Bersahur & Berbuka Makan Apa?

by Yuyu Zulaikha, 2:47:00 PM
Assalamualaikum 

lagi berapa hari je dah nak Raya. hoi. cepatnya masa berlalu. seminggu pun tak sampai dah. tapi, preparation apa pun tak buat lagi. asyik dok busy dengan kerja ja. haha. tapi, tahun ni, insyaAllah, Ramadhan dan Syawal akan lebih indah dengan kehadiran anak. tak boleh bayang macam mana nak beraya bila ada Habib Muhammad ni. 


tahun lepas, banyak hari yuyu tak dapat puasa, memandangkan yuyu menyusu Habib, bila posa ja, sampai ja tengah hari, dah rasa berpinar nak pitam. kalau asyik tak tenaga, takut sangat menjejaskan susu. kesian pula Habib, dia tengah breastfeed lagi kan.

tahun ni. ambik hang! aku tawaf bazar bagai juara


alhamdulillah, Ramadhan kali ni yuyu teruskan macam zaman dulu-dulu. Habib pun dah 1tahun8bulan, dia pun tak kerap sangat menyusu. lebih banyak makan dah kan. bagi yuyu, benda paling best, bila posa ni, kita bersama-sama dengan orang tersayang. gituuu. sibuk berbuka dan bersahur dengan anak & suami.

selalunya sebelum ni, jenis yuyu ni, WAJIB sahur. kalau dak ja, hang tengok lah, tepat pukul 1 ja, dah macam kain buruk. versi manusia. at least, minum air sampai bila goncang perut tu, bunyi air ja. haha. huduh betoi berangai.

antara menu yang selalu yuyu makan time sahur, simple tapi kenyang adalah :
  1. roti bakar + jem/kaya : yang ni paling simple boleh buat. mengenyangkan dalam masa yang lama. sedap pulak tu.
  2. biskut merrie celup milo : nikmatnyaaaaa. walaupun simple, tapi, teringat time kecik-kecik dulu kalau takmau bangun sahur, malas nak habiskan masa berjaga, yuyu celup ja biskut tu sambil pejam. haha.
  3. nasi goreng : ni kalau rajin sikit, buat lah nasi goreng. haha. tu pun kalau bangun awal. kalau dak, tobat nak rajin masak pag-pagi buta.
  4. Hidangan sahur di McD: set Big Breakfast dengan Hotcakes dan Set Sarapan Ayam Gril memang sedap dan kenyang yakmat. tahun ni ada set Bubur Ayam McD lagi tau! Tengok menu pun dah tertelan air liuq. sedapnyaa. yang pasti, tiga-tiga menu ni sangat sepanjang hari. dah try banyak hari dah. haha. insyaAllah.


Habib nanti mesti habiskan Hotcakes tu, setiap kali ke McD, dia paling suka Hotcakes. habis okay! Yuyu pula sukakan Set Sarapan Ayam Gril, nikmatnya pagi-pagi. 



yang paling penting.. kena ada KURMA. kalau takdak kurma, adoi, tak lengkap lah sahur tu. malah, kajian sendiri dah bagitau, kurma sangat bagus untuk bagi tenaga. sungguh, tiga biji kurma saja untuk sahur pun boleh bekal tenaga sampai petang. kann? insyaAllah. 

kalau berbuka pulak, yuyu suka buat kuih. paling suka buat, kuih Buah Melaka. setiap kali posa, wajib buat kuih ni, at least sekali setiap Ramadhan. senang ja weh. gelintey-gelintey, tauk kat periuk. settle. tapi, selalunya pi Bazar Ramadhan la. haha. bukan senang oi, setahun sekali nak jumpa Bazar Ramadhan (padahai sama ja dengan pasar malam).


tapi, paling syoqnya, dari dulu, mesti akan ada malam-malam yang yuyu akan berbuka dan bersahur di McDonald's. MESTI punya lah.


bila cakap pasal McDonald's time puasa, ingat lah, masa belajar dulu, kami pi sahur kat McD (Nilai), lepas tu, terus je buat assignment kat sana, sebab ada wifi kan. tup-tup dah Zohor. hoi. lamanyaaa kami dok kat McD, dan benda tu jadi rutin kami setiap hari. haha. sampai staf kat sana dah tahu kat mana kami akan duduk sepanjang sahur di sana.


Ramadhan kali ni pun yuyu berbuka dan bersahur di McD. Terutamanya kerana yuyu menantikan time berbuka di McD dan yuyu nak makan Foldover Lazeez yang sedap giler!

ehem. :p
 
Kepingan ayamnya yang depa gril sempurna lebih lazat dengan sos garlic. kalau ambik setnya siap dapat Ice Lemon Tea & French Fries, memang berbaloi-baloi-baloi-baloi. kenyang sampai esok. lulz. jimat. kalau pi Bazar, mesti lagi belambak habis duit. yang penting sedap! literally lazeez (sedap dalam Arabic).


Foldover Mashwi pun ada, dengan kepingan daging yang empuk dan sos pedas yang unik. tapi yuyu lebih prefer ayam la. tekak masing-masing la kan. tapi dua-dua menu ni, hanya pada bulan Ramadhan okay? :)


jadi, lepas ni kalau buntu nak berbuka dan sahur mana, better datang McDonald's je. selain daripada menu pun sedap, jimat pula tu. tak payah lah habiskan duit buffet sorang beratus ringgit. sayang okay. beli je baju raya. haa.

Semoga semua menghayati bulan Ramadhan yang cukup indah bersama yang tersayang. dah tukaq duit raya belum? :p



terima kasih sudi baca :)
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. sedap dan nice sharing...
    kena cuba....
    https://belogs.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Setakat ni,belum lagi pernah berbuka atau sahur dengan menu McD, tapi pergi beli bubur kosong untuk anak dah banyak kali waktu bulan puasa ni sebab selalu jalan waktu siang masa hujung minggu. Hehe Stop jap kat McD, bg makan anak sambil telan air liur.

    ReplyDelete
  3. akk pun suka menu McD...aummmmmmmmmmssss

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS