Terpaksa Terus Kuat dan Sabar Melawan Sakit Ini.

by Yuyu Zulaikha, 10:19:00 AM
Assalamualaikum ^^

sedang menaip entry baru, sambil menahan sakit gigi. gigi bongsu baru saja tumbuh. di hujung pangkal rahim gusi. kemain sakit hingga nak pelempang saja semut semut yang berkeliran di tepi katil. rasa macam dah tak nak lagi hidup di dunia fana ni.

betapa sakit nya tumbuh gigi bongsu di kala usia 22 tahun. sobbsobb

bukan yuyu, bukan juga opah yuyu, lagi la bukan Melah jiran yuyu. ihsan Google.

rasa nya, macam sudah lewat yuyu tumbuh gigi baru. bila cakap kat kawan kawan baru tumbuh gigi, semua pakat pakat cakap ayat bajet yuyu merajok enam saat.

"ehh, baru tumbuh gigi. baru baligh la tu. patut la kecik"

puih. tak reti menjaga sensitiviti perkauman betul. tapi betul la. apesal yuyu baru saja tumbuh gigi baru padahal, manusia lain dah siap patah tumbuh hilang berganti dah gigi baru. mungkin di sebabkan yuyu iras JeLo kot. ohh. tiada kaitan rupa nya. 

dah la ia menyakitkan lebih sakit dari sakit nya hati yang di cocok oleh rasa pilu dan hiba *ohhh, ter emo pulak tetiba*, banyak pulak onar dan rintangan dan cabaran dan ujian selama tumbuh gigi baru ni. rasa tetiba macam segala ujian kat dunia ni, hanya yuyu yang rasa.

antara cabaran cabaran dan halangan nya ialah :
  • terpaksa siapkan assignmen berjuta lemon sambil tahan sakit, sambil sabar, sambil TER maki, sambil sabar balik, sambil sambung buat assignment, sambil terus maki hamun
  • mendapat panggilan dari "orang la takkan beruang pulak " takkala sudah pukul 1.54pagi. terus memberi habuan maki serapah. 
  • terpaksa tahan extra sakit gigi di kala bunyi loceng kecemasan nyaring tak ketahuan hala berbunyi di hening pagi. kes budak budak Universiti tak ada perikemanusian main loceng. Yuyu Zulaikha, sabar. rasa darah mula naik ke kepala.
  • mendapat musibab pelupa di kala pagi hari. punya la selerak satu bilik cari ubat tahan sakit gigi tak reti nak tumbuh awal ni, habis bersepah bilik, rupa rupa nya, hanya berada selamat dalam genggaman tangan yang erat. -.-'sampai hati otak pelupa.
memang dah macam tak boleh nak kawal diri dah sekarang. sakit nya gigi baru tumbuh ni, telah menyebabkan yuyu demam dah pening yang sangat parah dan juga tak boleh nak nganga luas *sila rasa keperitan*. 

dari semalam tak dapat kunyah benda pejal. kalau tak, yuyu akan rasa macam baru lepas kena Bom dengan Iraq kat gigi. hanya mampu hirup sup cendawan dan celup roti wholegrain, tak pun makan jelly saja. sobbsobb. masa ni, terasa nikmatnya makan cekodok 3 singgit. hmm.

rindu nak kunyah kunyah

pernah pak cik yuyu tumbuh gigi bongsu, tapi beliau lagi la parah, pak cik yuyu siap demam panas, dan langsung tak boleh makan. mampu hidup air guna straw.sebab tak boleh buka mulut. pehh. minta simpang tiga Jalan Semarak la. tak nak sampai separah tu.

korang ada yang jadi tak macam yuyu? atau korang tak tumbuh gigi bongsu lagi? -.-' yang tak tumbuh lagi, pesanan kepada korang "takot wooooo! sakit! derita!" hikhik, kasi kecut sikit korang.

p/s :ada petua apa apa tak untuk hilangkan sakit ni?

terima kasih sudi baca ^^ 

Marilah Menjadi Kawan Baik Yuyu.

by Yuyu Zulaikha, 1:01:00 PM
Assalamualaikum^^

pagi pagi sambil cecah roti bakar dengan Mushroom soup siap minum Cekelat Panas tarok Marshmallow 2 ketol, sambil meniap, layan juga kan. kihkihkih. saja bagi korang terkesima dengan breakfast yuyu pagi ni.

semalam yuyu telah mendapat seekor penanda buku yang comel dari senior yuyu. mungkin beliau tahu akan tahap kemalasan membaca buku yang maksima terhadap diri yuyu, maka, habuan mendapat seekor penanda buku comel,boleh buatkan yuyu sedikit bersemangat membaca.

tak tak. anda salah. kalau dasar meluat nak baca buku, macam mana pun tak boleh di bendung lagi.

tapi di sini bukan nak cerita pasal kronik nya hubungan yuyu dan buku. tak tak. tapi , di penanda buku tersebut, ada tersebut ada tulis :

abaikan katil asrama yang  lusuh di mamah usia. 

rasa nya, semua jenis manusia setuju dengan saying tersebut. kalau yang tak setuju, tolong la, buat buat la setuju kejap. tolong la untuk entry kali ni je. lepas tu tak nak setuju pulak pun dah tak pe.

semua orang ada kawan. tak kira la Sarimah, Majid atau Leman, mereka semua juga ada kawan. begitu juga dengan yuyu. hari ni dapat lapan orang kawan, besok enam orang kawan hilang, datang tiga orang pulak kawan baru.

macam tu la hari hari kita. nak dapat kawan, kemain la senang. tak cari pun boleh dapat. sedang berkinja kinjaan di tepian tasik sambil makan cekedis enak pun boleh dapat kawan. tapi, nak dapat kawan yang selalu dengan kita di kala senang dan susah kita, senang tak?

susah bukan? tapi tak mustahil untuk dapat. mungkin dalam 20000 ketul manusia di bumi ni, ada la 1 je yang tercicir boleh buat kawan baik.

tapi tu pun tak tahu lagi. kadang kadang, punya a baik sekarang. bila dah ada bopren ke gelpren ke, kita ni di lupa. nak ajak teman g MidValley beli henpon pun dah tak nak. nak ajak teman beli char koew teow pun dah dorang malas.

kawan.

elakkan mencari kawan yang suka membajet comel di khalayak ramai macam ni ya. huru hara nanti.

begitu juga dalam dunia belog. walaupun kita banyak kawan dalam belog, banyak followers, setiap hari bertambah saja kawan kita. tapi yang betul betul ikut belog kita, yang betul betul support kita, yang tak goyang bila kita di maki, senang tak nak cari?

susah sangat sebenar nya. walaupun nanti kita ada berjuta lemon kawan belog atau followers sekalipun, nak cari 1k++ yang support kita pun sangat susah. siyes. sambil muka tahan ketat. siyes punya pasal.

tapi jangan gundah gulana hingga membawa ke kehidupan seharian mogok makan, tolak cheese cake yang enak jauh jauh. susah dapat kawan baik punca nya. sebab musabab, tengok saja sikap kita terhadap kawan kita. baik sangat ke?

kita sendiri pun kadang kadang tak dapat nak support kawan bila susah. dan sebab itu, jangan mengharapkan kita mendapat sesuatu yang lebih baik dari kawan baik kita. faham?

selagi ada kawan, jaga lah dengan baik. kawan bukan mengharap kan Ferrari seketol depan rumah beliau sebagai hadiah Hari Khamis. tak juga mengharap tiket percutian ke Hawaii sebagai saguhati menjadi kawan untuk hari yang ke seratus patblas. tak tak.

tapi cukup lah dengan kejujuran, sudi mendengar, mempercayai bila dia di dusta, dan melapangkan bahu ketika dia berduka. *pehhhhhh.. boleh buat lirik lagu Rock kapak ni, boleh ganti EKAMATRA*




P/s: ada kat sini yang sudi kawan dengan yuyu tak? sapa yang sudi sila amik borang kat kaunter kiri jabatan hal ehwal pelajar.


p/s lagi : ada blogger bagi isyarat dah "tak boleh ke kalau tak buat entry panjang panjang?"

terima kasih sudi baca :)

Ahad Yang Mengujakan Perut Choomel.

by Yuyu Zulaikha, 9:07:00 AM
Assalamualaikum ^^

Ahad lepas, sebagai reward kaki menderita sakit hati, badan pulak dah mogok malas bekerjasama sebagai satu pasukan Yuyu yang sihat, maka, yuyu dan laki masa depan telah ke Bangsar Village. demi mencuci mata di sana walaupun hanya mampu cuci mata.

sayang poket.

maka T Forty Two telah menjadi pilihan untuk melantak tanpa batas. siyes, kalau sapa sapa nak rilekkan kepala otak yang telah serabut dengan assignment belungguk lungguk, yuyu memang suggest korang, sila lepak di sini. pehh. *make sure awal bulan je ye*

tempat pilihan! betol betol sebelah piano. dengan harapan ada la yang sudi main piano, tapi sayangg. mungkin Tea Time kan. kalau datang dinner sini, dapat la dengar piano berkumandang. bestt. sweet tak ketahuan hala

Set Tea Time yang menjadi pilihan. sungguh tak rugi kalau pecah tabung adik pun. kehkehkeh.

Tea yang paling menguja kan. sangat wangi dan sangat sedap walaupun yuyu tak tambah langsung gula ada madu. rasa macam nak calit kat baju ganti perfume.

Scones dan Egg Tart. tak  sangat la egg. sebab ada sardin dan apa entah. sangat sedap. 

order, tapi tak makan. sebab masa ni terasa pedih di perut. taik betul! lepas ni nak order, patut makan hingga jilat pinggan.

Macaron. hmm. macam serik je nak makan. rasa macam lori gula terbalik saja. manis kemain!

hanya mampu makan sedikit saja. memang dah full gila. bazir je order. nasib boleh tapau. kihkihkih.


pehh.. memang terbaik lah T Forty Two. tapi harga nya pun terbaik juga la. tapi bagus lah untuk reward kan diri sekali sekala selain merewardkan diri daripada makan cekodok patblas bijik sehari kan. sekali sekala, makan la sesuatu yang berbeza. 

habis menketedarah, terus yuyu nak singgah boutique yang berkeliaran di sekitar Jalan Telawi, Bangsar. ada satu butik sangat sangat cukup membuatkan hati yuyu tak senang duduk. terus saja kaki terkinja kinja ke satu boutique yang yuyu perlu share dengan korang. ooo. rupa nya, dorang ada online boutique juga.

antara handbag yang sangat sangat menjadi pilihan yuyu! nak sangat!

korang nak tahu Boutique apa yang vintage habis tu? tapi harga sangat sangat murah, tapi kualiti tinggi? rekaan sangat sangat cantik! siyes yuyu boleh cakap, korang akan jatuh cinta sekali tengok saja. nak tak tahu semua ni?
tunggu di next entry!

p/s : beredar ke kelas Hafazan


terima kasih sudi baca :)
Assalamulaikum ^^

perempuan kalau nampak handbag lawa kemain, bopren pun boleh tinggal dok jauh ke belakang. kan kan. rasa nya majoriti perempuan tak kira, cik bedak, Leha, Mak Minah, atau Badariah, memang suka sangat la dengan handbag. apa lagi kalau handbag yang ada depan bijik mata, semua yang stylo habis.

dan murahhh. *wajib*



sebelum memilih handbag yang bakal di usung merata rata hingga buat orang terpana hingga membawa lawan tarik rambut di tengah jalan, mesti lah kita semua akan pilih ciri ciri ini kan:
  • mesti lagi wajib lah yang mengikut tumbesaran trend terkini.
  • harus lah murah lagi mampu beli. kalau mahal, boleh la beli seketol. 
  • wajiblah material yang berkualiti. rasa sejuk perut makan cekodok takkala tengok handbag material bagus.
  • mesti lah senang nak mencari dan membuat bandingan. lagi lagi yang di jual di online store. pehhh. boleh pilih sambil jaga anak kat rumah! 

memang jatuh hati tengok semua beg yang tersedia.

seperti yang di janjikan di entry lepas nak tayang kat korang Online Boutique yang sediakan semua ciri ciri di atas, jadi sekarang yuyu nak bocor rahsia!

SOMETIME BOUTIQUE! sieys yuyu dah jatuh hati dengan SOMETIME. semua handbag yang tersedia, memang membuatkan hati yuyu gundah gulana kalau tak beli. tak reti dok diam dah. jadi, takkan la nak gunda gulana sorang sorang kan, mesti la nak kongsi.
cukup bulan nak beli ni! sangat sangat kemas!

ingat nak beli ni, nak ini laptop. nampak style kan. besar sikit ni.

untuk gadis ber DSLR, korang patut beli ini! nampak kecik, tapi muat untuk DSLR tau! pehh! hebakkk! murah sangat! kualiti terbaikkk!

ada macam macam jenis, tapi yuyu terpikat yang polkadot ni. nampak sangat sangat cute. kan kan

tapi, betul yuyu cakap, korang akan jatuh cinta walaupun baru sekali tengok handbag yang di jual. murah sangat sangat. semua handbag yang tersedia, adalah design dari designer Taiwan, Hong Kong, Korea juga Thailand.

tapi dorang ni masih pelajar, jadi, SOMETIME Boutique telah kongsi dengan kita handbag design dorang. memang yuyu sangat berpuas hati di online store ni. dan yuyu sendiri dah tengok kualiti nya sendiri. memang tak sangka harga nya sangat murah.

akhir nya, inilah yang menjadi pilihan yuyu! yuyu amik yang brown! tak sabar nak bawa dating dengan laki masa depan .

kalau korang nak tengok, apa kata terus ke sini :



InsyaAllah, korang akan jumpa handbag yang sangat style di sini.

dan untuk pengetahuan korang, kalau korang nak handbag korang di sponsor untuk satu tahun, jommmm terus join Kontes dari SOMETIME. sangat sangat senang kontes  POSE, LIKE & WIN ni.


dah la senang, hadiah best pulak tu. sapa tak nak, menang tajaan handbag untuk setahun tuuuu! tak nak juga? rugi rugi. kalau yang nak, sila kan terus ke SINI dan belek belek dulu syarat dan terma nya ya.  Good Luck. yuyu pun teringin gak nak join macam ni! tak sabar!

terima kasih sudi baca ^^
Assalamualaikum ^^

betul betul kan tulang temulang yang hampir rapuh akibat hanya menghabiskan sisa hidup dengan terlentang di katil empuk. betul betulkan juga urat urat yang bersimpul kasih yang utuh akibat kemalasan telah bermaharaja lela dalam jasmani dan rohani. 




tengok! kawan belog yuyu dah ada 9000++. kalau sorang sorang sedekah kan yuyu sorang singgit. kayo! boleh pergi melancong Korea jumpa Super Junior ni! jadi, kepada sesape yang nak dermakan kepad yuyu, sila masukkan ke number account tertera di bawah ni ya :

Nama : Jelo Zulaikha
Acc Number : 847124783714817498167849189237482094914141837871247145281738

pernah tak korang tahu pasal manusia?

manusia memiliki sifat tak pernah puas dengan apa yang ada walaupun  dah dapat depan mata? selalu berasa apa yang ada sekarang adalah sesuatu yang jauh lebih terok dari orang lain. dan selalu membandingkan dengan kelebihan orang lain?

pernah tahu tak? yang tahu, sila beratur sebelah kiri kaunter. yang tak tahu, sila amik perhatian. kelas hari ni kita lanjutkan sampai pukul seblas.

Yuyu adalah sejenis spesis manusia. dan contoh manusia adalah Yuyu sendiri. maka, sifat yang tertera di atas tadi, tak terlepas dengan yuyu. siyes. tengah buat muka ketat ni. siyes punya pasal. terserlah sifat mazmumah di situ.

tapi, terpaksa akur. buat apa bak hipokrit. korang nak tahu tak? masa zaman muda muda yuyu dulu, yuyu terlalu impikan follower lebih dari 50 orang. kemain susah. selalu promote dekat Myspace, tapi selama setahun dengan 24 follower saja.

dalam hati "kan best kalau ada 50 orang. hmm. best nya tengok Sepiah anak perempuan Sarip punya belog, dah 50 lebih follower dia"

tapi masa tak cukup 50 followers lagi, bila dah cukup, rasa macam ehh, sikit nya 50 followers tu, nak la pulak 100 followers. bila dah ukup 100 followers, terasa macam, 50 followers yang yuyu impikan dulu tu, hanyalah jumlah yang kecil.

tengok. boleh nampak bukan sifat tak pernah puas dengan apa yang ada. masa awal awal kenal abang benggg benggg boom dulu, follower beliau ada 9000 lebih. pada masa tu, yuyu target dalam 9000 follower dalam pertenghan tahun 2012. huhuu. 

sebab masa tu yuyu ada 464 rakan belog. tak sangka dalam masa yang singkat, yuyu dapat juga 9000. sobbsobb. nak lap ingus yang hamir cecah ke lantai jap.

macam tu juga korang. mungkin antara korang, ada yang rasa 9000++ rakan belog yuyu tu macam agak banyak. tapi percaya lah, macam tu juga dengan blogger lain, mesti dorang tengok belog korang, dorang pun nak sebanyak bilangan follower korang. syukur lah dengan apa yang ada.

bukan apa, bagi yuyu, banyak banyak rakan belog, seronok juga, sebab rasa penulisan kita banyak yang di baca kan kan kan? tapi, dalam 9000++ tu, entah entah 1000++ yang benci yuyu. haaaa. tak mustahil tau.

maka, kat sini, tok sah la terlalu terkejar dengan jumlah follower berjuta lemon. buat entry yang best best. promosikan belog kita supaya orang notice akan kehadiran belog naif kita. nanti, orang akan follow dan selalu membaca idea kita :) best bukan.

walaupun rakan belog yuyu tak la ramai mana. tapi sekarang yuyu makin belajar bersyukur, sebab musabab, ada saja yang membaca hasil kerah kepala otak nak buat satu entry pun. Alhamdulillahhhhh.. begitu juga dengan korang.

buat apa kalau orang follow, tapi tak baca kan. :) terima kasih kepada semua yang sudi follow belog yuyu dan selalu saja baca entry entry yuyu.

p/s : err. apehal rasa macam diri ini bagaikan seorang yang berhati kudus lagi murni di entry ini?

p/s lagi : kepada yang korang yang ada follower bawah 50, sila bagitau yuyu. pelis.

terima kasih sudi baca :)

Spontaneous Thursday #1 | Doakan yuyu ya semua.

by Yuyu Zulaikha, 11:05:00 PM
jelas kebudakbudakkan -.-'

Wordless Wednesday #9 | Sila Bela Saya.

by Yuyu Zulaikha, 10:34:00 PM

Apa Yang Korang Perasan Dengan Belog Yuyu?

by Yuyu Zulaikha, 8:06:00 PM
Assalamualaikum ^^

apa yang korang perasan dengan blog yuyu? mari jawab soalan objektif seperti berikut:

     a) belog yuyu pink girly geli geli
     b) belog yuyu gedik macam yuyu (sampai hati sape yang pilih yang ni)
     c) belog yuyu bersepah tak ketahuan hala.
     d) yuyu suka taip entry panjang lebar kemain. <--------psst.. sila pilih ni.

ya! betul! jawapan nya D!


memang dari pertama kali yuyu berbelog, sekarang yuyu baru perasan yang yuyu suka kemain taip entry panjang tak ketahuan hala. semua ni yuyu mula perasan, pabila saban hari yuyu menaip *tok sah nak saban la sangat kan*, yuyu selalu di tegur oleh blogger. 

"tak boleh ke kalau tak buat entry panjang panjang?"

"memang style yuyu ek buat entry panjang"

"yuyu tak muak ke taip banyak banyak?"

"yuyu, next entry, jangan la taip panjang panjang, kesian kami nak bace" <---- sedih nya :'(


dan tolong set di kepala otak, ayat ayat pertanyaan dan suruhan di atas adalah bebas dari mencaci. sebab musabab, dorang bertanya dengan penuh gemah gemalai. boleh buat calon menantu.

masalah nya sekarang, kadang kadang, yuyu langsung tak perasan yang yuyu sedang menaip dengan gagah. dan yuyu selalu mulakan entry dengan kepala otak yang buntu akibat banyak lagi mende yang patut pikir seperti menyedia kan makanan kepada suami dan anak anak *bila masa la pulak aku kawen*

selalu nya, walaupun kepala otak yuyu sangat kosong, sekali yuyu tekan satu ayat, memang mencurah curah lah ia ke ladang gandum hingga terpaksa gagahkan jari jemari yuyu ni stop dengan kadar segera. kira nya, memang dah terbiasa dah taip panjang berjela jela ni.

lagi pun, yuyu suka sangat buat satu entry tu sampai terluah semua yang terbuku di hati yang sangat sangat mendamba korang baca dengan tekun. tekun sehingga emak korang pagi korang beli cabai pun, memang korang rilek je, siap cakap kat emak "rilekk derr, bace belog yuyu dulu, baru Amerika" -..-'

bagi yuyu, kalau dah orang suka, orang akan baca, meskipun buat lebih panjang dari text ucapan Perdana Menteri masa perbincangan Bajet 2010 yang korang selalu kata "asik semua tivi ada muka PM je, tivi 1 PM, tivi 2 PM, tivi 3 pun PM?"

yuyu menaip bukan sekadar nak tarik perhatian orang. tapi nak berkongsi dengan pembaca. kalau benda yang nak di kongsikan tu sikit, sikit la jadi nya. kalau banyak macam selalu, memang berkajang la. sebab tu la yuyu akan "BOLD" kan perkataan yang penting setiap perenggan. supaya korang terus direct paham dari perkataan yang di Bold kan.

maka, minta maaf sangat kalau sesiapa rasa bosan sangat dengan entry panjang panjang yuyu ye. nak buat macam mana, dasar jari gian menaip malas berenti macam ni la jadi nye ^^

tapi ada sorang haters kepada sorang blogger tu siap buat entry lagi "kejadah, buat entry pendek pendek sampai berpuluh setiap hari. gila traffic". pulakk.

terima kasih sudi baca ^^
Assalamualaikum ^^




satu satu nya gambar yang ada. dulu takde DSLR besar gedabak.


Happy Father's Day kepada semua bapa bapa yang comel mahupun kacak bagai Aaron Aziz. bila hari bapa menjelma, terus kepala otak terpikir yang bapak mesti lah macam Aaron Aziz. bapak macho. sebab otak tak boleh menerima kenyataan macam mana kalau dak dak Super Junior jadi bapak orang .

rasa macam, tak pe la, anak kau aku jaga je la.

dan kepada arwah Abah yuyu yang telah 12 tahun kembali ke Rahmatullah, Selamat Hari Bapa juga. walaupun yuyu tak pernah merasa:
  • abah datang amik masa lepas sekolah macam orang lain
  • jeling jeling seluk kocek abah takkala abah pergi mandi macam orang lain.
  • abah tunjuk ajar macam mana nak cari laki yang betul supaya besar tak jadi macam yuyu sekarang, asik mengharap kasih sayang laki.
  • kasih sayang seorang abah bila  time besday, abah tolong bawa kek, emak tolong bakar lilin.
  • abah marah ketika dapat C subjek Sejarah masa tanda tangan report card kat sekolah.


hanya mampu tengok kasih sayang orang lain dengan bapa saja. tumpang tumpang. apa pun, yuyu bangga ada seorang abah yuyu yang bernama Eswan Bin Marzuki, yang telah melahir kan yuyu, seorang yang mempengaruhi 80% sifat dan raut wajah beliau.

terasa diri hensem.

bila masa macam ni, rasa sayu sangat. teringin sangat ada kasih sayang dari seorang bapa. untung lah kepada yang masih ada bapa.  segarang garang mana pun bapak, pernah juga rasa kena marah. sebengis bengis mana pun bapak, pernah juga bapak bebel jangan keluar lepas magrib.

p/s : sila sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah abah yuyu ya semua .semoga abah yuyu berada di sana di samping orang orang yang beriman. Aminn.

terima kasih sudi baca :)

Rasa Macam Diri Dah Tak Berguna Lagi.

by Yuyu Zulaikha, 10:28:00 AM
Assalamualaikumm ^^

kebelakangan ni *tok sah nak kebelakangan sangat la kan*, banyak yang bertanya di pesal yuyu dah tak gila babeng aktif dalam beberlog macam dulu hingga mensemakkan dashboard setiap hari dengan kekerapan yang maksima.

maaf, ni telah berkaitan dengan sesuatu yang amat kronik.

tolong la tolong lah tolong lah. apesal la sifat malas langsung tak nak bertolak ansur langsung dengan sifat nak berbelog sejak kebelakangan ni? makin hari, makin letak bereblog adalah perkara ke enam ratus. bukan perkara pertama macam muda muda dulu.

kalau bab idea ni, tok sah nak cakap la, kalau ada pun, mesti kepala otak macam terus bengap dengan kadar sangat sangat segera. terus beku menjadi udang. otak udang. memang dasar tak boleh nak berjasa sikit.

kalau bab masa, nak kata padat dengan aktiviti sungguh kudus lagi suci murni seperti mentelaah buku tebal 600 muka surat, takde juga, nak kata sebab pergi seminar perbincangan menjadi pelajar cemerlang, pun tak ada juga, sebab masa telah di guna dengan aktiviti :


telah yuyu makan SEBIJIK kek cekelat dalam masa satu jam. sebijik faham? bukan sebilah kek mahupun tidak juga segugus kek. ini sebijik dalam satu jam. hebakk.

kumpul 16 series mimpi mimpi indah yang kalau di kumpulkan lagi panjang dari citer Full House.

mengulangkaji muvie muvie romantik hingga telah bawa yuyu melayang ke awan. setiap kali tengok muvie, rasa macam diri sendiri ni lah Heroin. terbawa bawa ke tidur. puih.

ehh, sory, ter WORDLESS WEDNESDAY pulak kat sini ^^.

membuat konsert percuma di bilik. rasa nya semua jenis lagu yuyu melalak. masa ni la buatkan yuyu terasa umpama JeLo. ishh. malu :')

habiskan sisa sisa hidup dengan terlentang terbongkang dan terperosok sendirian di hujung katil. siyes macam sorang Loser yang tak ada tujuan hidup. hidup untuk dok atas katil je.


buku? jangan tanya. terlupa nak jeling jeling sikit. apa kan lagi nak baca atau sentuh. -.-'

dah la, terasa bersalah pada diri sendiri bila jadi lebih lembab dari pergerakan kura kura. lepas ni, kena atur lebih rapi sikit pasal diri sendiri. dah macam tak berguna kepada masyarakat dan negara dah sekarang. sadis akan diri sendiri.

lepas ni, kena atur pasal belog agar tak terbengkalai di mamah usia, nak urus diri supaya menjadi lebih laju sikit pergerakan dari kura kura. hmm. tolong lah nak sangat jadi macam dulu yang sangat produktif dan sangat peka akan dunia semasa ni!

ada apa apa idea?

terima kasih sudi baca :)

Cara Mendidik Kanak Kanak Berjimat.

by Yuyu Zulaikha, 7:08:00 PM
Assalamualaikum ^^

bukan senang nak asuh budak budak menabung tambah tambah zaman sekarang, gelang warna warni, getah rambut macam macam bentuk, wallet Hello Kitty dah macam boleh beli 5 RM10. lagi lagi yang berumur 10 hingga 12 tahun ni.

adik yuyu umur 11 tahun. kalau yuyu dulu kecik kecik dulu, emak kasi RM2, dah macam boleh beli banglo rasa nya. betapa besar nya RM2 masa tu. tapi sekarang, bila emak kasi adik RM2, dalam masa lima minit duit tu dah habis. macam macam beli.

padahal kalau yuyu dulu, siap bahagi dua pula. RM1 guna, RM1 lagi simpan bawah tilam. emak tak pernah kenal kan tabung. sebab emak pun spesis simpan duit bawah tilam.

yuyu ada check wallet adik. boleh la beli cungkil gigi dua tiga batang untuk simpanan hari tua. -.-' kira banyak sangat la dah kot. mungkin sebab adik yuyu selalu saja mintak duit dekat emak. jadi tak ada perasaan teringin ada duit banyak. sebab selalu ada sumber bekalan duit tak putus.

jadi, bermula saat detik juga ketika itu, yuyu nekad untuk ajar adik yang naif bab simpan duit sendiri supaya menjadi somebody yang sedar akan ekonomi negara sekarang membentak rakyat supaya pandai menyimpan duit sendiri, dan besar nanti jadi amalkan hidup guna duit bopren.

tak mo tak mo tak mo. tak suka.

tapi dah nama budak, bagi ceramah agama siap ada bonus syarahan berbentuk kesedaran pun dia susah nak terima. tapi, nak tak nak, yuyu nak sangat tengok adik yuyu pandai simpan duit sendiri. pandai berfikir yang emak bukan la penge-cop duit seperti yang di sangka kan adik.


habuan untuk adik yuyu.


jadi, yuyu guna kan cari ini :

bersubahat dengan emak supaya jangan terlalu ajar adik senang dengan duit. dengan cara ini, adik baru tahu, bukan senang nak dapat duit kalau tak berusaha.

beli kan tabung secomel mungkin. berserta ugut, kalau yuyu balik dari Kolompo nanti tengok duit tak penuh lagi, yuyu akan ambik balik tabung tersebut. ngehngehngeh. opss. hikhik. sopan sikit.

selalu memuji hasil duit yang telah berjaya di simpan. tengok dalam tabung ada la dalam RM2.50 kot, mula la puji melambong. dari situ dengar nekad adik yuyu nak simpan lagi banyak. sejuk hati.

menabur janji janji manis. contoh yang yuyu buat, kalau adik penuhkan tabung, yuyu akan belikan baju raya banyak manik. kesukaan adik. uhuhu. biar habis duit sikit, asal kan dalam proses adik yuyu menabung dan kenal erti berjimat, dia akan tahu nilai semua ni.

masukkan sikit sikit doposen ke singgit ke dalam tabung tersebut depan mata adik supaya dia rasa usaha dia di hargai.


jadi sekarang, Alhamdulillah. nampak la juga peningkatan adik yuyu yang suka menabung walaupun tak la banyak mana. sejuk perut limpa juga ginjal bila di akhir perbualan di talipon, adik cakap, "sikit lagi nak penuh tabung"


mudah bukan? cuma nak dengan tak nak saja. nak didik adik adik supaya besar, tak selalu membazir dan kenal erti nak dapat singgit pun kena gagah cari idea buat entry best best supaya UV tinggi kot kot dapat BE mahsyuk. pulak. -.-'

terima kasih sudi baca ^^
Assalamualaikum ^^


mempersembahkannn! pembuka entry dengan muka besar gedabak. entry kali ini, yuyu malas menaip. biar gambar gambar yuyu saja bercerita mengenai pengembaraan yuyu ke Melaka untuk memenuhi jemputan perkahwinan senior yuyu.

serius. korang akan perasaan yang yuyu ke Melaka macam nak ke rumah Latipah untuk sesi menyicah buah mangga. makin hari makin malas nak make up bagai. malas nak pakai vogehh vogehh segala. pilihan baju kurung untuk kelas dan tudung syria adalah penyalamat daripada yuyu pakai baju tidur dengan telekung.

sangat malas dah nak pikir bab nak pakai baju. nak pergi kenduri kawen je pun bukan nak jalan kat kapet merah dengan gincu merah, beg tangan merah pun. mata sekadar pakai eyeliner. penyelamat daripada nampak eyebag yang jelas terang lagi nyata.

sampai saja Melaka, bukan nak cari rumah pengantin dulu, tapi kalut nak makan Rambutan. -..-'

tips untuk kurus seperti yuyu, sila makan sejumlah nasi yang sikit dan dah makan, buat muka toya seperti di atas. mengantuk.

sementara tunggu pengantin kunjung tiba, kami segerombolan telah menghuru hara kan Taman Botanikal! siyes huru hara dengan kehadiran kami.

nak cari duit lebih. terpaksa keje bawa teksi. sobbsobb

best sangat ada waterfall buatan ni. cantik sampai menetes air mata. rasa macam nak baca buku Pengajian Malaysia kat sini untuk elakkan mengantuk.

tengok. sekarang dah tak peduli tentang eyebag. tak peduli tentang tudung senget herot petot. tak macam dulu.

segerombolan kami yang menghuru harakan keadaan.

yuyu paling tua waluapun paling kecik. 

nak drift guna Budgy ni. siyes teringin naik. tapi mahal. RM45. tunggu kawen dengan Prince William dulu la. kot kot beliau beli terus Budgy ni. 

ni la senior yuyu. Kak Asrina. cantik sangat beliau hari ni. teruja tengok biji mata beliau macam terbeliak nak keluaq. soooo kawaii >.<

minta maaf abang Faisal laki kak Asrina. yuyu memang suka membajet comel di khalayak ramai. -..-'

jelas kan. sebab ni lah yuyu tak update entry hari ni. dari 9 pagi ke Melaka, pukul 5.30 baru sampai balik Kolompo. sangat penat. sekarang pun update dengan mata bebal degil nak tidur.

p/s : bila la yuyu pulak nak kawin?

terima kasih sudi bace ^^

Tak Faham Dengan Diri Sendiri.

by Yuyu Zulaikha, 9:41:00 PM
Assalamualaikum ^^

dewasa ini (ecehh. siryes tak tahu nak guna kosa kata apa) , makin menjadi jadi rasa kosong dalam hidup yuyu ni. bukan kosong kerana tak cukup pengajaran hidup. tapi rasa kosong sebab macam benda yang sama buat setiap hari tapi, apa yang dapat?

di tambah dengan hari ini. rasa macam "ehh, macam sama saja rutin harian aku dengan semalam, semalam punya semalam, dan semalam punya semalam punya semalam dan punya semalam". maksud nya, setiap hari sama la.

entah la hari ni. pagi di kelas, sedang pesyarah gagah bercerita tentang "Contract Of Sale", dalam kepala otak terfikir :

"kat mana macaron yang sedap ha?"

 "aku dah ganti habis ke puasa?"

 "kalau umur aku 50, macam mana rupa nya ha?"

hari demi hari (nak cerita yang setiap hari sebenar nya), yuyu rasa macam hidup yuyu, yuyu buat benda yang sama. pergi kelas, makan, tidur, online, baca novel, online lagi, online lagi lagi, lukis kat buku, makan, makan cekelat, makan cekelat lagi, makan lagi cekelat. tidur pulak. dan benda ni berulang.

benda sama setiap hari, baca novel, online, makan cekelat lalu sepahkan kertas nya di meja, dan online lagi

baru baca buku ja, dah terpikir nak beli baju baru, nak simpan duit dalam wallet, tapi terbuang dalam tong sampah, nak makan, siap boleh simpan masa makan, dok terhegeh hegeh pikir nak tengok KL Gangster, baru lentuk kepala sikit kat katil, terus tidur.

 parah kalau selalu macam ni.

teringin sangat yuyu buat passport sekarang, nak travel sorang sorang. memang dah nak nekad nak travel sorang sorang. konon nya ke Bandung atau Singapore (tu je yang mampu), tak pun China sebab tengah promotion, tapi, pikir juga dua tiga empat lima enam tujuh lapan kali.

hmm. teringin sangat yuyu buat benda baru dapat hidup yang boleh bagi manfaat. bukan hanya buang masa macam makan cekodok, plastik cekodok buang tepi tangga. -..-'

tapi, nasib lah mood untuk berbelog masih ada, idea masih mencurah curah tak pernah kering. cuma kena kurangkan berbelog untuk rilekkan diri. cukup la dua atau satu entry sehari, agar belog tak bersawang di mamah usia.

sekarang ni, yuyu kena terus berfikir, nak buat apa yang baru. kena terus berfikir. dah tak nak dah mengharap kan idea datang bergolek golek macam mengharap Blackberry datang bergolek masuk dalam handbag.

jomm singgah belog pilihan yuyu hari ni :
  • KSP : lelaki misteri yang giat berbelog.
  • Hasrisa : kakak yang sangat penyayang. 
terima kasih sudi baca :)

Wordless Wednesday #7 | Sampai Hati Korang

by Yuyu Zulaikha, 8:36:00 PM

Bukti Yuyu Zulaikha Tidak Dikenali. Fakta.

by Yuyu Zulaikha, 9:50:00 AM
Assalamualaikum ^^

terima kasih kepada pok cik pok cik yang mesin rumput tepat 180 darjah dengan telinga yuyu. jelas terang lagi nyata bunyi mesin rumput pok cik pok cik hingga buat yuyu bangun dan tumbuk tumbuk bantal. terbaik. selalu la buat kerja di pagi hari. T_T

macam dah tak da petang pulak.

baiklah, di sini, yuyu nak membukti kan kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta, terutama nya, kepada blogger yang seringkali membuatentry atau mengkomen atau mengwallpostkandifebuk atau menghantarmesejkan atau memanggil yuyu sebagai fofuler.

antara contoh nya ialah komen komen di entry INI.

hari ni kita main Matematik sikit ya. heheh. mintak maaf la, yuyu suka math, cara ni saja yang menyelamatkan yuyu daripada korang ingat yuyu fofuler.



mula sekali kita tengok jumlah penduduk Malaysia. yuyu dah cari statistik penduduk Malaysia yang terkini. dan populasi seluruh penduduk Malaysia adalah 27,565821 orang ya anak anak. ini bermaksud kawan kawan belog yuyu hanyalah 0.03% daripada jumlah keseluruhan penduduk malaysia.




jelas kan? sapa saja lah yang kenal belog yuyu. jangan kata tak sampai 1% penduduk malaysia baca belog yuyu, 0.1% pun tak sampai. jelas jelas jelas.

kita narrow down sikit, kalau kata penduduk Malaysia macam hiperbola mintak tampar muka secara percuma, apa kata yuyu ambil populasi mengikut negeri yang paling rendah di negara kita ni. dan bandingkan dengan yuyu.


Labuan merupakan negeri paling rendah populasi nya di Malaysia. dengan jumlah penduduk 92916 orang yang bermaksud, kawan kawan belog yuyu yang ada 8716 orang tu, hanyalah 9.38% daripada jumlah nya. jangan kata tak sampai 15%, 10% daripada penduduk Labuan pun tak sampai. sungguh tak fofuler.

jelas terang lagi nyata.

okay laa. kalau kata masih melampau, apa kata yuyu kecikkan lagi jumlah nya. semua tahu yang Hanis Zalikha merupakan blogger yang mempunya jumlah follower yang banyak tak ketahuan hala dengan jumlah keseluruhan adalah 28466 orang.


apabila jumlah kawan kawan belog yuyu yakni 8716 telah di darab dengan 100 dan di bahagi dengan jumlah followers Hanis Zalikha yakni 28466 orang, maka telah yuyu dapat, yuyu hanya ada 30.62% daripada jumlah keseluruhan Hanis Zalikha.

jauhhhh beza. jangan kata 50% daripada followers Hanis Zalikha, kawan kawan belog yuyu, tak sampai pun 31% orang pun. haaaaa. jelas jelas jelas.

dan yuyu berbelog bukan lah untuk fofuler semata mata, tapi yuyu nak share cerita pasal hidup yuyu, cari duit lebih, kalau fofuler tu macam pakej la kan. sapa tak nak di kenali. cakap yuyu. mesti la kita nak kan. sebab, dari situ kita rasa penulisan kita di hargai.

cuma, tak ada rezeki yuyu lagi kot nak fofuler fames emes. tapi bersyukur la dengan keadaan sekarang. ada juga yang mnerima belog yuyu, ada yang suka belog yuyu, ada yang baca, ada juga sikit sikit hadiah dari Nuffnang, ada juga pengalaman yang hebakk dengan berbelog.

Alhamdulillahhhhh. semua ni nikmat Allah juga kan. nak la juga, sapa la tak nak fofuler kan. tapi biar lah secara sihat. lagipun, bagi yuyu, yuyu masih baru dalam dunia belog ni. yuyu baru 5 bulan 23 hari aktif dalam dunia belog.

kehkhkeh! sorry ye saja nak main dengan Matematik ^^ rindu. sebenar nya, orang tengok banyak sudut, bukan hanya tengok follower.

p/s : jom singgah belog pilihan yuyu hari ni :)

  • The Garang : siyes, belog ni memang garang kemain!
  • MissCha : blogger comel, belog menarik.
terima kasih sudi baca 
© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS