Hadiah Dari Jepun ♥

by Yuyu Zulaikha, 8:12:00 PM
Assalamualaikum

minggu lepas, tengah melayan movie dengan suami, tiba-tiba mai lori DHL hon depan rumah. ya Allah. menggelupur aku. dah tau dah, tu mesti parcel direct dari Jepun tu. aww. itu yang sampai tak sabaq sangat yuyu nak share dengan hampa ni. make sure baca sampai habis tau. banyak benda best nak bagitau ni.

yuyu dapat parcel dari IPPIN la


haa. mesti heran kan, entah apa lah benda IPPIN ni ada kaitan dengan Jepun la, kosmetik lah, makanan lah. yuyu pun baru tahu, tapi terus jatuh cinta okay.

sebenarnya, IPPIN atau ippin.com.my adalah satu website baru daripada Jepun yang menawarkan kita rakyat Malaysia khususnya, untuk membeli dan mendapatkan product-product berkualiti daripada JEPUN sendiri, terus ke rumah kita. jadi, kalau nak apa saja yang berkaitan dengan product Jepun, yes, kena ingat terus Ippin.com.my !

lepas tu, terpikiaq sorang-sorang, ini mesti kena bayaq mahai ni. tax lah, service charge apa benda yang mahai-mahai tu --'

eh, mesti lah ada sedikit premium kena bayar. apa-apa website pun kena bayar kan, kalau tak, macam mana nak dapat masuk Malaysia. habis lah kempunan kita-kita ni nak beli, tapi kena pi Jepun dulu. nangis sorangs-sorang tepi tangga. tapi, kalau dengan ippin.com.my, kita hanya perlu bayar SIKIT sahaja premiumnya, yakni, masih lagi berbaloi dan mampubeli la.

insyaAllah, dalam masa 8 hingga 10 hari saja, product-product top-quality dari Jepun tu, akan sampai di rumah kita. haa. senang kerja takpayah sampai nak tunggu free seat airasia baru boleh beli barang Jepun ni.

okay. apa yang yuyu pilih dan berkenan sangat dari Ippin.com.my ni?

Sakura Kokoro facial set + Melati UV Care Cream

kenapa pilih facial set Sakura Kokoro?
yuyu sangat mempercayai apa-apa kosmetik & facial care product kalau dari Jepun & Korea. sebab dah tahu dah, dorang memang leading lah bab-bab kosmetik & facial care ni. dan paling bestnya, kalau ippin.com.my ni, dorang make sure yang halal dan tak diragui saja yang akan dijual di dalam website tu. kita sebagai pembeli, boleh shopping dengan yakin. 

dan penting untuk korang tau pasal Sakura Kokoro ni, pasai apa yuyu suggest sangat korang beli, dan pakai, sebabnya:
  • HALAL & mengikuti shariah
  • sesuai juga untuk yang berkulit sensitif
  • diperbuat daripada ekstrak daun Cherry Blossom, ekstrak anggur, ekstrak soya & ekstrak ros Damascus
  • packaging yang ringan, sangat sesuai nak bawa pi mana-mana

haa. bagus kan! sebab tu la, yuyu sampai terpilih juga Sakura Kokoro ni. siap ada Halal status lagi tu! product kita sendiri pun belum tentu ada halal. hehe. 


sekarang, kita dalami satu-satu pendapat peribadi yuyu, mengenai keempat-empat product Sakura Kokoro daripada ippin.com.my ni.

SAKURA KOKORO Cleansing Wash. yuyu bagi namblas bintang!


paling best dengan cleanser Sakura Kokoro ni, sebab dia tak berbuih. bila kita cuci muka pun, dapat rasa yang kelembapan semulajadi kita tak hilang dengan drastiknya. yuyu sangat suka dengan apa-apa pencuci muka yang tak berbuih. sebabnya tu lah. bila kulit kita tak kehilangan kelembapan semulajadi dengan banyak, itu yang buatkan kulit kita bebas jerawat, sebab kulit tak stress lalu keluarkan lebihan sebum. 

lepas je cuci muka dengan cleanser Sakura Kokoro, kulit akan rasa lebih bersih tapi sentiasa lembab. tak kering macam selalu kita cuci dengan pencuci biasa.


All-in-One Gel. paling suka dalam semua ni! 

ya Allah. tak tau nak habaq macam mana, tapi, in case korang nak kulit muka korang sentiasa lembab dan lembut, please la, at least, beli lah Sakura Kokoro All-in-One Gel ni. seriously, korang akan rasa puas hati sangat.

selalu sebelum guna product Sakura Kokoro ni, yuyu akan pakai pelembab lepas cuci muka, tapi kali ni, dah tak pakai dah, sebab All-in-One Gel ni pun sangat melembabkan, dan paling best, dia boleh jadi juga primer makeup, supaya bila kita makeup, dia akan stay lebih lama dan tak merekah langsung. nampak smooth saja makeup kita tu.


Sakura Kokoro Beauty Essence pulak, ish, terlampau suka juga. hmm. apa semua yuyu suka ni --' 


apa pulak benda ni? Beauty Essence ni best yang amat, berfungsi untuk mencerahkan kulit sambil melembabkan. tekstur dia sangat lembut, dan mudah meresap ke kulit. tak bagi rasa berminyak atau melekit. selalu yuyu akan pakai, masa muka fresh baru lepas cuci, pakai Beauty Essence ni terus, sebelum pakai All-in-One Gel.

serum ni bagus. sebab dia bagi kita ekstrak yang pure dan dia sangat meresap terus ke kulit kita, sebab tu kalau nak extra cantik, kita kena amalkan pakai Serum atau Beauty Essence :)


Sakura Kokoro BB Cream! aww. happy sangat pulak nak cerita!

BB Cream ni paling best. sebab dia bentuk liquid dan senang sangat nak apply ke muka. walaupun guna sikit saja, tapi, dia boleh cover segala parut & pori di muka. kita cuma perlu sikit ja BB Cream ni, tak perlu tebal pun, tapi nanti tengok effect dia, nampak macam tak pakai makeup dan sangat natural di kulit. tona pun lebih sekata.

yang bagusnya BB Cream ni juga, sebab ada UV protection kan, jadi bagus lah kalau nak pakai time outdoor pun.

nampak smooth je kan make up yuyu. tahan lama ni, bila dah pakai Sakura Kokoro Cleansing WashAll-in-One Gel + Beauty Essence + BB Cream. jimat pun ya, pakai sikit pun, dah cukup.

lepas ni, insyaAllah, yuyu akan terus konsisten dengan semua product dari ippin.com.my ni. dah tahu dah, sangat bagus dengan yuyu


selain daripada tu, kalau korang nak cari selain dari facial care dari Jepun, ada macam-macam lagi kategori yang boleh pilih. Kosmetik ka, baju ka, makanan Halal Jepun ka, barang baby, barang eletronik, kira semua ada lah. yang penting semuanya, khas dari negara JEPUN.

contohnya, product kosmetik yang yuyu pilih ni, best sangat-sangat, dan memang terkenal lah dari Jepun, boleh juga korang try:



semua yang yuyu pilih ni, sangat berkualiti, dan yang top-top dari Jepun


ehh. lupa nak tambah pasal Melati UV Care Cream tu. apa yang yuyu suka, sunblock Melati ni sangat ringan di kulit. jadi, tak rasa melekit dan berminyak bila time panas. yuyu suka terus pakai time makeup, memang tak rasa langsung macam pakai sunblock. selalunya kalau pakai sunblock, alah, petang ja dah merekah, & lusuh mekap. demm la --'

apapun, yuyu dah buat personal opinion yuyu mengenai product-product Jepun dari Ippin.com.my ni, harap dapat lah membantu korang yang mencari skincare, dan kosmetik terbaik. best product-product Sakura Kokoro tu, honestly, once dah start pakai, korang akan faham, kenapa yuyu suka sangat-sangat.

kalau nak tahu apa-apa, atau nak cari product dari Jepun, boleh terus ke link ni:




selamat mencuba!

terima kasih sudi baca :)
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. saya pun akan ke jepun. hujung bulan ni.

    from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wah.. macam bagus je produk2 ni.. tengok muka kak yuyu pon memang nampak lembab.. nice entry :)

    ReplyDelete
  3. produk skincare je ke dia jual yuyu?

    ReplyDelete
  4. Wow bestnya...kak yuyu, tak nak kongsikan ke cara berpakaian yg sesuai utk golongan petite, xpon kt mana nk cari pakaian utk golongan petite yg berpatutan..hehe sy ni minat tgk kak yuyu berfesyen tau!

    ReplyDelete
  5. Nampak macam bagus produk nie... tapi kalau yuyu ingin luaskan pasaran jualan laagi besar... Boleh cuba join Muslim Trade House dan sertai Seminar Perniagaan Muslim untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai bakal usahawan...

    http://wacanaku2009.blogspot.my/2016/11/bagaimana-ingin-tingkatkan-ekonomi.html

    ReplyDelete
  6. wahh menarikk...

    http://jjanghousewife.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Lawa gambarrr... web tu pn mcm menarik jerrr

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS