Assalamualaikum ♥
Lama dah tak share pasal beauty/makeup/skincare di blog yuyu kan? Selalu share di Instagram yuyu ja. Memandangkan hari ni Khamis, Beauty punya entry, yuyu nak kongsi pasal APRIL SKIN dah ada stand alone store di Malaysia guys! Selama ni selalu tengok orang shopping di Korea je. Lepas tu baru ni masuk Malaysia, tapi ada di Guardian saja, dan...
Semalam, adalah launching 1st outlet April Skin di Malaysia, yakni di Ground Floor, SOGO Mall.
Basically, apa yang kita kena tahu pasal April Skin adalah, skincare daripada April Skin solely daripada natural ingredients. Semua product dia berasaskan tumbuhan, dan product ni adalah berasal daripada Korea. Kalau cakap pasal cosmetic & skincare, memang product Korea advance jauh ke depan dia punya teknologi. Hebat sangat.
Even masa yuyu ke Korea dulu, kami ke Myeongdong untuk tengok sendiri skincare & cosmetics dia sana, serius kita macam ketinggalan berpuluh tahun. Apapun, syukur, product Korea banyak yang dah masuk ke Malaysia, dapatlah kita cantik macam dorang. :p

Tahniah APRIL SKIN untuk 1st outlet di Malaysia! Tak sabar nak tengok outlet April Skin merata di seluruh Malaysia ♥

Yang paling yuyu suka di April Skin's Launching semalam, since yuyu ada skin concern pasal moisture. Sekarang ni kulit yuyu tend untuk jadi sedikit kering. --'

Thanks APRIL SKIN untuk mashaALLAH banyaknyaa hadiah ni! Dari skincare sampai ke cosmetics. Tak sabar nak try!
InsyaAllah, bila skincare yuyu yang sekarang dah habis, yuyu akan try April Skin pula, dan yuyu share review di blog pula. Kalau tengok review blogger lain, kebanyakannya memang puas hati sangat, nanti lah yuyu buat honest review.
Cuma, kali ni yuyu nak share, dalam banyak-banyak product daripada April Skin, ada dua product yang yuyu sangat tertarik:
InsyaAllah, bila skincare yuyu yang sekarang dah habis, yuyu akan try April Skin pula, dan yuyu share review di blog pula. Kalau tengok review blogger lain, kebanyakannya memang puas hati sangat, nanti lah yuyu buat honest review.
Cuma, kali ni yuyu nak share, dalam banyak-banyak product daripada April Skin, ada dua product yang yuyu sangat tertarik:
- APRIL SKIN Perfect Magic Dual Cushion
- APRIL SKIN Real Calendula deep Moisture Essence
Sebab apa?
APRIL SKIN Perfect Magic Dual Cushion
Nampak dari luar, macam BB cushion biasa kan. Yuyu ingat, sama je macam cushion April Skin yang lain, rupanya yang kali ni, dengan packaging hitam & merah, dalam tu ada BB Cushion + wow! siap ada Matte Powder!

Perfect untuk ada dalam setiap handbag. Senang. Boleh pakai foundation terus set makeup. Genius <3 p="">
3>
3>

BB Cushion

Dengan sekali flip

Taraa! Ada sekali Matte Powder. Boleh set makeup untuk tahan lebih lama & nampak lebih even.
APRIL SKIN Real Calendula Deep Moisture Essence
Calendula ni terkenal dengan anti inflammatory, & baiki parut jerawat. Sesuai lagi-lagi untuk yang kulit sensitif. Jadi, bila April Skin ada produk yang dari Calendula, plus, dia juga essence untuk deep moisture, yuyu betul-betul berkenan sangat.
Time pregnant ni, kulit yuyu agak sensitif, dia cenderung untuk jadi kering, dan kadang kulit yuyu jadi merah sikit, sensitif.

Bila nampak ni, tak sabar sangat nak try!

Jadi, korang kalau datang SOGO, jangan lupa beli product APRIL SKIN ok. Ada promo 20% sekarang ni.
Tapi, kalau korang nak try April Skin, tapi jauh dari SOGO, tak apa, boleh je online shopping di Guardian [ https://guardian.com.my/index.php/pbrand/aprilskin.html ] atau boleh je beli di mana-mana outlet Guardian, ok :)
Korang pernah try April Skin tak? Product mana yang paling korang nak try? Jangan lupa komen ok.
Terima kasih sudi baca
Love,
O aprilskin. I like this company.
ReplyDelete:)
DeletePosting yang menarik
ReplyDeleteterima kasih <3
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHello 👋🏻 I’m a muslim, May I know if it is safe to be using this product because it is my first time trying ?
ReplyDelete