Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Aktiviti Cuti Sekolah Dengan Anak-Anak | The Mighty Mighty Squad

Assalamualaikum

Mommies, cuti sekolah ni buat apa? Selalu tengok plan cuti sekolah, mesti nak balik kampung. Yuyu pun sebenarnya plan nak balik kampung, Langkawi, serius weh dah dekat setahun tak balik, last masa mengundi tahun lepas, nak balik sekarang pun, perut dah 7bulan, mengah makkk :p

Muka stress, sang ibu asyik nak bergambar. Potong betul, orang nak main --'

Jadi, yuyu sediakan aktiviti sendiri sekitar KL/Selangor ni. Kalau boleh, taknak anak banyak masa dengan tv atau phone, nak sangat HabibAffan sibuk dengan real activities, antaranya:
  • ajak buat pizza
  • lukis & warna dinding bilik air
  • berbasikal di taman
  • join The Mighty Mighty Squad
  • bawa ke pantai (ini tak sure lah jadi ke tak, tengok cuaca)
  • print & colour
Eh, mommies tahu tak pasal The Mighty Mighty Squad? Ruginya kalau terlepas. Jumaat lepas, ambik je Habib dari sekolah dia, terus Yuyu bawa ke IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara. Alaa, yang IKEA punya tuu.

Serius ok, dorang enjoy dari awal sampai habis. Habib sampai meragam taknak balik, nak teruskan main semua obstacle yang ada tu. The Mighty Mighty Squad ni, hanya ada sepanjang cuti sekolah ni saja, di IPC Shopping Centre, sebab tu lah rugi sangat kalau tak bawa sekarang

Nak join dia senang saja:
  • Spend minimum RM50 di IPC Shopping Centre dalam masa satu hari untuk dapat satu pass
ATAU
  • Register sebagai Små Club Member, untuk redeem satu pass, dan YES, FREE!

Jom tengok betapa enjoynya Habib & Affan habiskan challenges yang ada dengan The Mighty Mighty Squad:

welcome to happiness

ada banyak sangat obstacles yang anak-anak kita boleh try.

Kalau boleh, habiskan cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti macam ni, supaya setiap masa anak-anak dengan kita akan jadi lebih bermanfaat. Aktiviti fizikal macam ni sangat bagus untuk:
  1. build keyakinan diri
  2. uji ketahanan fizikal
  3. ajar anak-anak untuk cari solusi
  4. didik anak jadi lebih berani
Bukti dia...

Affan, 2tahun 1minggu. Awal tu tak reti imbang badan lagi untuk obstacle ni. Takut-takut, siap nak peluk dengan ibu je

Sekali dah try, terus dia dapat rentak atas tu. Taknak ibu pegang okeh! Kemahen. Dia pandai imbang badan sendiri, dia berani berjalan dari 1st step sampai 6th step tu. Lepas pandang je, tau tau naik sini sendiri lagi. 

Nampak macam simple untuk kita yang dewasa ni, tapi, untuk anak-anak kita, semua ni sangat challenging. Time ni lah motor skill dorang akan develop. Keyakinan anak-anak untuk cuba benda baru pun akan meningkat. InsyaAllah

Antara obstacles yang ada di The Mighty Mighty Squad



Untuk join challenge The Mighty Mighty Squad ni sesuai dari untuk 1 tahun hingga 12 tahun, environment dia pun kids-friendly. Jatuh pun, rilek je lagi. Hehe. Jadi, parent tak lah gelabah lebih sangat. 

Parent boleh tengok anak-anak main, atau boleh juga rilek di kerusi yang disediakan, sebab nanti ada beberapa staff yang sangat friendly akan tengok anak-anak kita, tapi, kalau yuyu, yuyu prefer yuyu tengok sendiri lah Habib Affan main. Seronok okay tengok dorang enjoy habiskan semua obstacles yang ada di sana. 

 walaupun time ni ibu dah mengah perut, tapi, aduh, seronok pulak join anak-anak happy

Susah nak dapat shopping centre yang sediakan aktiviti fizikal lain daripada lain macam IPC Shopping Centre ni. Bila tahu ada The Mighty Mighty Squad ni, terus registerkan membership untuk Affan & Habib. Yang penting FREE kan. Mihmihmih

Habis saja semua challenges tu, terus ajak suami bawa kitorang shopping pula. Hilang mengah perut 7bulan tu. :p

Obstacle ni agak susah untuk Habib awal tu, susah sebenarnya untuk budak-budak, tapi yaiy! anak ibu berjaya!

plan aktiviti cuti sekolah untuk yang pertama ni, berjaya! kalau boleh, nak datang lagi lah sementara masih ada di IPC Shopping Centre

Mommies better plan cepat, sebab The Mighty Mighty Squad ni bukan ada terus sampai kiamat. Benda ni dari 22 hingga 31 March saja, khas untuk cuti sekolah kali ni. Lepas tu dah habis. Sayangnyaaa...

Untuk obstacle ni, masing-masing Habib Affan gagal. Hello, bak ibu je la buat, ibu juara kampung ok main benda ni dulu!

Ketaq kaki Habib. Sepatutnya dia pegang je tiang tu sendiri, tapi takpa, kita boleh cuba lagi kan sayang :)

Obstacle ni nama Power-Hiker. Memang power lah kalau anak-anak kita boleh panjat ni & turun dengan elok. :)

Di The Mighty Mighty Squad ada 11 obstacle yang anak-anak kita kena lalui. Semua obstacle tu berbeza challenge dia dan memerlukan kekuatan fizikal yang berbeza. Once dah complete semua. Antara obstaclesnya adalah:

Anak-anak akan dapat satu kad untuk staff di sana cop tau. Too bad, Habib Affan punya tertinggal di sana. Hmm. Sedih sangat sebab rasa benda tu berharga sangat. Hello, anak-anak ai buat teruk-teruk dah tau 




Bagi yuyu, sebagai ibu, yuyu suka sangat dedahkan aktiviti macam ni untuk anak-anak. Awal tu takut juga, ish, Habib dah la baru balik sekolah, kang dia letih pulak, tapi, sampai saja sana, tengok Habib & Affan enjoy betul, sampai taknak balik. Ibu lagi lah suka.

Ambik kauu, balik rumah saja, tidur keletihan dengan certificate :p

Ok lah, dah cerita panjang-panjang ni, mommies please bawa anak-anak ke IPC Shopping Centre dari 22 hingga 31 March ni saja okay, untuk join The Mighty Mighty Squad. Boleh register membership dengan Små Club secara FREE atau boleh je beli apa-apa di IPC Shopping Centre minimum RM50 untuk dapat satu pass The Mighty Mighty Squad ni

InsyaAllah, nanti balik mesti anak-anak happy sangat & keyakinan diri dorang lain macam. Kalau dorang panjat kabinet, yuyu tak tangguh eh. Hihihi

Apa-apa, mommies boleh check di website ni:



Terima kasih sudi baca,



Love,

Comments

  1. bestnyaaa bawa anak2 datang sini..
    ehhlupa plak kawen pun belum .
    ada anak tekak je hahaha kbye

    ReplyDelete
  2. bestnya..banyak aktiviti yang sesuai untuk perkembangan anak-anak...

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi komen :)

back to top