Kisah Imam Syafie

in , by Yuyu Zulaikha, 8:22:00 PM
Siapa tak kenal pengasas mazhab syafie, angkat tangan cepat? baik ngaku! ok. bagus. semua nya kenal.

Imam Syafie atau nama sebenar beliau Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie. Dilahirkan di Gaza,Palestin pada tahun 150 Hijrah.Nama beliau amat dikenali dalam kalangan umat islam kerana ketokohan dan kebijaksanaannya dalam bidang fikah dan usul fikah. Dalam usia sembilan tahun , beliau telah berjaya menghafal seluruh juzuk Al-Quran, Imam Syafie juga tertarik dengan bidang sastera Arab.

menarik bukan? Ustazah suruh hafal surah Al-Buruj untuk subjek Hafazaan pon, yuyu tak hafal. nasib lah dengan ihsan Ustazah tu, yuyu pass juga. ^^ memang pandai ulamak ulamak islam kita dahulu kala. kalau otak dorang boleh di jual, yuyu rasa, mesti tak terbeli punya. sungguh mahal. Gucci pon tak pandang la wehhh.

tapi ini ada sedikit cerita mengenai beliau. semasa beliau belajar, beliau sangat lah di kenali dengan kepantasan dalam hafalan dan kepandaiannya. tapi satu hari semasa dalam proses pembelajaran, beliau rasa sangat susah nak ingat. dan beliau rasa macam tak faham apa satu habuk pon yang guru beliau ajar.

selepas kelas Fiqh Islami :)

maka, beliau pon bertanya kepada guru beliau. kenapa & mengapa semua tu terjadi.  maka dengan tenang nya, guru beliau jawap. mungkin kerana beliau berbuat dosa. namun Imam Syafie menafikan kan. ye la, beliau tak rasa pon yang beliau buat dosa.

dengan tenang lagi tanpa wujud urat urat tensi, guru beliau tanya, ada tak awak buat maksiat kecil? inagt balik. maka, Imam Syafie pon, dengan segera teringat satu kejadian yang berlaku semasa beliau on the way nak datang belajar.

semasa dalam perjalanan beliau ke kelas guru beliau, ada seorang perempuan yang berjalan. dengan tiba tiba, angin yang kuat meniup. maka, ternampak la sedikit sahaja tumit perempuan tersebut. sikit tumit saja? dah boleh buat ilmu susah masuk dalam hati juga kepala otak kita?

woa.. kalau Imam Syafie yang imam nya teguh dan pandai sangat sangat tak sengaja nampak sedikit saja aurat seorang perempuan, kita ni macam mana pula? bukan setakat kita ternampak dah, saja tengok dan saja dedah (ehemm).

bila yuyu fikir balik, patut la yuyu ni lembab semacam saja. maksiat kecil dan besar selalu di buat. hati jadi kelam. ilmu yang cerah pun dah tak boleh nak mencerahkan hati kita ni.

Astaqfirullahalazimm..

entry kali bukan untuk jadi Ustazah, tapi untuk kongsi sikit ilmu yang yuyu dapat dari Lecturer Fiqh Islami yuyu. Ustaz Muhammad Bin Yusof Niteh.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. bagus entry kali ni..akak suka!!! credit for adek yuyu..

    ReplyDelete
  2. ahaa..jdi bila kah anda nk tutup aurat? da separuh tubuh da t'dedah tu. :)

    ReplyDelete
  3. okie..hope d percepatkan di beri hidayah. amin.. ^^

    ReplyDelete
  4. jalan jalan tengok entry lama2 yuyu.
    :)

    ReplyDelete
  5. thanx 4 sharing ya ustazah yuyu ^^

    ReplyDelete
  6. taw pun yuyu..jadikan sebagai pengajaran berguna yer ;)

    ReplyDelete
  7. taw pun yuyu..jadikan sebagai pengajaran berguna yer ;)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS