Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Habib & Sekolah

Assalamulaikum

Jadi, entry ni akan menjadi entry Parenting blog yuyuzulaikha.com untuk tahun 2019. Hari Selasa khen :p

Untuk kali ni, yuyu nak share  pasal Habib Muhammad dah sekolah! yaiy! Tapi, tadika lima tahun lah sebenarnya. Untuk mak-mak yang first time hantar anak sekolah, semestinya benda ni sesuatu yang mengeciwikan (ya Allah, rosak Bahasa Melayu --' ). 

Anak i dah sekolah lah. #lapairmatadengansiku :')

Walaupun, banyak mommies yang hantar anak sekolah masa umur empat tahun, tapi yuyu & suami decide untuk hantar Habib bila dia lima tahun. Kononnya, kami nak dia puas di rumah dulu dengan ibuayah. Padahal ibu tak sanggup nak berjauhan. Kah!

Rupanya, susah juga kan bab anak sekolah ni. Jenuh ok kami survey macam-macam sekolah, Little Caliph lah, Brainy Bunch lah, Tadika Kemas lah, R.E.A.L Kids lah, akhirnya kami pilih KinderKaizen. 

Kenapa Kinderkaizen?
Yuyu kenal Kinderkaizen masa dijemput oleh Dr Afzan Maria untuk talk pasal, hmm, tak ingat tajuk dia, tapi pasal learning through play lah. Time tu macam, apa lah semua benda kena main ni. Lepas satu topik ke satu topik Dr Afzan terangkan, terus wowwww, serius lepas ni kena ubah cara aku ajar anak.

Masa tu Kinderkaizen ada di Damansara saja. Lama-lama ada makin banyak cawangan, sampai lah dua tahun lepas, Kinderkaizen buka cawangan di area rumah yuyu. Ya Allah. Nikmatnya. Walaupun Kinderkaizen pilihan pertama yuyu & suami, kami tetap lah survey tempat lain juga, tapi memang nak yang menekankan aspek play lah.

Kebanyakannya tak menepati pilihan kami. Kadang tu, macam ok, tapi lokasi pulak, tak pun mahal macam nak minang menantu! Akhirnya, sehari lagi nak habis 2018, baru register Habib di sana. Lulz. Tu pun ada 2 lagi kekosongan. Alhamdulillah. 

Di sini, semuanya berdasarkan play. Belajar kira, bahasa, atau apapun lah, melalui bermain. Lebih kepada kaedah UK, Finland & Jepun lah kan. 

Fee
Untuk fees Kinderkaizen 2019 ni, not bad, masih dalam budget yuyu. RM2,240 termasuk yuran tahunan, baju sekolah tiga pasang, yuran Januari, dan yuran lain-lain. Yuyu pilih untuk ambil yang sesi pagi, yakni 8:30am hingga 12:30, jadi setiap bulan kena bayar cuma RM350. 

Di sini ada sesi pagi, sesi petang (1:30pm hingga 5:30pm) dan full day. Untuk full day monthly fee dia RM750. 

Banyak dah montessori, kindergarten & playschool yang yuyu dah survey. Untuk fee, Kinderkaizen antara yang tengah-tengah, tak mahal tak murah, tapi monthly fee dia bagi yuyu antara yang murah juga.

Memandangkan yuyu dan suami kerja sendiri, waktu kami sangat fleksibel, dan Affan pun sangat rapat dengan Habib, jadi, kami decide untuk ambil pagi saja berbanding untuk hantar Habib fullday. 

So, macam mana journey Habib ke sekolah? Dia happy ke? Excited nak jumpa kawan ke? Atau menangis seharian?

Nanti lah yuyu share di entry lagi satu ok. Sebab banyak sangat benda nak cerita. Hahaha. Ada yang sedih, ada yang ibu pun happy sangat. Apapun, memang yuyu rasa tak menyesal pilih hantar Habib di sini. Sampai sekarang rasa lega yang teramat. 

Nanti lah ok yuyu share lagi, insyaAllah next Selasa. Acewah :p

Terima kasih sudi baca



Love,

Comments

  1. sama lah dengan kak, decide nak antar anak ke pasti umur 5 tahun. sebab yg sama jugak, belum mau berpisah. hahahhaha

    ReplyDelete
  2. airah ada baca jugak memang bagus kinderkaizen ni.baby airah tak keluar lagi tapi excited nak hantar sekolah haha

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah. Awal tu nangis. lepas tu merungut kalau lambat hantar sekolah pulak :P

      Delete
  4. kita geng kak yuyu! masa anak umur tiga tahun, ada juga yang tanya tahun depan taknak sekolah ke? haha.

    tapi saya dengan suami pun tadika 5 tahun. so, kami decide hantar 5 tahun.

    ReplyDelete
  5. Akak tadika time 6 tahun. Alhamdulillah. Masih berguna ��

    ReplyDelete
  6. Sama sekolah anak sy.. 5y tapi sesi petang. Start hantar dr thn lps. Alhamdulillah, sgt serasi utk anak non typical sy berbanding tmpt lain. Tu yg sanggup redah tol ulang alik utk hantar dia 😊

    ReplyDelete
  7. Sama sekolah anak sy.. 5y tapi sesi petang. Start hantar dr thn lps. Alhamdulillah, sgt serasi utk anak non typical sy berbanding tmpt lain. Tu yg sanggup redah tol ulang alik utk hantar dia 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi komen :)

back to top