Assalamualaikum

kalau dah buntu sangat, plan nak bawa satu family jalan-jalan time cuti nanti, jangan lah risau sangat. sebenarnya, takpayah jauh-jauh pun, banyak saja tempat yang kita boleh seronok dengan keluarga. lagi-lagi, bila adanya Illusions di Petrosains. 

dua minggu lepas, yuyu dah pi pun, tapi, dah plan dengan suami nak pi lagi bulan depan, siap buat must visit list nanti bila family dari Langkawi nak datang KL. haha. semangat okay. terima kasih sangat buat pihak Petrosains sebab sudi invite yuyu untuk launching Illusion tempoh hari. dia punya best, sampai beriya nak cerita kat suami sampai ke time tidur. 

indeed. nothing is as it seen.

sebenarnya, Illusions ni bukan sekadar untuk yang suka benda-benda sains saja, yang tak minat sains pun, pasti suka punyalah, sebab di Illusion, bukan hanya bagitau mengenai hipotesis, pengubah dimalarkan, teori fizik kimia, dan kaedah saintifik macam mana otak tu berfungsi saja, tapi Illusions ini adalah gabungan Sains, Seni, Psikologi. 

hebat wey! pelancaran Illusions ini diserikan dengan kehadiran CEO Petrosains; Tengku Nasariah, Irish Ambassador; Eamon Hickey, juga wajah Petrosains sendiri yakni Juliana Evans (aww, cantik gila dia)

 salah satu gabungan sains dan seni yang paling menjadi tarikan di sini. (pandangan tepi)

pandangan depan.

haha. awal tu, siap bosan sorang-sorang. apalah setakat bentuk tengkorak kau nak tunjuk satu dewan, tau tau, ambik! unik gila! start dari situ, memang semua benda, yuyu akan tengok betul-betul. kalau tak, memang ter-missed lah benda best.

 pepijat elektronik. sumpah geli! siap rasa macam dia merayap satu badan, naik terus kat badan kita. eww!

tak lah. ni bukan Dragon Ballz. nanti kalau korang masuk Illusion, minta akak-akak kat sana explain pasal bola ni, please, make sure jangan ternganga luas sangat tau. ihik :p 

 virtual barber. tau tau rasa macam rambut kena potong. yes. di sini, bukan setakat munguji kuasa penglihatan kau, pemikiran dan pendengaran juga termasuk dalam sains kan. 

 nanti kalau dah sampai kat Illusion, jangan lupa dengaq betoi-betoi tau. kalau dok situ, katanya, macam kita dok dalam koklea telinga kita tau :)


sebenaqnya, banyak lagi gambaq nak share dengan korang, tapi, kang tak suprise lah kan. boleh lah bagi 7 per 5 bintang. haha. terlajak best, sebab memang waktu di Illusions nanti, kalau boleh, kita nak duduk sana lagi lama, nak alami dari satu ke satu keajaiban Sains yang ada.

tapi, nak tak nak, kena cepat-cepat pi Illusions ni, sebab exhibition ni sampai Januari2016 sahaja. a'ah. berapa bulan saja. lepas ni, kalau nak tengok benda-benda best ni, kena la tengok kat Ireland sendiri. -_- apak jauh.

apa pun, apa yang korang patut sangat tahu pasal Petrosains Illusion ni:

Petrosains, KLCC
RM10.60 (kanak-kanak) & RM15.90 (dewasa)
pameran hingga Januari 2016 


p/s: dok pikiaq lagi dari hari tu, macam mana Converse tu boleh masuk dalam botoi tu. hmm. nanti kat Petrosains Illusions, tengok tau.



terima kasih sudi baca :)
SHARE 8 comments

Add your comment

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS