Assalamualaikum

hari tu sebelum balik Langkawi, tiga hari suami menderita (macam nazak la pulak. haha) batuk berkahak, siap asyik gatal tekak ja memanjang. teruk juga, pernah time malam tu, suami susah tidur sebab kahak teruk sangat, sampai suami susah bernafas. Allah. kesian pulak tengok dia macam tu.

kebetulan, ada pula yang share di Facebook, petua untuk hilangkan batuk berkahak ni. memandangkan sangat mudah, dan berkhasiat, elok lah juga yuyu buatkan untuk suami. kalau yang susah tu, takpe lah, tarik tangan bawa pi klinik je la. haha :p

jadi, apa benda yang diperlukan.

Bahan-bahan:
sebijik nenas
sebiji halia
air (untuk blend)
blender



Allah. simple yakmat bahan-bahan dia. kalau malas juga, aku taktau la. haha. kalau nak guna setengah nenas saja, maka, halia pun setengah je la ya. macamtu lah dia punya nisbah. okay, dan,


Cara-caranya:
1. hiris halia dan nenas nipis, supaya senang untuk dimasukkan ke blender.

2. masukkan hirisan halia dan nenas kedalam blender, dan masukkan juga air. 

3. blend lah sampai sangat halus supaya senang untuk minum.

4. dan minum.

haha. senang nak mampos.

suami kata, ada rasa pedas-pedas sikit. tak sure lah samaada pedas halia atau pedas blender baru lepas guna blend cabai kering. haha. nasib lah. tapi, suami kata, walauapun pedas-pedas sikit, sedapppp. sebiji buah nenas tu, boleh buat untuk minum banyak kali.

lebihan yang suami minum sekali tu, yuyu simpan je dalam peti sejuk, suami nak minum, dia ambil je dari situ. haa. senang.

result dia? haaa. sekali minum, terus suami tak rasa dah gatal tekak. kahak pun hilang. yes. sekali minum saja okay. Alhamdulillahhh. lepas dah lapan jam gitu, baru la ada balik sikit-sikit kahak dan rasa gatal tekak, cuma sikit saja. padahal sebelum minum tu, azab!

lepas suami minum dalam dua hari, beberapa kali, terus sembuh batuk dia. syukur lah. memang tu lah yang nak pun. kalau tak, tengah tidur, dah la tidur sekatil dengan Habib, memang terkejut lah dia. kadang tu yuyu tengah buat kerja, dengar dia batuk kuat sangat, ya Allah..... sabar je. haha. macam aku tak pernah batuk. :p

sebab kesan petua ni sangat mujarab, apa lagi, time balik kampung, pak lang yuyu batuk, menggelupur yuyu buat. tunjuk bakat lah konon. memang batuk pak lang pun kurang sangat, dia minum sikit je pun masa tu. haa. 

lepas ni, boleh lah try petua ni. tak payah la minum ubat batuk. semulajadi pulak tu. nenas pulak kaya dengan vitamin C, bagus untuk tahan sakit demam ke. try okay.

terima kasih sudi baca :)
SHARE 49 comments

Add your comment

  1. tq sharing.. kalau budak tak sesuai kan..ermm.. anak batuk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau budak tu, rasanya tak kot. kang kesian pulak tak tahan pedas :)

      Delete
    2. Kalau kanak nanas dengan madu...n kena tapis 2x...guna tapis biasa ps2...tapis lg dgn penapis plg halus..cm org wt teh kt kedai mamak 2...bg pki picagari pun bo...

      Delete
    3. Tq sis..klau org pregnant boleh ke minum..??

      Delete
    4. sis, kalau orang dewasa boleh jew kan madu dengan nenas tu??? ba x suke halia la...

      Delete
    5. klu anak2 boleh bg omega guard shaklee...sgt membantu dan kaya dgn DHA untuk tumbesaran otk mereka..
      http://www.surijunior.com/

      Delete
  2. good tips, boleh cuba nanti. tq yuyu ^^

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. wajib cuba la. kalau takde kahak pun, sedap pulak minum :p

      Delete
  4. Tq yuyu for sharing this...memqng tengah batuk bkahak juga skarang n.blik keje ni boleh la serbu kedai beli nenas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib buat la malam ni. huhu :p semoga cepat sembuh ya

      Delete
  5. Tq Yuyu share the tips tapi pregnant tak boleh makan/minum nenas. Tapi batuk Ya Allah, terus sgt dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyu tak sure la. sebab ada yang cakap tak bagus makan nenas time pregnant, tapi, kalau minum sekali sekala, takpe kot. tak tau la. better tak yah la :p

      Delete
  6. Boleh try petua yuyu ni jugak nanti. Bahan pun senang nak cari kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang gila kannn bahan-bahan dia :p

      Delete
    2. Memang banyak petua nenek moyang kita.. kadang2 p klinik pun lambat nak baik

      Delete
  7. mesti perit sangat rasa batuk mcm tu. terima kasih kak yuyu kongsi tips ni !

    ReplyDelete
  8. Ok thanks kak yuyu..zai baru je elok batuk berkahak. Klo tau aritu dh buat dah. Memang menderita nk bernafas pnye la susah. Takpe next time try. Hehe

    ReplyDelete
  9. a very nice tip! Nak try jugak sebab sy batuk berkahak je selalu

    ReplyDelete
  10. Nenek moyang kita memang kaya dgn banyak petua menggunakan tumbuhan gini.. rugi kalau tinggalkan.. kipidap

    ReplyDelete
  11. ;O saya selalu juga batuk berkahak ni, & yg selalu sy dengar petua makan bawang putih bakar tu. Ha, lepas ni nak cuba nenas + halia pulak. Nice sharing! :D

    ReplyDelete
  12. wow.. tips yg bagua utk diamalkan
    thanks darling for sharing...

    ReplyDelete
  13. kebetulan sangat baca entry yuyu ni time batuk ni. tak bebaik dah 4-5 hari ni.. nak try. tapi bimbang pulak sebab guna nenas. period pulak delay. hurmmm

    ReplyDelete
  14. Tq sharing yuyu..kalau batuk pasni leh buat ;)

    ReplyDelete
  15. Okay, dapat ilmu baru.. Boleh apply bila ada kes batuk2 gatal tekak nnti.. Tq yuyu for sharing..

    ReplyDelete
  16. Thanks for the info. Boleh suruh adik try. Sekarang dia tengah batuk.

    ReplyDelete
  17. salam yuyu, mohon pencerahan ye, resepi ni guna halia ke lengkuas? sebab gambar cam lengkuas. hehe.. bukan pe, nanti kot cek salah buat pulak. tq ;)

    ReplyDelete
  18. Terima kasih. Sedang batuk dah nak seminggu. makan ubat macam tak jalan aje..... mesti buat ni...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum .. tq bg petua kak yuyu. mmg skrg ni tgh batuk. dh nak batuk smngu dh kot. dh p klinik mkn ubt klinik mcm xjln je.. huhu. nti nak try laa. mtk2 berkesan. xthan sgt dh ni batuk2 je manjang. smpai sore pn ilang 😭

    ReplyDelete
  20. Ptua ni khas tuk batuk bkahak je ke sis?klu btuk kering tu leh jg ke?da brapa mlm da xdpt tdo ni..huhu

    ReplyDelete
  21. Tq4 info...cuma nak tanya ...Nenas + halia campur madu lebah boleh dak...sy dah hampir seminggu batuk berkahak ni....seksanya nak tidur mlm...ambik ubat klinik & farmasi xberkesan nampaknya.........

    ReplyDelete
  22. Tq4 info...cuma nak tanya ...Nenas + halia campur madu lebah boleh dak...sy dah hampir seminggu batuk berkahak ni....seksanya nak tidur mlm...ambik ubat klinik & farmasi xberkesan nampaknya.........

    ReplyDelete
  23. Dalam proses percubaan..da siap blend..siap minum dah.. result akan diberitahu kelak.. bau dia memang tiptop sedap..tapi rasa dia pelik ade pedas2 skit.. memang tengah batuk berkahak + perut masuk angin.. tu yg da xsanggup nak hadapi hari2 yang mendatang..tu yg mencuba resipi ni..kikiki

    ReplyDelete
  24. TQ yuyu.. nak cuba malam ni jugak. Dah 2 bulan batuk berkahak.. Ujian Allah. redha je .

    ReplyDelete
  25. Esok nak try. Batuk gatal tekak xleh tidoq nih. Jeles tgk org sebelah dah lama berdengkoq

    ReplyDelete
  26. Syukur ke hadratnya..petua ni saya cuba.adalh kesan.ubat batuk tak jalan..
    Selain itu saya cuba dengan asam jawa dilumatkn dlm air dgn garam..ada jugak kesannya.

    ReplyDelete
  27. Terima kasih atas perkongsiannya.
    Saya ambil info yg haq sahaja.lain tiada.

    ReplyDelete
  28. Boleh try tips nie nanti, batuk teruk pulak awal tahun baru nie :(

    ReplyDelete
  29. Yuyu.. kalau pakai nenas yg dlm tin tu boleh ke?? I nak try sbb i keje dpan guest so malu laa n i nak ubat pling mujarab n senang. Klinik jauh kene naik bas hahaa

    ReplyDelete
  30. Boleh try pkai nenas yg dah ditinkan x?? I keje public so bnyk jumpe guest.. nak ubat mujarab

    ReplyDelete
  31. nak tapis ke xpyh ya yuyu

    ReplyDelete
  32. nak cuba bagi pada anak..
    harap - harap menjadi..aminn..

    terima kasih awak 😊

    ReplyDelete
  33. Sediakan satu minuman dengan campuran halia kering bersama delima adalah berkesan utk hapuskan batuk.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS