Assalamualaikum ♥
kalau cakap pasal perempuan ni, memang semua perempuan suka pada kecantikan. kalau dia cakap tak suka sangat lah cantik-cantik ni, biar je bulu ketiak ai panjang enam kilometer, tengok je la time dia lepas mandi, mengadap cermin juga. eh. nak cantik lah tu namanya.
yuyu sendiri pun suka pada kecantikan. kalau boleh, nak semuanya nampak rapi, flawless. baru lah rasa nak hargai lebih diri sendiri ni kan.
tak cukup dengan diri sendiri dihargai saja, baru ni yuyu ada attend event Make Beauty Happen, Panasonic Beauty di Glass House, Setapak, di mana, dorang pula menghargai kehadiran kecantikan wanita. macam mana? dengan terciptanya tiga product terbaru dorang yang serius kita semua akan suka. yuyu sendiri gila punya suka okay.
- Micro Foaming Cleansing Device
- Ionic Cleansing and Toning Device
- Styling Brush Iron
time kat sana, Ya Allah, nak meroyan tau. haha. tau tau kami boleh cuba dan guna sendiri ketiga product Panasonic Beauty tu. cuma Styling Brush Iron tu, tak la, cuma mampu teruja dari jauh je. hehe. yang penting, sekarang tak sabar nak cerita apa yang best dengan tiga-tiga product tu.
aww.. dia punya event pun sweet sweet kemahen je weh
dah ready?
persis fairytale. semuanya kau imagine, ada depan mata kau. pilih je nak duduk mana. :')
tadaa. nahh.. yuyu tunjuk sikit gambar Ionic Cleansing & Toning Device, dan juga Micro Foaming Cleansing Device ♥
yuyu pilih dok sebelah kak Aida Sue. kak Aida ni sweet & baik okay. ai suka :)
Sebelum
sehari sebelum event, YY (blog manager) cakap tak boleh pakai makeup. alamak. i'olls malu le nak keluar rumah dengan muka togel. tapi, relakan juga lah hati ni demi event Panasonic Beauty. bila sampai je sana, memang masing-masing tak pakai mekap pun. okay lah sikit rasa.
sebabnya, di Panasonic Beauty Lounge ni, kami akan cuba sendiri semua devices baru Panasonic Beuaty supaya dapat merasakan efek lebih optima.
sorry eh. takdak la flawless macam ni. camera khenn. yuyu ada jerawat je kat dalam hidung. -_- time ni tanpa make up, tapi ada sikit bekas lipstick tak habis remove lagi.
Micro Foaming Cleansing Device RM449.00
paling teruja sebenarnya nak cerita pasal device ni. best sebab dia boleh totally remove mekap dengan jayanya. serius, punca kulit muka cepat kertu memang sebab salah satunya kalau kita tak remove makeup betul-betul. selain dari hari-hari yuyu akan buat mild exfoliate, insyaAllah, lepas ni tak exfoliate setiap hari pun tak apa, bila ada device ni.
ada dua cara untuk kita guna dalam satu device ni.
loose-kan makeup sebelum cuci. cuma sapu makeup remover dan loose-kan guna device ni.
satu, device ni akan meng-loose kan makeup kita, supaya senang untuk kita cuci nanti. bahagian hujung dia ada set high warm & low warm ni, supaya kita boleh pilih, kesuaman mana satu kita selesa untuk loose-kan make up.
masa untuk cuci!
once kita dah loose-kan makeup kita, sekarang, cuma guna device ni untuk mencuci muka. yang bestnya dengan Micro Foaming Cleansing Device ni sebab kita cuma masukkan pencuci muka kita ke device ni, dan dia akan createkan sendiri micro foam (buih). buih yang terhasil akan sumpah halussss yakmat!
selain dari buih yang bersaiz mikro tu, dia punya berus sangatlah lembut. time cuci tu, aww, macam nak mencuci muka sambil tidur. layan je kelembutan time tengah mencuci muka. berus ni mampu untuk mencuci kotoran di wajah sedalam mungkin seperti minyak. yang penting di waterproof. jadi, tak payah nak risau la nak fefeling cuci muka di shower sambail nyanyi lagu Frozen :p
bagus betul device ni. bila dah habis je cuci, kulit rasa macam sangat bersih. bersih yang serius bersih. macam lagi lembut je kulit ni tau. seronok pulak aku dok usap-usap muka sendiri. haha. syoq sendiri pun ada juga time tu. tapi, sangat berbaloi device ni untuk kita semua ada sorang satu.
keduanya, ada device paling semua orang nak bawa balik. haha. time ni kumat-kamit mulut semua orang kat situ nak bawa balik device ni. serius weh dia macam magik. device ni menggunakan ionic power untuk menembuskan ion jauh ke dalam kulit kita.
hasilnya, aliran daripada + akan ke aliran - bertembung dan akan menghasilnya water flow dimana akan memberi kesan kelembapan yang akan terus ke epidermis kulit. senang cerita, device ni akan buatkan kulit kita sangat lembab dan supple!
yuyu demonstrates sendiri ♥
langkah pertama, kita cuma cuci dulu dengan toner kita. penting proses ni, tau tau walaupun tadi kita dah cuci bersih, kita ada akan nampak ada lagi lebihan kotorang degil akan melekat di cotton pad tu. langkah kedua untuk toning! kita akan guna devide ni, massage seluruh wajah kita. ya Allah. rasa rilek sangat guna device ni.
time guna devide ni, kita akan rasa kulit kita rasa selesa sangat. guna dalam beberapa minit kita suka, lepas tu hasilnya, kulit akan rasa lebih supple.
tapi...
kalau guna dengan konsisten, kulit kita akan hydrate sangat dari hari ke hari jauh lebih dua kali ganda dari hari biasa kita tak guna device ni. ini lah speciality device ni.
Selepas
nahh.. muka yuyu selepas guna dua dua device tu. haha. maaf! bibir yuyu memang gelap sangat. dah banyak ikhtiar buat, tak jadi juga :'(
thank you Panasonic Beauty Malaysia ♥
Styling Brush Iron RM199
akhir sekali adalah device yang berkaitan dengan rambut pula. walaupun kita berhijab, tak bermaksud kita kena abaikan rambut kita. rambut kan mahkota kita. sekali sekala, reward lah dengan style sikit rambut kita. biar nampak lebih cantik dan sihat selalu.
tadaaa,..
apa yang best dengan Styling Brush Iron ni adalah kalau selalu rambut kita straight je, kali ni lah kita nak perm kan dia. dengan iron ni, rambut kita akan nampak lebih wavy dan rambut nampak lebih volume. macam lebih lebat gituu. tapi, cara nak guna sangat mudah.
nahh. video. sebab yuyu tak boleh nak deostrate time event tu, jadi, yuyu sajikan korang dengan video ni :
best kannn! affordable pulak tu..
ada dua temperature setting untuk kita pilih. yang penting, dengan iron ni, tak ada lagi masalah time nak style, tetibe rambut hangus -_-
***
best kan tiga-tiga device Panasonic Beauty ni? sekali sekala, reward lah kecantikan yang kita ada kan. kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk-produk Panasonic Beauty ni, boleh check sini:
terima kasih sudi baca :)
alamak mahalnya 449
ReplyDeleteCambest je produk nie.. huhu
ReplyDeleteRiban jugak la dua benda ni. Tp bleh msuk wishlist ni 😘
ReplyDeleteDulu panasonic ini barangan elektrik je, sekarang ni dah ada beauty pakej pula
ReplyDeleteoooo.. produk baru ya... bagus2...
ReplyDeletehaha part bulu ketiak smpai 6km pun tak kisah tp pas mandi tgk cermin juga.. haha
Blogwalking Sini, jom baca artikle ini
Blog Berjaya Masuk Rank Malaysia article...
kalau korang tercari-cari ape kerja paling mudah tapi dapat gaji banyak gila dengan guna internet je... ni lah dia --> http://goo.gl/KVQ9W4
ReplyDeletedah makin canggih panasonic skg.. ada device utk jga kecantikan diri
ReplyDelete