Hello Blog!

by Yuyu Zulaikha, 7:51:00 PM
Assalamulaikum

Lama dah kan tak publish apa-apa entry. Hi semua! Kah. Hambar ok. Tak tahu nak taip apa dah. Tahu-tahu ada orang Personal Message (PM) yuyu di Facebook yang blog yuyu dah tak boleh buka. Rupanya domain tak renew. 
Lama kita tak berborak sini kann (ok, tak ada kena mengena dengan gambar)

Nak renew, rupanya dah terlebih renewal period, kalau nak renew, sepatutnya RM62 saja, tapi kena renew RM900++. Maigad. Nangis ok. Renew domain harga Wagyu. 

Tadaaa

Untuk celebrate dapat domain balik daripada kena buat domain baru, marilah kita post satu entry ya. Korang baca tau. Penat sis appeal dapatkan domain ni balik. Tipu je, menangis tepi husband, lepas tu paksa husband appeal. Mihmihmih

Ok. Persoalannya, kenapa beriya nak renew domain bagai, padahal tak active blogging dah pun kan, orang pun bukan tengok blog sangat sekarang? Hello, sekarang zaman Instagram TikTok lah.

Salah satunya, blog ni satu kenangan bagi yuyu. Korang ingat lagi tak macam mana riuhnya blog masa tahun 2008 - 2014? Fuhh. Semua orang nak jadi blogger. Time tu blogger ni selalu jadi muka depan magazine. Rindunyaaa.  Banyak kenangan tau yuyu dengan blog. 

Kedua.. Kadang tu yuyu ada ja teringin nak blogging, dah taip panjang lebar, tapi tak publish. Idea ni banyak saja. Bukan sekadar nak orang tengok berpusu-pusu pun, lebih kepada kepuasan seorang blogger. Dapat taip di blog sendiri.  Tu saja.

Selebihnya sebab kenangan lah. 

Lepas ni, teringin nak share pasal pengalaman bersalin anak-anak yuyu lah. Atau korang nak yuyu update pasal apa? Share je, ada idea nanti yuyu update lah entry baru, InsyaAllah.Ok lah. Tu saja nak bagitau korang.

Terima kasih sudi baca


Love, 


SHARE 30 comments

Add your comment

  1. Macam mana appeal tu? Kena bayar RM900 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Appeal dengan company, supaya tak perlu bayar RM900++ tu, jadi dorang bagi kelonggaran bayar RM62 je.

      Delete
  2. share mcm mana appeal tu....terima kasih yuyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab masa tu yuyu terlebih renewal period 1hari saja, jadi, appeal saja la, email pada domain company, bagitau yang kita terlepas pandang email dorang, lepas tu, dorang bagi je :)

      Delete
  3. nak...share pasal pgalaman bersalin n besarkan 3 askar ;)

    ReplyDelete
  4. welcome back yuyu. hehe
    share life yuyu skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. nanti share. banyak share di Instagram je kann. sharelah sini pulak :p

      Delete
  5. Alhamdulillah dah renewal balik domain. Hehe! Sebab tu la Eza balik ke blogging sebab rindu nak type panjang lebar. By the way, happy new year yuyu sekeluarga! Semoga tahun ini jauh lebih baik daripada tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu kan taip panjang-panjang, gambar banyak satu entry. lepas tu bagi cantik blog. huhu. yang lain mana boleh macam blog kann

      Delete
  6. welcome back yuyu! akak selalu tgk gmbr yuyu dan anak2 kat fb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya active IG kak. huhu. rindu tengok entry akak join giveaway dulu :P

      Delete
  7. Blog dh x aktif mcm dulu dh (nangis tepi bucu katil) hihi..rindu sgt nk menulis blog mcm dulu2 meriah..skrg org dh x baca sgt..so jarang2 dh menulis kt sini..nak yuyu share psl tips rumahtangga bahagia boleh ? ,😊

    ReplyDelete
  8. terkejut baca yg kena bayar rm900 tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. padahal boleh je bayar RM62. suka bertangguh, macam ni la :p

      Delete
  9. Yuyu sharelah pengalaman tu, nnt qila baca. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kelapangan. hahaha. selalu ada hal je bila ada idea nak taip

      Delete
  10. Alhamdulillah, sama la pernah lupa renew..last2 tukar domain sebab jadi mahal pulak kosnye..huuhu

    ReplyDelete
  11. Patutlah hari tu sy bukak blog akak tak ada. Welcome back kak

    ReplyDelete
  12. Hi Yuyu , Jgn tinggalkan blog eh.. Suka nak baca

    ReplyDelete
  13. yeayyyy. samala kak yuyu. kita baru nak aktif balik blogging

    ReplyDelete
  14. tengah cari blogger top 2021..heheh

    ReplyDelete
  15. Salam... tersinggah.. ingat blog hanis zulaikha awalnya...lama tak buat posting pun content lama mantap juga..

    ReplyDelete
  16. Kan.. blog ni kenangan kita..bila2 boleh baca balik :)

    ReplyDelete
  17. Perghh RM 900 kena. Tapi sayang la kalau tak dapat balik. Lama kot blog ni..

    ReplyDelete
  18. Dah agak, takkan bayar 900 ni... banyak tu.. mesti appeal utk kurangkan amount. alhamdulillah.berjaya. cpt le update blog. cita hal rumah, anak, kerjaya dirumah skrg, hal anak sekolah. hehehehe

    ReplyDelete
  19. welcome back yuyu. Kalau terlepas masa renew masih baru, boleh je bayar guna harga asal alhamdulillah. sis sendiri pernah terlepas pandang renew domain 1x. Tobat! Tak mau dah jadi camtu :D

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS