Assalamualaikum

Susu formula apa paling bagus untuk anak-anak? Mommies sebelum bagi anak, ada buat survey dulu tak? Ke main beli saja asal nampak berbaloi & selalu keluar tivi?

Bukan senang kan nak cari susu untuk anak ni. Macam-macam benda kena ambik tahu. Dari khasiat, sampai lah ke selera tekak anak kita. Ingatkan senang macam nak pilih baju ke. Yuyu ni, dah try banyak brand untuk Habib.

Lepas tu, sesi survey susu formula yang sesuai untuk Habib pun bermula. Dari satu ke satu brand dia kena cuba. Eh, tak senang ok. Ada yang dia minum terus geli taknak dah, ada yang dia suka sangat tapi tinggi gula, ada pula yang khasiat hmm biasa-biasa ja.

Jadi, susu apa ja yang ok kan? Akhirnya, biar yuyu decide, yang terbaik untuk Habib adalah ENFAGROW A+

suka bila setiap pagi, petang, malam dia minta "ibu nak A+, nak A+!"


Kenapa akhirnya ENFAGROW A+?

Sepanjang yuyu survey, yuyu fokus tentang EQ & IQ. EQ adalah perkembangan emosi manakala IQ adalah perkembangan minda. Haa. Best kan?

Ada sesuatu yang baru dan lain daripada lain dengan ENFAGROW A+ ni. Tau tau ada MFGM Complex. Tau tau ada kepentingan untuk EQ. Hey! Sebab tu lagi rasa nakkkk sangat bagi Habib cuba ENFAGROW A+ ni. Bukan setakat kandungan DHA dalam ENFAGROW A+ adalah yang tertinggi antara semua susu, malah ada MFGM Complex tu. InsyaAllah, ni bukan pilihan salah, sebab dua-dua tu sangat penting untuk tumbesaran anak-anak kita kan. DHA memang sangat penting untuk perkembangan otak atau IQ.

Bila yuyu baca lebih, baru yuyu tahu pasal MFGM (Milk Fat Globule Membrane), adalah sesuatu nutrisi untuk support perkembangan EQ. Bila ada MFGM ni, secara sains ringkas, dia akan membantu saraf untuk mempercepatkan penghantaran mesej emosi ke otak. Pasal perkembangan Emosi. Bukankah itu sesuatu yang menarik untuk anak kita. 

Fahamkan sekarang ni betapa pentingnya perkembangan intelek dan emosi yang terbaik untuk anak-anak, lagi-lagi zaman sekarang yang perlukan bantuan lebih supaya dorang, anak-anak kita, dapat menghadapi masa depan dengan keseimangan IQ & EQ. Macam-macam cabaran anak kita bakal lalui nanti. Zaman sekarang tak macam dulu.

Lagipun, untuk bagi anak kita berjaya di masa depan, bukan bergantung kepada IQ tinggi saja, banyak lagi kena  kita ambik serius contohnya, sikap bekerjasama, empati, memahami satu sama lain, dan macam-macam lagi.

Jadi, kita sebagai parent ni, cubalah bantu anak-anak apa jua cara sekalipun. Hatta, yuyu sendiri baru tau yang nutrisi pun memainkan peranan penting untuk perkembangan emosi atau EQ anak-anak. Selama ni ingatkan, asal aku bagi kasih sayang cukup tu, okay lah. Eh, tak tak. Nutrisi atau pemakanan pun ada juga yang membantu.


Ada gaya Albert Einstein tak?


Nutrisi ni sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak di awal 5 tahun pertama umur dorang, sebab di peringkat ni lah dimana 90% perkembangan otak terbentuk. Dari awal 5 tahun pertama lah kita kena jaga perkembangan otak dan emosi dorang yakni foundation paling kuat untuk dorang jadi betul-betul "manusia"

Ramai parents sekarang bangga sangat bila anak kecik-kecik lagi dah pandai baca, siap compare dengan anak orang lain dari segi IQ, sampai abaikan kepentingan emosi anak-anak. Bukannya salah 100%, cuma sayangkan kita dah abaikan asas pembentukan otak yang sebenar, yakni emosi tau EQ, selain IQ

Bagi yuyu, biar kita besarkan anak-anak dengan penuh adab, penuh kasih sayang, stabil emosinya, ada empathy di hati, daripada seorang yang hanya bersaing dengan kawan markah ujian semata-mata. Zaman sekarang lain, kita sekarang kena besarkan anak-anak yang stabil emosi untuk hadapi cabaran yang makin berat ni. 

suka tengok Habib yang suka kongsi mainan dengan kawan-kawan. Alhamdulillah 

Selalu luangkan masa kegemaran anak-anak demi memupuk kasih sayang & meningkatkan IQ


Terus tak was-was nak bagi Habib minum. At least, ini lah usaha paling kecik kita sebagai parent boleh buat untuk anak-anak kan. Bagikan dia susu yang ada nutrisi terbaik. Rasa pun sedap! #kadangterbuatuntukdirisendiri

Apapun, mommies try lah ENFAGROW A+ lepas ni. Mestilah kita nak anak kita ni antara yang #FutureReadyMalaysian kan. Sedia dengan cabaran masa hadapan. Sedia untuk membesar dengan perkembangan intelek dan emosi terbaik. Macam mana emak kita buat yang terbaik untuk kita, kita pula buat yang terbaik untuk anak-anak. InsyaALLAH.

Terima kasih sudi baca :)
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. faham sangat perasaan ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak...
    https://leenazi9783.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. anak saya dr sulung dan no.2 semua saya bagi susu kambing. yg sulung dlu suffy goat. yg no 2 ni ari try susu wildan. tp skrg dah bertukar kpd susu kambing habib yg ada campuran omega, dan mknn sunnah tnpa gula tambahan.so far pengasuh cakap dia ok minum susu tu. lgpun susu kambing kan mama dia pun blh join minum sekali.hehe...

    ReplyDelete
  3. Moga Habib membesar dengan sihat !

    ReplyDelete
  4. Bila ibu bapa lebih mengutamakan pencapaian akademik lebih dari emosi dan empathy anak-anak lahir lah satu generasi yang mundur akhlak dan moral nya.

    ReplyDelete
  5. boleh saya tau Yuyu bg Habib minum susu ENFAGROW ni stat umur brpe?kita kena tukar susu stat bila ye?sbb skng anak sy br nk msuk 2thn dia still minum ANMUM..ke boleh je bg anak minum susu yg sme smpi dia sndiri yg akn stop utk minum susu ni

    ReplyDelete
  6. Kecik kecik dah pandai mintak A+. Terima kasih banyak sebab share info pasal susu ni. Sebelum ni sslalu tertanya tanya susu enfagrow bagus tidak sebab xpernah oakai kan. Nampaknya mfgm tu bagus untuk anak anak. Sebab tu harganya mahal.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS