Assalamualaikum 

Quinny Moodd. Dari dulu teringin Quinny sebab kualiti dia, tercapai juga :)


Berkenaan dengan stroller untuk adik baru nanti (eh, korang tahu ke yuyu tengah pregnant lagi? Mihmihmih), lepas tu, kenapa asyik bagitau belilah di Mamours.

Alaa. Macam mana ye nak bagitau. Beriya ni suruh korang, tolong lah, kalau nak beli apa-apa baby gear, belilah dengan Mamours.
  • nak beli car seat, tolong beli dengan Mamours
  • nak beli stroller, tolong beli dengan Mamours
  • nak beli high chair, tolong beli dengan Mamours
  • nak beli botol susu, tolong beli dengan Mamours
  • nak beli walker, tolong beli dengan Mamours
Banyak lah lagi. Sebab apa? 

Ok, nak cerita sikit pengalaman yuyu sejak dari survey stroller, sampai lah sekarang dengan Mamours. Walaupun dorang tak bayar pun sesen pun untuk entry ni, tapi nak juga bagitau korang, tolong eh beli dengan Mamours.

Bukannya kitorang lakibini tak pernah shopping online, takpun tempat lain selain Mamours. Ok. Bukan tak ok. Cuma, once dah ada pengalaman dengan Mamours, terus ringan je mulut nak suruh semua orang shopping sana juga.

Kami start dengan survey stroller masa tu. Dari satu ke satu kedai kami masuk. Memang sama ja, stroller yang sama, kualiti pun sama saja, tapi apa yang lain dengan Mamours?

Sabar je staff Mamour angkat turun naik stroller & car seat untuk test. Survey je pun :p

  • Layanan
Masuk saja mana-mana outlet Mamours, baik di Mid Valley, OneUtama, IOI City Mall atau mana-mana lah, layanan staff dia sangat friendly dan serba-tahu. Dorang sedia saja untuk jawab soalan.

"macam mana ya cik, bajet saya banyak ni, family saya style selalu travel, stroller mana elok?"

"Puan boleh Quinny Air, ringan dan dalam lingkungan bajet puan. Quinny ni sesuai sangat untuk travel, sebab dia agak light dan bentuk dia lebih compact berbanding yang lain"

"oo. gituu"

Bukan setakat dorang baik masa nak beli je, masa nak survey, masa tak jadi beli pun, no hal lah. Siap masa awal yuyu masuk tu, bagitau terus, nak survey je, tak beli lagi, tengah kumpul duit (hihihi). Tapi still dapat layanan baik.

Ish. Serba salah pulak tak beli kat sini

  • Repair & Washing Service
Pernah tak tempat lain, korang beli, lepas tu kedai tu accept untuk service cuci? Hmm. Benda ni jadi star point bila yuyu share di Instagram yuyu yang yuyu dapatkan Quinny Moodd di Mamours. Rata-rata yang komen, bagitau dorang suka shopping di Mamours, sebab senang nanti nak cuci stroller atau car seat, senang je, hantar ke outlet Mamours, nanti dorang tolong bersihkan,

Mamours ada provide washing service untuk cover car seat & product servicing untuk clean bahagian frame stroller atau car seat. Contohlah, di stroller anak kita dah lama guna, tau-tau rasa wheel macam berat semachiamm je, bawa je kat dorang, dorang akan buka & cuci, kemungkinan ada tersangkut dengan banyak rambut di wheel stroller tu, lepas tu dorang akan letak lubricant oil khas untuk bagi wheel elok balik

dan..

yes, FREE OF CHARGE!

  • Kualiti
Di Mamours, dorang cuma menjual product yang berkualiti dan semestinya ada Europe Standard. Jadi, kita tak perlu rasa macam hmm elok ke tak aku beli ni. InsyaAllah sangat berpuas hati setiap sen kita keluarkan

Tak ada poduct OEM, tau tau, ehh, bentuk macam sebijik stroller aku tapi apesal jenama pelik.

Yang best dengan Quinny ni, ada lifetime warranty

  • Pelbagai pilihan
Yes. Ada banyak pilihan di sana. Nampak outlet Mamours ni macam have have je boleh beli kan. Eh tak lah. Dia ada pelbagai range. Ada product yang dengan bajet tinggi sampai lah pertengahan. Yang penting berkualiti. Antara brand yang ada di sana:
  1. Quinny
  2. MaxiCosi
  3. Peg-Perego
  4. Safety 1st
  5. Mima
  6. dan banyak lagi

Sebab tu kadang kan, kalau kita nak beli, bukan product sangat yang kita nak tengok, yang penting orang yang jual tu bagus. Kan? Kan? Kalau product je brand terkenal, tapi masuk kedai, hmm, malas layan, lepas beli rosak pun lantak lah, hmm, malas lah nak cari sana, tapi kalau macam Mamours ni, yuyu suggest sangat untuk semua

Selain korang boleh beli product dari Mamours secara online di :



korang juga boleh terus ke outlet dorang. Yang yuyu pernah pergi cuma di Mid Valley, iOi City Mall & One Utama, tapi ada banyak lagi outlet Mamours. Boleh check sini, k:




So far, faham kan kenapa yuyu sanggup share dengan korang pasal Mamours? InsyaAllah car seat Affan nanti pun, memang cari sana saja, dah survey, nak decide je Maxi Cosi ke atau Peg Perego.


Terima kasih sudi baca :)



Love,
Assalamualaikum

Lama dah tak share pasal beauty/makeup/skincare di blog yuyu kan? Selalu share di Instagram yuyu ja. Memandangkan hari ni Khamis, Beauty punya entry, yuyu nak kongsi pasal APRIL SKIN dah ada stand alone store di Malaysia guys! Selama ni selalu tengok orang shopping di Korea je. Lepas tu baru ni masuk Malaysia, tapi ada di Guardian saja, dan...

Semalam, adalah launching 1st outlet April Skin di Malaysia, yakni di Ground Floor, SOGO Mall.

Basically, apa yang kita kena tahu pasal April Skin adalah, skincare daripada April Skin solely daripada natural ingredients. Semua product dia berasaskan tumbuhan, dan product ni adalah berasal daripada Korea. Kalau cakap pasal cosmetic & skincare, memang product Korea advance jauh ke depan dia punya teknologi. Hebat sangat.

Even masa yuyu ke Korea dulu, kami ke Myeongdong untuk tengok sendiri skincare & cosmetics dia sana, serius kita macam ketinggalan berpuluh tahun. Apapun, syukur, product Korea banyak yang dah masuk ke Malaysia, dapatlah kita cantik macam dorang. :p

Tahniah APRIL SKIN untuk 1st outlet di Malaysia! Tak sabar nak tengok outlet April Skin merata di seluruh Malaysia

Yang paling yuyu suka di April Skin's Launching semalam, since yuyu ada skin concern pasal moisture. Sekarang ni kulit yuyu tend untuk jadi sedikit kering. --'

Thanks APRIL SKIN untuk mashaALLAH banyaknyaa hadiah ni! Dari skincare sampai ke cosmetics. Tak sabar nak try!

InsyaAllah, bila skincare yuyu yang sekarang dah habis, yuyu akan try April Skin pula, dan yuyu share review di blog pula. Kalau tengok review blogger lain, kebanyakannya memang puas hati sangat, nanti lah yuyu buat honest review.

Cuma, kali ni yuyu nak share, dalam banyak-banyak product daripada April Skin, ada dua product yang yuyu sangat tertarik:

  • APRIL SKIN Perfect Magic Dual Cushion
  • APRIL SKIN Real Calendula deep Moisture Essence
Sebab apa?

APRIL SKIN Perfect Magic Dual Cushion
Nampak dari luar, macam BB cushion biasa kan. Yuyu ingat, sama je macam cushion April Skin yang lain, rupanya yang kali ni, dengan packaging hitam & merah, dalam tu ada BB Cushion + wow! siap ada Matte Powder!

Perfect untuk ada dalam setiap handbag. Senang. Boleh pakai foundation terus set makeup. Genius <3 p="">
BB Cushion

Dengan sekali flip

Taraa! Ada sekali Matte Powder. Boleh set makeup untuk tahan lebih lama & nampak lebih even.


APRIL SKIN Real Calendula Deep Moisture Essence
Calendula ni terkenal dengan anti inflammatory, & baiki parut jerawat. Sesuai lagi-lagi untuk yang kulit sensitif. Jadi, bila April Skin ada produk yang dari Calendula, plus, dia juga essence untuk deep moisture, yuyu betul-betul berkenan sangat.

Time pregnant ni, kulit yuyu agak sensitif, dia cenderung untuk jadi kering, dan kadang kulit yuyu jadi merah sikit, sensitif.

Bila nampak ni, tak sabar sangat nak try!


Jadi, korang kalau datang SOGO, jangan lupa beli product APRIL SKIN ok. Ada promo 20%  sekarang ni.


Tapi, kalau korang nak try April Skin, tapi jauh dari SOGO, tak apa, boleh je online shopping di Guardian [ https://guardian.com.my/index.php/pbrand/aprilskin.html ] atau boleh je beli di mana-mana outlet Guardian, ok :)

Korang pernah try April Skin tak? Product mana yang paling korang nak try? Jangan lupa komen ok.


Terima kasih sudi baca



Love,
Assalamualaikum

Memandangkan hari ni Selasa, topik entry mestilah pasal Parenting kan. Jadi, kali ni yuyu nak share pasal stroller, car seat atau baby carrier. Mana satu yang paling penting. Antara tiga tu, yang mana kena beli dulu. 

Ni Quinny Moodd. Puas hati lima bintang. Kalau nak, better beli di Mamours.com.my atau pergi je outlet Mamours. Puas hati dari service sampai ke product. 


Sebab ada yang mommy-to-be tanya dengan yuyu. Nak beli tiga-tiga, tengah in tight budget. Kena lah beli satu per satu, tapi nak pilih yang mana satu kan?

Kalau dari pandangan yuyu, bila baru nak ada anak, benda yang paling kena sedia antara tiga benda tu adalah:

car seat

Sebab apa? 

 Nampak sangat selesa. Quinny punya. Yang ni pun yuyu dah try masa ke outlet Mamours di One Utama hari tu, plus, boleh jadi stroller. Jimat banyak, lagi-lagi kalau beli di Mamours


Melalui pengalaman yuyu sendiri, memandangkan masa yuyu bersalin dulu, yang sambut kepulangan ke rumah pun, adalah suami saja, nak nak pula yuyu bersalin secara czer, masa on-the-way nak balik rumah tu, ya Allah, tak laratnya nak dukung anak dari Ampang ke Selayang.

Suami guna duit yang mertua yuyu bagi sebagai hadiah anak pertama (time tu kami susah lagi, nak beli stroller pun fikir dua tiga kali), terus ke kedai barang baby untuk beli car seat. Kami betul-betul tak terfikir pun nak beli car seat sebelum ni. Bila dah beli car seat, on-the-way dari kedai tadi ke rumah, ya Allah, leganya rasa dapat rehat banyak. 

Time newborn, mana nak guna lagi baby carrier atau stroller sangat, tapi car seat sangat penting!

kalau beli car seat macam ni, lagi jimat! yuyu prefer Quinny, beli di Mamours, ada lifetime warranty.

  • Bayangkan kena ulang alik ke hospital, takkan sepanjang masa nak dukung je anak. Time Habib kena kuning, kena ulang alik hospital, dalam kereta dia tidur dalam car seat, sampai hospital angkat terus car seat masuk hospital, bagi dia lena nyenyak dalam tu
  • Time makan luar car seat sangat membantu. Angkat car seat pergi restoran, letak car seat atas meja makan, lepas tu, bagi dia lena dalam tu. Kita laki bini, makan dengan aman.
  • Keselamatan anak bila dalam kereta. Memang kita ibu dukung sambil seatbelt pasang elok, tapi sekali accident, tercampak haa anak. Nauzubillah. Bila ada car seat, insyaAllah, baby selamat dalam tu

Bila dah tiga bulan lebih macam tu, baru yuyu kenalkan stroller dan baby carrier untuk anak-anak. Time ni, mommies decide sendiri, mana yang menyenangkan hidup. 

Ada yang memilih kepada stroller:
  • rasa lebih rehat. Kalau keluar pergi mall, makbapak tolak je stroller. 
  • badan tak lenguh sangat. 
  • boleh letak barang bawah stroller. 
  • anak lebih selesa bila dengan stroller.
  • boleh guna sampai umur 6 tahun
tapi.. Ada parent yang memilih kepada baby carrier (please cari yang ergonomic, kalau tak merana tulang belakang korang!):
  • lagi-lagi masa baru tiga bulan. Baby rasa selesa sentiasa dalam dakapan ibu
  • senang nak travel, jimat berat beg.
  • tak susah nak angkat masuk dalam kereta macam stroller
  • senang guna masa time masak atau nak buat kerja rumah masa anak meragam
  • boleh guna selagi kita rasa larat. Selalunya anak umur 2tahun pun, boleh tahan juga berat badan dorang. Hihi
Haa. Jelas kan point dia. Ikut masing-masing punya pandangan. Macam yuyu sendiri, masa Habib, yuyu beli stroller dulu. Sangat membantu lagi-lagi Habib suka tidur bila letak saja dalam stroller. Aman hidup :p

Tapi, masa hampir bersalin Affan, kami laki bini decide untuk kenalkan Affan dengan baby carrier, untuk mudahkan kami. Jenuh juga kalau dua stroller, leceh kalau masuk mall kan? Eh tak kuasa lah aku. Jadi, kami bagi Habib naik stroller, Affan pula suami bawa guna baby carrier. Kalau travel pun macam tu juga.

Soon, baby carrier ni jadi milik adik kepada Affan pulak :D


Cuma sekarang, bila dah Affan besar dah, berat pun boleh tahan juga lahh... suami suruh Habib jalan sikit, dan yuyu tolak Affan guna stroller. Hmm. Nampak kan kepentingan stroller & baby carrier ni kan

Car seat tadi guna tak?

Plan kami, nanti nak beli car seat yang sesuai macam ni untuk Habib. Car seat Habib sekarang dah nak kena bagi Affan kan :)


Guna lah, tapi dah dorang besar ni, car seat guna dalam kereta la, tak ada lah nak bawa masuk mall atau restoran dah. Lulz

Macam tu lah pandangan yuyu sepanjang guna car seat, stroller & baby carrier dengan Habib dan Affan. Ni nak masuk anak number tiga ni, plan kami nak bagi Affan & Habib naik stroller, baby baru bawa dengan baby carrier je.

Walaupun Habib dah 4tahun3bulan, tapi, weh, dia still kecik. Cepat penat juga kaki dia kalau jalan banyak. Kalau dia ok, suruh dia jalan, kalau dia penat, memang tolak je dengan stroller :)

Harap entry ni membantu sangat untuk yang tanya mana yang penting sangat tu. Sekali lagi, bagi yuyu semua penting, tapi, yang kena ada dulu adalah car seat.

In case korang ada pandangan korang, please share di komen ya, atau nak tanya apa-apa, komen je. Harap membantu.


Terima kasih sudi baca!



Love,
Assalamualaikum

Chak! 

Perasan tak belog yuyu dengan template baru? Mengada tau. Update belog pun sebulan sekali, lepas tu ada hati nak edit-edit pula template. Alah, korang jangan lah herdik dalam hati, yuyu nak cari semangat baru je supaya rajin sikit blogging lepas ni :p



Selalunya, yuyu dapat soalan ni dari pembaca:

"kak yuyu, macam mana nak edit blog?"

"kenapa bila buka blog kat yuyu, di desktop macam lain, di phone macam lain?"

Dik, kak yuyu pun  tak reti sangat pun edit template bagi lawa, cuma, ada dua pilihan yang korang boleh buat kalau nak blog cantik tapi tak nampak macam blog-blog selalu tengok.

Satunya, adalah dengan edit sendiri:


1) Cari di bahagian Theme, lepas tu, tekan Customise, dan edit lah sendiri, ikut kesukaan korang. Boleh edit font, colour background, size sidebar, boleh adjust colour, dan macam-macam boleh.

atau


2) Di bahagian Theme juga, tapi korang boleh pilih template yang disediakan oleh Blogger. Ada banyak sangat, dan bila pilih template tu pun, still korang boleh customise macam cara 1 tadi.


Keduanya cara berbayar...

1) Kalau korang sejenis blogger yang tegar, dan sanggup invest, boleh lah korang dapatkan service web designer. Ini mahal sikit bagi yuyu, tapi web designer akan buat blog kita secantik, se'rare', dan sepuas hati yang mungkin.

Yuyu pernah tanya juga web designer, untuk satu blog, mostly akan charge RM2,000++. Hahahahahahahahaha. Terima kasih. Lepas dengar harga tu, sebagai blogger yang tak tegar ni, ok lah, yuyu cari option lain.

Antara contoh blog yang guna khidmat web designer adalah:

www.cindysirinya.com

Masuk blog dia pun, jeles. Ok. Lawa. Taknak tengok dah. Jeles sampai tahun depan. Blogger US selalu sangat guna service web designer. Hmm..


2) Cari pre-made template. Premade template jauh lebih murang berbanding option 1 berbayar tadi. Cuma kelemahan dia, biasa lah, mungkin blog kita akan sama wajah dia dengan blog orang lain. Hahahahahaha. Hmm, tapi RM2,000 tu boleh buat bayar sewa rumah. Tskk. Sadis kan. Nak blog lawa tapi kedekut nak invest :p

Pre-made template ni, korang boleh cari banyak sangat bila korang google. Contohnya, ThemeXpose, atau kalau blog yuyu, yuyu cari di Etsy.com. Untuk premade template selalunya dalam RM40 hingga RM80 saja.

Murah kan? Kadang, ada yang developer web tu minta sikit charges kalau kita nak dia sendiri yang set-upkan template tu untuk kita. Sebab apa?

Sebab susah weh buat sendiri! Nak edit HTML lah, nak copypaste lah, nak remove tu nak tambah pulak benda ni. Ya Allah. Gaduh dengan boyfriend pun tak semenyampah ni. Kadang, bila dah edit, ehh, apesal tak jadi apa ni. Aku hempuk laptop aku ni kang!

Tapi, kalau jenis yang penyabar, okay lah, boleh slow-slow buat kan :)

dan, untuk soalan kenapa tengok blog yuyu di desktop nampak lain, di phone nampak lain, sebab, yuyu pilih template yang "responsive". Di mana, template tadi, akan respond menjadi desktop view kalau kita tengok di desktop, laptop atau iPad, tapi akan jadi mobile view kalau kita tengok di phone.

Jelas kan? Harap korang clear lah bab ni. Penat tau taip sambil tekan perut, senak memanjang ni.

Yuyu pun tak tau lah apesal semangat sangat yuyu edit blog. Entah korang baca ke tak blog yuyu, sekarang kan zaman Instagram, tapi yuyu still semangat, untuk bacaan diri sendiri. Hehe. Ok lah, kalau korang tak faham apa-apa, komen ok :)


Terima kasih sudi baca



Love,
Assalamulaikum

Jadi, entry ni akan menjadi entry Parenting blog yuyuzulaikha.com untuk tahun 2019. Hari Selasa khen :p

Untuk kali ni, yuyu nak share  pasal Habib Muhammad dah sekolah! yaiy! Tapi, tadika lima tahun lah sebenarnya. Untuk mak-mak yang first time hantar anak sekolah, semestinya benda ni sesuatu yang mengeciwikan (ya Allah, rosak Bahasa Melayu --' ). 

Anak i dah sekolah lah. #lapairmatadengansiku :')

Walaupun, banyak mommies yang hantar anak sekolah masa umur empat tahun, tapi yuyu & suami decide untuk hantar Habib bila dia lima tahun. Kononnya, kami nak dia puas di rumah dulu dengan ibuayah. Padahal ibu tak sanggup nak berjauhan. Kah!

Rupanya, susah juga kan bab anak sekolah ni. Jenuh ok kami survey macam-macam sekolah, Little Caliph lah, Brainy Bunch lah, Tadika Kemas lah, R.E.A.L Kids lah, akhirnya kami pilih KinderKaizen. 

Kenapa Kinderkaizen?
Yuyu kenal Kinderkaizen masa dijemput oleh Dr Afzan Maria untuk talk pasal, hmm, tak ingat tajuk dia, tapi pasal learning through play lah. Time tu macam, apa lah semua benda kena main ni. Lepas satu topik ke satu topik Dr Afzan terangkan, terus wowwww, serius lepas ni kena ubah cara aku ajar anak.

Masa tu Kinderkaizen ada di Damansara saja. Lama-lama ada makin banyak cawangan, sampai lah dua tahun lepas, Kinderkaizen buka cawangan di area rumah yuyu. Ya Allah. Nikmatnya. Walaupun Kinderkaizen pilihan pertama yuyu & suami, kami tetap lah survey tempat lain juga, tapi memang nak yang menekankan aspek play lah.

Kebanyakannya tak menepati pilihan kami. Kadang tu, macam ok, tapi lokasi pulak, tak pun mahal macam nak minang menantu! Akhirnya, sehari lagi nak habis 2018, baru register Habib di sana. Lulz. Tu pun ada 2 lagi kekosongan. Alhamdulillah. 

Di sini, semuanya berdasarkan play. Belajar kira, bahasa, atau apapun lah, melalui bermain. Lebih kepada kaedah UK, Finland & Jepun lah kan. 

Fee
Untuk fees Kinderkaizen 2019 ni, not bad, masih dalam budget yuyu. RM2,240 termasuk yuran tahunan, baju sekolah tiga pasang, yuran Januari, dan yuran lain-lain. Yuyu pilih untuk ambil yang sesi pagi, yakni 8:30am hingga 12:30, jadi setiap bulan kena bayar cuma RM350. 

Di sini ada sesi pagi, sesi petang (1:30pm hingga 5:30pm) dan full day. Untuk full day monthly fee dia RM750. 

Banyak dah montessori, kindergarten & playschool yang yuyu dah survey. Untuk fee, Kinderkaizen antara yang tengah-tengah, tak mahal tak murah, tapi monthly fee dia bagi yuyu antara yang murah juga.

Memandangkan yuyu dan suami kerja sendiri, waktu kami sangat fleksibel, dan Affan pun sangat rapat dengan Habib, jadi, kami decide untuk ambil pagi saja berbanding untuk hantar Habib fullday. 

So, macam mana journey Habib ke sekolah? Dia happy ke? Excited nak jumpa kawan ke? Atau menangis seharian?

Nanti lah yuyu share di entry lagi satu ok. Sebab banyak sangat benda nak cerita. Hahaha. Ada yang sedih, ada yang ibu pun happy sangat. Apapun, memang yuyu rasa tak menyesal pilih hantar Habib di sini. Sampai sekarang rasa lega yang teramat. 

Nanti lah ok yuyu share lagi, insyaAllah next Selasa. Acewah :p

Terima kasih sudi baca



Love,

Hello 2019

by Yuyu Zulaikha, 9:35:00 PM
Assalamualaikum



Korang! Kita dah masuk tahun 2019 lah! Korang boleh percaya ke tak? Yuyu susah nak percaya sikit. Azam 2018 banyak yang tak tercapai, dengan busy anak nak sekolah lagi. Tup-tup tengok post di Instagram "bye-bye 2018". Tak ready lagi time tu. Macam mana :p

Ready ka tak ready ka, dah masuk pun 2019.

Azam korang macam mana? Banyak yang tercapai ka atau banyak yang carry forward ke 2019. Lulz. Ok. Faham. Sebab yuyu pun macam tu juga. Tahun lepas cakap nak "less procrastinate". Hello, aku tulis azam tu setiap journal & organizer ok. Lepas tu, sampai sekarang dok bertangguh kerja. (hmm, tadi cakap nak basuh baju terus, blogging lah dulu. pfft)

Selalunya yuyu suka share di blog, azam-azam setiap tahun. Tahun ni nak keep it personal. Kononnya lah. Padahal rasa macam malu ok, aku pompongpompang bagitau satu dunia, tapi tak tercapai pun.

Dan...

Paling korang kena tahu, Yuyu Zulaikha yang blogging tergedik terkinja pakai baju warna warni kalah traffic light ni, tahun ni Yuyu Zulaikha tu dah 30tahun!

Ulang suara ya tuan tuan puan puan.

30 tahun!

Dah masuk geng 3 series. Dah tua. Walaupun rasa tak best sangat bila masa 30an ni, tapi banyak orang cakap, perempuan bila masuk je 30an, dia akan nampak lebih cantik dan penuh kewanitaan. Ok lah, I am now ready to be 30! Kah!


Hmm. Macam awkward pula tak share dengan korang azam yuyu. Ok lah, yuyu share satu new year resolution yang berkaitan blogging je lah ok. Yuyu tekad, untuk tahun 2019 ni, yuyu nak lebih aktif berblog. Bukan untuk apa-apa pun, tapi demi lebih productive dan untuk kenangan masa depan.

Yuyu plan, untuk setiap minggu, akan ada genre yang akan yuyu tulis:

  • AHAD : Cuti (belum apa-apa dah cuti)
  • ISNIN : Personal
  • SELASA : Parenting
  • RABU : Cuti
  • KHAMIS : Beauty
  • JUMAAT : Sharing
  • SABTU : Cuti

Semoga betul lah plan ni. Jadi, untuk menjayakan azam blogging kali ni, yuyu akan plan entry seminggu atau beberapa hari awal. InsyaAllah. Gambar pun kena lah banyak kan supaya nampak menarik. In case kalau korang malas nak baca pun, tak apa, yuyu buat kenangan bagi cucu baca tua nanti (kalau korang tak baca, yuyu cubit kuat-kuat!)

Ok lah. Apa azam korang tahun ni yang paling mencabar? Jom share :)

Terima kasih sudi baca!




Love,
© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS