Aktiviti teruja hari ini. sedia untuk picnic.

by Yuyu Zulaikha, 1:46:00 PM
Assalamualaikum ^^


boleh tak di sini yuyu nak mengekpresikan rasa eksaited yuyu yang tak ketahuan halanya? perasaan ni jarang jarang sekali nak boleh rasa tahu, jadi, kalau tak tunjukkan eksaited ni, maka, rugilah. oh. wajib cerita. tolonglah korang buat buat suka nak tahu. -.-'  

pelis. kali ni saja.

Picnic_large
bestnya dapat makan tepi sungai >.<

sapa suka picnic di sini? cepat kembangkan lobang hedong 16cm persegi. lalu baca siap pukul pukul meja kononnya, korang pun dapat rasa eksaited sama dengan yuyu.

lagi la gendang gendut tali kecapi, dapat pergi picnic senanglah hati, bila berkelah di sungai. mungkin Telaga Tujuh atas kata muafakat yang telah dibuat antara rakyat jelata di rumah tadi. masing masing taknak ke pantai.  bersebab.

emak bertanya : lokasi manakah akan menjadi pilihan berkelah pada kali ini?

oh tipu, takde makna emak nak berformal macam tu

nak p kelah kat mana? Pasir Tengkorak??

hoishh! memang dak arr. hitam sat g. dah la nak balik kampus dah.

hakhak. mengada kan yuyu. sila lempang. rela. ^^

maka, adik adik mengikut kehendak dengan sorang muka persis katak, sorang lagi dah macam nak berkabung. masing masing dah tanam impian untuk main sepak sepak pasir pantai putih lepuk lalu kejar kejar dengan bapak ketam.  ohh. bosan.

tapi, semua kena akur.  emak akan mendahulukan keputusan anak sulung.

sedang adik adik melipat rapi tuala, seluar, habuan untuk berenang nanti di sungai yang dalam dan sejuk, aktiviti yuyu adalah 360darjah bertentangan dengan adik adik.

menggoreng bihun goreng, siapkan cekelat dalam bakul, masukkan kemain banyak nasi dalam bekas besar gedabak, cekedis, pisang, ikan yang bakal di bakar, dan berkemungkinan besar, yuyu akan buat cekodok. rasa tak lengkap hidup tanpa cekodok.

yuyu sendiri konpius, apa yuyu ke sungai untuk mandi atau untuk menketedarah. macam aktiviti sama saja dengan kat rumah. orang lain tidur, yuyu melantak, orang tengok tivi, yuyu melantak lagi. orang borak, yuyu melantak lagi lagi. 

jeles? sila lah jeles. sekarang yuyu dah nak siapkan semua barang, dan lipat tuala. waaa..

terima kasih sudi baca :)
SHARE 37 comments

Add your comment

  1. cik yuyu...xphm..menketedarah tu ape?

    ReplyDelete
  2. best la.. kt langkawi dh byk pantai

    ReplyDelete
  3. slamat b'picnic syg <3
    waaa...jelessssss :(

    ReplyDelete
  4. jgn lupr update gmbr p picnic yer yuyu...

    ReplyDelete
  5. seronok nye...dah lama tak pegi piknik...... :)

    ReplyDelete
  6. bestnye picnic...
    makan2 paling best...=)

    ReplyDelete
  7. wow bestnye yuyu .. yuyu .. erin ad pm yuyu kat facebook .. ade tawaran .. :)

    ReplyDelete
  8. best2..hehe

    yuyu, singgah blog kalo rajin..:)

    ReplyDelete
  9. happy picnic dear..wahh bercekodok di sungai yee

    ReplyDelete
  10. grrrr jeles rasanya hati ini yuyu..
    kita duduk rumah sekadar makan dan tidor saja

    ReplyDelete
  11. rindunye langkawi..dah lme xpi telaga tujuh...biase kat temurun jer

    ReplyDelete
  12. Kak Yuyu,, kat gambar tu.. yg wayar byk2 tu apa ?
    emm..dah lama tak pegi Telaga 7, hehe ..

    ReplyDelete
  13. hahah comel je.. Yuy menlantak pun tak gemuk okay lah kan.

    ReplyDelete
  14. wawwawawa.. kak yuyu.. nak pi jugak

    ReplyDelete
  15. kalau pegi berkelah memang kena bawak makanan bebanyak sebab selalunye lepas sibuk mandi manda mesti perut lapa yang amat kan ? hihi

    ReplyDelete
  16. kenapa ade wayar bagai tu?? hohoh

    ReplyDelete
  17. Untung lha pegi picnic bawak Yuyu. =)
    Kenyang perut, senang hati =='

    ReplyDelete
  18. cam best je bunyinya..kaka da lama tak g picnic..cis!!tercabar nih..:p

    ReplyDelete
  19. memang la jeles. waaaaaaaaaaa..nak picnic jugak !:(

    ReplyDelete
  20. nak ikutttttttttttt!! waaaaaaaaaaa T.T

    ReplyDelete
  21. lama dah xpegi picnic...sob sob...T___T

    ReplyDelete
  22. ahh tanak jeles..nak makanan yang berjuta lemon tu je..plishhh~!! >.<

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS