Lindungi Bayi Dari Nyamuk

by Yuyu Zulaikha, 9:26:00 AM

 Assalamualaikum ♥️

Mommies stay mana? Kawasan mommies stay ada banyak kes dengue tak? Kawasan yuyu antara yang hotspot juga lah. Seram ok. Sebab kalau dengar pengalaman bekas pesakit dengue, memang teruk rasanya.

  • Demam yang berpanjangan, suhu boleh cecah 41-42 celcius
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit otot, sendi dan tulang
  • Muntah-muntah
  • Tak selera makan
  • Ruam
Bayangkan kalau kita yang dewasa ni demam biasa pun dah sakit, apa lagi kalau kena dengue. Macam mana pula dengan anak-anak kita? 😡

Sayangnya dengan boys ibu ni. Takkan korang kena dengue k :'(

Yuyu punya rumah pula jenis landed house, sebelah sungai/parit. Yuyu memang selalu berhati-hati sangat bab nyamuk. Selalu check samaada ada air bertakung atau tak. Malam-malam nak taknak kena pasang ubat nyamuk & pakaikan anak-anak baju tidur lengan panjang.

Walaupun tak pernah kena, tapi takut juga, sebab jiran yuyu pernah kena. Habis satu kawasan kena fogging. Kita kena selalu cakna bab kesihatan kita dan keluarga, lagi-lagi anak-anak yang tak reti lagi nak bagitau betapa sakitnya dengue ni.

Salah satu inisiatif MamyPoko dengan keluarkan MamyPoko Extra Dry Protect di mana mampu untuk melindungi bayi dari nyamuk. Cuma perlu aktifkan AntiMos, dan bayi tersayang selamat dari nyamuk 😍

Terima kasih MamyPoko sudi invite yuyu untuk Mamy Poko Extra Dry Protection launching event. 

Banyak manfaat dari event ni. Yuyu dapat banyak input dari dengue survivor, dari doktor dan dari pihak MamyPoko sendiri.

I've received MamyPoko AntiMos Protection Kit, and can't wait to let Elhan try them soon 

Rupanya, kalau kita dah pernah kena dengue, bila sekali lagi kita kena dengue, kita berpotensi untuk jadi severe dengue malah boleh jadi organ failure dan sampai ke tahap fatal. Seramnyaaa! Selama ni kita ambil mudah kan bab dengue ni.

Jadi, antara langkah yang perlu kita buat selalu adalah
  • selalu check air bertakung di sekitar rumah (luar dan dalam)
  • pakai baju dan seluar panjang kalau ada aktiviti luar rumah
  • stay inside rumah untuk peak hour untuk nyamuk (senja atau awal pagi)
  • pasang kelambu masa tidur atau ubat nyamuk
  • pasang jaring nyamuk di rumah
  • tanam pokok yang dapat halau nyamuk secara semulajadi seperti serai
  • perbanyakkan memakai mosquito repellent


Soft sangat. Lepas ni boleh bagi Elhan pakai time nak tidur. Tak lah risau 

Cuma aktifkan AntiMos di bahagian pelekat lampin, dengan hanya scratch dengan kuku atau gosok dengan jari, dan bayi tersayang kita dilindungi dari nyamuk. :')

Apa yang special dengan MamyPoko Extra Dry Protect adalah dengan World's 1st AntiMos yang mana ada pada pelekat lampin anak-anak. AntiMos tu adalah lapisan yang ada bau serai yakni musuh ketat untuk nyamuk.

Bijak kann. Jadi, kita dah tak perlu pakaikan anak-anak dengan mosquito repellent lagi dah.

baby selamat, ibu pun happy 

Apapun, terima kasih MamyPoko Malaysia & Suppagood PR untuk invitation. 



Terima kasih sudi baca

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. First time dengar ni pampers ada anti-nyamuk. Good innovation! Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. bagus gila ada product macam ni...senang sangat nak elak nyamuk skrg

    ReplyDelete
  3. Nice info applicable also in Indonesia with same weather, usefull, thanks for share

    ReplyDelete
  4. Selain Dengi, HFMD pun common among kanak-kanak. Berwaspada ya. Harap keluarga cik akan sentiasa sihat.
    https://edureviews.com/blog/my/ms/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-perkara-yang-anda-harus-lakukan-dan-jauhi/

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS