Assalamualaikum

Alhamdulillah, sekarang ni dah hampir setahun yuyu bebas dai anxiety/panic disorder, selepas yuyu diuji selama lebih kurang empat tahun. Ya Allah, syukur macam lepas beanak. Tak ramai yang faham pasal benda ni, sebab Anxiety/Panic Disorder ni, selalunya akan bertarung sendiri & tak bagitau pada orang ramai, takut orang salah anggap. 

Time tu, yuyu rasa yuyu di line paling bawah dalam hidup tapi pengakhiran hidup yuyu juga. 

Untuk entry ni, yuyu nak share secara ringkas saja lah, insyaAllah, yuyu akan sambung dengan beberapa entry lagi journey yuyu sepanjang bertarung dengan anxiety/panic disorder. Bertarung? Alaa. Tak tau nak guna ayat apa yang sesuai, sebab benda ni sungguh tak best dan effect hidup yuyu sangat. 


Anxiety Disorder & Panic Disorder?
Dua benda ni lebih kurang saja. Dua-dua adalah berkaitan dengan mental. Malas nak cakap pasal 'mental' sebab orang akan kaitkan dengan 'gila'. Benci betul. Bagi manusia (semua negara akan fikir benda yang sama), bila cakap ada sakit mental, orang akan pandang tak best, gila lah tu. Ni lah salah satu sebab kenapa ada pesakit disorder ni, pendam sendiri, sampai membawa kepada depression dan paling teruk, bunuh diri. 

Anxiety Disorder (AD) lebih kepada risau yang melampau. Pesakit akan fikir consequences setiap masalah yang berlaku. Rasa gelisah yang melampau kadang tu tak ada benda apa pun nak risau sangat pun. Fikir yang bukan-bukan, lepas tu, susah betul nak fokus satu masalah. Lagi teruk, bila AD tu melampau sangat. Benda kecik pun boleh triggered AD.

Since yuyu dah rasa sangat okay (sangat sangat sangat sangat) sekarang, Alhamdulillah, maka yuyu nak sangat share dengan korang, khususnya yang satu nasib dengan yuyu. Yuyu bukan pakar dalam benda ni, tapi, sebab yuyu ada pengalaman, dan yuyu ada sikit cara untuk menangani (yes, cara ni sesuai dengan yuyu, mungkin sesuai dengan korang, mungkin juga tak), jadi, yuyu rasa, tak salah lah nak share kan.

Setiap individu yang mengalami disorder ni, akan terima dengan cara yang berbeza. Bagi yuyu sendiri, apa yang yuyu kena tu macam dah teruk sangat dah. Habis lah, aku memang tak hidup dah esok, tapi, bila baca pengalaman orang lain, sebenarnya dorang lagi teruk. Sampai tak terbayang teruknya rasa tu. Patutlah sampai bunuh diri.

Paling teruk yuyu rasa masa tiga tahun lepas, Habib baru lahir. Setiap pagi, tengah hari, petang, malam (lagilah) yuyu jadi takut yang sangat-sangat. Yuyu TAKUT MATI! Yuyu takut pejam mata, nanti tak jaga dah. Yuyu takut keluar rumah, nanti eksiden, mati. Yuyu takut jauh dari suami & Habib. Yuyu menangis setiap masa.

Satu hari tu, keluar makan-makan dengan suami. Suami ada gig juga. Baru keluar berapa jam, mula rasa lain macam. Band suami dah nak RIP, so dorang nak celebrate lah sikit makan cake dengan bandmate, sekali datang anxiety tu. Terketar terus ajak suami balik.

Yuyu memang tak pernah bagitau sapa pun. Yang tau pun emak & suami yuyu saja. Di Instagram atau Facebook pun yuyu share benda happy, memang tak ada sapa pun yang perasan yuyu tengah bertarung dengan AD

Lama sangat pendam...

Bila dah hampir setahun ni yuyu free dari anxiety disorder ni, yuyu syukur sangat. Yuyu nak sangat bagi awareness pada semua orang yang Anxiety/Panic Disorder ni wujud, malah orang terdekat kita pun mungkin ada yang bertarung dengan disorder ni, cuma tak mampu nak luah. Please bagi support pada 'kami'

Sapa tahu sikit sebanyak pasal Anxiety/Panic Disorder, Depression? Atau, sapa pernah kena? Komen sikit. Hihi

InsyaAllah, yuyu share lagi journey yuyu di entry akan datang.


Terima kasih sudi baca




Love,
SHARE 16 comments

Add your comment

  1. Allahu. Takziah utk pengalaman Yuyu tu dan Alhamdulillah Subhanallah utk Yuyu dan keluarga skrg ni. Saya xde pengalaman AD tp saya pernah lumpuh separuh bdn at the age of 28yo sbb over stress. Alhamdulillah now are ok (32yo now). Allah uji kita sedaya mampu kita. *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah. overstress boleh sampai begitu! Alhamdulillah Haya dah ok sekarang. <3

      Delete
  2. ciri-ciri Ad & pd ni ada pada akak, bulan lepas first time diserang panic disorder rasa diri nak mati dah. huhu. pergi emergency doktor cakap kita diserang panic disoder. tapi akak tak jumpa lagi pakar. Apa yang yuyu rasa sebelum ni memang akak rasa sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah akak. Semoga akak kuat ya. Jangan risau, semuanya akan ok. Nanti yuyu share tips yang yuyu sendiri buat <3

      Delete
  3. Kak Yuyu boleh explain sikit tak AD ni exactly macam mana? Sebab kalau bab risau ni, saya hari-hari ada je risau macam-macam. Huhu. Terbayang itu inilah. Memang akan ada je. Once pernah attend talk dari psychatrist. Dia ada mention, kalau sampai tahap mengganggu tugasan-tugasan harian kita, kena cepat-cepat refer pakar. Ganggu tugasan harian tu macam mana ye kak yuyu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin better awak juga pakar juga. Takpun kalau boleh handle sendiri, try sekarang, seawal mungkin. Gangguan tugasan harian, macam kita nak buat kerja jadi tak boleh fokus, sebab kita takut sangat. tau tau kerja tak buat.

      Delete
  4. assalam yuyu..saya pun ada masalah ni..da 2 tahun tapi msh ada, memula dulu x perasan tp 1 hari tu pegi klinik sbb gastrik, dr minta buat ujian dass baru tau ada simptom ni..sejak tu jumpa dr sebulan sekali..paling teruk 2,3 bulan ni sampai ada cubaan bunuh diri, mcmana yuyu rasa yuyu dah bebas dari benda ni? tak tau macamana nak kluar dari benda ni,rasa macam xde jalan keluar..tolong bantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahhh. ini lah yuyu rasa dulu. Rupanya ada juga yang rasa macam yuyu. InsyaAllah yuyu share nanti. Sabar ya. Kuatkan diri!

      Delete
  5. Yuyu, kita pernah kena.. Masa tu time nak bertunang. Baru tukar kerja. Kita samalah. Rasa takut nak mati. Rasa nak mati tu dia akan dtg bila2 masa. Time kerja, tengah drive, bila sorang2, time nak tido, semualah. So, masa panic attack tu dtg, of course la dia akan datang dengan pakej berdebar2, sesak nafas, sakit dada mcm nak kene heart attack, berpeluh2, dan saya punya panic attack sampai sebelah badan cramp. dari kepala sampai kaki. :( So, bila saya kene je panic attack tempat yg saya rasa selamat dan tenang adalah bila saya berada dekat dengan hospital. Sampai pernah seminggu setiap malam saya akan tido dalam kereta dekat parking hospital sebab takut kene heart attack. And pernah jugak dia kene masa tengah drive balik, dada berdebar2, tercungap2 sebelah badan rasa mcm nak lumpuh. Then sebelah tu masjid. so berhentikan kereta, keluar duduk tepi kereta dlm masjid. dah rasa tenang, baru drive balik. Lagi satu disebabkan kejadian ni adalah hampir setahun saya ulang alik hospital jumpa cardiologist, jumpa pakar perut apa semua disebabkan takut mati. sakit perut sikit je jumpa pakar terus. jantung berdebar2 sikit jumpa pakar. kepala sakit jumpa dr otak. haha. ok ni kelaka. sebab mmg takda apa apa pun lepas jumpa Dr. cuma nak jumpa pakar sebab nak sedapkan hati je. Dr kat klinik tak cukup menyakinkan macam dr pakar. samapi mcm tu sekali. semata mata nak convincekan diri that i am ok and im not going to die.

    Cubaan membunuh diri Alhamdulillah takda. Cuma saya pernah terbaca somewhere dalam hidup kita ada masa kita akan lalui benda ni. sekali dalam seumur hidup. apa yang membezakan adalah tindakan kita bila kena banda ni semua.

    Apa saya buat masa tu pun dah tak ingat.. dia mcm hilang sendiri. lama2 mcm dah malas nak jumpa Dr, dah penat nak fikir pasal benda tu. Dan saya cuba membusykan diri dengan benda lain. and of course, dekat kan diri dengan Tuhan.

    Oh ya, setiap kali dia nak jadi saya akan minum air. dan buat apa sahaja yg boleh buat diri sendiri distract dari fikirkan benda tu sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang yuyu juga apa yang awak jadi. Yuyu punya panic attack pernah sampai sesak nafas, pukul 2 pagi pergi klinik. hmm. Dan... yes, busykan diri adalah salah satu cara yuyu hilangkan AD ni. :)

      Delete
  6. Pernah tak rasa takut kehilangan orang yang kita sayang? Cth mak ayah , suami. Sy ada AD jugak. Sebelum ni sembuh dah. Tapi ni datang semula. Sebab masih fikir bab2 mati & penyakit2. Then takut hilang orang yang kita sayang. Dlu masa normal . Takut memang takut . Tapi tak setakut sekarang. Pernah?

    ReplyDelete
  7. Pernah. Takut hilang anak & suami. Takut sangat. Sampai taknak jauh dari dorang, tapi suami selalu support, dia selalu bagi kta positif & suruh banyak tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. At the same time apa sahaja perubahan pada tubuh semua jadi perhatian & fikir ada sakit kronik. Plus ferat badan turun mendadak. Lagi lah fikir bukan2. Tp check darah normal. Yuyu ada jmpa psy?

      Delete
  8. dah macam2 dr kita jumpa, kaunseling, rehab, pakar psiaktri, dan skang tgh buat treatment OT..xtau apa yg perlu buat..😔

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum yuyu ,saya pun sedang alami masalah yg sama. Bermula awal November Yang lalu .masa mula2 kena pun saya pendam tk cerita dengan sesiapa. Selama 3 minggu sy rasa dah mcm zombie .pegang apa ,nk buat apa semua tk keruan .Semua perkara sy associate dengan mati. Sangat alert dengan keadaan badan. Kalau ada benda yg tak kena sikit mula LA sya ingat nk mati .Nk solat pun takut sbb pikir sy akan collapse, nk tidur takuttakut sy dah tak bngun lagi. Nk buat benda yg baik2 pun takut ingt org anggap sy buanbuang tabiat nk mati. Ank2 nk manja pun sy takut .Semua TAKUT ! LPs 3 minggu rasa dah tk tahan Sgt baru sy cerita dengan husband ,seterusnya jumpa Dr.buat ujian tiroid, check ECG, check darah semua ok. Buat ujian dass ,keputusan extreme anxiety .Skrg sy tgh on ubat Dan still recovering. Perjalanan masih panjang. Masih belum pulih sepenuhnya ..
    Kalau ada yg ada masalah as nk share masalah boleh LA WhatsApp sy ye .0146175384.semoga kita yg hadapi masalah yg sama terus tabah ,redha .Ni semua ujian utk kita yg lalai Selama ni .Wallahuallam ..

    ReplyDelete
  10. Yuyu pernah tak rasa mcm setiap bait bait kata yang keluar dari mulut org yang kita sayang tu kita fikir mcm “ eh kenapa dia cakap cmtu, dia dah nak “ pergi “ ke ?

    Contoh mcm suami ckp dia sayang sangat2 kat kita even benda tu dia mmg slalu cakap, tapi kalini dia pandang kita sndiri dgn wajah sayu. Kita trus fikir lain. Yuyu pernah tak mcm tu?

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS