Pembahagian Masa.

by Yuyu Zulaikha, 8:20:00 PM
Assalamualikum

_____________________________________________________________________
kredit untuk RAINA SCARF untuk tudung yuyu sepanjang entry ini.
_____________________________________________________________________


Pembahagian masa adalah satu masalah paling dahsat sekarang. lagi dahsat dari fakta kupukupu merasa makanan bukan dari mulut, tapi dengan kaki. omai omai. kalau mak kita selalu pesan "jangan lupa basuh kaki sebelum tidur", mesti mak kupukupu pesan "jangan lupa basuh kaki sebelum rasa makanan".  *sambil senseng kain batik, sanggul rambut*

sekarang ni huru hara sikit masa yuyu. paling susah bila nak nak divide 24jam sehari dengan macam macam benda penting. rasa macam nak buat solat hajat mintak tuhan bagi lapan hari seminggu. okay, tampar muka sendiri dengan buku nota Sains.

masa yang yuyu nak divide tu perlu di-divide-kan sama rata, adil lagi saksama untuk kesejahteraan yang tertera:

Diri Sendiri :
okay, kite mengaku, kite tak adil mana sangat. sebab selalu bagi masa untuk diri sendiri lagi banyak dari untuk yang lain. kadang kadang, takde langsung masa untuk diri sendiri. macam minggu lepas, seminggu tu memang tak sempat nak laqha. hujung minggu demam dan selsema. badan dah bagi warning. tak larat sangat dahh. 

tapi lepas dah habis semua benda, sekali dah dapat masa untuk diri sendiri, Sushi King sampai bawa ke mimpi, lepas tu tengok movie, lepas tu tidur sampai lupa buat esaimen, lepas tu orang call pun malas jawab. tolong la faham, berikanlah dahku peluangggg.. *emo*

Study :
 
selca masa subject Taxation & Zakat adalah perkara cari mampos dalam kelas subjek paling susah. 

study lagi satu benda paling mustahak sekarang selain dari check twitter Aaron Aziz setiap jam.  yuyu dapat la rasa macam mana azabnya saat saat nak habis study ni. dalam kelas bila dengar lecturer cakap ada esaimen je, hiba tiba tiba. 

buat masa sekarang, yuyu kena bagi masa lebih untuk study dari yang lain. dulu tak pernah pun rasa buat esaimen dalam LRT macam sekarang selalu buat. sekarang ni, siap bawa buku pergi event. bagi yuyu, sesibuk mana pun kita, bila dah nama student, memang kena penting study dari yang lain.

tips yuyu untuk tetap sibuk tapi study tak terjejas, make sure fokus dalam kelas, balik baca sikit, dan cari masa untuk terus buat esaimen. 

Kerja :
masa ni, lepas balik kelas, terus ke Nilai University untuk advertorial Nuffnang, balik tu terus ke klinik. *lap lap peluh yang macam nak tak nak je keluar*

nak tak nak, yuyu kena cari duit sendiri. sebab nak tanggung study dan perut diri sendiri. umur dah 24tahun, rasa malu bergantung mak bapak. tskk. jadi, setiap advertorial, event dan invitation, yuyu kena buat sedisplin yang mungkin. tapi nak tak nak juga, yuyu kena sikit selective untuk terima juga, sebab tak nak terganggu study.

haa. susah tau, nak cari masa untuk semua ni. lagi susah untuk spesis takde transport ni. hadap KTM lagi. kalau terlepas train, tunggu la pulak 30 minit kemudian berserta sikit sabar dan lebih maki. *astaqfirullahhh*

***

tapi realitinya, yuyu happy dengan masa masa sekarang. walaupun busy, tapi best baq hang. best tu hanya untuk orang orang yang aktif lagi produktif je akan rasa. bhaha. kembang part ni. sebab, kalau takde keje, siyes aku keje refresh blog sendiri *tahap psycho paling tinggi*, lepas tu, tetiba dah sampai Mid Valley -.-'

dan akhir sekali sebelum dahku berundur diri, ijinkan memberi sedikit credit untuk RAINA SCARF untuk menaja Tribal Shawl (pic 1), Pattern Shawl (pic 3) dan Two Layers Instant Hijab (pic 2). tunggu lepas ni tau, banyak stock baru lepas ni :)

terima kasih sudi baca :)
SHARE 80 comments

Add your comment

  1. Replies
    1. hehe,,excited,,sbb first tyme jd first..haha..kak yuyu comeyyy

      Delete
  2. kak yuyu kena jaga kesihatan...
    study-2 juga, keje pun jangan terlalu kuat. nanti jatuh sakit lagi. susah nanti.. jaga kesihatan baik-baik ya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. kadang kadang terabai juga. tsskk. kena kawen cepat ni T_T *takde motif*

      Delete
    2. yuyu kena jaga kesihatan...study-2 juga, keje pun jangan terlalu kuat. nanti jatuh sakit lagi. susah nanti..

      Delete
  3. yuyu nampak comel pakai tudung tuh tauu..btw rindu nk berhangout sama2 mcm dulu2..hehehe..:)tc syg

    ReplyDelete
    Replies
    1. alooo.. thanks. tudung mana satu? nak pakai banyak kali la :p

      Delete
  4. salam cik kupu-kupu:)

    Nice info awak sharing tempoh hari di SBB 2013. :)
    Kebetulan saya juga seorang pelajar seperti cik kupu-kupu.

    Jika nak diikutkan, jadual belajar memang padat lebih-lebih lagi ditambah dengan assigment dan aktiviti luar.

    Masa itu emas dan pastikan kita bijak menguruskan masa. :)

    www.mindasyukri.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. kite cuma kongsi je ape yang kite lalu. student, dalam masa sama blogger. tu je la kena buat :)

      Delete
  5. thnks post ni membantu diri dahku :( huhu
    kak yuyu always pretty and cute..

    *keluar ngn siapa tu kat sushi king eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sayang :) sushi king tu?? dengan kawan je la ^^

      Delete
  6. Replies
    1. yeee.. tak lupaaa.. cuma ter je :P

      Delete
    2. hehe....jika di sambungkan, maka jadilah 'ter-lupa' ;p

      Delete
  7. wahhh!~ you are always the best in many ways! loveee u ^^

    ReplyDelete
  8. take care sis. study pun study la jangan sampai kesihatan terjejas. k =)

    ReplyDelete
  9. tau tak ape yang buat akak klik entri ni? shawl pattern paisley tu cantik!

    ReplyDelete
  10. melawat kupu2 kecik, me also have a time problem, i wish doraemon does existt now lol. time flies so fast... waaaaa

    ReplyDelete
  11. Susah-susah dulu,kesenangan pasti menjelma di masa depan.

    ReplyDelete
  12. masa memang sangatlah emas skrg ni.
    iskk. sangat pantas.

    p/s : i saw u at midvalley dulu, tak ingat bila, dah berkurun. but you're alone masa tu. comel je. ternganga sekejap. hikss =P

    ReplyDelete
  13. tick.tick.tick cik kupu-kupu ;)

    www.mindasyukri.com
    - Syukri Tahir -

    ReplyDelete
  14. mai skrg tggl prac n thesis..
    mmg sgt azab dh nk dkt hbis ni...baru je hbis final exam ri tu..

    ish busynyer cik yuyu kte..bertambah kecik comel la pas ni..;)

    ReplyDelete
  15. ..masa itu penting untuk diurus..terbaik dari kak yuyu..:-)

    ReplyDelete
  16. yuyu..smoga cepat hbis belajar dan tunaikan hasrat seterusnya bersama tersayang.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ALLAH. Aminn Aminn.. kite pun tengah pening pk pasal tu. persiapan amat memeningkan. eceh :p

      Delete
  17. hheheh..sama la kita sis, masa untuk diri sendiri paling baaaannnyyaakk sekali, alih-alih dah bergolek atas katil dah.. :P

    ReplyDelete
  18. baik2 chopstick tu..tercucuk indung kang kembang lak..hehehe

    cute face & nice info..tq tq tq tq

    ReplyDelete
  19. Baru tanya soalan ini pada hari Sabtu.

    Terus update dekat blog hari ini he..23x terbaik

    ReplyDelete
  20. comel la kak yuyu ni..kalau jumpa face-to-face ni mesti lg comel ann..
    btw, cantik-cantik tudung yang yuyu pakai..

    *HUGS

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolooo.. kalau cantik. kena la beli kat Raina Scarf. haaa :)

      Delete
  21. simple je yuy sekarang.. tapi still comel cam dulu..

    ReplyDelete
  22. alohh..cik yuyu..membuatkan cik cah terbayang situasi sem depan(last sem)..
    take care cik yuyu..busy2 jgk,kesihatan kena jaga taw..

    #masih manfaatkan cuti 4 bulan y masih berbaki..wuuuuuu ;D

    ReplyDelete
  23. Yuyu,,last weekend Jumaat ptg ada p midvalley x?mcm terserempak Yuyu kat eskelator..tp arah bertentangan..dok tgk Yuyu nk confirmation..

    ReplyDelete
  24. banyak nya kerja. sama la macam kita. sampai tak de masa untuk diri sendiri. huhu. study+kerja. letih, tapi fun :) take care dear

    ReplyDelete
  25. salam...akak, wawa nk tanya nie...camner nak buat transfer duit secara online yer? wawa ada order 3 free sample di hishop...harap2 dapat membantu..wawa ada maybank..dan kad atm wawa ada visa..cmner erk??

    ReplyDelete
  26. Selamat pengantin baru Yuyu Zulaikha...ehh, ter wish awal pulak...hehe...

    ReplyDelete
  27. wah, kene pandai bahagi masa. lepas nie masa utk uruskan keluarga pula.. hikhik :P

    ReplyDelete
  28. loh dlm gmbr second tu ingat mak datin mana tadi..
    keh..keh..keh

    ReplyDelete
  29. Takpe Yuyu, bz dalam aktiviti lagi best sebenarnya dari ada terlebih free time :)) Teruskan usaha ye!

    ReplyDelete
  30. yuyu bz sangat takde masa utk diri sendiri. kita pulak terlebih masa utk diri sendiri. hehe :)

    ReplyDelete
  31. gambar tudung merah tu bersahaja nmpak dri yuyu sebenar :)

    ReplyDelete
  32. caiyokk yuyu..caiyokk...

    bizi...bizi jgk... kesihatan kena jaga tau... nnt 'orang tersayang' yuyu tu susah hati tau kalau yuyu sakit... hehehehe... alolololo... cian diaa...

    ReplyDelete
  33. Yuyu... Jangan guna chopstick yang sama untuk korek idong dan mengambil makanan. -..-"


    ReplyDelete
  34. nak jadi penaja yuyu juga!!!

    hehehe...mcm mane erk yuyu yg comey?

    nnt ade tudung & shawl customade tbaru dr sy,dlm pala asyik ingat yuyu je tok pakai
    shawl & tudung bawal customade dr sy :-)hehe...

    zuhra@cosmoladiess.com

    ReplyDelete
  35. hehehh cntik laa kak yuyu . nnti sye plak akn hdpi khdupan cm akk . i'm spm candidate 2012 :)

    ReplyDelete
  36. Dalam bebanyak blogger, yuyu la paling rajin reply comment fenz dia.selalu success ok dlm dunia blogger ni :)

    ReplyDelete
  37. semoga succes ye kak yuyu.. ena suka dengan kak yuyu ni, kecil2 cili padi ooooo.. tabah... wanna be like u.. ;)

    ReplyDelete
  38. suka entry yuyu yg ni:) dbtw, umur kita sama rupanya yuyu..tapi deno kecik sbb SLE.. huhu

    ReplyDelete
  39. wlpon umo awak tua. tapi muka awak muda sangat dari saye pon adoinye . tsk

    ReplyDelete
  40. Sementara tengah berkudrat ni lah nak aktif semua aktiviti kan? Tapi apa2 pun kesihatan kena jaga tau.. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri.. Best of luck in ur future! ^_~

    ReplyDelete
  41. seronoknya yuyu. panai bagi masa. una ni tamka haloba. masa kalau boleh nak pulun sorang2 tidur main game je . hehe

    ReplyDelete
  42. yuyu..be strong. kita nak berjaya mmg kena berkorban sikit. bahagi masa tu pun sgt penting kan , kalau tak nak kelam kabut..heheheh

    ReplyDelete
  43. tengok gmbr kat atas tu br perasan yg kat jari kak yuyu ada sarung cincin tunang dah. hehe! btw, kira bguslah tu kak yuyu berusaha utk cari duit utk sara perut makan tiap hari. hehe!

    ReplyDelete
  44. YUYU BAJU KURUNG KEDUA TU NAMPAK CANTIK
    BELI KAT NER
    JADUAL MASE STUDI TU
    :P

    ReplyDelete
  45. so cute la kak yuyu ni. eh, gambar last macam org lepas bersalin . haha. sori *tegurau kasar plak* . but it's serious. tu maknanya tak lama dah tuu. hehe

    ReplyDelete
  46. Yuyu kecik jer, cumey sangat! hehe :)

    ReplyDelete
  47. lagi comel bila chopstick masuk dalam hidung , hehe

    ReplyDelete
  48. Akhirnya dapat lihat langsung admin kupu-kupu kecik bertuah rasanya , ingatkan suatu hari nanti yuyu zulaikha akan setenar Fatin Liyana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. jumpa masa SBB2013 tu ye? salam kenal. Aminnnn.. dia idola yuyu tu :)

      Delete
  49. salam, yuyu memang cantik dan pandai bergaya. Suka akak tengok. Akak nak tanya boleh x, kat mana yuyu beli baju ye..

    ReplyDelete
  50. Terima kasih semua. doakan la yuyu berjaya semua. dunia dan akhirat. :D

    ReplyDelete
  51. kite suka shawl tribal tu...nak kena shopping raina scarf la lepas ni :)
    btw, sabar je lah kak yuyu...susah dulu, senang kemudian..haha

    ReplyDelete
  52. comel la yuyu nie..beljar rajin2 ye...by the way..suke tgk scarf tu

    ReplyDelete
  53. comel yuyu ni, ms tgk kat tv1 tu kecik je alahai..comel

    ReplyDelete
  54. yuyu sangat comel okay ??

    btw yuyu blaja kat mana ek ? ;)

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum kak yuyu...itu mesti dlm kelas kat bggunan fpm tgkat 2..rasanyalah
    rindulah dekat kuis....:)

    ReplyDelete
  56. Masa seperti emas. Berharganya masa. Kena pandai susun masa. Hiks.

    ReplyDelete
  57. sis lak nak request 10 hari seminggu sambil lempang diri sendiri tau, pandai2 la bahagikan masa yuyu, ko kan kupu2, terbanglah supaya dapat kejar masa tuh ekekekekekeke best of luck! nanti dah kawin, dah anak pinak lagi la terkejar2 masa!

    ReplyDelete
  58. Pembahagian masa yang baik yuyu =)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS