Ronald McDonald's House Charities (RMHC)

by Yuyu Zulaikha, 12:59:00 PM
Assalamualaikum 

Empat tahun lepas, masa tu yuyu bersalin di Hospital Ampang, rumah pula di Selayang (panjang cerita dia. Sobs). Walaupun dalam Selangor juga, jarak rumah lebih kurang 30km, dengan jem lagi, dengan susah nak cari parking lagi, ya Allah, time tu suami rasa azab sangat. Sejam lebih baru sampai hospital. Setiap pagi dan petang kena datang melawat kan. 

Itu pun nasib lah 3 hari 2 malam saja kena warded. Lepas balik rumah, tiga hari lepas tu, Habib demam pulak, kena warded seminggu, sebab on antibiotik.


 Yang akan paling susah hati bila anak sakit, semestinya keluarga terdekat, lagi-lagi, ibu :'(


Cuba bayangkan...


Nasib keluarga pesakit yang dari negeri yang berbeza, kena warded di hospital yang berbeza, selama berminggu. berbulan. Sudahlah anak sakit, kos kena tanggung ulang alik tinggi, nak menumpang mana? 

Yuyu tak pernah terfikir pun pasal ni sebenarnya, sampailah satu hari, yuyu dijemput untuk event:





Rumah ni ditubuhkan oleh McDonald's untuk kemudahan keluarga pesakit paediatric sepanjang tempoh rawatan di hospital, yang berkonsepkan " home-away-from-home ". Tak kisahlah berapa lama pun tempoh rawatan, berdasarkan pesakit yang lepas, ada yang berbulan-bulan keluarga pesakit dapat stay di RMHC ni.

Kalau nak tahu, RMHC pertama ditubuhkan pada tahun 1999, yakni hampir dua abad dah, di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), dan coming soon...

Taraa!

Akan mula dibuka di pantai timur pula. RMHC kali ni berkolaborasi dengan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM). InsyaAllah dirasmikan pada tahun depan 2019. Ya Allah, lepas ni dah ada dua buah RMHC. Mesti lagi ramai dapat bantu family pesakit paediatrik yang memerlukan, kan?

Kenapa di HUSM, Kubang Kerian? Antara faktor kolaborasi McDonald dengan HUSM adalah kerana, HUSM, Kubang Kerian adalah hospital yang ada pelbagai kepakaran di sana, lepas tu melalui record hospital, ramai yang pesakit luar dari Kelantan di refer di sana. Ada dari Sabah Sarawak, ada dari Perlis, ada juga dari luar negara.

Selain tu, RMHC taknak ada setempat di Klang Valley saja, jadi, rumah ke dua RMHC ditempatkan di Pantai Timur pulak. Haa. Baru adil kan :D


Soalan lazim tentang RMHC

1) Siapa yang boleh menginap di RMHC?
Yang boleh menginap di sini adalah keluarga terdekat pesakit kanak-kanak (paediatrik) yang sedang menerima rawatan hospital. Contohnya kalau Fatimah, 4tahun, kena warded di PPUKM, jadi, boleh lah mak, ayah & adik-aik Fatimah ni stay di RMHC


2) Memang keluarga pesakit paedatrik PPUKM & HUSM saja ke yang boleh menginap di RMHC?
Tak lah. Keluarga pesakit paediatrik di hospital berdekatan pun boleh. Contohnya, RMHC di PPUKM dekat dengan PPUM, Prince Court, dan banyak lagi, jadi, kalau dekat dan mudah untuk bawa anak dapatkan rawatan di hospital, bolehlah memohon untuk menginap di RMHC.


3) Ada charge ke kalau menginap di RMHC?
Mesti lah ada. Cuma, sehari dikenakan RM5 sahaja, itu pun RMHC menganggap bayaran untuk sumbangan kemudahan orang lain yang menginap nanti, padahal dia punya kemudahan lebih dari RM5.


4) Apa kemudahan di RMHC?
Selain ada tempat tidur berkatil, ada juga sensory room yang disediakan untuk pesakit paediatrik yang mengalami masalah sensory contohnya autism dan banyak lagi lah. Kalau anak-anak nak main situ pun boleh. Di sana juga ada kemudahan untuk family masak, cuma ada lah sikit rules yang kena ikut untuk kebaikan bersama. Ini antara yang disediakan di sana:
  1. sensory room
  2. library
  3. TV lounge
  4. playland & playroom untuk anak-anak
  5. bilik komputer
  6. bilik membasuh
  7. tempat makan
  8. dan banyak lagi
Kemudahan di RMHC

Sensory Room di RMHC

Playground pun adaaa :)


5) Macam mana nak buat sumbangan?



Tabung RMHC
Pernah tak sambil order McNugget, tiba-tiba di kaunter tu nampak box untuk donation? Haa. Itu salah satu cara, mungkin ada balance bayar McNugget tu, boleh lah sedekah sikit dalam box tu

RMHC Charity Event
RMHC selalu buat program amal yang boleh kita sertai. Contohnya, yang terbaru adalah RMHC Charity Golf Tournament yang berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM440,000. Ada juga akan berlangsung larian amal. Jadi, kalau nak tahu lebih program amal dari RMHC, boleh terus ke link di bawah ni:




6) Selain sumbangan duit, boleh tak nak sumbang tenaga ke atau benda lain kepada RMHC?

Semestinya! Boleh buat gotong royong di RMHC bila berkelapangan, dan boleh juga sumbangkan makanan di sana, cuma kena contact dulu pegawai bertugas di RMHC untuk memudahkan urusan kan. Untuk contact, boleh terus call di sini :

 +603-7843 3388 (Ext. 3229 / 3111)


7) Ada limit hari tak nak stay RMHC?
TIADA. Selagi anak-anak atau adik-adik kita mendapat rawatan di hospital. Boleh stay dari sehari hingga berbulan pun.


Perkongsian daripada dua keluarga pesakit pediatrik yang pernah menginap di RMHC. 


8) Apa perasaan ahli keluarga yang pernah menginap di RMHC?
Masa event tu, kami sempat dengar dua keluarga yang luah pasal pengalaman dorang di RMHC. Sorang dah bertahun merasa stay di RMHC sebab anak sakit dari kecik, dan sekarang anak dia dah di sekolah Teknik dah pun, dan satu keluarga lagi dari anak dia warded sebab down syndrome, malah cucu dia pun pernah warded. Berkali-kali dah dia stay di RMHC.

Apa yang dorang kongsikan, RMHC memang sangat membantu ramai keluarga untuk dekat dengan anak yang menjalani rawatan. Bayangkan lah, ada family yang jauh, suami kena kerja, nak ulang alik setiap hari memang lah mustahil, bila ada RMHC, senang sangat nak teman anak jalani rawatan. Sampaikan dorang kata, dah ramai keluarga di RMHC yang jadi sangat rapat dalam hidup dorang.




Pictures: courtesy daripada website RHMC


Terima kasih sudi baca :)




Love,
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. semoga bermanfaat kepada mereka yg memerlukan..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah terfikir pun ada facilities macam ni, maybe sebab jarak rumah ke hospital dekat dan adik-beradik pun stay nearby area. Bagus la utk pesakit yg dari rural area tu kan...

    http://qiyabeauty.blogspot.com/2018/09/6-maksud-jerawat-berdasarkan-kedudukan.html?m=1

    ReplyDelete
  3. tq for the info yuyu.Tak pernah tahu pon bende ni.Last time kita bersalin husben tido dalam kereta sob2 kesian.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tempat selesa, kemudahan pun banyak dapat. Semoga bermanfaat untuk keluarga pesakit.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS