Assalamualaikum ♥
sekarang ni, perut dah masuk 7bulan 2minggu lebih. alahai. dalam 2bulan setengah macam tu dah nak bersalin. tak lama dah. insyaAllah. hati ni dup dap dup dap ja. nak kata nervous pun, ya juga, nak kata excited lebih, pun ya juga. seram sejuk mak nakk.
pregnant kali ni, lain banyak dari masa pregnant Habib dulu. lain yang macam gila-gila pun lain lah. mood, emosi, selera, sakit, besar, berat, preparation, alahan. semua benda lah lain. tapi scan ja, baby boy juga. haha. ingatkan ibu ni dapat lah geng sorang. maka, jangan lah percaya dan mengharap sangat dengan mitos orang yang kalau kau alahan lain dari pregnant dulu, maksudnya lain gender.
masalahnya, aku dah mengharap lebih dah hari tu -_-
takpa. yang penting, bersyukur sangat. syukur apa, dapat dua bodyguard, muda-muda ni. huhu.

sempat tau balik Langkawi, jalan-jalan dulu. lepas tu sakit pinggang dua hari. lulz
kalau dulu, preparation lengkap dibuat sejak hari pertama tahu pregnant lagi, yakni minggu kelima kehamilan. bentuk baby pun macam berudu lagi. tapi dah menggeletis beli macam-macam. dah kenapa yuyu ni. kali ni, macam yang yuyu bagitau tadi, lain sangat. sekarang dah 7bulan lebih, baru beli mitten & booties sepasang.
beg persediaan ke hospital pun tak sedia apa lagi. dok terkenyok elok atas lemari nuh. kalau baca ja, macam alahai, dia ni ibu durhaka la, bersikap tak adil terhadap anak-anaknya. mari kita lontar batu pada dia! mari!
eh tak tak. nak berjimat lebih ja pun. yuyu & suami beli apa yang patut saja. selebihnya, recycle balik yang abang Habib tu. cantik-cantik putih berseri lagi baju si Habib masa newborn dulu. bedung semua kaler macam baru beli dua saat tadi. cuma mitten & booties ja magik sikit, sebelah ja ada, sebelah lagi agaknya dah arwah kot :p
kadang tu, ada juga parent yang jenis tak gemar recycle ni. anak baru, semua benda baru balik. dari baju sampai ke babycot sampai lah ke stroller mahal-mahal tu. tapi, kalau yuyu pulak jenis berjimat lebih. mana boleh guna, kita guna dulu. lagi pun, baby baru lahir ni cepat ja besar. boleh ja guna yang mana dah ada.
tapi ikut lah cara masing-masing. oh lupa, kalau dulu untuk Habib, yuyu belikan stroller, kali ni pulak, kami lakibini belikan baby carrier. mulanya nak beli stroller baru lagi satu atau pun twin stroller tu kan, kononnya senang bawa dua orang terus, tapi, eh, macam jenuh ja kalau keluar jalan-jalan bawa dua stroller. nak taknak, kena juga ajar adik Habib ni selesa dengan baby carrier.
harap-harap adik Habib nanti nak lah duduk dalam baby carrier. aminn.
yang penting sekarang, jimat, dan jangan membazir. mana boleh guna, yuyu guna dulu. lagipun, gender sama. kalau lain gender, boleh lah nak beli pink-pink sikit kan.
tadi pun try selongkar baju Habib masa kecik-kecik dulu. cari barut, baju, mitten booties, sapu tangan. amboi. banyaknyaaa. tak sangka banyak betoi baju dia dulu. haha. masa Habib dulu, ramai yang sponsor. butik tu butik ni bagi hadiah belambak belambak. sampai setahun kami jarang beli baju Habib sebab pakai yang butik bagi hadiah ja.
Alhamdulillah. kali ni, cari balik mana yang putih melepak lagi tu. ada lah juga yang bertahi lalat -_- ibu muda kann dulu, mana tahu kalau kena susu badan kena terus rendam basuh. aku ni biar lah esok baru basuh, ambik, tahi lalat terus. nangis.
okay lah. nak mula packing barang pi hospital jap. semoga tak tangguh lagi. huhu. kang dah pecah ketuban baru menggelupur.
terima kasih sudi baca :)
hahaha bestnya yuyu nak get ready dah barang baby. semoga dipermudahkan
ReplyDeletecomeynya anak beranak :)
ReplyDeleteSemoga Dipermudahkan dan sihat selalu babe.. teringinnya pregnant..
ReplyDeleteSemoga segalanya dipermudahkan. 😊
ReplyDeleteSelamat sejahtera Yuyu. Dah berapa lama tak baca pasal saudari.
ReplyDeleteSaya ada satu post untuk sesiapa yang nak melancong ke Taiwan.
Barang ada orang yang ingin tahu mengapa Taiwan mengatakan namanya Republic of China.
Soalan ini saya dapat jawab.
http://www.biopolymath.net/2017/01/the-difference-between-taiwan-and.html
Moga Allah mudahkan proses bersalin Yuyu nanti. :)
ReplyDeletesmoga dipermudahkan semua ya yuyu..
ReplyDeleteBagus jujur.skrg kena berjimat.pedulik org kata apa.semoga dipermudahkan yuyu n famili.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan ;-). selalunya baju baby ni mudah jadi kuning kalau simpan lama kan?
ReplyDeletesemoga dipermudahkan ... recycle je selagi boleh pakai ... baby ni bkn pakai lama pun ... kejap je besar
ReplyDeletesemoga dipermudahkan kak yuyu
ReplyDeleteSemoga depermudahkan oleh http://www.kedaipiala.com/
ReplyDeletemoga di permudahkan ye yuyu
ReplyDeletetahniah yuyu...moga dipermudahkan
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeletedoa kan kami dapat merasa nikmat yang sama juga :)
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan segalanya. Saya di pusat rawatan Islam, kerap juga terima kunjungan dari ibu-ibu mengandung yang dah tak berapa hari ni, minta saya buatkan air selusuh. Alhamdulillah dengan izin Allah, dipermudahkan segalanya.
ReplyDeleteMacam mana tahu? Hihihi, sebab mereka datang lagi untuk anak yang seterusnya :)
Semoga dipermudahkan urusan.
ReplyDelete-Diari Mummy Muhaimin-
tahniah kak yuyu
ReplyDeletejaga diri baik-baik ya yuyu..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan yuyu.. :)
ReplyDeleteSalam perkenalan...
ReplyDeleteBagus konsep jimat cermat ni. Semoga segala urusan dipermudahkan. Ini saya kongsikan sedikit tips mungkin berguna untuk mudah bersalin nanti.
http://yamanaimy.blogspot.my/2015/11/tips-untuk-mudah-bersalin.html
manakala entri berikut
http://yamanaimy.blogspot.my/2017/02/tips-berpantang-sendiri.html
boleh jadi panduan jika yuyu berpantang sendiri.
Semoga dipermudahkan segalanya ye kak.
ReplyDeleteJemput singgah ke blog saya ada bermacam produk kesihatan dan juga kecantikan 😘😘😘
http://www.syakillaazam.my/
semoga kita sentiasa berwaspada dalam apa jua keadaan
ReplyDeleteSuka sangat entri ni, saya dapat mengetahui dan belajar kerana akan datang juga saya bakal menjadi seorang ibu.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeletesalam blogwaking
ReplyDeletehttp://www.lokmanamirul.com