Assalamualaikum ^^

banyak yang bertanya tentang tips untuk buat ramai berpusu pusu siap lawan tarik serkup antara satu sama lain untuk terjah belog kita. tu memang yuyu tak tahu. siap angkat bendera putih seraya makan cekedis. memang mengaku kalah. yuyu tak reti.

tapi, terdapat sedikit tips dalam kepala hotak yuyu untuk di kongsi bersama. sekali lagi. basic. tengok gambar gambar semua ni :

Belog & Kedai:

Kashi-ya Shop di Sunway Pyramid. banyak banyak kedai bersepah di sana, kedai ni juga yang yuyu masuk. kenapa? dari depan pun yuyu telah tertarik hati dengan beliau. cara susunan kedai. cara pilihan warna, dan penarik kedai yakni patung bolat bolat tu. comel

macam tu juga dengan belog. susunlah belog secantik mungkin, atau sekemas mungkin. jangan biar belog bersepah dan pastikan pilihan warna yang sesuai. tak sakit mata. yakni tak terlalu terang. pilih lah header yang menarik dan susunan sidebar yang tak berterabur.




Entry & Barang Jualan:

isi kedai di sini sangat sangat menarik. walaupun hanya sekadar gula gula, tapi, pilihan barang jualan yang sangat menarik, yuyu yakin, banyak yang datang sini, akan beli juga waluapun satu. geram kan. macam tu juga dengan belog. ada macam macam jenis. 

entry entry yang pelbagai dan menarik, walaupun tak sempat nak baca entry entry selanjutnya, akan buatkan orang tak sabar nak terus tepek bijik mata untuk hari ni, esok, lusa, lusa lusa, lusa lusa lusa, dan lusa lusa lusa lusa. berapa banyak lusa la -.-'

   

   

   

Pembaca & Pembeli :

kedai yang sungguh-pink ni akan mendapat perhatian perempuan ala sopan santun macam yuyu -.-' *tolong lah cakap yuyu sopan santun. plis!*  kedai yang penuh dengan barang barang barang antik, wajiblah di hadiri oleh orang berjiwa antik kan?

macam tu juga lah dengan berbelog. awal awal lagi, kita harus tanggung satu risiko. kalau rasa nak buat belog pasal personal life, kena la amik risiko yang pembaca "personal life jadah, macam la ko retis" akan meluat masuk belog kita. 


simple bukan entry yuyu kali ni, tapi sebenar nya, itu lah yang perlu kita titik beratkan bila berbelog. orang kata, dari mata turun ke hati. mata lah yang akan buatkan semua nya terus tetap di hati. kan kan? maka, lepas ni, kemas kan belog. 

dan pastikan, korang tahu, korang nak tarik pembaca jenis mana? yang suka sukan? gossip? fesyen? laki? perempuan? muda? kurang muda? suka baca puisi? nasihat? ha. banyak bukan? 

menjadi pilihan hati, tengok. padahal bukan nak makan pun. beli nak tayang kat roomate je. hmm. mazmumah betul.

p/s : yuyu cuma kongsi apa yang yuyu tahu. 

terima kasih sudi baca :)

Sungguh Sadis.

by Yuyu Zulaikha, 5:39:00 PM
Assalamualaikum ^^

   
demm, ter-Wordless Wednesday sekali lagi. -..-'

bayangkan situasi penuh menghempuk batu ke dada ni :

bangun sahur sorang sorang kat hostel,
takkala makhluk lain bersahur bersama rakan taulan dan keluarga.

berbuka makan nasi goreng cina sorang sorang,
takkala orang lain sibuk berpusu pusu curik curik murtabak kawan.

saat orang lain pergi tarawih bersama keluarga tercinta,
ada makhluk ni, macam loner nya terawih sorang sorang di masjid.

saat tengah lapar kemain,
teringat kuih muih buatan emak yang mampu buat samun dari tangan adik.

meringkuk di katil, sambil terbayang,
teringin nya jadi tamak haloba kat bazaar ramadhan.

talipon emak, tanya "buka japgi makan apa mak?"
mak jawab "alaa, makan biasa biasa ja" .
adik sampuk kat belakang "mak, ikan bakar nak beli berapa? abang beli air tebu sat lagi".
sampai hati kalian. tskk tsk


memang tak sempat nak sedut hingus cecah ke lantai. sedih kemain dengan keadaan sekarang. semua rakan taulan balik kampung halaman. terpaksa lah menjalankan ibadat berpuasa ni seketul ketul di bilik nak sunyi sepi ni.

waktu ni terasa macam, adakah ditakdirkan Yuyu Zulaikha kena hadapi Ramadhan sorang sorang. kalau ni lah takdirnya, sobbsobb, yuyu rela dengan hati terbuka. sabar. sungguh sadis.

p/s : kesepian tanpa kawan yang balik kampung, dan keluarga nun jauh di Langkawi :'(

terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum ^^

"salam kak yuyu, blog saya baru berapa ratus follower je, tapi selalu je cik anon/haters serang blog saya. saya macam nak berenti blogging. padahal saya tak penah kacau blog orang. kak yuyu, tolong la bg semangat kat saya." - email (princessjeju)



dear princessjeju sayang ,




relax...90% of haters are begging for . 10% just want a little attention_ by Paolo Coelho



setuju?
Assalamualaikum ^^


Alhamdulillahh. dan terima kasih kepada semua yang sudi jadi rakan belog yuyu. akhirnya, cecah juga angka lima digit. walaupun sekarang asik sibuk dengan belajar. apa pun terima kasih sangat semua.

p/s : wordless wednesday hape macam ni -..-'
p/s lagi sekali : sibuk siapkan assigment belambak kemain.

terima kasih sudi baca :)

Penyelesaian Buat Si Bersaiz XS------XXL

by Yuyu Zulaikha, 2:16:00 PM
Assalamualaikum ^^

sekarang, tampa membuang masa lagi, yuyu nak tanya, kat mana nak cari shawl yang trendy? kat mana nak cari dress yang cantik? kat mana nak pilih dress oversize? nak cari juga handbag yang lawa? tapi semua tu boleh dapat di satu butik online saja? kat mana mana?

tok sah tanya sangat la kan sekarang. ni, sekarang yuyu nak bagi korang tengok puas hati:

KZNabihah je ade weh!

siyes, memang buat hati tak tenang bila cuci mata kat sini.

KZnabihah banyak menyediakan dress yang cantik cantik. banyak dress di sini disediakan untuk yang kecik kecik comey kemain macam Yuyu *ehh, terpuji diri sendiri pulak* yakni saiz XS juga untuk yang gempal comel gitu, XXL. tengok. best kan?

dress KZnabihah banyak kaler. memang tok sah nak rasa bosan nak cari la. tok sah nak mengada ngada nak beli 5 dress, tapi semua merah la kan. sungguh menarik. nak beli ye? sangat mencairkan hati bukan? kan yuyu dah kata.

Cardigen, jaket, jumpsuit? semua ada kat sini. pelbagai pilihan corak dan jenis. sungguh tak bosan tengok di butik online KZnabihah ni. korang memang patut singgah sebenar nya. nak semua di atas tu? sabar sabar.


bukan setakat dress, handbag yang sungguh  trendy, shawl dan tudung syria juga di sediakan untuk di borong sakan sakan oleh korang. harga sangat sangat murah. memang berbaloi kalau lepas ni, jadikan KZnabihah sebagai butik online yang di bookmark awal awal.

selain tu juga, antara barang yang di jual adalah, legging, belt juga inner neck

kira nya, satu butik online ni dah mencukupi semua nya. nak semua ada di sini. apa susah susah  nak cari merata tempat kalau KZnabihah dah sediakan macam macam. dah la pelbagai, harga sangat murah, dan sungguh menarik.

apa kata, kita terus ke sini untuk terus lebih lagi :

ehhh, lupa bagi korang jeles! yuyu ada satu ni! beli di KZnabihah!


selamat membeli dengan berhemah :)

Wordless Wednesday #15 | Kempunan.

by Yuyu Zulaikha, 12:02:00 AM
 
Assalamualaikum ^^

silalah tenangkan diri dan mendapatkan keceriaan yang maksima hanya demi kegembiraan entry kali ini. okay okay. bertenang. jangan terkinja kinjakan diri dengan terus  scroll ke bawah. rugi nanti.

raya dah nak dekat. walaupun puasa pun belum -..-'

tapi tapi, dah cari ke shawl raya kat diri sendiri? bagi membahagiakan jasmani dan rohani di pagi lebaran? dah beli ke shawl lawa kemain kat bini?? kat emak di kampung yang selalu google gambar Hana Tajima? dah ke beli untuk gelpren yang asik upload gambar shawl yang sama di fesbuk?

sini sini si cantik dan si kacak sekalian.

SALE RAYA!!!
bermula 25 Julai - 24 Ogos 2011
 dari BUTIKPINKKU


sale la korang! diskaun! diskaun! mana nak dapat ha? sini je yang dapat! dah la shawl yang di sediakan terbaik wa cakap lu derr. shawl shawl disediakan memang buat korang terjuling bijik mata enam saat. harga murah buat tangan teruk robek tabung ayam adik!

cakap je nak shawl fesyen terkini yang macam mana? cakap je la. semua ada sini. nak susah payah pinjam kereta emak pergi butik buat ape kan kalau dah buleh tekan dengn jari je nak beli semua ni. jom jom yuyu tolong menjulingkan mata korang sikit. keji sungguh.

Shawl Vintage yang tengah hot kemain sekarang ni pun ada kat sini. memang cun la pakai dengan baju raya yang plain saja. memang terus laki stock Aaron Aziz bersusun mintak number talipon la kalau nampak korang pakai Shawl Vintage ni. nak ni tak? sabar.


Outer Balqis. kalau teringin nak namapk sebijik rupa macam Dato Siti, sila lah jangan segan silu beli Outer Balqis. cukup berkenan yuyu dengan shawl ni. sebab musabab, material yang digunakan lembut dan sangat senang digaya kan. nak ni juga? sabar lagi.


Shawl Sateen kegilaan ramai remaja yang mengidolakan  Hana Tajima dan Yuna. pelbagai kaler yang mampu membuat korang tak henti fikir siang dan malam nak pilih kaler yang mana. dan shawl ini sebenarnya sangat senang di gaya kan. nak juga lagi? sabar sabar.


banyak yang bertanya fasal Inner Neck. kat mana nak dapat? tok sah nak runsing sangat la kan lepas ni. ni dah ada depan biji mata. mana nak dapat Inner Neck yang pelbagai kaler lagi lah ada diskaun? kat ButikPinkKu je weh.

ada macam macam jenis lagi shawl yang mampu buat kita tak dok diam. sampai kan yuyu menaip ni pun sambil bijik mata tak henti henti nak pilih shawl mana yang akan menjadi pilihan kalbu. lepas ni siap la tabung ayam adik. ada gak yang kena pecah ni.

selain dari tu, di ButikPinkKu juga ada sediakan:
tapi, lagi best dengan ButikPinkKu, ada menyediakan tutorial memakai shawl tahu! Tutorial weh! sapa tak nak tengok. dah la macam macam jenis style korang boleh tengok. semua menarik pulak. pehh. ni yang best ni.




nak tengok banyak lagi, sila lah terus kadar segera tekan INI

apa apa pun, korang boleh la terus lebih lanjut dari sini ::

p/s : habis la duit korang.

Selamat Membeli Dengan Berhemah :)

Cara Yuyu Mendapatkan Tidur Yang Super-Best.

by Yuyu Zulaikha, 11:35:00 PM
Assalamualaikum ^^

sebelum kepala terus lentuk nyenyak di bantal super empuk, sebelum mata dibuai mimpi, sebelum jasmani bersyukur dapat rehat, benda paling best yuyu suka buat adalah ini :

  

minum Cadbury Hot Cekelat lalu celup celup beberapa marshmallow besar gedabak demi mendapat efek creamy kemain. siyes. ini dah cukup membuat yuyu tidur dengan harapan mimpi Aaron Aziz bagi bunga patblas ketul.

tenang nya bila dapat minum ni. yuyu sanggup habis banyak berpaket paket Cadbury Hot Cekelat setiap malam. baunya siyes dengan muka ketat, boleh buat macam nak terbang ke Zuhal tanpa mendapat arahan NASA. sangat wangi.

terbaik. tu saja boleh yuyu cakap.

selepas penat kepala hotak stress exam tadi, sekarang masa melayan sesuatu paling mengujakan ni. dan boleh tidur. apa kata korang try pulak lepas ni. siyes memang best. tapi pilihlah Cadbury atau Oligo. tapi yuyu sarankan Cadbury, sebab musabab, tekstur buihnya sangat sangat sangat sangat lembuh dan halus.

p/s : doakan yuyu menang Ipod Touch di SINI ya semua :)

selamat malam :)

Bukan Susah Mana pun Nak Jadi Cun..

by Yuyu Zulaikha, 9:08:00 AM
Assalamualaikum ^^

pernah tak korang tercari cari mana shawl satin kaler lain dari yang lain. mana juga tudng tudung yang korang pakai memang cun habis? tak nak asik pakai sama dengan kawan sebelah. pergi makan Meatball, same kaler shawl dengan orang sebelah meja. lagi la tak best kan. rasa macam nak mengamuk.

jenuh cari? tak tak. lepas ni tak payah nak jenuh sangat la kan. dah ada depan mata ni :


   
nahh. sampai pelbagai kaler korang boleh pilih. Ivory pun ada? Daffodil pun ada? peh! memang lain dari yang lain la Apple Pink Bow ni. memang patut bookmark sekali lagi blogshop ni. untuk shawl ni, beli 3, free postage tau. duit postage, buat bagi duit raya kat adik. pasti korang nak kan? jom kelik SINI.


   
yang best nya lagi di Apple Pink Bow, ada Klip Bunga Comel. memang comel. ada macam macam jenis korang boleh pilih di sini. boleh di pakai di tudung, juga boleh taruk di handbag yang kosong tanpa corak. sangat menarik. dan sangat murah. nak tau harga dan nak tengok lebih? ha SINI .


    
pernah tak tengok tudung syria bukan versi bosan? asik sama je dengan jiran sebelah rumah. ni Syria Adrianna. secantik nama yang diberi, syria ini didatangkan dengan bunga yang menutup litup di kepala. cantik sangat dan tak nampak bosan. nak juga yang ni? tengok SINI.


   
ini yang paling menarik yuyu pernah tengok. kalau tunjuk kat Dato Seri Najib, memang beliau akan sarankan beli ni la. sebab musabab, 2 way Inner ni, menjimatkan kos. kita boleh pakai 2 cara. kreatif sangat. corak yang disediakan sangat menarik minat pembeli. pon nak ni juga? haish. tengok SINI.

kan yuyu dah cakap, tak rugi korang tengok entry yuyu kali ni. dah la korang dapat tengok benda cantik cantik. murah pulak tu. memang berbaloi la. lepas ni boleh la beli untuk di pakai pagi raya ataupun di beri hadiah pada gelpren kan. kan. suka la tu ^^

korang juga boleh la tengok macam macam lagi yang dijual oleh Apple Pink Bow. melalui:
jom like banyak banyak.

Selamat Membeli Dengan Berhemah :)

Doakan Yuyu Semua.

by Yuyu Zulaikha, 6:26:00 AM
Assalamualaikum ^^

entry paling pendek abad ini. siyes, tengah tahan muka ketat demi nak bagitau memang entry inilah yang paling pendek pernah yuyu buat. cuma mengharapkan korang semua sedekah doa kepada yuyu. semakin banyak doa semakin bagus. hehe.

doakan yuyu dapat jawab exam Risk Management pukul 8 malam ini. doakan yuyu tak mengahadapi Alzheimer dengan kadar tiba tiba. doakan juga yuyu mudah menjawab dan doakan yuyu juga sekali lagi tenang fikiran.

bagi betis nak peha. -..-' suruh doa satu, mintak lagi patblas doa. ape la. tolong la doa. tengah menahan pundi kencing tak stabil ni. asik nak terkencing je. haish.

oh lupa, tolong doakan yuyu  menang Ipod Touch kat SINI ya. lagi T_T

dah dah. nak baca buku lagi hingga ke titisan terakhir.

p/s : mid-semester exam je pun.

terima kasih sudi doa.

Dapat RM1000++ lagi ke bulan ni?

by Yuyu Zulaikha, 3:04:00 AM
Assalamualaikum ^^

sebelum nak kelas ni, saja saja try check Buffered Earning kat Nuffnang. kalau bulan lepas dapat RM1k++ dan bulan lepas lepas pun dapat RM1k++, agak agak bulan ni dapat tak RM1k lagi? macam curiga lain macam je BE bulan ni. 

cuma 2 BE je dah jadi ME, yang lain masih lagi ligat menjalankan tugas dengan bagusnya. 


kalau tengok BE pun, bulan ni kurang dua BE. huhuhu. syukur lah ada berapa pun. dan apa pun, terima kaish sudi malas jadi Metered Earning lagi. kumpul je la banyak banyak, kot kot boleh buat duit raya haji. sobbsobb. sedih juga sebenarnya.

kebanyakan BE yang ada tu, muncul dalam seminggu lebih lepas. kiranya tak sampai setengah bulan lagi. InsyaAllah, lepas ni akan ada lagi. cewah. macam tahu tahu la pulak kan. Amin.

doakan lah yuyu ye, mana tahu, boleh beli baju raya haji pulak. huhu.apa pun, semua tu adalah rezeki. mungkin bulan lepas banyak, bulan ni sikit tapi nanti nanti banyak pulak. apa apa pun, pentingnya berusaha. bila dah berusaha, bersedia saja, dapat atau tak.

p/s : doakan yuyu menang IPOD TOUCH di SINI ya korang.

terima kasih sudi baca :)

Alhamdulillahhh...

by Yuyu Zulaikha, 9:03:00 AM

Assalamualaikum ^^
   

selamat pagi semua kawan blog yuyu.syukur lagi kan kita dapat buka bijik mata dan tengok macam macam keindahan Allah. dapat lagi bangun tidur, terus rasa macam macam nikmat yang tak boleh di jual beli. masih lagi dapat hirup udara tanpa banyak sekilo lapas ringgit.

Alhamdulillah.

pagi pagi macam macam benda yang yuyu nak buat. nak study untuk mid-term besok. subjek yang menyiksa murid sekalian untuk kerah kepala otak siang dan malam. Risk Management. nampak simple. tapi kemain susahnya. macam nak drop je.

hari ni juga, yuyu nak banyakkan blogwalking. setiap hari yuyu blogwalking, tapi tak tinggal jejak. cuma baca entry dan tengok cara blogger berbelog. tapi hari ni mungkin siap tinggal tapak kaki bau lemon. baru lepas scrub tadi tau.

macam macam la plan yuyu hari ni. banyak kerja yang tak siap lagi. basuh baju yang bila kat kampung, emak je yang buat. balik asrama semua kena buat sendiri. haish.tak seronok betul. baru ingat nak buat agenda makan cekedis hingga terlentang.

apa pun, yuyu dah siap plan dah, apa yang nak buat hari ni, supaya semua nya berjalan lancar. tak kelam kabut nanti nya. kan kan? 

macam tu juga dengan belog. kalau kita dah plan awal awal, insyaAllah, banyak entry yang menarik kita boleh buat. bukan untuk sehari dua, tapi untuk setiap hari. kunci nya hanya rancang dari awal. apa yang nak di buat entry.

p/s : SINI pun banyak yang menarik.

terima kasih sudi baca :)

Tempat Pilihan Travel Sorang Sorang.

by Yuyu Zulaikha, 3:14:00 AM
Assalamualaikum ^^

dari kecik dulu, macam macam tempat teringin nak pergi. kalau dulu, selalu terpengaruh dengan tivi. tengok cerita tu, nak pergi situ, tengok cerita ni, nak pergi sini. kiranya, kalau tengok patblas muvie lain tempat, patplas tempat kat dalam tu yuyu nak pergi.

tu kecik kecik dulu. sebab ingat macam nak ke China, cuba pergi kedai basikal Ah Poo dan mintak "apek, mintak tiker sekilo. nak pergi China"

bila dah besar, baru tahu, semuanya kena guna duit banyak. lagi tak korek poket mak bapak, jangan harap la nak jemur badan kat Bali. kalau tak ikat perut enam bulan, jangan harap la nak bajet romantik bawah Eiffel Tower.

sekarang ni, tengok kawan kawan dah sampai sana sini, yuyu ni tak pernah sampai mana mana kecuali  Singapore dan Thailand. tu je -.-'

tengok Air Asia selalu buat promotion "semua boleh terbang" , mesti la nak tergolong dalam kategori boleh terbang tu juga. tapi jenis yuyu, tak suka harap duit mak bapak. kalau boleh, semuanya nak guna duit sendiri.

InsyaAllah, teringin sangat dalam tahun ni juga, yuyu akan ke salah sebuah tempat yang yuyu nak sangat travel. mungkin sorang. atau sorang. atau mungkin juga sorang. -.-' ye, yuyu nak sorang sorang. boleh la cari sorang dua orang sana. cececehhh..

mungkin kat sini tempat pilihan kalbu buat masa terdekat ni :



  

tapi, tabung lembu yuyu tu, tak penuh lagi. macam mana nak pergi? duit nuffnang pun tak beranak pinak keluar cucu lagi. macam mana?

p/s : boleh pergi tak sebelum hujung tahun?  hmm. INI best.

terima kasih sudi baca :)

Bagaimana Untuk Menghadapi Ex-Boyfriend?

by Yuyu Zulaikha, 8:43:00 PM
Assalamualaikum ^^

   

dewasa ini *dewasa la sangat kan*, kerap pulak ujian yang diterima. antara yang paling ketara sekarang, kehadiran kembali bekas bekas bopren. "bekas bekas bopren"? gosok mata sampai parah. sungguh budak budak. banyak sungguh couple. tu dulu.

dalam minggu ni juga, kerap pulak dapat panggilan dan mesej dari ex-boyfriend. jenis yuyu, malas layan mesej mesej ni, bila dapat, baca, dan padam. makin tak layan, makin kerap pulak dorang mesej. bila dah jual mahal sikit, kerap pulak talipon. haish.

bila dah jawab, mula la nak merepek tak ketahuan hala. terus "haa? hello! hello! tak berapa jelas la" dusta. malas layan.

akhirnya, dapat la mesej jiwang kemain :

"**** just nak cakap, **** nak yuyu kasi **** peluang untuk jadi macam dulu"

"hoi! ape pulak"

"ala yuyu tau **** sayang yuyu macam mana kan? "

"err, tetiba. pehal? "

"**** mimpi. **** nak yuyu n mak yuyu ok. nak semua family yuyu, yuyu pun makin comel"

tettttt.~ apa? mimpi? 

kat situ korang dah boleh kesan dah betul ke tak betul. 

jadi, bila dah jadi hal macam ni, cukup lah bazir kan 2 sen kredit yang ada. tok sah nak lebih lebih. sekaya mana pun dia, sehensem mana pun dia, tapi kalau dah tahu jenis tak boleh nak harap, lebih baik tak payah la. pejam terus mata. nekad.

ada ex-bopren yang boleh jadi kawan baik sampai mati. ada juga ex-bopren yang kalau boleh guna tawas untuk cuci dari hidup kita, guna saja tawas. bukan apa, kalau yang patut terus pejam mata ni, selalu nya suka mengambil kesempatan. pantang tengok kita makin okay sikit dari dulu, mula la kabur bijik mata. tak bagus orang orang macam ni. 

sekarang ni, dah patut bersyukur. masih kekal dan harap sangat terus kekal sampai ke akhir hayat dengan menjadi mili beliau yang halal. aminn. tak nak la jadi macam dulu, sikit sikit rasa macam lagu "pelamin anganku musnah" tu, di cipta khas untuk yuyu ni. -..-'

p/s : jomm layan SINI dulu..

terima kasih sudi baca ^^
Assalamualaikum ^^

weekend minggu ni, ada banyak sangat yang buat jantung tak henti nak terus terkinja kinja. rasa list list semua tu dah berkajang yuyu cati. tapi tapi, yang paling awal sekali berlaku nya kejadian hujung minggu yang best ialah pabila, seorang blogger juga juru makeup bermurah hati untuk make over kan muka yuyu

dah la. malas nak bebel pepanjang. rugi masa nak kedarah cekodok. lebih bagus tepek je gambar, jari terus menerus suap cekodok. jemput la tengok muka yuyu di make over oleh kak Fareha Rahmat.

saja nak denggi dengki. tepek yang hitam putih dah la. kihkihkih.



alaa alaa. mana ada, nahhh. sila kan tengok selebih nya ya semua:

 mana parut jerawat yuyu kat dahi? mana? tolong la! tak boleh tanpa parut jerawat tersebut!

                 
selepas dan sebelum. harus lah senyum ayu ayu bila dah lepas make over walaupun gigi renab terserlah hebakk. gedik kan :')

ni la tukang hilangkan parut jerawat, hilangkan eyebag hasil penat lelah online sampai malam buta. suka sentuhan kak Fareha. kawen nanti, akak make up saya je la ye. hikhik

 makhluk kecik tu la thumberlina yang suka mengikut arahan mouse korang ke sana ke sini di header atas tu nuh. 

harus lagi wajib lah tangkap gambar guna kamera sendiri kan kan kan :)

tu saja la. kalau nak tengok lagi, sila lah beredar ke Fanpage yuyu ye. selebih nya, nak simpan bagi cucu je la tengok.

yuyu di make over dengan rupa sedemikian dengan sebab musabab sejurus di make over, dengan kadar sangat segera, akan yuyu terus ke Astro Hitz Spin Master 2 (Final). maka, tak kan la nak nipis kan. memang ternyata sangat berpuas hati bila kat tangkap gambar di Zouk dengan make up sebegitu.

lepas ni, nak buat entry pasal ke Astro Hitz Spin Master pulak.

special thanks to :
terima kasih sudi baca :)
© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS