Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Treetop Twins Adventures :Jom Ajar Anak-Anak Kenal Dinosaur

Assalamualaikum


Habib & Affan kalau bab membaca, suka betul. Setiap bulan (kadang tak sampai sebulan pun) memang yuyu allocate duit siap-siap untuk beli buku dorang. Kadang tak beli pun takpa, bawa je pergi kedai buku. Sampai susah nak ajak balik.

At least, yuyu tahu lah apa yang dorang minat. Masing-masing tak pandai baca pun lagi. Habib tu harap kenal huruf je, suruh baca ke eja ke, langsung tak reti lagi. Affan lagi-lagi lah. Jadi, buat apa buku cerita?

Haa. Ni ibu & pak depa yang jadi mangsa kena bacakan setiap hari. Hahahahahaha. --' berbuih mulut, tapi selalunya dorang enjoy tengok gambar dalam buku & buat cerita sendiri berdasarkan gambar.

Oh! Bercerita pasal buku, korang tahu dah ke program McDonald's untuk mendekatkan kanak-kanak dengan membaca melalui Happy Meals percuma buku? Alah! Sayangnya kalau tak tahu lagi, tapi takpa, tak terlambat, boleh mula dari sekarang.


TREETOP TWINS ADVENTURES
by Cressida Cowell
Kalau boleh nak pastikan semua siri (12bulan) buku ni, ada dalam mini library HabibAffan. Amin!

 Yes. Treetop Twins Adventures adalah bersiri ya, tuan puan. Setiap bulan akan keluar Treetop Twins Adventures dengan siri berbeza. Contohnya:
  1. Januari : Treetop Twins Adventures (The Twins Take the T.Rex)
  2. Februari : Treetop Twins Adventures (The Twins Discover a Diplodocus)
  3. Mac : Treetop Twins Adventures (The Twins Found Massospondylus)
dan bulan seterusnya... atau dalam siri Bahasa Melayu pula
  1. Januari : Pengembaraan Kembar Treetop (Si Kembar Mengambil T.Rex)
  2. Februari : Pengembaraan Kembar Treetop (Si Kembar Menemui Diplodocus)
  3. Mac : Pengembaraan Kembar Treetop (Si Kembar Terjumpa Massospondylus)
Iyaa! Memang ada dua bahasa. Kita boleh pilih untuk kumpul dalam Bahasa atau English. Best kan? Kalau yuyu, kumpul terus dua bahasa. Terus boleh buat 2 koleksi dalam mini-library HabibAffan tu.


Ok, yuyu nak cerita pasal Cressida Cowell penulis buku Treetop Twins Adventures ni. Macam pernah tahu kan nama ni, tapi ingat ingat lupa. Pernah tengok tak cerita How to Train Your Dragon? Ha! Ni lah penulis cerita tu. Kalau tengok movie How to Train Your Dragon tu sangat best, serius yuyu suka macam mana dia cerita pasal karakter setiap dragon, macam tu lah juga bestnya cerita buku Treetop Twins Adventures ni


Tambah koleksi buku anak-anak :)

 Ibu yang amat berpuas hati

Macam mana nak dapatkan semua ke 12 siri ni?

Berapa harga dia?

Eh. Tak tak tak! Cuma perlu beli HappyMeal di McDonald's saja yang berharga lebih kurang RM7.90. Lepas tu boleh request samada nak siri dalam Bahasa atau English. Bagus kan? Kenyang dapat, ilmu pun dapat. Kalau nak dua-dua bahasa, boleh lah beli dua HappyMeal.

Ini merupakan usaha McDonald's Malaysia menyahut misi kerajaan untuk memupuk lebih banyak minat kanak-kanak membaca, dan melahirkan generasi suka baca. Yaiy! Yuyu lagi lah suka, pernah dengar tak quote ni:
“You don’t have to burn books to destroy a culture. Just get people to stop reading them.” – Ray Bradbury

Suami suka bacakan buku untuk Habib & Affan. Paling best siap ada sound effect. Ibu memang tak lah nak buat sekali sound effect :p

Pentingnya budaya membaca untuk membentuk sebuah budaya yang sihat. Malah, Albert Einstein pun sarankan membaca buku untuk anak-anak lagi-lagi fairytales untuk membentuk imaginasi. Malah, Islam sendiri sangat tegaskan bab "IQRA!"


Lepas tu, rasa menyesal tak kalau terlepas yang Januari & Februari? Eh, jangan risau, boleh download saja application Happy Studio di AppStore atau PlayStore. Di sana, akan ada siri sama macam buku, setiap bulan akan unlock satu siri.


Bukan setakat boleh baca buku, tapi ada banyak aktiviti dengan HappyStudio. Banyak lah. Boleh lah sediakan sikit waktu, 15minit sehari ke untuk kita buat aktiviti dengan anak di HappyStudio. Kalau yuyu, yuyu suka main selfie dengan anak, boleh tukar spek, boleh buat misai. Enjoy!

Ok, berbalik kepada buku Treetop Twins Adventures ni, personally, yuyu sangat suka dan suggest sangat mommies di luar sana, please dapatkan untuk anak-anak. Hello, free ok, rugi lah tak grab peluang ni. 

Ini antara siri setiap bulan yang yuyu berjaya kumpul

Illustration dia sangat menarik. Warna warni, menarik minat anak untuk membaca :)

Untuk March ni, siri ke tiga akan keluar esok, 7Mac, jadi, sempat lah mommies dapatkan yang Februari punya di McDonald's. Jangan lupa beli HappyMeal ok!

Setiap page ada gambar menarik. Sambil baca, sambil anak-anak berimaginasi

Setiap siri, di last page akan ada fun fact pasal dinosaur. 


Best kan?

Tunggu apa lagi, kumpulkan 12 siri sepanjang tahun ni. Setiap siri, anak-anak akan belajar tentang lain-lain jenis dinosaur. Eh, ibu yang tua bangka ni pun belajar juga, baru tahu kewujudan Massospondylus. Mihmihmih :p

Ok lah, hari ni last day untuk dapatkan siri Februari (atau sampai habis stock), esok dah siri ketiga, jangan lepas peluang. Time ni lah nak pupuk minat anak membaca, yang penting, free, cuma beli set HappyMeal yang sedap tu saja




Terima kasih sudi baca

Love,

Comments

Post a Comment

terima kasih sudi komen :)

back to top