Assalamualaikum ♥
Habib adalah sejenis kanak-kanak yang suka kenderaan, tapi paling suka kereta. Tak lah, dia tak suka, dia obses! Sampaikan dia baru setahun, dia suka sangat duduk lama-lama tengok Hot Wheels kat rak Toys'RUs. Setiap kali melintas bahagian Hot Wheels, terus dia macam wahhhhhh... Jadi, mainan dia banyak pun lebih kepada kereta. Hot Wheels lah semestinya. Beli sikit-sikit lama-lama jadi bukit kat rumah ni.
Baru ni, ada exhibition Hot Wheels sempena 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship di Sunway Pyramid, jadi, kita-kita ni boleh lah tengok-tengok sendiri track-track terbaru yang mencabar dan best kat sana.
Tapi, paling penting kita kena tahu, mommies yang free, boleh lah bawa anak-anak tengok grand finale 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship di Blue Concourse Sunway Pyramid 21/Oktober/2017 yakni Sabtu ni okay.
Menjerit-jerit dia bagitau sama Batman Car macam dia punya. --'
Okay, apa 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship ni?
Ini ada julung kalinya Hot Wheels buat satu pertandingan berentap Hot Wheels untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12, buat enam negara iaitu, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam untuk memegang gelaran 1st champion, dan juara akan bawa balik USD2,000
Huyyo!! leleh peluh kat dahi dengar duit banyak tu nak oi!
Jadi, esok adalah hari yang ditunggu-tunggu, oleh enam negara tadi, negara mana yang bakal bergelar 1st SoutEast Asia Hotwheel Epic Champion tu. Kita-kita ni boleh lah datang ke Sunway Pyramid untuk bagi semangat kepada negara kan. Bawa anak-anak kita, paling penting.
Okay lah, freekan jadual esok tau, terus pergi Sunway Pyramid, esok. Janji?
Ni adalah tiga challenges yang bakal juara perlu hadapi. ewah! tapi mencabar kan? yuyu sendiri try pun, adoi, tak boleh k!
Muka orang tu ada senyum, pak dia beli dua kereta Hot Wheels baruuuuu
Selain tengok championship tu, kita boleh bagi anak-anak try sendiri track-track baru Hot Wheels, boleh dia main di sana dengan kawan-kawan baru.
lepas dia main track, bersedialah dia buat muka sedih pulak kat sini. ibu lagi sedih!
ya Allah! ini lagi sedih. hahaha

beli lah satu dua, buat dia jadi champion kat rumah pulak. hehe
Jangan lupa tau!
1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship
21/Oktober/2017
Sabtu
Blue Concourse, Sunway Pyramid
Untuk lebih lanjut, boleh visit :
Terima kasih sudi baca,
Love,

Harus pergi hujung minggu nanti..
ReplyDeleteMy son pun obsess dengan HW ni Yuyu cuma dia masih belum ada kesedaran yang tinggi untuk simpan di tempat yang sepatutnya.. Bersepah sana-sini..
Selama ni kumpul buat koleksi je..Tak sangka pulak ada contest macam ni.hehehe
ReplyDeleteHuhuhu bestnyaaaa
ReplyDeleteAssalam. Menarik dan cantik sangat blig cik yuyu. Banyak juga cerita cerita menarik yang seronok dibaca. Banyak info untuk saya sebagai blogger baru. Jemput ziarah blog saya ya...
ReplyDeletehttp://yangunguitumanggis.blogspot.my/