Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Cara Mencantikkan Template Blog

Assalamualaikum

Chak! 

Perasan tak belog yuyu dengan template baru? Mengada tau. Update belog pun sebulan sekali, lepas tu ada hati nak edit-edit pula template. Alah, korang jangan lah herdik dalam hati, yuyu nak cari semangat baru je supaya rajin sikit blogging lepas ni :p



Selalunya, yuyu dapat soalan ni dari pembaca:

"kak yuyu, macam mana nak edit blog?"

"kenapa bila buka blog kat yuyu, di desktop macam lain, di phone macam lain?"

Dik, kak yuyu pun  tak reti sangat pun edit template bagi lawa, cuma, ada dua pilihan yang korang boleh buat kalau nak blog cantik tapi tak nampak macam blog-blog selalu tengok.

Satunya, adalah dengan edit sendiri:


1) Cari di bahagian Theme, lepas tu, tekan Customise, dan edit lah sendiri, ikut kesukaan korang. Boleh edit font, colour background, size sidebar, boleh adjust colour, dan macam-macam boleh.

atau


2) Di bahagian Theme juga, tapi korang boleh pilih template yang disediakan oleh Blogger. Ada banyak sangat, dan bila pilih template tu pun, still korang boleh customise macam cara 1 tadi.


Keduanya cara berbayar...

1) Kalau korang sejenis blogger yang tegar, dan sanggup invest, boleh lah korang dapatkan service web designer. Ini mahal sikit bagi yuyu, tapi web designer akan buat blog kita secantik, se'rare', dan sepuas hati yang mungkin.

Yuyu pernah tanya juga web designer, untuk satu blog, mostly akan charge RM2,000++. Hahahahahahahahaha. Terima kasih. Lepas dengar harga tu, sebagai blogger yang tak tegar ni, ok lah, yuyu cari option lain.

Antara contoh blog yang guna khidmat web designer adalah:

www.cindysirinya.com

Masuk blog dia pun, jeles. Ok. Lawa. Taknak tengok dah. Jeles sampai tahun depan. Blogger US selalu sangat guna service web designer. Hmm..


2) Cari pre-made template. Premade template jauh lebih murang berbanding option 1 berbayar tadi. Cuma kelemahan dia, biasa lah, mungkin blog kita akan sama wajah dia dengan blog orang lain. Hahahahahaha. Hmm, tapi RM2,000 tu boleh buat bayar sewa rumah. Tskk. Sadis kan. Nak blog lawa tapi kedekut nak invest :p

Pre-made template ni, korang boleh cari banyak sangat bila korang google. Contohnya, ThemeXpose, atau kalau blog yuyu, yuyu cari di Etsy.com. Untuk premade template selalunya dalam RM40 hingga RM80 saja.

Murah kan? Kadang, ada yang developer web tu minta sikit charges kalau kita nak dia sendiri yang set-upkan template tu untuk kita. Sebab apa?

Sebab susah weh buat sendiri! Nak edit HTML lah, nak copypaste lah, nak remove tu nak tambah pulak benda ni. Ya Allah. Gaduh dengan boyfriend pun tak semenyampah ni. Kadang, bila dah edit, ehh, apesal tak jadi apa ni. Aku hempuk laptop aku ni kang!

Tapi, kalau jenis yang penyabar, okay lah, boleh slow-slow buat kan :)

dan, untuk soalan kenapa tengok blog yuyu di desktop nampak lain, di phone nampak lain, sebab, yuyu pilih template yang "responsive". Di mana, template tadi, akan respond menjadi desktop view kalau kita tengok di desktop, laptop atau iPad, tapi akan jadi mobile view kalau kita tengok di phone.

Jelas kan? Harap korang clear lah bab ni. Penat tau taip sambil tekan perut, senak memanjang ni.

Yuyu pun tak tau lah apesal semangat sangat yuyu edit blog. Entah korang baca ke tak blog yuyu, sekarang kan zaman Instagram, tapi yuyu still semangat, untuk bacaan diri sendiri. Hehe. Ok lah, kalau korang tak faham apa-apa, komen ok :)


Terima kasih sudi baca



Love,

Comments

  1. cantik!!! suka combination warna blog ni ❤❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaiy! Alhamdulillah! ni yang semangat lebih ni :p

      Delete
  2. Cantik blog kak yuyu. Comel mcm tuannya :)

    ReplyDelete
  3. comelnhyer...plan nak tukar jgk ni...bosan lak tgk blog template skrg..sbb tu kot jrg updade..xde mood..ehh alasan sgt..ekekeke :p

    ReplyDelete
  4. cantiknya template blog kak yuyu.rabia lama dah tak tukar template blog sebab dah sayang sgt dgn template blog waiting for u tu

    ReplyDelete
  5. Guna template yg blogspot offer pun cantik dah..

    ReplyDelete
  6. Tq for the tips! Berguna utk newbie my saya ��. Sbnrnya ikut blog yuyu dr zaman anak dara lg hihi

    ReplyDelete
  7. hai kak..lama kita tak online blog ni..bertahun..aduh..pening dah nk main coding..tu dtg tgok blog akk jap..nice ok..beli ke buat? tlg buatkan kite punya jugk please..pening dh ni..hahaha

    ReplyDelete
  8. Cantiknya template blog, Kak Yuyu. Btw salam perkenalan dan salam blogwalking. https://inspiringsharing.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi komen :)

back to top