November 9, 2018

Sarawak, More to Discover ♥

7 comments
Assalamualaikum

Siapa pernah travel satu Malaysia? Yuyu belum. Baru habis semenanjung. Sabah & Sarawak tak pernah lagi. Tskk. Dengar orang cakap je sana seronok sangat. Plan yuyu memang nak sangat bawa anak-anak jalan-jalan Sarawak dulu. 

Orang cakap Sarawak ni kaya dengan budaya, makanan & tempat menarik. Betul ke?


Yang yuyu tahu, orang Sarawak sangat peramah & cantik-cantik orangnya. Masa belajar dulu, pernah lah sebilik dengan orang Sarawak, ya Allah, sudah lah cantik, sopan santun, peramah pulak tu. Mana-mana orang Sarawak yang yuyu kenal, memang macam tu lah orangnya. 

Bulan lepas, yuyu dapat satu invitation untuk event Visit Sarawak 2019, excitednyaaa! Macam dah ada hint kena ke sana je. Jadi, yuyu share sikit mengenai kempen:

                                  Visit Sarawak 2019


Kempen ni dilancarkan oleh Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Sarawak Minister of Tourism, Arts, Culture, Youth & Sport, di JW Marriot, Kuala Lumpur. Untuk Tahun Melawat Sarawak 2019 kali ni, banyak ditekankan aktiviti-aktiviti, tempat-tempat di Sarawak.


National Parks:
Di Sarawak memang kaya dengan kehidupan liar dan alam semulajadi, malah, banyak spesis bunga dan haiwan yang kita susah sangat/tak pernah tengok yang ada di sana. Jadi, banyak tempat tumpuan di Sarawak yang boleh kita kunjungi untuk mendekati keunikan Sarawak, contohnya:

Talang Satang National Park : Penyu antara spesis haiwan laut yang dilindungi daripada ancaman. Di sini ada empat pulau yang menjadi penekanan untuk Sarawak membiak spesis-spesis penyu terancam.

Gunung Gading National Park : Boleh teroka di sini untuk lihat sendiri bunga terbesar dunia; Rafflesia.
Picture credit : thejakartapost.com

Festival:

Gawai Dayak Festival : festival yang sinonim dengan Sarawak

Kaul Festival : festival memancing untuk kaum Melanau
credit : Steemit

Makanan Sarawak:

Kerabu Seafood Sarawak : Ini yuyu rasa sendiri masa pelancaran hari tu. Sedap!

Umai : Ini adalah ayam kapit yang disediakan di dalam buluh. First time rasa, sedap sungguh, mana nak cari di semenanjung ni :p

Satu lagi makanan Sarawak yang disediakan semasa pelancaran adalah Laksa Sarawak. Tak sempat ambik gambar pula, sibuk dengan persembahan Dayang NurFaizah. Haha.

Banyak lagi lah attraction di Sarawak. Yang pastinya, ramai yang cakap kalau pergi sana, macam nak pergi berkali-kali. Eh, tak boleh jadi ni, nak kena pergi juga lah kalau macam ni. Yang penting, kena ingat, Sarawak adalah Bumi Kenyalang!


Terima kasih sudi baca




Love,

7 comments

  1. semoga ade rezeki kte ke sarawak yer...

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat best kat Sarawak. Nak jenjalan kat Sarawak seminggu tak cukup. Sebelum terlupa, umai tu kerabu mentah 😅 ayam masak dalam buluh tu pansuh namanya. Lan berambeh bak kata orang sarawak 😄😄😄

    ReplyDelete
  3. sarawak best! i pernah pegi sana many2 years ago

    ReplyDelete
  4. kak yuyu, yang gambar last tu bukan umai. tu ayam pansuh. hihi. jom datang sarawak!!

    ReplyDelete
  5. salam Yuyu..perayaan Kaul tu kite punye perayaan tp jarang dapat balik Mukah sebab selalunya time cuti tak berapa nak cun..hihi..btw, rasanya ada sedikit kesilapan info dlm entry Yuyu ni..

    Umai : Ini adalah ayam kapit yang disediakan di dalam buluh. First time rasa, sedap sungguh, mana nak cari di semenanjung ni :p
    - kalau ayam kapit, kite x pernah dengar tapi berdasarkan gambar dengan caption tu, rasanya yang Yuyu maksudkan tu ialah Ayam @ Manok Pansoh. Ayam yang dimasak dalam buluh..umai tu isi ikan @ ala sushi version melanau.. hihihi

    Kerabu Seafood Sarawak : Ini yuyu rasa sendiri masa pelancaran hari tu. Sedap!
    -kerabu seafood tu kot Umainya..isi ikan mentah yg diperah dengan asam limau, gaul dengan cili padi, bawang, cili merah & belacan (certain org x buh belacan)

    tu aje..

    jemput singgah blog kiter yer Yuyu comelll..take care makyongggg heheh


    ReplyDelete
  6. Wah!Mcm best je Sarawak. Tak sampai lagi Sarawak. InsyaAllah taun depan boleh jalan-jalan kat Sarawak

    ReplyDelete
  7. Akk pn xpernah sampai Sarawak lg huhu

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.