Assalamualaikum ♥
Dah lama Habib tak demam teruk. Bulan lepas pun macam demam acah-acah ja. Suhu dalam 37.5 celsius, tapi kali ni check semalam 38 celsius, check pulak lagi hoi, naik terus 39.1celsius. Ya Allah, ibu tak boleh buat apa dah ni. Makan pun apa yang ada ja.
Banyak yang bagi petua, tapi masalahnya semua petua tradisional, daun betik lah, daun bunga raya lah, air asam lah, celah mana nak cari semua tu, walaupun yuyu punya rumah teres corner lot, tapi halaman yang ada tu penuh dengan rumput saja. Time ni terus rasa menyesal kenapa aku tak tanam bunga raya, pokok betik ke.

Apapun taknak 😢
Tadi dah mandikan Habib dengan air buah Lemon, tapi suhu tetap macam biasa juga, tak turun mana pun. Takut tu mestilah, hari tu anak kawan husband yuyu siap kena sawan sebab demam panas tinggi sangat. Itu yang risau tu. 24jam kami laki bini bergilir duduk depan Habib, taknak jadi apa-apa yang tak ok kan? Nauzubillah.
Time ni juga, kesian pulak kat Affan. Masa kalut Habib nangis kuat tadi, dia "sakit head" katanya, kami laki bini uruskan Habib, Affan pulak terbaring sorang-sorang kat sofa. Tau tau dia nangis, "ehhh, aku ada anak sorang lagi!". Huwarg! Affan sayang ibu, rasa serba salah pula
Ni update lah sikit entry baru, sementara tengah defroze ayam nak buat Butter Chicken, Habib tengok Thomas&Friends sampai tertidur, Affan pula dalam buai, biar dia tidur nyenyak dulu.
Dalam sejarah hidup (ewah), ni kali pertama Habib demam sangat panas, selalunya paling tinggi pun 38 celsius, itu pun sekejap saja, lepas tu dia aktif main kereta dia, kali ni, apa pun dia taknak buat, makan pun taknak, tengok tivi pun sampai tertidur, alahh, ibu rasa berat sangat nak tengok anak ibu macam ni.
Yuyu syak, Habib berjangkit dengan emak yuyu. Emak yuyu mai rumah, semalam baru balik Langkawi. Sepanjang emak ada kat rumah, emak demam, lepas tu, dia lah bagi Habib makan, kalau sebab gigi, Alhamdulillah gigi Habib semua dah tumbuh dah.
Hmm. Apapun, kalau ada petua, tolong share ya. Tolong juga doakan Habib cepat sembuh dan Affan tak berjangkit. Amin.
Salam Jumaat Barakah
Terima kasih sudi baca 💜
tuam dengan air batu pun okey.. mandi selalu dia.
ReplyDeleteinsyallah baik.
kat rumah memang tanam bunga raya putih sb mak selalu ckp daun bung raya putih boleh kebas deman
InshaAllah semoga Habib baik-baik saja and cepat sembuh :))
ReplyDeleteget well soon habib..:)
ReplyDeleteAnak kita sebaya. Sulung ngan kedua. Time yg sulung demam panas ritu, mmg kalut jgk. Suhu cecah 40.1 degreeC, walaupun dah mandikan air suam jerlum kepala minum byk air masak/kelapa, suhu still x turun. Klinik dah 2 kali pegi, masuk ubat bontot tu pun sekejap je suhu turun. Last2, pegi jumpa doktor yg guna Colour Vibration Technique (CVT) AlhamduLillah baru suhu under kontrol + dia dah mula respon apa yg kita cakap (selalunya byk mulut). Tapi lepas demam dah ok, 3 hari ambik masa untuk keadaan dia totally pulih (main/cakap/aktif mcm biasa) mmg sampai nangis2 time dia pasif tu xnak makan minum xnak cakap suma �� moga Yuyu kuat & keep hydrate dia. Lebih 3 hari, bwk ke klinik utk further diagnose. Moga2 Habib cuma demam virus + nak improve antibody dia je yek
ReplyDeletesemoga cepat sembuh...
ReplyDeletesemoga bisa segera sembuh habib Amin
ReplyDeleteTuam dgn air batu pada muka dan seluruh tubuhnya.
ReplyDeletehello, hope bole follow blog saya dan review produk saya ye. TQ!
ReplyDeleteGet well soon !
ReplyDeleteanak-anak kami pun baru nak elok ni. Musim kot yuyu
ReplyDelete