Pati Ikan Haruan Harwany dengan Aloe Vera

by Yuyu Zulaikha, 12:00:00 AM
Assalamualaikum


Masa yuyu bersalin Habib dulu, ramai sungguh yang suggest yuyu ambik Pati Ikan Haruan Harwany, cuma sebab yuyu czer, doktor tak galakkan yuyu untuk ambil sebarang pati ikan haruan atau gamat. Sayang sangat, sebab dah diketahui umum pati ikan haruan sangat baik untuk kesihatan lagi-lagi ibu berpantang untuk kesembuhan dalaman dengan baik

Selalu dengar kan, kalau orang sakit, excident ke, mesti orang akan suggest ambik juga pati ikan haruan? 

Sebab apa ya? Sebenarnya, pati ikan haruan ni sangat bagus untuk:
  1. Membaiki tisu badan
  2. Meningkatkan sistem imunisasi badan
  3. Mencantikkan kulit
dan, banyak lagi kebaikan yang dipercayai oleh orang-orang dulu, sebab tu kalau kita tengok orang dulu, nak sihat, suka betul amalkan apa-apa yang berkaitan dengan ikan haruan.

Kita sekarang ni, susah lah nak cari ikan haruan kann. Pergi pasar Selayang, kadang ada, kadang tak, lagipun, dia punya bau, boleh tahan juga la :p

Cara paling praktikal lagi efektif sekarang yang tersedia adalah dengan:

Pati Ikan Haruan Harwany


Apa yang bestnya dengan Pati Ikan Haruan Harwany ni, langsung tak berbau hanyir. Bab ni lah paling ramai yang fail dengan pati ikan haruan. Ada baca komen, siap muntah, tapi yang Harwany ni, langsung tak berbau hanyir bila consume

Suami pun terkejut dengan bau dia :) 

Kedua, bukan saja dapat menikmati kebaikan ikan haruan, malah, Pati Ikan Haruan Harwany kini diperkaya dengan Aloe Vera + Kurma. Rasa dia pun not bad, serius boleh telan. Kita sendiri pun dah tahu akan kebaikan Aloe Vera yang sangat bermanfaat untuk kulit, dan kurma pula adalah antara superfood yang bagus untuk tenaga.

Selain daripada baunya yang tak hanyir, dan diperkaya dengan Aloe Vera + Kurma, Pati Ikan Haruan Harwany juga:
  1. Tanpa kolesterol
  2. Tanpa pengawet
  3. Tanpa perasa tiruan
Bagus kann?

Korang boleh dapatkan Pati Ikan Haruan Harwany satu box dengan 75 x 6+1 botol yang sangat praktikal. Cuma buka penutup dan boleh terus minum


Untuk bahan-bahan yang terkandung dalam setiap botol Pati Ikan Haruan Harwany mengandungi:
  • Pati Ikan Haruan
  • Kurma
  • Ekstrak lidah buaya
  • Karamel
No wonder lah rasa dia boleh ditelan, dan tak bau hanyir ikan haruan kan :)

Ok lah, sempena dengan puasa ni, yuyu nak belanja korang sikit. Boleh sihat, cantik dengan Pati Ikan Haruan Harwany tapi dengan harga lebih murah kalau guna code:


PUASA19YUY
30% off LAZADA
16 hingga 22 May sahaja


Jangan lupa grab promo ni ok. Nak raya dengan sihat dan cantik kann

Terima kasih sudi baca


Love,
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Betul tu yuyu. Kinah dulu pun minum lepas bersalin sebab dengar orang kata bagus untuk penyembuhan. Masa tu sebab bersalin normal jadi doktor takde la cakap apa2. Rasanya pun sedap dan bila dah diperkaya dengan Aloe vera+kurma ni yang nak try jugak ni

    ReplyDelete
  2. best produk gini. bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  3. good sharing yuyu..elok suggest ni kat mak2 yang tengah pantang..mmg tahu lama pasal kebaikan ikan haruan ni untuk mak2 yang baru lepas bersalin...

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS