Assamualaikum ♥
sejak kecik lagi, tradisi family yuyu suka simpan rambut panjang-panjang. kalau sorang tu rambut pendek, awkwarddddd. tapi, lepas bersalin ja, hidup huru hara, diri sendiri tak terurus, satu malam tu Habib pernah hampir lemas dengan rambut yuyu, memang babai la kat rambut. pendek okay. nangis dalam kabinet dapur mak.
bercakap pasal potong rambut ni, time jahil dulu, setiap tiga bulan, yuyu suka buat treatment di salon. kadang tu, setahun sekali, buat rebonding, takpun perm rambut. hoi. aku jaga rambut macam jaga bini. haha.
tapi sayang, selalu pi salon bukan Islam punya, adoi, entah berapa dah dosa yuyu. memang la service depa tiptop kann, memang la amoi (perempuan) yang tengok aurat kita, tapi tetap aurat perempuan bukan muslim dengan kita, macam aurat kita dengan bukan muhrim. :'(
start dah mula baiki diri, selalu biaq ja rambut bagai esok kiamat. sebab tu la terus potong pendek.
sekarang ni, tak payah risau dah, dah boleh manjakan rambut, hatta nak manjakan diri pun boleh dah, sebab ada:
Ladies Hair & Beauty Salon
tau pasal salon muslimah ni, minggu lepas juga yuyu bergegas nak try. service dia best nak mampos haa..
package di Medina ni, kalau tengok, macam nak semua, milk bath ada, tangas ada, manicure & pedicure ada, full body massage pun ada, kira, semua ada lah, jadi, untuk kali ni, yuyu try lah yang biasa saja, haircut, blow & wash
biasa saja?
hello! depa siap massage macam nak terawang-awang kat galaksi Bima Sakti okay. sedap ya Rabbi. wallahi, ni first time yuyu rasa sangat sangat sangat puas hati dengan service di salon. salon muslimah pulak tu. :')
kalau mommies yang ada anak, Medina jugalah tempat paling sesuai nak datang, sini boleh je lepas anak main kat corner ni. Habib sampai berpinar mata tak tau nak main apa >.<
selain ada Kids Corner ni, ada juga disediakan surau dan free Wifi. yang pasti, LADIES ONLY. bapak-bapak, bopren, sila tunggu di kereta okay. haha. itu yang puas hati sangat kalau datang salon Medina ni. hoi. tak faham la kenapa tak tau pasal Medina ni dari dulu, padahal dah nak 2tahun dah dorang ni.
ruang yang luas, banyak dan selesa. kemungkinan untuk balik dengan kecewa sebab tempat penuh adalah kecil. jadi, pilihlah Medina Hair & Beauty Salon
sinilah tempat nak massage, untuk facial treatment ke, untuk mandi bunga ka. insyaAllah, next time nak try mandi susu lah :')
ruang yang selesa di Medina.
bila datang salon ni, rasa puas hati sangat. masa nak hair-cut pun, hairdresser tu siap massage kepala & leher. nak nak pulak tengah stress draft belungguk lagi tak siap, aku rasa nak macam tidur je terus situ. hoi. apa la melampau sangat bestnya kat salon macam ni.
bagi yuyu, bab harga, sangat munasabah, untuk hair-cut, blow & wash, baru RM59, siap dapat urut pulak tu. kalau sebelum ni yang yuyu pernah buat, TRIM, blow & wash takdak pun massage, RM98. pfft. -_-
serius nak datang lagi lepas ni. i am a happy customer. Alhamdulillah!
ehh, nampak tak promotion kat belakang yuyu tu? Hair-cut RM1 sahaja! bukan propa tau, kalau nak merasa RM1 hair-cut, please datang beramai-ramai ke Medina Hair & Beauty Salon pada:
1.11.2015
10am-6pm
Hair-cut SERINGGIT sahaja!
no.45A, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, Shah Alama (dekat Jakel)
make sure datang awal tau, confirm ramai nanti, sapa taknak, potong rambut, seringgit je. haha. jangan lupa tauu.
terima kasih sudi baca :)
wah murahnya kalau jauh mesti.pergi ni
ReplyDeleteYuyu..11.1?dah lepas ek?huhu.ke 1.11? :)
ReplyDeletewaaaa...
ReplyDeletekena serang ni ^^
kalaulah ada area ipoh kan best!!!
ReplyDeleteAdmin : QasehMuslimah-Munirah
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my
👍👍👍👍
ReplyDeleteMenariknya info! TQ! Boleh cuba ni... budak-budak ade restriction tak untuk masuk kalau umur dalam 3 tahun?
ReplyDeleteBestnye!!! Nak pegilahh.. tq yuyu bg info ni.. :-)
ReplyDeleteEh bestnye tempat ni... dulu akk pun mmg simpan rambut panjang.. tp sekarang tak dah... walau pun tak de anak lagi.. tp disebabkan slalu je ke sana ke sini.. mmg tak sanggup...
ReplyDeleteSeringgit jer? Jimat giler. Dekat sini paling murah pun RM15 macam tu. Tiba-tiba teringat pulak kat rambut yang dah macam hantu lampir ni. Entah bilalah nak potong.
ReplyDeletehttp://angellovesoldier.blogspot.my/
Bestnyaaa dapat pergi salon muslimah macam ni, hati pun rasa tenang je hihi, siap ada byk kemudahan. offer price ni best, tapi apakan daya Shah Alam tu jauh nya laa haha
ReplyDeleteWah seringgit je promosi harus pergi nie :-)
ReplyDeleteterimakasih infonya
ReplyDeleteNice info...mmg payah nak carik saloon muslimah ni..service pun tip top. Maka beta kna try ni.hehe..
ReplyDeleteGreat place salon Beauty...
ReplyDelete