Assalamualaikum

hmm. hari ni, teringat kampung lah pula. Langkawi. dah lama tak balik. time bujang dulu, boleh la balik kampung setiap bulan. lepas tu, duduk kat kampung lama-lama. dah kahwin ni, jangan harap lah nak buat tebiat macam tu.

apa yang boleh buat sekarang, cuma tengok gambar-gambar masa di Langkawi dulu, sambil telefon mak, tok & tokwan, sambil hirup OldTown White Coffee. aloo. minum kopi. teringat tok dengan tokwan, sebab yuyu dibesarkan oleh tok & tokwan.

teringat sangat, kalau setiap pagi, tok mesti bancuhkan kopi. satu untuk tok, satu untuk tokwan, satu lagi untuk yuyu lah,  celup biskut kering. adoi. seronoknya memikirkan bab kopi tok bancuh saja pun. haha :D

bila tokwan dah balik dari masjid, sama-sama minum, sama-sama bergurau. tengok pulak muka puas hati, bahagia tokwan sambil hirup kopi tu, aww, tenangnya hati yuyu. terus bergegas dua pasangan sweet tu siap-siap nak ke kebun pulak.

kalau kisah kopi ni, time petang pulak, tok bancuhkan lagi kopi, kali ni, untuk seisi keluarga, kami sama-sama makan petang kuih muih dengan kopi, di pondok depan rumah. haha. paling best kalau tok buat extra kopi, takpayah nak berebut dengan paksu lah, dengan sepupu semua.

bagi yuyu, rasa kopi buatkan yuyu teringat childhood yuyu yang penuh dengan rasa bahagia. 


 sekarang, bila dah kahwin, giliran yuyu pula buatkan kopi untuk suami ♥



time bancuh tu, harap dapatlah yuyu terapkan kebahagiaan childhood yuyu menerusi kopi. haha. gituu wey, dengan rasa kopi putihnya yang cukup saja dia punya manis, tambah sikit dengan bau yang aww harumnya bau kopi, memang tak jemu lah nak bancuh kalau suami minta bancuhkan pagi petang siang malam :')


tapi apa yang buatkan OLDTOWN White Coffee sedap lain macam dan lain dari kopi biasa? sebab dia diperbuat dengan gabungan tiga jenis kopi yakni Arabica, Robusta, dan Liberica (sebab tu la bau kopi dia tak mengalah sedap!) kemudian disediakan dengan cara tradisional :')


bestseller. nak tahu tak kenapa bestseller? sebab rasa mewah kopi dia yang tak terkata...kopi yang mengekalkan rasa klasik kopi dan bagi aroma yang, aww, hilang stress aku.

OLDTOWN White Coffee ni, ada banyak variasi, kalau kau jenis suka kelainan, boleh lah cuba yang HazelnutCoffee & Cream yang beri lebih rasa creamy, ada juga Cane Sugar yang manis-manis cukup saja tu, kalau yang gemar kurang gula boleh lah cuba Less Sugar punya, tapi kalau yang suka rasa sebenar kopi, boleh lah bancuh Classic.


suami dan OLDTOWN White Coffee kegemaran dia. dia suka Classic lebih dari semua variasi lain :')



kalau yuyu lagi prefer yang OLDTOWN White Coffee Hazelnut, rasa macam kopi tapi ada manis lemak kacang tu, kaya pula dengan bau hazelnut, hoi, boleh bawa ketagih. 

time paling sempurna bagi kami suami isteri nak nikmati OLDTOWN White Coffee kami ni adalah:

petang-petang nak layan movie atau game kesukaan kami. bancuh sorang satu sachet, lepas tu rilek sepanjang petang

bancuh juga time tengah serabut dengan kerja, bau gabungan tiga kopi tadi, buatkan kami rasa selesa saja


sebab setiap hirupan OLDTOWN White Coffee tu, adalah hirupan memori sweet, hirupan bancuhan penuh kasih sayang, hirup hirup terus rilek. hehe. tak heranlah sampai ada yang addict dengan kopi ni, mesti ada kisah disebalik dia, sampai buat dia coffee-addict. kann :')

ada yang heran, apesal 'white coffee'. white ka kaler dia, tengok macam biasa ja. haha. sebenarnya, 'white coffee' tu bermaksud rasa semulajadi dan keunikan rasa kopi tu sendiri. kaler dia tak white mana pun. haha. 

lepas tu, ada juga tanya pasal asal OLDTOWN tu, negara luar ka? sebab rasa dia sungguh international kan. ehh, tak lah, OLDTOWN tu sendiri adalah Ipoh. Ipoh mali okay. ibu negeri Perak yang kaya dengan sejarah, dan semulajadi, dan di sini jugalah tempatnya inovasi rasa kopi tu sendiri. 

bangga okay, Made in Ipoh tapi rasa sungguh antarabangsa.

terima kasih sudi baca :) 
SHARE 22 comments

Add your comment

  1. Paling favourite yg Hazelnut tu sedapppp, memang tak boleh ada, kang asyik nak bancuh aje hihi

    ReplyDelete
  2. hazelnut memang sedap...terbaik kot...rasa nyum2

    ReplyDelete
  3. old town mmg sedap kopi dia.. de umph..
    jom jalan2 ke Blog Nurfuzie.com

    ReplyDelete
  4. omayy.. i was drooling baca entri yuyu kali ni.. i love coffee so much.. trutama yg nenek buat.. tp suami la pulak tak suke.. huhuuu

    ReplyDelete
  5. My favourite hazelnut...sedap sangat

    ReplyDelete
  6. kena cuba ni ;)
    bangga dengan ipoh mali even PG bukan orang ipoh :)

    ReplyDelete
  7. Dari dulu memang suka kopi oldtown lebih dari kopi2 yang lain.... tak terkata sedapnya oiiii

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan yuyu.. Suka hazel nut jgk :)) my fav 😍

    ReplyDelete
  9. Asalam yuyu zulaikha..semoga terus bersinar di blog ya..wow!!! white coffie yang menarik..

    ReplyDelete
  10. yuyu Etuza done follow tau..sudi klik blog saya juga ya dek..

    ReplyDelete
  11. itu suami yuyu jadi model kopi ..tahnia ..hebat

    ReplyDelete
  12. Hi,
    saya ada berita untuk dikongsi. sesiapa yang berminat dapatkan site untuk buat bisnes online, boleh klik link ini : http://goo.gl/fx96RJ

    ReplyDelete
  13. a great review yuyu.
    hazelnut ~ terbaik best!

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum
    kami merupakan muslimah online butik.
    www.padieka.com

    ReplyDelete
  15. kan bestje bila kenang dulu-dulu minum kopi timbang dengan ubi rebus duk depan rumah time hujan sejuk2 tu

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS