Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Tips Memudahkan Kerja Rumah Dengan KAO

Assalamualaikum

Mommies, macam mana #StayHome routine baru-baru ni? Petak tak di rumah? Iya.. Yuyu faham. Yuyu pun sipi-sipi dah nak jadi singa. Pagi kemas rumah, belum sempat tengah hari anak-anak dah buat party sepahkan rumah.

Tak sure nak nangis ke nak buat-buat happy tengok cekedis tumpah di lantai baru mop 😄 Mommies jangan risau ok. Kita senasib. Lagi-lagi time PKP ni. Benda yang sama kena hadap setiap hari.

Bila di rumah, yuyu mementingkan hal kemas dan selesa. Barulah rumahku syurgaku kan, tapi macam mana kemas dan selesa bagi yuyu?
  • Lantai tak kotor, bersih berkilat
  • Wangi tak hapak
  • Anak-anak selesa dan bebas kuman
  • Perabot rumah bebas habuk
  • Sofa dan almari tersusun elok
  • Makanan selalu ada
Di rumah yuyu, Magiclean dan Attack wajib ada ya

Ni tips yang yuyu guna untuk stress-free menangani hal rumah. Magiclean ni macam maid dalam rumah.  Mommies dah pernah guna ke? Kalau belum, lebih baik timbangkan keputusan ni kadar segera.

Paling suka bila guna Magiclean Wiper Mop. Kita boleh guna Magiclean Wiper Mop dengan Wet Sheet atau Dry Sheet. Dry Sheet untuk gantikan penggunaan penyapu secara tradisional. Habis nanti segala habuk dan rambut melekat di sheet tu. Habuk-habuk pun dah tak beterbangan macam guna penyapu dulu.

Wiper ni ringan. Nak pasang sheet dia pun senang haa. 

Kalau Magiclean Wiper Mop guna dengan Wet Sheet untuk gantikan penggunaan mop. Kalau bab mop, yuyu tak kuasa sangat nak isi air dalam baldi, angkat berat-berat lagi, bab nak perah lagi lah. Eh. Yuyu guna Magiclean Wiper Mop. Nak mop selalu pun yuyu tak kisah.

Habis dia cuci tau

Jadi, di rumah, lantai sentiasa bersih. Kalau anak-anak tumpahkan Mee Goreng pun, tak lah stress sangat nak mencuci lepas tu. Dah lah hitam habis lantai, berminyak pula tu, lama-lama melekat bau tak sedap. Yuyu guna Wet Sheet, yang tinggal cuma bersih dan bau fresh balik 😉

Plus, Wet Sheet ni dapat membunuh 99.9% bakteria. Selain rumah kemas, bersih, lantai pun selamat untuk seisi keluarga. Lagi-lagi bila ada anak kecik. Elhan dah lah suka kutip makanan jatuh dari lantai. Semua masuk mulut. Hmm..

Settle bab lantai, jom yuyu share nak handle dapur pula:

Ramai guna ni sebab power lah cuci dapur tanpa kesan minyak. Dulu gigih juga sental guna sabun lah, lecak dapur, bila dah guna Magiclean Kitchen Cleanser Refreshing Lime, sembur dan lap terus.

Habis masak, yuyu akan terus cuci stove dan dinding yang terkena percikan masakan. Kalau guna Magiclean Kitchen Cleanser Refreshing Lime, cuma sembur dan lap saja dengan kain. Bekas-bekas minyak tu senang sangat nak tanggal nanti. Dah. Tak payah dah fikir banyak hal dapur

Bila anak-anak dah tidur, seminggu sekali yuyu bersihkan hal toilet pula. Yuyu pantang betul tengok hitam-hitam celah tiles. Boleh moody sehari. Kalau sental, lenguh nak habiskan satu toilet, tapi kalau guna Magiclean Stain & Mold Trigger, insyaAllah, spray tempat kotoran, di tandas, dinding, lantai, sinki, tunggu beberapa minit, nanti bilas, habis cuci.

Ni kalau tak upah maid pun tak apa. Sendiri buat pun dah senang banyak kerja 


Nak cuci sendiri sliding door yang berpintu-pintu pun tak ada hal lah 

Kalau tunggu husband buat, hujung minggu dia tak kerja baru boleh kemas semua, kesian pula kan. Jadi, kita cuba buat masa free di rumah. Masa anak tidur, takpun, sambil-sambil lap dapur lepas habis masak. Rumah pun sentiasa nampak bersih. Kan kan kan 😉

Bab-bab kemas rumah dah settle, kalau bab baju, husband akan ambil alih basuh dan sidai baju. Cuma yuyu tak tahan mata tengok husband lipat tak kemas, yuyu lah lipat sendiri, tapi dah ok banyak kan sambil menikmati baru fresh baju baru kering dijemur. Eh, sedapnya bau dia

    
Yuyu guna Attack. Ni brand number satu untuk laundry detergent tau 

Bertahun dah guna Attack Liquid Detergent Plus Softener. Jenama ni bagus sebab dia ada advance anti-bacterial protection. Baju pun dilindungi dari berbau tak sedap. Paling suka sebab dia detergent plus softener. Jimat banyak dah tu kan 

Alang-alang, ehh, semua benda yuyu guna yang KAO punya, rupanya, diaper anak pun pakai juga dari KAO

Elhan selesa sentiasa dengan Merries. Lembut, macam second skin. Tak pernah nak bocor atau nampak reaksi dia tak selesa walaupun tidur sepanjang malam :)


Yang penting, pilih product yang betul-betul membantu. Yuyu dengan range product KAO dah bertahun. Susah nak fikir untuk tukar sebab membantu banyak, dan semuanya efektif.

Antara semua di atas, mommies pernah guna yang mana?



Terima kasih sudi baca

Love,

Comments

back to top