Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Kenapa Selalu Pilih Mamours?

Assalamualaikum 

Quinny Moodd. Dari dulu teringin Quinny sebab kualiti dia, tercapai juga :)


Berkenaan dengan stroller untuk adik baru nanti (eh, korang tahu ke yuyu tengah pregnant lagi? Mihmihmih), lepas tu, kenapa asyik bagitau belilah di Mamours.

Alaa. Macam mana ye nak bagitau. Beriya ni suruh korang, tolong lah, kalau nak beli apa-apa baby gear, belilah dengan Mamours.
  • nak beli car seat, tolong beli dengan Mamours
  • nak beli stroller, tolong beli dengan Mamours
  • nak beli high chair, tolong beli dengan Mamours
  • nak beli botol susu, tolong beli dengan Mamours
  • nak beli walker, tolong beli dengan Mamours
Banyak lah lagi. Sebab apa? 

Ok, nak cerita sikit pengalaman yuyu sejak dari survey stroller, sampai lah sekarang dengan Mamours. Walaupun dorang tak bayar pun sesen pun untuk entry ni, tapi nak juga bagitau korang, tolong eh beli dengan Mamours.

Bukannya kitorang lakibini tak pernah shopping online, takpun tempat lain selain Mamours. Ok. Bukan tak ok. Cuma, once dah ada pengalaman dengan Mamours, terus ringan je mulut nak suruh semua orang shopping sana juga.

Kami start dengan survey stroller masa tu. Dari satu ke satu kedai kami masuk. Memang sama ja, stroller yang sama, kualiti pun sama saja, tapi apa yang lain dengan Mamours?

Sabar je staff Mamour angkat turun naik stroller & car seat untuk test. Survey je pun :p

  • Layanan
Masuk saja mana-mana outlet Mamours, baik di Mid Valley, OneUtama, IOI City Mall atau mana-mana lah, layanan staff dia sangat friendly dan serba-tahu. Dorang sedia saja untuk jawab soalan.

"macam mana ya cik, bajet saya banyak ni, family saya style selalu travel, stroller mana elok?"

"Puan boleh Quinny Air, ringan dan dalam lingkungan bajet puan. Quinny ni sesuai sangat untuk travel, sebab dia agak light dan bentuk dia lebih compact berbanding yang lain"

"oo. gituu"

Bukan setakat dorang baik masa nak beli je, masa nak survey, masa tak jadi beli pun, no hal lah. Siap masa awal yuyu masuk tu, bagitau terus, nak survey je, tak beli lagi, tengah kumpul duit (hihihi). Tapi still dapat layanan baik.

Ish. Serba salah pulak tak beli kat sini

  • Repair & Washing Service
Pernah tak tempat lain, korang beli, lepas tu kedai tu accept untuk service cuci? Hmm. Benda ni jadi star point bila yuyu share di Instagram yuyu yang yuyu dapatkan Quinny Moodd di Mamours. Rata-rata yang komen, bagitau dorang suka shopping di Mamours, sebab senang nanti nak cuci stroller atau car seat, senang je, hantar ke outlet Mamours, nanti dorang tolong bersihkan,

Mamours ada provide washing service untuk cover car seat & product servicing untuk clean bahagian frame stroller atau car seat. Contohlah, di stroller anak kita dah lama guna, tau-tau rasa wheel macam berat semachiamm je, bawa je kat dorang, dorang akan buka & cuci, kemungkinan ada tersangkut dengan banyak rambut di wheel stroller tu, lepas tu dorang akan letak lubricant oil khas untuk bagi wheel elok balik

dan..

yes, FREE OF CHARGE!

  • Kualiti
Di Mamours, dorang cuma menjual product yang berkualiti dan semestinya ada Europe Standard. Jadi, kita tak perlu rasa macam hmm elok ke tak aku beli ni. InsyaAllah sangat berpuas hati setiap sen kita keluarkan

Tak ada poduct OEM, tau tau, ehh, bentuk macam sebijik stroller aku tapi apesal jenama pelik.

Yang best dengan Quinny ni, ada lifetime warranty

  • Pelbagai pilihan
Yes. Ada banyak pilihan di sana. Nampak outlet Mamours ni macam have have je boleh beli kan. Eh tak lah. Dia ada pelbagai range. Ada product yang dengan bajet tinggi sampai lah pertengahan. Yang penting berkualiti. Antara brand yang ada di sana:
  1. Quinny
  2. MaxiCosi
  3. Peg-Perego
  4. Safety 1st
  5. Mima
  6. dan banyak lagi

Sebab tu kadang kan, kalau kita nak beli, bukan product sangat yang kita nak tengok, yang penting orang yang jual tu bagus. Kan? Kan? Kalau product je brand terkenal, tapi masuk kedai, hmm, malas layan, lepas beli rosak pun lantak lah, hmm, malas lah nak cari sana, tapi kalau macam Mamours ni, yuyu suggest sangat untuk semua

Selain korang boleh beli product dari Mamours secara online di :



korang juga boleh terus ke outlet dorang. Yang yuyu pernah pergi cuma di Mid Valley, iOi City Mall & One Utama, tapi ada banyak lagi outlet Mamours. Boleh check sini, k:




So far, faham kan kenapa yuyu sanggup share dengan korang pasal Mamours? InsyaAllah car seat Affan nanti pun, memang cari sana saja, dah survey, nak decide je Maxi Cosi ke atau Peg Perego.


Terima kasih sudi baca :)



Love,

Comments

  1. comelnya baby :)

    Jom balas balik blogwalk.

    Aril ade entri baru.

    https://muhammadshahril97.blogspot.com/2019/01/alhamdulillah-im-back.html

    ReplyDelete
  2. Wow,baby Yang ke-3 ke yuyu? Lamanya tak jumpa yuyu ..

    https://miss-nadya.blogspot.com/2019/02/untuk-cik-farah-dan-encik-faizal-pillow.html

    ReplyDelete
  3. Wah best nya, memang patut beli kalau free service tu, lagi-lagi part basuh. Nina sebelum ni beli online je pastu basuh sendiri. Stroller pulak main beli tak survey kedai sobs

    www.byninasalleh.com

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi komen :)

back to top