Assalamualaikum ^^

p/s : lukisan udoh tak bermaksud tuan pun udoh

pehh. omputih pulak entry kali ni. takde makne nye. tu pun cedok dari papan hitam kat kelas tadi -.-'


penat sangat hari ni. kelas dari lepas solat subuh membawa ke solat tahajud. auta je tu. dari pukul 8 pagi sampai la ke pukul 6 petang. nasib lah kelas pukul 4 hingga 6 petang tu di batal kan atas sebab suka hati mak bapak pensyarah tersebut. bagus juga.

boleh la menikmati kuih keria hingga terpejam bijik mata.

Yuyu Zulaikha sekarang dah tak macam Yuyu  Zulaikha dulu.dah tak boleh nak blogjogging. dan tak boleh nak taip entry 4 kali sehari seperti yang selalu buat semasa cuti semester dahulu kala. dah tak boleh nak komen komen belog lain dengan kekerapan yang tinggi dah.

semua ni adalah kerana kekurangan masa. macam yuyu belajar tadi. dalam sub-topic Microeconomic. definasi untuk pelajaran Microeconomics adalah :
Social science that study about human behavior how people use scare resource to satisfy unlimited wants.
 Scare? tak cukup. not enough. kalau dalam masalah ekonomi, mungkin scarcity ni melibatkan 4 hal  ini yakni tanah, usahawan, modal, pekerja.

tapi dalam kehidupan yuyu apa yang tak cukup dengan yuyu sekarang adalah masa. masa yang yuyu ada amat amat terhad tak ketahuan hala. apa apa yang berkaitan dengan masa, yuyu terpaksa atur kan secara matang lagi berwaspada. -.-'

bayangkan lah, ini adalah cabaran yang yuyu hadapi yang murid murid. *pehal tetiba jadi cekgu ni? -.-' *


dalam kepala hotak yuyu yang kudus lagi suci ni, yuyu nak kemain menjadi blogger tegar. bukan tegar bermaksud 23.896 jam bijik mata tepek kat belog lalu ketepikan semua hal terus meletakkan belog adalah perkara pertama. tak tak. tapi blogger yang tak membiarkan belog nya usang  di mamah usia.

namun, macam tuntas saja angan angan tu. cuba bayangkan dengan ketolan ketolan awan berlegakr di atas kepala korang ya, semester ni, seperti semester lepas, yuyu ambil 21 jam kredit. banyak tak ketahuan hala tu. ye la, dengan harapan habis belajar cepat supaya cepat sikit kawen -.-'

nak study lagi, nak basuh baju, nak berbelog, nak reply komen, nak makan cekedis, nak kunyah gula gula getah, nak berjimba jimbu jambu, nak rehat, nak kumpul mimpi indah, nak mengadakan konset percuma dalam bilik berbekalkan suara lunak nak mampp.

kiranya untuk di pendekkan entry, masa ini terhad bagi yuyu. kalau lah sehari ada 42jam pun, yuyu tak rasa yang kita masih lagi cukup dengan masa yang ada. yang sebetol nya, 24 jam sehari tu dah lebih dari yang cukup. cuma kita yang tak pandai menguruskan nya. kita? okay. yuyu .

kemahuan yuyu dalam setiap hari ada pelbagai, kalau boleh yuyu nak sangat :

  • layan muvie banyak tak ketahuan hala.
  • makan tak kira pukul 2 atau pukul 5 atau pukul 6 pagi sekalipun.
  • nak tidur tanpa batas.
  • nak mesej mesej hingga lebam jari jemari halus gemah gemalai yuyu ni.
  • nak baring tak nak buat kerja.
  • nak study sampai terjojol bijik mata.
  • nak naynyi hingga tersembul halkum

ada banyak la lagi yang yuyu nak buat. tapi, semua nya terbatas dengan masa. nak urus kan masa dengan bagus, bukan nya senang. kadang kadang, masa yang terluang, yuyu banyak habis kan dengan rehat atau pun baca buku motivasi *puih, nampak ada nilai murni di sini*.


sekarang, yuyu harus lagi wajib lah belajar seloow seloow bagaimana nak urus kan masa dengan bagus. dah tak nak lagi luangkan masa terluang dengan sedap cungkil celah gigi. tak lagi dah luangkan masa terluang dengan tarik tarik rambut kekol kepala.

kiranya macam azam la.

dah la...  perlu mandi dan terus beredar basuh baju!

p/s : macam mana korang urus kan masa ye?

terima kasih sudi bace ^^
SHARE 45 comments

Add your comment

  1. sme la ngn kak yuyu.klu sem baru da start,mmg xde mse utk berblog sekerap yg boley,

    tapi skg cti 4 bulan.masa terlebey cukup ada la. hooray!

    ReplyDelete
  2. komen blog IR pon x dah skrg.. sedihhh

    ReplyDelete
  3. masa ni kalau x nak rasa sama je tetiap hari 24 jam,jangan lakukan perkara rutin yang sia2..hehe..insyaallah..
    terisi waktu dengan menda yg pekdah..

    btw,new update>>

    http://cintailmu89.blogspot.com/2011/05/cintaluahkan-atau-pendamkan.html

    ReplyDelete
  4. takpe lah yuyu..masa depan lebih utamakan.. ala dapat update sikit pon jadi lah yuyu..jangan bersawang dah la.. kami selalau jenguk blog si comey yuyu ni pon..


    gudluck study ye yunk ^^

    ReplyDelete
  5. microeconomic?lama x blajo..btw.glad ur happy back :)http://bloknoktah.blogspot.com/2011/05/day-1-your-current-relationship-if.html

    ReplyDelete
  6. uruskan mase? bangun kul 12 tgh hari. pastu online facebook. makan. golek-golek. kul 12 malam tido. :D

    ReplyDelete
  7. takpe....awal-awal jer.... nanti masa tu akan ada balik la tu...

    ReplyDelete
  8. urus mase ibarat uruskan bayi.. segalenye mesti mencukupi dan sgt kritikal.. fuhh..

    ReplyDelete
  9. 21 kedit banyak kot kak...

    for me, bila dah naik sem, i tak fokus kat blog sangat sebab kat hostel line cam siput vavi kalau nak upload gamba atau comment blog org jgn harap ah dapat.. tunggu dia loading pon bole tetido.. so masa yg utk blog tu i guna tuk study.. (:

    ReplyDelete
  10. baghu tau betapa fitnye mase yang ade y e tak..tu tak kire tanggungjawab dgn tuhan lagi tu

    ReplyDelete
  11. slamat stadi yuyu...kite dah nk cuti 3bulan...lalalalla...hehehhe...best bljr microeconomi???...hehehe...

    ReplyDelete
  12. blaja blaja juge cik yuyu,, kene juga jaga kesiahatan~ peace yaww~~

    ReplyDelete
  13. semua manusia masing2 ada 24 jam sehari. adil sangat. terpulanglah pada kita bagaimana nak bahagikan masa tu. :)

    ReplyDelete
  14. haha yeahh, the definition of scarcity. learned that back to when at my 4th semester. :)

    ReplyDelete
  15. sabar jelah yuyu, uruskan masa dengan betul, tak pun buat jadual ke. :)

    ReplyDelete
  16. kita pun tak lama nk ngikut jejak kak yuyu yg sibuk. huu.

    ReplyDelete
  17. pelan2 kayuh sayammmm
    prepare time table dengan smart okehhh..memula memang lah rasa kelam kalibut sikit kan..
    tapi dah lama2 alah bisa dah kan
    selamat belajar dan akak doakan adik berjaya selalu...jgn tension2 ye..relax2..bayangkan segulung ijazah dalam genggaman:)

    ReplyDelete
  18. yuyu tinggal kat parcel bape ye?nak ketuk bilik yuyula.nak sangat2 jumpe yuyu..mane tau kalau yuyu bushan2 dalam bilik..lehla ajak saye borak2 sekali..haha*beragan

    ReplyDelete
  19. hai yuyu lama xsinggah blog yuyu..busy sgt T_____T

    ReplyDelete
  20. time management penting especially cam yuyu ni...good luck....

    ReplyDelete
  21. xlame lg masok chapter Utiliti Sut Berkurangan lak..

    komen ini tak relevan. huhu

    ReplyDelete
  22. ERMM BISER lah tuhh .. klo buat jadual mesti boleh uruskn mser ngn betull heheh ... syera punn mcm tuh jugakk hehe ...

    ReplyDelete
  23. kak yuyu,course apa ?
    micro besttt! ;)
    bru blja sem lps ;)

    ReplyDelete
  24. Kehadapan yuyu,
    sila basuh baju mgunakn washg machne (krn akn mnjimtkn masa), sila setadi dgn brsggh2 di hari weekday smpai xlarat... hal ini kerana,hari minggu adalah utk berjimba-jimba d merehatkn minda.. keh3x ^^

    sekian, sila jenguk belog saya <3

    ReplyDelete
  25. cik yuyu.
    suppose to be "SCARCE" bukan "scare"

    scarce = kurang, limited, insufficient

    scare = takut

    saya pun dulu blaja microeconomics. kdg2 pening kepala.

    ReplyDelete
  26. kan semester baru stat bulan 9 kan?...lama lagi...hehehe

    ReplyDelete
  27. yuyu belajar la nak uruskan masa dengan baik..seperti jangan on9 blog dan facebook sgt..pelajaran lebih penting..untuk masa depan yuyu..(:

    ReplyDelete
  28. huhuhuhu akak yuyu x penah kunjong blog ps .. sedih

    ReplyDelete
  29. benda rutin, tak perlu diurus

    alah bisa, tegal biasa

    ReplyDelete
  30. kena bersyukur ngan masa yang ada sekarang. Awak sebenarnya ada banyaaak masa untuk buat banyaaak benda. trust me.

    nanti dah kerja, dah kawin, dan ada anak awak, hidup awak akan rasa mcm terlalu rutin setiap hari.
    tak boleh nak 'melarikan' diri.

    masa tu mgkin awak akan fikir untuk kembali lagi ke masa skrg ni. where your life is about belajar, internet, aktiviti kampus etc, etc.

    So nasihat saya, gunakan masa sebaik-baiknya dan kurangkan complain :) (nasihat untuk diri sendiri jugak sbnrnya)

    cheers

    ----
    It's called Excited yet Nervous

    ReplyDelete
  31. yuyu , stdy lebih penting.. masa depan kita.. :)

    ReplyDelete
  32. bahagi masa dengan adil je la yuyu =).student ni memang masa tak pernah nak cukup =)

    ReplyDelete
  33. hai yuyu *tetibe*

    nak jadi silent reader tp terkomen pulekk.

    ReplyDelete
  34. it's oke syg..

    slow oke.. nnti lame2 yuyu bleh la arrange mase tu dgn baik..

    cume da lame bercuti je tuh.. kena biasekan blk dgn kampus..;)

    gudluck!

    ReplyDelete
  35. goodluck yuyu. besh tak belajar economics? heee

    ReplyDelete
  36. gud luck dik yuyu...semoga dpt uruskan masa dgn baik... apapun pelajaran mesti di utamakan...^^

    ReplyDelete
  37. 21 kredit hour..sama la kitew..mmg ta cukup tangan..ta cukup segala perkara la...cuti je la nak lenggang lenggang kangung *kaki

    ReplyDelete
  38. haa.. smae ngn murumet,, mikro lah makro lah.. die dah amik sem lepas rasenye,, bakal cikgu di mase depan..:)

    ReplyDelete
  39. yana pun macam Kak Yuyu..byak benda nk buat tapi disebabkan kekangan masa kann..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS