Assalamualaikum

alang-alang dah free ni, mari lah yuyu share sikit dengan korang, macam mana nak buat Home-made Mee atau Noodles. sebenarnya, yuyu memang tak suka langsung mee dari kecik lagi. sebab, selalunya kalau beli mee, mesti bau dan rasa kapur tu, ya Allah, tak boleh blah.

potong terus selera aku.

dah kawen ni, suami jenis suka pulak benda-benda mee ni. nak tak nak, buat lah sendiri. resepi ni sangat senang, tak leceh langsung, dan sesuai sangat sihat. tak ada wax makanan okay, dan dijamin bersih. ye lah, dah buat sendiri kan.


BAHAN-BAHAN: (untuk 2-4 orang makan)
250gram tepung gandum
1/2 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam atau 2 sudu kecil garam bukit
1 biji telur
1 sudu kecil minyak (optional, yuyu guna)
50ml air
mesin buat mee

senang saja dia punya bahan, semua dah ada di dapur sebenarnya. cuma, kalau korang yang takda mesin buat mee tu, tak dapek den nolong. huhu. kena beli dulu la. yuyu beli kat supermarket je pun, lebih kurang RM50. lagipun untuk beli mesin ni, macam-macam boleh guna. buat karipap senang, buat maruku/keropok pun senang. berguna betul mesin tu lagi-lagi nak buat kuih raya :p

atas sekali untuk gelek doh, tengah untuk buat doh jadi Fettuccine atau maruku, yang awal sekali tu untuk buat mee atau maruku halus.


CARA-CARA:
1) satu kan semua bahan-bahan tadi, dan uli hingga menjadi doh.

mulanya memang rasa macam tak cukup air, tapi uli je

teruskan uli. better guna tangan. kalau orang lain guna mixer, tapi yuyu lagi selesa guna tangan. air tangan kan lagi best kann. :p


2) uli doh hingga doh menjadi licin dan kental (lebih kurang 15minit). lagi lama uli, lagi bagus. biar berurat sikit lengan, orang tengok tangan kau je terus dorang tobat nasuha taknak ganggu dah.

uli dan buat doh jadi bentuk ni


3) hiris doh kepada beberapa bahagian kecil


4) ulang uli doh kecil untuk digelek pada mesin mee tadi. hmm. pelik pulak ayat, dok terbayang pasal M Daud Kilau -_-

5) gelek menggunakan number paling awal (tebal). kalau mesin yuyu tu, number 1 tu paling tebal. ikut mesin masing-masing la.


6) bila doh digelek dan menjadi seperti gambar rajah di atas, lipat dua, dan terus gelek lagi, seupaya doh menjadi sekata dan cantik.


7) dok yang kecik tadi, akan semakin menipis dan memanjang bila kita dah tukar number gelek mesin mee tu. kalau doh rasa macam melekit sikit, sapu je terus tepung gandum. takde hal lah.
tadi bulat secoet je, sekarang haaaa... panjangg!

8) bila dah gelek sampai nipis (ergh, peliknya, kenapa ada M Daud Kilau dalam otak ni?!), doh dah sedia untuk dikisar menjadi mee pula.
see! dah hampir siap!

9) gelek, kisar dan SIAP!
senang gila! better tangan ada tepung, supaya cantik je doh tak melekat kat tangan. 


10) tapi jangan terus makan, tak siap untuk makan lagi. cepat-cepat isi air dalam periuk beserta minyak (ikut suka la, supaya mee tak melekat je pun), tunggu hingga betul panas, dan celur mee tadi.


11) bila mee nampak warna lebih cerah dan mula terapung, boleh terus angkat mee. kalau boleh, celur tak lebih 2 minit la. kalau celur lama, mee akan lembik. 


12) bila dah angkat dari periuk tu, panas-panas, terus basuh di air sejuk supaya permukaan mee cantik, licin dan minyak tadi tertanggal. time ni, mee akan lawa je mengurai tak melekat.
dan toskan air. SIAP SEPENUHNYA!


ini rupa mee yuyu buat tu. cantik je dia mengurai. yang penting, sihat :D


bila dah macam ni, tunggu kita je la nak masak apa. boleh buat Mee Rebus, Mee Kuah ke, Mee Goreng Mamak ke, Mee Kari pun boleh. cuma hari ni, yuyu buat Mee Sup siap ada Tofu Telur. huhu. suami suka sangat.

si Habib Muhammad ni lagi suka. nak bagi anak kita pun tak risau dah. suka pulak tu dia makan. 

pun sedap dimakan begitu sahaja :D

UPDATE:
baru lepas masak ni. tak sure panggil apa, tapi yuyu panggil Mee Sup Tofu. rasa dia sedapppp ya Rabbi. bukan puji masakan sendiri, tapi mee tu bila kita buat sendiri, dia serap rasa masakan, mee jadi lagi sedap. haa. try lah!



suami balun bermangkuk-mangkuk. jadi, kami namakan mee ni sebagai MEE BALUN. bahahah >.<


haha. simple je kan. lebih korang pun boleh buat juga. kalau buat banyak, boleh gulung-gulung mee tu, masukkan dalam bekas, dan simpan dalam peti sejuk. insyaAllah tahan hingga seminggu. nak makan mee je, terus ambil dalam peti sejuk.

selamat mencuba, dan terima kasih sudi baca :)
SHARE 60 comments

Add your comment

  1. wahhh..simple kan...
    sebelum nie nieyl beli kat kawan kat opis nie je yg homemade...:)
    tq sharing :)

    ReplyDelete
  2. Haa.. ni best. Tiru resepi mat saleh jarang-jarang je jadi. Dapat resepi dari orang sendiri harap-harap menjadi la.. Terima kasih ye tuan tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa. kalau yang mat saleh, adoi, keliru, lepas tu bahan dia macam-macam sikit :)

      Delete
  3. nanti nak cuba la. senang juga ya

    ReplyDelete
  4. Aave as resepi. nanti nak buat la .. terima kasih akak comel! :)

    ReplyDelete
  5. Menarikkkk. Sronok tgok habib mamammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tu awal makan, bila dah minit ke berapa, bersepah :p

      Delete
  6. Nampak sedap pulak... Nanti nak cubaa, mesin mee dah ade :D

    ReplyDelete
  7. senang je buatnya ya, nanti boleh cuba. kena cari mesin dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna penggelek pun boleh, tapi penat la kang. Hehe

      Delete
  8. menu yang sihat sis, buat sendiri je

    ReplyDelete
  9. Wahhhh nampak sedap je Yuyu. Lagi satu bila kite buat sendiri mee ni takde lah rasa ragu2 nak makan. Nak bagi anak toddler makan pun tak risau.
    InsyaAllah lepas hilang morning sickness ni memang nak masak sepenuhnya. Cewahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss! Yakin je nak bagi anak makan. Kita buat mesti la bersih kann. Kita buat yang terbaik :)

      Delete
  10. tenkiuu yuyu..skrg ni klu boleh nak homemade je bg kat anak...lg sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Lepas ni yuyu nak buat resepi roti sendiri. InsyaAllahhh

      Delete
  11. Senangnya buat mi! Erm, yang penting is MESIN! Heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mesin senang je pun cari. :p

      Delete
    2. tak boleh ke potong mee dengan pisau secara hakus halus?

      Delete
    3. tak boleh ke potong mee guna pisau secara halus halus?

      Delete
  12. tertelan air liur je nengok mee sup tofu.. TT sedapnya.. share resepi boleh? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. InsyaAllah yuyu update pasal resepi tu pulak 😂

      Delete
  13. kena ada machine dan rajin baru menjadi.kihkih...lepas ini yuyu kena share resepi MEE BALUN la plak sebab nampak macam sedap tuh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Mee balun pun bolehhh. InsyaAllah yuyu update nanti

      Delete
  14. share resepi tu. kat rumah mak ada mesin tu, bleh la try.
    apa yg penting resepi tuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. InsyaAllah. Kononnya weekend ni suami suruh buat lagi, boleh la bagitau resepi. 😊

      Delete
  15. Replies
    1. Hahaha. Macam kelakar pulak panggil mee balun. Yuyu saje je laa

      Delete
  16. saya pun tak makan mi kuning. heehehe tak suka rasa kapur dia tu. okeyh lepas ni boleh try buat lah. kene beli machine ni dulu hehehe tq kak yuyu :)

    ReplyDelete
  17. Kak yuyu. Yang tofu tu kene goreng dulu kee.

    ReplyDelete
  18. Alahai. Senang je rupanya. Tapi macam mana nak bagi dia tak leper? (bulat2)

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak bulat-bulat, jangan buat sampai paling nipis, buat hingga number 4 je ke. :)

      Delete
  19. yuyu boleh share mee sup tofu tu..tq

    ReplyDelete
  20. Waaa... boleh cuba. =) buat sendiri yakin sikit kebersihan. Sama la kita, jenis x minat mee kuning. hehe

    ReplyDelete
  21. Wahhh..simple bahan! Nak try jugak.;. tp takde mesin mee... Yuyu jemputla kita dtg rumah rasa mee homemade yuyu.. hihihihii

    ReplyDelete
  22. Seronoknya buat. Kalau da mesen buat mee tu lama dah join sekali.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawabnya kena beli la tu... :)
      Salam perkenalan

      Delete
  23. wah.. nampak sedap! Lepas ni share la resepi buat pasta ke macaroni ke? Boleh buat. Mesin tu asyik ada je kat Mydin, tak stock out pon. Thanks for the recipe. Insyaalah try.

    ReplyDelete
  24. rasa macam dah singgah sini... terlupa nak komen rupanya.
    Sedap mee buat sendiri tu... terima kasih share kat sini, boleh YB cuba sat gi.

    ReplyDelete
  25. menariknya...confirm wajib cuba...
    siyess nampak mcm sedapppp...

    ReplyDelete
  26. Senang je nak buat.. tinggal rajin ngan tidak je..

    ReplyDelete
  27. Thanks share cara buat ni... mboleh buat ngan anak2, untuk bonding

    ReplyDelete
  28. senang dan menarik.. tapi mesin plak tak ada..

    ReplyDelete
  29. nice shariNg yuyu
    nti nak try la.. :-)

    ReplyDelete
  30. Assalam.. Nak Tanya... Klu lebihan tu simpan DLM peti aid yg blm direbus atau da direbus ya

    ReplyDelete
  31. terima kasih share resipi. baru jer siap buat mee ngn anak2. happy diorang makan mee buat sendiri.

    ReplyDelete
  32. kenapa lepas digelek mee tu mee xpecah jadi bentuk mee... dia keluar dari mesin masih lg sekeping n cuma hanya ada kesan bentuk mee.....

    ReplyDelete
  33. Kak..mcm mne nk buat mee tofu tu pulaj..hehehhe..mcm sedappppp

    ReplyDelete
  34. Kak..mcm mne nk buat mee tofu pulak..mcm sedappp jee...heheh

    ReplyDelete
  35. Tq share... :-).. nmpak pun mmg sedap... nak buat mee balun lak cmne ye??..hehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS