Assalamualaikum

tengok ura-ura kat Facebook & Instagram, ramai yang tengah pening lagi nak cari baju raya. tema dah ada dah, tapi, banyak tak berkenan di hati lah, ada yang dah berkenan, tetiba, tak berkenan di poket lah pulak. huhu. kesian lah pulak :')

lepas tu, alang-alang ada Ellelena ada baju raya yang pasti buat korang berkenan di hati, harga pulak tak sakitkan bijik mata, tu la yang nak tak nak, kena juga buat satu entry supaya sikit sebanyak, boleh lah korang buat pilihan untuk Lebaran tak lama lagi dah ni.

tapi please, buat pilihan dengan cepat dan tepat, sebab kang lambat, tak pasai-pasai pos laju bagi baju masa Raya Enam. nangis sorang-sorang tepi tempayan. ihik :p


Aisyah Nursing Jubah
         
ni yang paling best, dah la material dia hamai hamai flowy gila, lembut nak mampos, berat pulak (heavy dull satin), lepas tu sangat sesuai untuk ibu-ibu breastfeed. err. serius, kalau tengok jubah ni depan mata, nak je beli semua kaler.

untuk Aisyah Nursing Jubah ni, ada dari size S hingga XL. dan RM179 SAHAJA untuk jubah yang confirm kita puas hati kan, siap ada zip untuk menyusu, tertutup dengan satu lapis lagi kain berbutton jadi tak la terdedah malu. aww. :')


Classic Mayang Modern Kurung
         
untuk hari raya ke dua, apa kata try pakai baju kurung Classic Mayang ni yang memang klasik ni. hello, kita tengok model pakai pun, alahaii, ayunyaa, apakan lagi kalau kita yang pakai, nangis-nangis makcik sebelah rumah nyesal tak merisik jadi menantu hari tu. Allah.

Cllasic Mayang ni adalah gabungan Cotton Silk & Batik. ini pun ada banyak size. dan hanya RM169. kalau yang ni, kena cepat-cepat order, sebab hot betoi! 


Maryam Kaftan
           

tadaaaaa! lawa gila kan Maryam Kaftan ni? ada banyak sangat koleksi warna yang kita boleh pilih. untuk kaftan ni, didatangkan dengan  inner dari Songkek India dan  kaftan dari heavy dukk satin Velentro. 

kaftan ni, kite chop nak buat pakai pi rumah terbuka VVVVIP sebab time pakai pasti nampak mewah yakmat khenn. padahal cuma RM279. nangis tengok harga murah tapi kualiti, design meletop!


Burberry Kids Al Habeebi Jubah
aww. part ni, nak terharu lebih. bukan saja ElleLena sediakan baju raya untuk kite mak-mak akak-akak saja, tapi juga untuk anak tersayang kita. jubah baby dorang bapak comel, time Habib tengah photoshoot tu, rasa macam nak tangkap cium pelok tak nak lepas tauu.

ni antara warna jubah untuk budak yang kita boleh pilih. selalu anak pakai baju biasa je, tshirt dengan jeans, kali ni, time raya, bagi la pakai Jubah, dapat lah duit raya lebih sikit nanti. huhu.

  

 

 

 

 

untuk Burberry Kids Al Habeebi ni, hanya RM89 sahaja okay. sumpah murah, tapi kain dia, sangat sejuk, syoq je nak bagi Habib pakai time raya. takde la meragam budak tu nanti. untuk jubah kids ni kann, ada pilihan size dari 1tahun hingga 8tahun!

kalau nak tengok pelbagai lagi koleksi penuh, Aisyah Nursing Jubah, Classic Mayang Kurung, Maryam Kaftan dan Burberry Kids Al Habeebi, boleh terus tengok di Instagram ElleLena, sebab sekarang tengah ada promo, tak rugi cuci mata:


atau, kalau nak order, boleh terus whatsapp ke number :

+60192188730

atauuuu, kalau nak terus cuci mata, terus la melawat booth Elle.Lena :
Putrajaya International Convention Center
11 & 12 July 10am-2am


sekarang pilihan baju raya kita dah ada depan mata, cuma pilih je nak koleksi mana, warna mana. settle. tak payah pening-pening lagi dah. hehe. selamat berjaya pilih baju raya. nahh, belanja gambaq mengada sikit. tehee :p



terima kasih sudi baca :)
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Tak tahan dgn ayat nyesal makcik sebelah xmerisik jd menantu. Hahaa btw, yuyu cute sgt pakai jubah..mcm princess da fiza tgk. Hihiii

    ReplyDelete
  2. Sangat cantik koleksi ElleLena nie... Sempat lagi nak beli untuk pakai raya. hehe
    Salam ziarah dan salam lebaran

    ReplyDelete
  3. lawa.. tapi kuota baju raya dah cukup untuk tahun ni.. tahun depan kita decide lain.. hehe

    ReplyDelete
  4. Memang cun-cun jubah dia.Memang menyesal giler bila isteri tengok. Tulah yang, abang dah cakap jangan beli lagi. Kan dah nyesal beli baju raya awal2 :)

    ReplyDelete
  5. nice info nya
    mampir di blog saya
    http://situsmovies.blogspot.com
    Blog download drama korea terbaik dengan size kecil tapi kualitas gambar HDTV

    ReplyDelete
  6. Cantik2..pakai lps raya pun ok je kan hihi :)

    ReplyDelete
  7. alololo...comeyy beby tu..
    http://cikbutter.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Alahaiiiii awat comey ngat budak habib ni ^^

    ReplyDelete
  9. done letak yuyu dlm bloglist ena;)

    ReplyDelete
  10. comelnyaaaaaa habib.. geram tengok diaaaa

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS