Assalamualaikum

Salam awal Ramadhan! Banyak tak persiapan yang korang dah buat? Excited tak Ramadhan kali ni? Untuk yuyu & keluarga, Ramadhan ni double-kegembiraan:

  1. Macam biasa, sambut Raya dengan keluarga tersayang
  2. Sambut baby baru!
Jadi kali ni, persiapan dibuat lebih awal berbanding Raya tahun lepas. Kalau boleh, semua benda nak settlekan awal, supaya hujung Ramadhan nanti boleh rilek je tunggu raya & baby baru. 

Apa persiapan Raya paling awal yuyu buat?


Makeover ruang tamu

Gigih tau perempuan mengandung lapan bulan ni cat habis wall ruang tamu 💪

Kan hari tu yuyu dah join Inspi Raya Warna Raya Workshop bersama Nippon Paint kan, balik rumah tu terus tergedik-gedik laki bini nak makeover ruang tamu. Kitorang mana pernah buat apa-apa pun dengan rumah tu, paling hebat pun pernah cat meja makan :p

Jadi, macam mana? Puas hati tak?

Ya Allah, best betul cat Nippon Paint ni, kitorang plan nak cat habis terus satu ruang tamu ni nanti, kalau ada masa lebih, nak cat bilik pula. Haa. Nampak tak betapa puas hatinya dengan Nippon Paint ni. Ok lah, jom yuyu share journey sepanjang make over ruang tamu rumah


Nippon Paint Momento Textured Series
Untuk make over kali ni, yuyu menggunakan tiga jenis cat dari Nippon Paint:

  1. Nippon Paint Momento Special Effect (primer) 
  2. Nippon Paint EasyWash (NP YO 1132P Sunday Morning)
  3. Nippon Paint Momento Special Effect ( MG 157 Golden Fleece )


Sekarang, jom tengok wall ruang tamu yuyu sebelum dicantikkan dengan Nippon Paint. Seram nak tunjuk dengan korang, sebab wall yuyu sebelum ni amat mendukacitakan. Mimpi ngeri korang malam nanti :p

Rupanya, ni lah wall kami sebelum ni, siap ada cat terhakis. Tak pernah perasan pun--'


Sesi makeover bermula dengan suami uninstall segala para di dinding dan railing langsir, ubah tv kabinet, cabut wayar semua. Benda ni kacang je untuk orang laki, kan. 15minit dah siap. 


Bila semua dah selesai, kami memang tunggu buat time siang hari dan waktu anak-anak tidur. Kami pilih siang sebab lighting cantik untuk ambik video dan gambar. Sebab tu makan masa juga nak siapkan satu-satu hal mengecat ni. Anak-anak kena tidur lah, malas kang ada yang kena celup cat ha.

Langkah pertama:
Yang primer tu, suami yuyu yang settlekan kerja. Yuyu goyang kaki time ni, goyang tak goyang, aku serabut dah fikir lepas ni nak kena cat kaler kuning & special effect tu. Lulz.

Lebar wall ruang tamu untuk kami makeover ni dalam 14 kaki juga lah. Jadi, total primer yang diperlukan lebih kurang dua bekas. Untuk primer kami menggunakan Nippon Paint Momento Primer. Itu pun ada lebih sikit, boleh lah nak cat pasu kot nanti

Untuk primer, boleh buat dua layer supaya dinding yang kotor sebelum ni atau warna asal dinding sebelum ni tak nampak dah. Untuk first layer kering, dia mengambil masa lebih kurang 15minit, lepas tu boleh apply untuk second layer. Time ni kita akan tengok putih dia melepak sangat


Langkah kedua:
Keesokan harinya baru yuyu cat dengan Nippon Paint EasyWash warna Sunday Morning ni. Remember? lighting?  :p

Untuk warna solid ni, ambil masa lebih kurang sejam juga untuk yuyu habiskan satu dinding. Hello, lepas ni kalau korang malas nak cat dinding, tolong baca balik entry yuyu ni ok. Ibu sarat mengandung lapan bulan pun boleh buat kan :D

Semangat tau. Bangun pagi sebelum pergi event, dah terus cat dulu untuk first layer, baru pergi event. Untuk second layer, buat esoknya pula.

Semangat ni sampai naik tangga aku nak cat dinding rumah raya. Haha. Tak la, banyaknya suami yang tolong buatkan yang bahagian tinggi ni. Berlakon je lebih ni untuk tatapan umum. Kah!

Langkah ketiga:
Bila cat warna solid tadi dah betul kering, kita tampal masking tape pula dengan pattern tersendiri

Please make sure sebelum masking tape ditampal, cat betul-betul kering, biarkan lama sikit. Guna Nippon Paint Washi Tape, sebab kitorang terguna washi tape lain, tercabut weh! Menyesal kena tampal cat warna solid tadi balik. Sebab Nippon Paint Washi Tape dia melekat macam just nice je di cat.

Untuk pattern special effect nanti tu, korang boleh google je atau boleh tengok inspirasi Nippon Paint Momento Special Effect series di website Nippon Paint Malaysia sendiri:


Kalau idea yuyu ni, berdasarkan gambar dari Nippon Paint ni:

Sebab yuyu ada satu warna special effect saja, jadi, yuyu buatkan sikit kelainan, dia nampak border solid color juga.  


Langkah keempat:
 Dengan menggunakan Nippon Paint Momento Special Effect Golden Fleece, dan berus Nippon Paint yang khas untuk special effect, yuyu cat dengan cat criss-cross ni. Baru lah nampak effect dia kann.

Nampak kan tekstur special effect dia. Alahai. Nampak mewah terus ruang tamu ai :p

Untuk cat special effect ni pun sama macam cat sebelum ni, bila dah buat dua layers, baru nampak sangat cantik, dan warna dia bangkit betul, dah macam tampal emas 96k kat dinding. Puas hati betul. Bila cat Nippon Paint Momento Special Effect ni betul kering, baru tanggalkan Nippon Paint Washi Tape tu

Langkah kelima:
Bila dah habis tanggalkan Nippon Paint Washi Tape tu, baru kita install balik para atau kabinet tv. Ni kerja suami lah.

Time ni kami rasa macam duduk di rumah baru dah, walaupun kami cuba buat sedikit makeover di bahagian ruang tamu rumah. Betul lah orang cakap, sekali sekala kita kena buat sikit perubahan di rumah kita untuk mengembalikan 'fresh' di rumah.

Tak ada lah rasa macam duduk rumah yang hmm... entah lah nak cakap macam mana, tapi personally, makeover sikit di ruang tamu ni buatkan kami rasa happy sangat.

Lagi lah rasa excited nak raya. Hehe.

Taraaaa!


Ni lah hasil cat kami laki bini yang bukan profesionall dalam bidang mengecat. Kira ok lah kan, Cuma tunggu nak tukar langsir Raya baru saja.


Sambil tu, dan behind the scene makeover ruang tamu kami menggunakan cat dari Nippon Paint Momento, selamat menonton:

Ok, next, bilik tidur kot :p

Ada yang cakap perempuan mengandung tak boleh mengecat sebabkan bau cat sangat kuat, tapi, korang try lah cat dengan Nippon Paint, langsung tak berbau, dan senang sangat nak mengecat dengan Nippon Paint

Sebab tu yuyu volunteer untuk mengecat sendiri (dengan bantuan suami lah).



Beza banyak kann!

Puas hati betul dengan Nippon Paint Momento Special Effect Golden Fleece ni. Nampak effect dia sangat mewah. 1 bekas boleh buat satu wall sebenarnya. Banyak lagi lebih di rumah yuyu. Plan kami nak cat rak buku pula, next.

Ni haa "tentera-tentera" Nippon Paint yang banyak berjasa. Sampai comot lunyai dah :p


Jadi macam mana korang rasa? Jom lah make over sikit ruang di rumah. Bilik ke, pintu ke, pagar ke, meja makan, eh, banyak benda lah. Percayalah, dengan sikit makeover, confirm nanti rasa happy. Lagi-lagi dah nak Raya ni kan

Terima kasih sudi baca



Love,

Assalamualaikum

Time single dulu, selalu lah cat rumah kat kampung tu, bila seminggu dua lagi nak raya. Rutin tahunan ok. Tahun ni rumah warna purple, tahun ni pulak warna pink, lepas tu tahun depannya warna hijau.

Sejak abah ajar yuyu mengecat, jadi, yuyu lah officially tukang cat rumah --' Dari pilih warna apa, sampailah tukang cat ruang tamu & depan rumah. Abah akan touch-up ja mana yang tak ok. Memang nampak lah sana sini tak sekata. Tak ada ilmu kan bab cat ni.

InsyaAllah, ruang tamu yuyu nanti warna macam masterpiece yuyu tu

Nak jadi rezeki, baru ni Nippon Paint Malaysia jemput yuyu untuk join:


Inspi Raya Warna Raya Workshop 
bersama Nippon Paint dengan Ben Firdaus


Best tak? Ya Tohan! Best betul! 

Walaupun bab mengecat ni sinonim dengan kerja orang lelaki, tapi, hey, mana ada, perempuan, anak-anak pun boleh mengecat juga lah, tapi lagi bagi bila menggunakan cat Nippon Paint. Sebabnya, cat Nippon Paint :


Untuk workshop baru ni, yuyu menggunakan Nippon Paint EasyWash, Nippon Paint Momento Special Effect Paint & Nippon Paint Enhancer Textured Series in Sparkle Gold & Nippon Paint Momento Enhancer Series (Cloud Pearl)

  • Cat tak berbau
  • Sapuan lebih smooth
  • Ada special effect yang menarik
Kalau sebelum ni pengalaman yuyu cat rumah ni, halahh, apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang yuyu belajar dari workshop hari tu. Banyak benda yang yuyu nak sangat share dengan korang, lagi-lagi bab special effect tu...

Tapi, takpa lah, benda tu nanti yuyu share di second blogpost ok? Sekarang ni, yuyu nak cerita pengalaman yuyu dengan workshop hari tu. Please baca sampai habis tauu, sedih ni taip panjang-panjang dah 😛

Ni la Ben Firdaus tu. Sangat humble walaupun dia professional bab mengecat & segala bab interior design ni. Tak kedekut share pelbagai idea. 

Untuk workshop hari tu, yuyu ingat semua KOL bawa family masing-masing konon macam workshop biasa, cuma dengar apa yang team Nippon Paint nak sampaikan tentang cat-cat dorang, sekali hands-on workshop kau! Aku bawa suami & HabibAffan ok.

Nasib lah Habib sangat excited untuk main cat. Happy betul dia.

Awal tu, kami diperkenalkan dengan jenis-jenis cat dari Nippon Paint. Huyyo, memang banyak siri kita boleh pilih. Lepas tu, kami diajar dengan asas mengecat, walaupun nama dia asas, rupanya banyak benda yang yuyu tak tahu sebelum ni, contohnya:

BASECOAT & TOPCOAT

Serius weh, sebelum ni, yuyu main cat rumah macam tu je --'

Pemilihan cat ni, bukan setakat, ok, cat ni murah, bedal ni ja la, hey, korang taknak ke invest sikit, tapi dinding rumah nampak lebih fresh, dan tahan lebih lama? Sebab tu lah jangan fikir bajet saja, lepas cat, tetap sendu. Like the saying goes "Invest Today, Save Tomorrow"

Jom, yuyu share apa yang kami kena buat masa workshop hari tu:


Design
Start dengan tampal Nippon Paint Washi-Tape untuk special effect nanti kan :)

Setiap KOL diberikan board yang telah dicat dengan basecoat tertentu, dan disediakan juga keperluan mengecat masing-masing, seperti:
  1. Nippon Paint Washi-Tape (untuk buat pattern tersendiri)
  2. Cat Momento Primer
  3. Cat dengan special effect - Nippon Paint Momento Textured Series (Golden Fleece) 
  4. Nippon Paint Momento Enhancer Series (Cloud Pearl)
  5. Berus cat Nippon Paint dengan pelbagai saiz
  6. Roller Nippon Paint

Cat Primer

Bila primer dah kering, Nippon Paint Washi Tape pun dah tampal, jom kita cat dengan warna solid daipada Nippon Paint Easy Wash.  


Special Effect
Ini part yuyu paling enjoy dalam workshop

Kita mesti tau yang cat kena sekata, selari, dari atas ke bawah kan? Untuk special effect ni, abang Ben Firdaus ajarkan kami untuk buatkan wall rumah kita nampak lebih menarik lagi-lagi dengan Nippon Paint Momento Special Effect Paint MG 157 Golden Fleece

Ada banyak teknik kita perlu explore lagi untuk rumah. Ada teknik zig-zag, ada teknik swirl, eh banyak lagi lah, texture untuk special effect pun banyak yang kita boleh pilih, antaranya:


Please pergi kedai cari Nippon Paint Momento Special Effect Paint MG  157 Golden Fleece ok

Untuk masterpiece yuyu ni, yuyu gunakan:

First Topcoat:
Nippon Paint EasyWash – Sunday Morning
Glazed over with:
1) Nippon Paint Momento Special Effect Paint - Enhancer Series (Cloud Pearl)
dan juga
Topcoat:1) Nippon Paint Momento Special Effect Paint Textured series (Sparkle Gold)



Apa beza Nippon Paint Momento Textured Series & Nippon Paint Momento Enhancer Series?
Nippon Paint Momento Textured Series wajib apply selepas primer untuk kesan yang lebih lama dan serap terus ke dinding rumah kita. 

Nippon Paint Momento Enhancer Series berupaya untuk membuatkan warna dinding kita yang sedia ada atau warna cat solid dinding kita lebih menyerlah. Untuk cat ni, kita cuma perlu guna normal sealer, apply saja di solid colour topcoat, lepas tu cuma apply saja momento enhancer untuk buat dinding lebih menyerlah. Simple kan :)

Sekarang dah lebih yakin nak mengecat rumah. Lepas ni, tunggu tau next post yuyu dengan wall rumah baru. Mihmihmih

Masterpiece tu nak frame gantung kat ruang tamu lah :p

Sekarang dah start cari idea untuk cat ruang tamu dengan Nippon Paint. Jadi, ruang tamu yuyu akan ada baju baru sempena Aidilfitri & baby baru ni. Ish. Tak sabar lah pulak. Kononnya nak macam ni lah kot:

Cuma tukar colour sikit. Cantik kan :)

Eh banyak lagi lah idea dalam kepala ni, Nanti yuyu share ok. Mana tau, korang pun ter Inspi-Raya untuk wall rumah korang.

Ok lah. Dah baca panjang-panjang ni, lepas ni survey cat baru Nippon Paint ok. Doakan yuyu juga ada tenaga lebih nak sengseng lengan baju cat dinding ruang tamu ni.


Terim kasih sudi baca



Love,

My Celebrity

by Yuyu Zulaikha, 11:16:00 AM
Assalamualaikum


Pernah dulu dua tahun lepas tak salah yuyu, yuyu pernah share pasal RISQ Islamic School (RIS). Benda ni jadi viral sangat sebab 1st sekolah tahfiz modern yang menekankan konsep "Play" dalam pembelajaran. Konsep yang macam Finland dan Jepun buat tu

Konsep pembelajaran secara "bermain" ni sekarang dah makin menjadi pilihan parent, termasuklah yuyu sendiri. Sebab apa? Sebab secara fitrahnya, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain dan bila kita terapkan bermain dalam pembelajaran, ianya lebih efektif bagi mereka

Selain daripada "play", RIS juga tekankan adab. Memang ini lah yang kita nak sangat kan. Di sini, pelajar akan belajar modul Kementerian Pelajaran Malaysia macam biasa, tapi belajar juga hafazan, disambil buat aktiviti yang menyeronokkan!

Korang boleh faham tak bestnya sekolah korang kalau ada:

  1. gym
  2. bilik recording
  3. gelanggang futsal
  4. playground yang super besar
  5. fasiliti yang berwarna-warni
  6. bilik musik
  7. belajar coding
eh banyak lagi lah. Yes, semua tu ada di RIS. 

Nasib lah RIS ada di Kajang saja, makan hati ok. Berkali-kali tanya dorang, taknak ke buat dekat sikit cawangan di Puchong ke (desperate sangat ni. lulz), tapi tak apa lah, semuanya jadi ok, bila dapat tahu pasal:


My Celebrity 
Weekend Enrichment Program


Dengan program My Celebrity ni, anak-anak kita yang tak masuk RIS pun boleh join. Apa yang ada dengan program hujung minggu ni? Jom tengok:
  1. Music (2jam)
  2. Animation (2jam)
  3. Mandarin (2jam)
  4. Coding (2jam)
  5. Video Filming (2jam)
semua program di atas disediakan untuk umur enam (6) hingga 12 tahun. Ok. Tahun depan baru Habib boleh join. Sanggup tunggu ni

My Celebrity Program ni akan diadakan setiap Sabtu & Ahad dari June hingga August 2019

Untungnyaa lahai budak-budak ni :)

Hari tu, kami beberapa blogger dijemput ke RIS untuk difahamkan pasal My Celebrity Program ni. Bukan setakat tu je, kami juga diberi pendedahan serba sedikit mengenai courses yang akan diajar dalam My Celebrity tu.

Aku excited!

Coding
ni teacher yang akan ajar mengenai coding! Bayangkan kecik-kecik lagi dah didedahkan dengan coding. Masa teacher ni tanya, what coding is? Sumpah yuyu tak reti nak bagitau apa

tapi, budak-budak tu yang jawab, coding is we tell computer or something to move.

fine. I tak reti jawab --'

contohnya, ini apa yang dorang akan belajar. Simple, secara bermain, tapi sangat membantu untuk anak-anak kita fahamkan mengenai coding. Hello, kita sekarang di zaman ni dah ok


Music
Selain coding, My Celebrity Program juga ada course untuk Music di mana, anak-anak akan diajar mengenai basic music. Kenal code dalam music, belajar music instrument juga.

benda ni yuyu suka sangat, sebab dengan music, anak-anak kita akan lebih senang untuk belajar dan bagus untuk otak.


Program ni tak menjanjikan anak-anak terus pandai hebat, tapi, dorang akan belajar mengenai basic dalam setiap courses yang disediakan. Paling best bila ada course Bahasa Mandarin, sebab Mandarin sekarang mendapat sambutan dalam dunia pekerjaan kan, sikit sebanyak bila kita tahu Mandarin ni, kita menjadi demand dalam banyak syarikat.

Kalau tak salah yuyu, fees untuk My Celebrity Program ni cuma RM520 sahaja. Berbaloi untuk 10jam yang disediakan. Bukan kita dapat dedahkan anak-anak kita untuk satu course penting tapi lima.

 Harap tahun depan, program ni akan diadakan lagi oleh RIS. Nak sangat Habib join. Amin


 Kalau korang berminat untuk masukkan adik atau anak, please contact sini ok:


mycelebrity.rizq.edu.my
facebook.com/mycelebrity
instagram.com/mycelebritymalaysia
email : mycelebrity@rizq.edu.my
contact : +60183517357





Terima kasih sudi baca


Love,
© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS