October 9, 2018

Hari McD Turun Padang | Pengalaman Yuyu Kerja di McDonald's

18 comments
Assalamualaikum

Pernah tak kita pergi McDonald's, kita order, lepas tu, okay, makan malas nak buang kertas burger, time nak order kita macam nak taknak cakap kejap nak McChicken kejap nak Double Cheese Burger, kalau lambat terus cakap kuat-kuat kat husband padahal perli staff McDonald's tapi takut pulak kalau cakap depan-depan. Tehee :p

Hai. Selamat datang ke McDonald's. Boleh saya bantu? Nak order apa ya? 


Yuyu pernah --'

Lepas ni, promise taknak buat lagi! Itupun lepas join event:

Hari McD Turun Padang


Hari McD Turun Padang adalah satu hari di mana untuk menghargai komitmen dan dedikasi leboh 12,000 pekerja restoran McDonald's yang menjadi tunjang kepada kejayaan perniagaan McDonald's selama ni. Ok. Cuba bayangkan kalau tanpa komitmen pekerja McD yang melayan kita 24 hours tak kira lah kau datang pukul 4 am sekalipun. Hmm...

Macam mana sabarnya dorang layan kita walaupun kita order sambil layan Instagram. Macam mana dorang sentiasa pastikan setiap hidangan untuk kita adalah freshhhhhhhhhh.. (nada Yusof Taiyob)

Ok. Jom yuyu share pengalaman yuyu sepanjang dengan Hari McD Turun Padang di McDonald's Aman Puri, Kepong. Banyak benda yang yuyu belajar & kenal dengan dapur McDonald's sejak join Hari McD Turun Padang tu. Hello, siap kena ambik Typhoid vaccination ok.

Untuk pengetahun semua, setiap pekerja McDonald's yang akan mengendali dapur McD adalah WAJIB ambik vaksin Tifoid. Wajib ok, tak boleh ngelat takut jarum. Ini adalah untuk memastikan kebersihan dari setiap staf yang kendali makanan. 


Dapur Tour
Sampai saja sana, kami mulakan latihan dengan tour seluruh dapur McD dulu. Tour ni diiringi oleh Brand Manager & Manager McDonald's situ. Dari satu station ke satu station, dari satu dapur ke satu dapur yang lebih extreammmm, fungsi segala mesin, dapur, perkakas semua diterangkan. Weh! Kami kena ambik perhatian gila-gila time ni tau. Kalau tak, mampos lah kami lembab di dapur nanti.

Siap kami masuk di bahagian setor sejuk beku dorang. Kalau sebelum ni kita selalu dengar yang konon McD guna ayam tak fresh kan, serius tak! Yuyu sendiri masuk dalam freezer dorang (macam nak beku kepala otak aku), dorang menggunakan ayam fresh, dan setiap hari akan dihantar stock ayam oleh supplier. Okay, sebenarnya bukan ayam saja, tapi semua makanan lah, fries, roti, sayur.

Ye cik, boleh saya bantu 😋


Habis je Dapur Tour yang makan masa lebih kurang 30minit tu, kami terus ditempatkan di station masing-masing. Rafzan Tomomi (blogger) pilih untuk serve di bahagian Drive Thru dulu, Azwa (PR) pilih untuk kendali hal luar dapur, kemas meja, cuci restoren.


Dapur Burger
Yuyu mulakan dengan dapur BURGER! Sayangnya tak boleh share gambar sebab privacy McD, kalau tak boleh lah korang tengok betapa chaos nya bahagian burger dengan kehadiran yuyu --'

Punyalah susah nak ingat burger ni kena ambik patty mana, eh, burger ni kena letak sayur ke, alamak, ni GCB guna patty mana? Serius memang confusing teruk! Salute sangat untuk pekerja McD yang handle dapur dengan lancarnya. Yuyu sendiri try banyak kali, tapi still stress.


Dapur Fries
Nampak macam hekelehh-fries-pun, tapi sebenarnya yang handle dapur fries adalah yang paling expert dalam kalangan pekerja dapur McD. Bayangkan hampir semua set McDonald's mesti ada fries, kadang yang order tu sampai dua tiga set.

Yuyu rasa macam hebat juga lah. Kah! Bila masuk saja peak hour, ok, surrender :p


Untuk setiap fries yang telah digoreng, akan ada di holder tidak lebih daripada tujuh minit saja. Kalau lebih daripada tu, akan dikira sebagai tidak berkualiti dan akan terus dibuang. Haa. Punyalah dorang nak serve yang terbaik dan berkualiti saja untuk customer kan :)


Drive Thru
Yaiy! Ni station yang paling yuyu teringin sangat masuk dari dulu lagi. Selalu terfikir, mesti best kan serve di bahagian Drive Thru ni. Ye cik, nak order apa? Oo. McFlurry dah habis, tapi cik boleh order Sundae. Ihiks!

Nampak macam senang kan, tapi tak senang pun...

Yuyu punya gelabah time di station Drive Thru tu, boleh tahan juga lah. Lagi-lagi time nampak kereta beratur panjang, kena make sure semua order adalah betul dan semua mesti ada. Tiba-tiba ada satu masa tu, yuyu terlupa bagi ice cream pulak, dah customer kena patah balik sekali lagi minta ice cream dia. Nasib lah customer tau yang yuyu under training.

Ada satu masa tu pulak, order semua dah lengkap yuyu bagi, tiba-tiba customer minta 'straw', tapi yuyu salah dengar, yuyu bagi sos dua pakej, terus customer tu macam tinggi suara "straw! straw!". Huwargh! Macam nak nangis! Tak dengar lah --'

Sempat tau, padahal kereta dah beratur panjang tu. Hihi


Untuk di sini, benda wajib kena cakap adalah "Selamat Datang" dan bila dah bagi menu yang diorder kepada customer, kena cakap "Terima kasih, datang lagi"... tapi yuyu lupa sebuat semua. hahaha. Apa nak jadi dengan akuuuuu


Ice Cream Station
Wah! Selama ni selalu order McFlurry, hari tu try buat sendiri. Ya Allah. Susah namatik rupanya. First buat pun rupa tak menyelerakan. Kahkah! Jenuh buat banyak kali, itu pun, hmm boleh lah bentuk dia. Stesyen aiskrim ni perlukan pekerja yang cekap, dan tangan lembut, kalau tak, nanti rupa ice cream macam ****. Lulz

Acah-acah pandai :p


Tadaaa! Apesal aiskrim yuyu menghala ke kiri? Dia nak ke mana sebenarnya? --'


Luar Dapur McD
Untuk bahagian luar dapur McD, pekerja McD akan bersihkan meja, cuci lantai, buang sampah, mop lantai, pendek kata, memastikan restoran nampak cantik dan bersih lah. Selalu kalau kita makan, eh aku bayar, korang buat lah kerja buang sampah pembalut beger aku ni. Tapi bila kita sendiri di tempat dorang, ya Allah, ringankan kerja kalau customer bantu buang sampah sendiri, lap balik sos kalau tumpah.

Haa. Itu saja pengalaman yuyu. Bila yuyu join Hari McD Turun Padang ni, sikit sebanyak, yuyu faham macam mana perasaan pekerja McD bila customer bising bila order dapat lambat sikit. Kadang minta McNugget 9 pcs, dapat 6 pcs. Korang! Order banyak tauuu, lepas tu memang memeningkan bila dah masuk dapur McD.

Semua benda kena super pantas. Lepas ni, kalau terlambat tu, sabar lah sikit, takpun, tanya elok-elok. Kalau dapat yang salah, boleh je kan cakap elok-elok. Sentap tauu hari tu yuyu kena marah dengan customer! Macam nak balik apron. Sobs.

Pengalaman paling best tahun ni, harap sangat next #McDTurunPadang yuyu dijemput sekali lagi Nak bagi expert buat aiskrim pula. 


Apapun, terima kasih sangat kepada team McDonald's Aman Puri, dan seluruh team McD yang telah bagi peluang yuyu join latihan & bekerja di McD (2jam je pun. lulz). At least, dapatlah lepas ni kenal bukan senang bila kita di tempat dorang sebagai pekerja. Kita yang customer ni asyik complain memanjang kan. 


Hmm.. Lapar McChicken lah pulak. Nasib rumah dekat dengan McD.


Terima kasih sudi baca




Love,

18 comments

  1. wahh, bestnyaaa dapat rasa pengalaman jadi org mcd.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best gila! Harap dorang panggil lagi next year. Huhu

      Delete
  2. comel jer yuyu..hehehe... nampak cam budak lepas SPM jer..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja parttime sementara dapat result. Hihi

      Delete
  3. Next kena try pekerja IKEA pulak hihi

    ReplyDelete
  4. Wah teringin jgk nak try keje mcd tapi belum berpeluang lagi. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try! Tapi kena kuat mental fizikal. Hehe

      Delete
  5. wah kak yuyu ada pengalaman kerja di mcd. rabia pengalaman kerja di taska tadika transit tu semua.

    ReplyDelete
  6. Appreciate this post. Will try it out.

    ReplyDelete
  7. Alamak, tetiba rasa nak makan mcd, hehhe

    ReplyDelete
  8. Seronoknya baca cerita k yuyu. Tergelak gelakk hahaha :D

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.