Saya Suka Selca ♥

by Yuyu Zulaikha, 9:10:00 PM
Assalamualaikum

setiap ketul manusia akan ada perubahan dalam diri memasing. termasuklah saya yang sopan ini, Yuyu Zulaikha. kalau bandingkan hidup dan perangai yuyu, yuyu sekarang bagus budaknya. hikhik. saja promote diri sendiri, mana tahu mak-mak laki hensem terbaca entry yuyu ni :)

tapi satu benda yang yuyu rasa takda anjakan paradigma. yuyu suka selca. hari-hari yuyu selca. dalam kereta, dalam kelas, sebelum tidur, tengah makan cekedis, tunggu Pak Cik Karim tambat kambingnya, sampailah blaa. blaa. blaa.

oh lupa, selca bukanlah nama sentipik untuk kuih talam, bukan juga nama glamor kendondong, selca adalah Self Capture. "Camwhore" rasa macam tak sopan pulak. kita kenalah sopan dan berwawasan 2020!

baiklah, sambung balik cerita yuyu. emak cakap, kecik kecik dulu, yuyu pantang nampak kamera. kalau nampak, terus yuyu posing Kim Kardasian. patutlah besar besar ni, muka yuyu macam Kim Kardasian. oh. tak ek? fine.

tapi yuyu rasa, bukan yuyu saja suka selca. majoriti spesis perempuan. kan kan kan? 

sebab hari tu masa beli Takoyaki 3ketol lima ringgit, amboi mahal kemain, dulu beli 3ketol tiga hengget je tau, lepas tu yuyu tengok sorang perempuan tu selca masa tengah tunggu takoyaki settle tapau. rentetan kejadian itu, yuyu pun TER-selca juga. hmm. nak buat macam mana.

dan dibawah ini adalah secoet daripada gerombolan gambar yuyu untuk beberapa jam. tengok, beberapa jam dah berjaya mengumpulkan beribu lemon gambar. mempersembahkannnnnnnn!

dalam kereta. senyum bajet gigi rapat lagi bermuafakat.

buat buat terkejut. wadefuuuu -.-' 

memanfaatkan masa terluang untuk tunggu Lasagne sampai.

mahupun dalam tandas. jadah -..-'

___________________________________________________________________________
lep lep kat IMAAN Boutique untuk shawl extra labuh, lebar dan lembut.
senang bentuk dan material sangat berkualiti. beli sebab tengok model dorang gayakan
banyak cara untuk nampak labuh. korang pun tengok juga tau :) 
____________________________________________________________________________


Girls being girls

kadang kadang, bukan sedar pun kusyuk selca. sebab dah jadi tebiat dah. jadi bila dah balik rumah barulah "hamagadddd! bila masa ai selca sampai banyak kemain ni? ai tak suka buat benda-benda laqha  macam ni la" blahh. -.-' 

p/s : cepat mengaku, sapa suka selca juga! aipp! tak baik tipu!

terima kasih sudi baca :)
SHARE 79 comments

Add your comment

  1. yuyu..muke yuyu dah licin cntek n superb sgtttt :)
    rindu yuyu..tp yuyu xingt dah kt kte kn :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhhh.. mana adaaa.. ingat nuru lagi laa.. nuru tu, dah lama hilang~

      Delete
    2. nuru ade jeee laa :( cume i lost my phone and no yuyu pon xde dah :(

      Delete
  2. saya xsuka selca sbb saya xhensem....:3

    ReplyDelete
  3. me too.. i love selca even perasan diri tak berapa rock.. ahahaha :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hehe.. orang perempuan memang gilakan selca.. orang laki tak kot.. :p

    ReplyDelete
  6. takoyaki kat one segamat 4/5 harga dia 4.50rm ^^

    ReplyDelete
  7. Hihi yuyu selca dari angle kiri nampak 150juta kali lagi comel (⌒˛⌒)

    ReplyDelete
  8. Ingatkan awek mana tadi, Selca, sedap nama...

    ReplyDelete
  9. ingat kew welca.hakhak..btw,yuyu sentiasa ayu gitu.awww.. XD

    ReplyDelete
  10. Muka comel tak pa la boleh selca :')) hahaha. Ingatkan apa la selca ni tadi...

    ReplyDelete
  11. Pic yang dalam toilet tu, pcm nampak mcm ada lembaga berdiri kat belakang YUYU, cuba perhatikan betul2.............................ok 5 saat dah, lembaga tu dah takde, dia pi makan tempe goreng dahh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! tekaan anda betul, sila claim hadiah dari mak anda.

      Delete
    2. benci pok cik mat tak berapa gebu ni. siap darah terus gerak laju tadi tauu.. ingatkan betul! T_T

      Delete
  12. kite pn suka selca jugak..hihi patutlah kite bff ek? keke :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed!!! nanti kita jumpa lagi. banyak gambar kita yang baru baru ni pun tak edit lg :p

      Delete
  13. kalau muka comel hari2 selca xpe...tapi kan sampai tambak kambing pom nak selca gak yuyu nie?..nanti selca banyak2 pah2 upload dlm blog...kk..
    muah..muah..muah

    ReplyDelete
  14. tapi kan sis, tak rasa macam extra labuh je shawl tuh . macam shawl biasa kot .

    ReplyDelete
  15. hahaha *gelak baca entry ni*

    sebab?

    Kena kat batang hidung sendiri

    ReplyDelete
  16. cOmel blog akak kemas follow blog saya jugak :) http://mineofstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. ingt ape la selca..bagus jugak selalu singgah singgah blog nih..byk dpat vocab baru..kihkih..

    ReplyDelete
  18. uish,..sma lah kiter,..hrpkn org nk cpture, sori la kn,..tp bila selca nie kdg2 kter rs puas.nk shoot n pose cmne kter sndiri yg tntukn

    ReplyDelete
  19. KAK YUYU COMEEEEEEEEEEEEEEEELLLLLLLLLLLLLLLLLLL

    ReplyDelete
  20. comel lah kak YUYU nie... betol3 versi upin ipin.. perempuan pantang nampak punat camera mesti tangan gatal nak tekan...heheh... follow me http://coretanceritaanum.blogspot.com.. :)

    ReplyDelete
  21. kami puuunnn suka selca jugggaakkk!!! XD

    ReplyDelete
  22. SELCA hahahaha ayat baru ker?? ketinggalan zaman ker aku nih hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama dah la word selca ni. tapi singaporean banyak guna :)

      Delete
  23. comelnyaaaa kak yuyu, rasa nk hug2 je.. comel sgt!.. sama la kita, dari kecik lagi ena suka selca ni... aishhhh macam2 posing akan di pose.. XD

    ReplyDelete
  24. la ingatkan selca ni sejenis teknologi ke ape. tertipu okeh.. dulu suka la jugak, tapi sekarang dah malas sikit. hehe.

    ReplyDelete
  25. ♥selca,siti ingatkan selca tu shawl yg yuyu pakai tu^-^

    ReplyDelete
  26. wahhh.. banyak la yang suka selca sebenarnya. boleh jadi geng yuyu ni :)

    ReplyDelete
  27. haha..sme la hobby kte kak yuyu..selca memg da mnjdi hobby rmai pmpn..lam fon sseorg pmpn uh hrus la bertepek bnyak gmbar sndri..

    ReplyDelete
  28. haha..sep2, kite suka selca jugak. tp salu gambar selca je cantik, bla org len tgkp gmbr kite, x cantik pon..huhu

    ReplyDelete
  29. Kak yuyu!! Kak yuyu comel sesangat bila selca <3. kita pun suka selca jugak. hihi tapi malu nak upload sebab muka tak gojes. Tak macam kak yuyu. COMEL :D

    ReplyDelete
  30. Makin comel pulak Yuyu ni akak tengok.

    ReplyDelete
  31. hikhiks..saya pun suka selca..tabiat makin menjadi2 sejak masuk U..hahah

    ReplyDelete
  32. dulu suka r..skunk xsgt. tambah2 dekat public. segan nak amek pic sndiri. tkot org nmpk. haha

    ReplyDelete
  33. Haha selalunya tangkap bebanyak tapi lepastu yang berkenan dihati satu dua je.

    ReplyDelete
  34. kite xsuke selca skang sbb makin boolat..asek amek gmbr orang lain je penuhkan memory card bb :( ...

    http://nadiafarehah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  35. Ooohhhhhh
    Selca namanya...
    ermm..akak seganlah nak berselca nie..dlm toilet boleh kut....hihi

    ReplyDelete
  36. Hello ! Kak Yuyu,harap-harpa kak yuyu jawaplahkan...Yoni ada seorang ustad ni suke kacaw Yoni,Yoni benci die.Ustad kacaw Yoni sampai dalam Facebook.Sebab dia kacaw Yoni,Yoni pun tak Aktivkan Facebook Yoni...Stress sanagt...Perlu KE yONI BUAT MACAM TU ?Yoni minta maaf sebelum Tak aktvikan die.Tapiyoni tak dengar apa yang die balas...Yo ni rasa bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ape susah. dari awak tak aktif fesbuk, lebih baik awak block dia :)

      Delete
  37. xpew.. k'yuyu tetap cute miut.. heheee..

    ReplyDelete
  38. ples dont gelak...serius aku baru tahu apa meaning selca ni..adus2...nampak sangat aku ketinggalan zaman~adoiya

    ReplyDelete
  39. selca yeahhhh! sebelum nie,kawn sy yg study kat korea je gune word tu. SELCA

    ReplyDelete
  40. wah, rajinnya bergambar dalam tandas. haha..

    ReplyDelete
  41. Comelnya kak Yuyu :D hihi.. Suka tgk gmbr akk

    ReplyDelete
  42. Selca dan perempuan ibarat lelaki dengan footballnya , yaiy ! Me love selca too. :D

    ReplyDelete
  43. sempoi je pakai eyeliner tu. ;)

    ReplyDelete
  44. girl and selca mmg x dpat dipsahkan =)

    ReplyDelete
  45. YUYU cantik nye kulit muke yuyu nampak freeeeeeeshh he3...jeloooz lohh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa rahsia...muke kite asyik higgap jerawat jew...he3

      Delete
  46. sis sentiasa comel. hehe. alaaa. biasa laa kan, semua mesti suka selca. (: ara pun sauka. lagi pantang nampak kamera. heheheh.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS