Assalamualaikum ♥
Rentetan entry lepas pasal reward husband untuk yuyu sempena Mother's Day tahun ni, yuyu rasa terpanggil pulak (alahai) untuk kongsi sikit tips hadiah buat para ibu. Ini adalah dari pandangan yuyu seorang ibu anak dua, dan seorang yang jarang sangat reward diri sendiri dengan beli beg baru, baju baru apa segala lah persiapan diri yang baru
*selalunya time raya saja. cough*
Ibu-ibu ni, bukan nak sangat yang beribu-riban ringgit. Hadiah dari hati pun dah cukup (tapi kalau nak bagi yang ribu-riban apa salahnya. Tehee :p ). Ibu-ibu ni faham, ayah-ayah ada banyak sangat tanggungan kan. Nahh, untuk Mother's Day kali ni, kan sebulan, jadi, sempat lagi lah pergi Alamanda shopping sikit untuk ibu-ibu.

Haa tengok tu dia terus happy lantak lah baju sebakul tak lipat lagi kat rumah nuh.
Paling best sempena Mother's Day ni, bila dapat reward bajet sekian ringgit (mesti lah rahsia kann), untuk shopping. Ok. Baju baru, beg baru, kasut baju, tudung baru. Hmm. Kasut nak dua. Kasut jalan-jalan satu, kasut pergi event satu. Semuanya tak lari bajet, dah nama ibu kan, mesti lah pandai kira-kira ni :p
Mall yang menjadi pilihan, semestinya Alamanda Shopping Centre, Putrajaya lah. Dekat dengan rumah. Tak perlu hadap jem. Tak semak dengan manusia sangat. Semua benda ada. Mall pun cantik. Parking pun senang dapat. Senang hati ibu nak shopping. Thanks suamikuh :D
Untuk bajet reward yang diberikan, yuyu pilihan lima butik ni. Walaupun ada banyak lagi, tapi lepas dah survey lebih kurang tiga hari (hello, ini keputusan paling bahaya tahu!), jadi, tiga butik ni sangat sesuai untuk para ibu:
Bonia
Untuk yang suka handbag, macam yuyu, Bonia memang best! Pergi saja Ground Floor, terus boleh nampak dah BONIA. Selalu kalau datang sini, mesti cuci mata tengok handbag dorang yang macam-nak-beli tu. Collection dari Bonia tak spesifikkan untuk sesetengah umur saja, tapi collection dorang semua untuk pelbagai umur.

lemah betul nampak signboard "SALE" ni. haha. minta bajet lebih dari husband kang

BONIA Limited Edition. Aduh. Dah lah yuyu takdak lagi handbag merah.

Tengah buat muka comel (ok. korang boleh pengsan) kat suami, dengan harapan, dia belikan ni. huhu. kakak cashier pura-pura tak nampak. :p
Masa masuk BONIA, hati macam tak keruan. Kang ambik ni haa.. Eh. Apa handbag ni lawa sangat, tapi handbag tu pun lawa juga. Nangis. BONIA ni, yuyu start suka masa yuyu ada jam dia. Bila dah start ada jam, terjebak pulak tengok dia punya handbag. Selalunya collection dia tak pernah buat kita taknak beli.

akhirnya, this kind of handbag adalah sangat wise untuk para ibu. ingat! boleh masuk empat diapers anak, jajan anak, wet tissue, barang makeup lagi, botol air si Habib pun muat. ♥ ♥

New Arrival. Hmm. Macam mana ni. Yuyu dah terbayang, pakai handbag ni jalan-jalan.
Entah lah. Macam semua cantik je di Bonia. Tak tahu nak pilih mana. Clutch cantik, handbag cantik, lepas tu tengok pulak yang limited edition, alahai, tak menahan hati ni. Kalau korang, pilih yang mana?
VARIANTE
Betul-betul depan butik BONIA, ada pulak Variante. Nak-nak pulak dorang tengah display Lebaran Collection. Menggugat betul lah. Hmm. Untuk reward baju kali ni, yuyu pilih Variante. Tak survey dah, sini betul-betul awww lawanyaa...
Nak cari handbag, pening, semua cantik, ok, sekarang, meh kita cari baju pula di Variante
Nak cari handbag, pening, semua cantik, ok, sekarang, meh kita cari baju pula di Variante

Apa ni display yang ni. Mana aci. Terus beli lah kalau macam ni. T_T

aww. Tengok tuu..Jenuh nak pilih mana satu.
Masuk saja Variante, terus suruh husband jaga anak kejap. Ibu nak buat keputusan rumit ni. Baju kat Variante serius korang susah nak pilih. Macam nak ambik dua tiga (tapi ingat balik sekian bajet hihi).

Penat tunggu ke sayang? Mother's Day setahun sekali je. Bagi lah chance 😘

Sambil tengok reward Mother's Day, sambil tengok baju raya. :p

Dua ni adalah Lebaran Collection juga. Mulanya macam nak beli ja dua-dua, tapi.. tapi.. tapi.. Haha. Macam mana ni?
Sambil tengok juga hadiah untuk emak yuyu. Harga di Variante ok. Tak mahal sangat. Jadi, alang-alang, selit beli untuk emak sekali. Blouse sini semua sopan-sopan gadis Melayu terakhir sangat. Berkenan betul kalau tengok sekali pun.
Ok. Part baju dah tak payah fikir dah. Cop beli di Variante saja. Jom cari kasut pulak.
Nose
Dah habis cari baju di Variante & handbag di Bonia, turun pulak ke Lower Ground floor, Alamanda Shopping Centre. Cari kasut pulak (sambil cari handbag lagi. Tehee). Nose ada banyak sangat collection handbag & kasut dengan harga sangat affordable. Boleh dapat dari harga RM25. Senang. Boleh beli banyak collection.
Dah habis cari baju di Variante & handbag di Bonia, turun pulak ke Lower Ground floor, Alamanda Shopping Centre. Cari kasut pulak (sambil cari handbag lagi. Tehee). Nose ada banyak sangat collection handbag & kasut dengan harga sangat affordable. Boleh dapat dari harga RM25. Senang. Boleh beli banyak collection.

Awal-awal muka depan kedai pun dah nampak kasut menawan. Hmm..

Range harga di Nose ni sangat mampu-milik. Design pun lawa-lawa. Ibu boleh pilih dua biji untuk buat handbag jalan-jalan. Senyum lebar ni haa :)
Tapi, kalau di Nose ni, yuyu paling suka dia punya kasut. Alahai. Collection dia sangat lah cair hati yuyu ni. Sapa kata kalau nak cari hadiah, kena habis duit banyak. Eh tak lah. Kalau datang Nose ni, boleh tengok harga dia murah tapi berkualiti. Kalau time tengah promo, spend RM100 pun, boleh dapat kasut & handbag sepasang. Selalu pulak tu Nose buat promotion. Berbaloi sangat.

Alahai! Cutenya awak ^^

Kalau bawa pi grand dinner, best juga ♥

Favourite yuyu di Nose. Lacey heels. Macam cantik je kalau pakai dengan jeans :)

RM79 untuk cik ayu tapi menyerlah ni. Awal-awal masuk butik pun dah terus nampak. Haish. Menggoda betul.

Ini pun best. Yuyu suka betul wedges. Macam matching je dengan blouse Variante Lebaran yuyu minat tadi tu :p
Lepas survey di Nose, rehat jap, makan-makan dulu. Yang best bila shopping di Alamanda ni, tempat dia tak terlampau luas sangat. Jadi, nak pi makan ke, nak pi toilet ke, senang ja. Tak memenatkan kena tawaf satu kawasan terus.

My everything. ♥
Fareeda
Naik balik Ground Floor. Eh. Lupa tak beli tudung lagi. Mana boleh, kasut dah jumpa, handbag dah jumpa, baju dah jumpa, tapi tudung takdak. Untuk tudung, butik Fareeda paling besar di Alamanda. Banyak sangat pilihan untuk kita. Dari shawl, instant shawl, yang ada awning, yang jenis bling bling, semua ada.

Tengah menikmati terapi diri ni.


Suraiya Shawl dengan Swarovski. Lafff! Yuyu suka bila ada batu-batu Swarovski yang berkilau tu. Simple pun nampak outstanding. Serius weh.

Bila tengok depan-depan, nampak dia punya sparkling tu. Aww. I love <3 p="">
3>
3>

Shawl ni pun lawa juga. Ikat belakang saja. Nampak ada volume dia punya shawl. Hmm. Nak pilih mana ya?

Pilih ni lah :p

Tapi, ini pun cantik. Yuyu suka design yang simple ni, warna dia merah mak ngah kau!

Design macam ni pulak, kegemaran yuyu. Simple. Polos. Senang nak gaya dengan baju Variante, handbag Bonia nanti. :p

Bila masuk Fareeda ni, terus rambang mata. Dia ada banyak sangat collection yang cantik. Yuyu terpaksa datang berulang kali untuk buat keputusan yang tepat. (macam masalah negara pulak)
Once dah tau baju mana yang yuyu pilih di Variante tu, baru boleh pilih shawl cantik di Fareeda. Mestilah nak bagi matching khenn. Untuk MIL & emak yuyu, senang, bawa je dorang terus ke sini. Ambik lah tudung mana yang dorang nak. No wonder lah banyak peminat Fareeda kan, sekali buat promo, tudiaaa, segerombolan manusia beli :)
Carlo Rino
Ingatkan dah habis dah shopping, sekian bajet tadi, ada lebih lagi. Sekali turun ke Lower Ground floor, ehh, nampak pulak Carlo Rino. Alahai. Dari luar butik pun dah nampak latest collection dorang.. argh. Tak menahan tengok T_T


Aww. Jatuh hati lah kasut ni. Betul-betul teringin dah ni. Ni adalah design new arrival dari Carlo Rino.

Aww. Ni pun new arrival di Carlo Rino. Love tak? Yuyu suka, dari colour hingga ke design dia :)


Dari jauh dah nampak. Tapi, macam mana dengan handbag Bonia tadi. :p

Masuk sini, terus kelam mata. Tak boleh ke pilih sebelas. --'

Pening ni, semua di sini cantik. Suami kata, pilih saja, kan Hari Ibu, ibu je lah cari sendiri :p

Paling laffffffffffff.....
Carlo Rino ni, brand di bawah Bonia tau. Sebab tu kalau kita tengok dorang punya design sangat exclusive. Karakter ibu yang pakai Bonia lebih kepada, okay sayang ikut ibu kita makan, lepas ni kita tidur ya, tapi karakter ibu yang pakai Carlo Rino ni macam, sapa nak makan angkat tangan! jom makan dengan ibu!
Both adalah karakter yuyu. Ikut mood. So, kena beli dua dua jenis handbag. Suami tak boleh cakap apa. Eh. Kata reward Hari Ibu kan. *tiup kuku*
Bila dah survey, bila nak belinya? Kenapa tak beli sekarang je? Sebab, yuyu tunggu, 07/05 hingga 13/05/2018. Sebab, sepanjang tarikh ni, Alamanda Shopping Centre buat kempen Hari Ibu:
- Boleh redeem satu kosmetik pouch untuk pembelian min RM650 (max dua resit).
- Ada photobooth (yaiy!)
- Scarf workshop sepanjang 11, 12, 13 May 2018 dari 8:00pm hingga 9:30pm (wajib datang)
- Ada tote bag paintang
- Dari 12 & 13 May, 11:00pm - 12:30pm ada tissue paper carnation flower DIY workshop (eksaited sangat!)
- Hari Ibu card DIY workshop dari 12-13 May, 4:00pm - 5:30pm
Banyak aktiviti time tu. Better yuyu shopping sepanjang kempen Hari Ibu di Alamanda. Boleh dapat pouch bag kan kan kan. Time tu kita bawa husband & anak-anak semua untuk celebrate diri kita sebagai ibu. Sekali sekala kan :)

Selamat Hari Ibu semua ibu!
Terima kasih sudi baca
Love,
cantikkknya handbag
ReplyDeletewowww, dekat2 nak raya ni memang banyak sale laa.. ready duit jaa..
ReplyDelete