak kawan yuyu suka craft, buat gelang, buat sepit rambut, alahai, teringin lah anak perempuan :p

Kalau si Habib & Affan, apa yang yuyu perasan, dorang suka:
  1. melukis
  2. mewarna
  3. kereta
Boys kann :p

Apa lagi yang dorang suka. Habib dari awal dia tunjuk minat melukis, dari belum setahun, bila nampak pensil, dia ambik & conteng paper. Affan pula banyak masa dengan abang dia, dia pun terikut dengan minat Habib yang suka melukis.

Sekarang selalu tengok dorang habiskan masa dengan coloring pula. Selalunya yuyu sediakan crayon, pensil warna atau warna air untuk dorang. Paper beli siap-siap yang panjang bermeter-meter tu kat IKEA. Hehe. Tak ada lah comot dinding rumah ibu.

Baru ni, ada Pelikan Colouring Contest di GetSpace sempena school holiday. Pelikan Colouring Contest ni adalah acara tahunan dari Pelikan, tahun ni adalah tahun kedua dianjurkan. Yang bestnya, hadiah dia tuu.. bukan biashe-biashe

Walaupun anak-anak yuyu tak join, tapi yuyu bawa juga dorang ke sana, supaya dapat bagi pendedahan awal dengan minat dorang. Masing-masing baru 4 & 2 tahun, kan.

 Kategori B, untuk 8 hingga 12 tahun. Yuyu yang dah tua bangka pun tak ada bakat macam adik ni.

Bagi yuyu, benda ni sangat bermanfaat untuk meraikan kemahiran dan imaginasi dari usia muda. Yuyu sendiri pun dulu emak yuyu pernah hantar untuk colouring contest, walaupun tak dapat apa-apa tempat, tapi, banyak benda yang yuyu belajar. Antaranya:

1) tiada had dalam kreativiti
Yuyu diberi pendedahan join contest ni agak lambat lah, time tu darjah empat. Masa hari pertandingan, kawan-kawan lain siap bawa warna air, dan macam-macam lagi set warna mengikut kreativiti masing-masing, yuyu pula bawa pensil warna biasa saja. Jadi, hasil kertas pertandingan yuyu tu, alahai, hambar :p

2) imaginasi
Dengan colouring, kita dapat mengekspresikan imaginasi kita dengan sebaik mungkin. Contohnya, macam Pelikan Colouring Contest 2019 ni, tema dia adalah "Nature". Team Pelikan cuma lukis "sungai", jadi, semuanya bergantung kepada peserta untuk luaskan imaginasi di kertas warna tu.

tengok, dari sungai saja, boleh transform kertas menjadi hidupan laut macam ni

3) bersosial
Apa yang yuyu tengok, dengan pertandingan macam ni, bukan saja dapat tunjuk bakat, tapi dapat juga kenalan baru. Dulu masa yuyu join pun, yuyu dapat ramai kawan baru dari berlainan sekolah & negeri.

dan, banyak lagi...

 Fokusnya dorang!  :p

Untuk Pelikan Colouring Contest 2019 ni, masa first saringan tu, dibuat secara online. Di mana, peserta perlu menghantar hasil bakat ke pihak Pelikan, dan team Pelikan buat lagi saringan untuk kategori A (5 hingga 8tahun) & kategori B (9 hingga 12 tahun)

Semangat tau, walaupun final contest berlangsung di GetSpace, KL, tapi finalist yang dari utara, selatan, Sabah dan Sarawak sanggup datang. Parent dorang memang supportive habis lah!

Please lah selalu follow semua link di bawah untuk stationery, dan info contest tahun depan:



Semua peserta akan disediakan dengan kelengkapan mewarna daripada jenama Pelikan, dan peserta dibenarkan untuk bawa kelengkapan extra jenama Pelikan lain ikut kreativiti. 

wow 😍

Jenama Pelikan ni memang diketahui semua dia punya kualiti & hasil. Warna-warna dari Pelikan kalau kita guna, pekat betul hasil dia. Puas hati!

Nampak kan hasil dari Pelikan :)

Selain daripada aktiviti tahun macam ni, Pelikan juga buat aktiviti hujung minggu untuk anak-anak kita dengan Pelikan Craft & Art Class di Pelikan Store, The Garden Mall. Fee yang rendah, tapi boleh asah kreativiti & tingkatkan fine & gross motor skill anak-anak kita.

Yuyu berminat! tengah cari masa sesuai untuk bawa Habib & Affan pi sana


Ok, berbalik kepada Pelikan Colouring Contest 2019 ni, yuyu suka sangat tengok parent sanggup bagi semangat untuk anak-anak. Bayangkanlah parent sanggup bawa dari negeri yang jauh, datang satu family, bawa anak kecik, demi bagi semangat untuk anak-anak dalam minat dorang.


InsyaAllah, yuyu pun teringin nak jadi macam parent yang sangat supportive tu :)

Hasil adik-adik Kategori A (5 hingga 8tahun). Amazing!

Bila kita menjadi ibubapa yang selalu menyokong minat anak-anak, selalu jadi tulang belakang dalam aktiviti positif anak kita, insyaAllah, kita akan membina anak-anak yang tinggi dengan IQ & EQ. 

Semua peserta tak balik dengan tangan kosong. Siap dapat set dari Pelikan & RM100 untuk saguhati. Wow kan!  

Hadiah utama dia RM2,000 kau! Tahniah adik-adik semua!


Tak sabar nak tengok Pelikan Colouring Contest yang tahun depan pulak. Harap pihak Pelikan jemput lah yuyu lagi. Mihmihmih :p

Ok lah, panjang-panjang dah taip, jangan lupa follow semua link yuyu bagi tadi & jom bawa anak-anak untuk Pelikan Craft & Arts Class di Pelikan Store, The Garden Mall k

Terima kasih sudi baca



Love,

Comments

  1. wow menarik nya. pelikan color pensil mmg best.. color terang

    ReplyDelete
  2. wahh.. cantik2. pandai bebudak tu melukis n mewarna

    ReplyDelete
  3. wahh.. cantik2. pandai bebudak tu melukis n mewarna

    ReplyDelete
  4. Saya pernah buat event melukis camni.
    Tengok budak2 yg join semua have fun sangat. Dorang ade kreativi yg amazing sangat yg saya sendiri pun takleh buat kadang tu.

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi komen :)

back to top