Assalamualaikum ♥
Jumaat lepas, yuyu merempat tiga hari di rumah kawan baik sekampus yuyu di Bangi. Bee nama glemer beliau. demi mendapat kebahgiaan perut choomel yuyu di hari cuti :') peti sejuk Bee ada banyak makanan sedap sedap. yaiy!
malam Sabtu lepas, selepas hampir bosan dengan seharian tanpa aktiviti, tengah malam nya, Bee talipon kazen laki beliau. dengan rancangan dalam kepala otak nak suruh bawa ke downtown. jyeah! tepat pukul 12.04malam, kami bertiga siap dengan amat tangkas sekali.
oh. kami bertiga? mana pulak datang pihak ketiga? pihak ketiga di sini bukan Setan Nirrajim. tapi Mek (budak Kelantan selaku adik angkat Bee).
ya. kami bertiga.
bila dengar saja kami nak ke Downtown Cheras, hati yuyu berbunga mekar umpama bunga ros yang yuyu rembat kat rumah jiran pakcik yuyu tanpa kebenaran. siyes lawa kemain bunga tu. wangi tak ketahuan hala. rugi tak rembat banyak banyak -.-'
oh. sambung balik. sambil bersiap siap, yuyu dah sediakan sedikit list barang barang yang yuyu nak beli di Downtown nanti :
- Susu Tepung
- Sharpener Eyeliner
- Make Up Remover
- Clarin Cleanser
- Novel (kalau ada)
- Oligo
- Conditioner Sunsilk
sejurus sampai di sana, yuyu belek sekeliling. jauh lagi ke mall kat Downtown ni? kenapa la parking tepi jalan, dalam Mall Downtown tu, selalu parking penuh ke?
mana Downtown nya?
tu la! besar tau tempat ni! (sambil tunjuk lokasi Downtown)
ohhh. T_T mati mati yuyu ingat Downtown tu adalah sebuah Mall yang jual macam selalu yuyu tengok kat MidValley, tapi buka sampai pukul 4 pagi. bapak jakun yuyu ni. masa tu yuyu diam saja, tak nak cakap banyak, takut kantoi akan ke-jakun-an yuyu ni.
bajet cool. tiba tiba segala senarai yang telah yuyu buat dengan semanagat tadi, rasa macam di kenyuk kenyuk sendiri tanpa arahan. sobbsobb. baru yuyu tahu apa makna Downtown selama 22tahun yuyu hidup di muka bumi ni.
dah la tak bawa duit banyak dengan harapan nak withdraw kat ATM yang tersedia di Downtown nanti. cehh. sampai saja sana, yuyu tak boleh beli banyak barang barang comel akibat sumber keewangan dalam poket hanyalah terhad.
bila dah bawa duit yang terhad, maka, banyak lah kos lepas yang terlibat dalam pengalaman ni. nak beli tu tak boleh, nak beli ni tak boleh. sobbsobb. lain kali nak mintak CIMB tepek ATM kat tengah tengah stall downtown tu la :'(
maka, dengan duit yang sungguh terhad, terpaksa la babitkan diri dengan beli benda yang murah. demi mendapatkan pengalam pertama jakun di Downtown. huhuhu. akhirnya, yuyu memilih untuk lukis lukis inai di tangan. RM5 saja. murah tapi cantik dan tangkas seperti belangkas cergas dalam bekas :)
tantik kan inai itteww! ♥
hanya mampu senyum. selamat tak overdress
auchakkk! hasilnya. cantik kan.
kiranya berbaloi la juga yuyu korbankan waktu tidur yuyu demi Downtown. dapat inai cantik dah satu, satu lagi lepas sebagai pengajaran hidup untuk yuyu : selalu selalu la geledah celah Kolompo. -.-'
terima kasih sudi baca :)