Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Car Seat, Stroller atau Baby Carrier. Mana Lebih Penting?

Assalamualaikum

Memandangkan hari ni Selasa, topik entry mestilah pasal Parenting kan. Jadi, kali ni yuyu nak share pasal stroller, car seat atau baby carrier. Mana satu yang paling penting. Antara tiga tu, yang mana kena beli dulu. 

Ni Quinny Moodd. Puas hati lima bintang. Kalau nak, better beli di Mamours.com.my atau pergi je outlet Mamours. Puas hati dari service sampai ke product. 


Sebab ada yang mommy-to-be tanya dengan yuyu. Nak beli tiga-tiga, tengah in tight budget. Kena lah beli satu per satu, tapi nak pilih yang mana satu kan?

Kalau dari pandangan yuyu, bila baru nak ada anak, benda yang paling kena sedia antara tiga benda tu adalah:

car seat

Sebab apa? 

 Nampak sangat selesa. Quinny punya. Yang ni pun yuyu dah try masa ke outlet Mamours di One Utama hari tu, plus, boleh jadi stroller. Jimat banyak, lagi-lagi kalau beli di Mamours


Melalui pengalaman yuyu sendiri, memandangkan masa yuyu bersalin dulu, yang sambut kepulangan ke rumah pun, adalah suami saja, nak nak pula yuyu bersalin secara czer, masa on-the-way nak balik rumah tu, ya Allah, tak laratnya nak dukung anak dari Ampang ke Selayang.

Suami guna duit yang mertua yuyu bagi sebagai hadiah anak pertama (time tu kami susah lagi, nak beli stroller pun fikir dua tiga kali), terus ke kedai barang baby untuk beli car seat. Kami betul-betul tak terfikir pun nak beli car seat sebelum ni. Bila dah beli car seat, on-the-way dari kedai tadi ke rumah, ya Allah, leganya rasa dapat rehat banyak. 

Time newborn, mana nak guna lagi baby carrier atau stroller sangat, tapi car seat sangat penting!

kalau beli car seat macam ni, lagi jimat! yuyu prefer Quinny, beli di Mamours, ada lifetime warranty.

  • Bayangkan kena ulang alik ke hospital, takkan sepanjang masa nak dukung je anak. Time Habib kena kuning, kena ulang alik hospital, dalam kereta dia tidur dalam car seat, sampai hospital angkat terus car seat masuk hospital, bagi dia lena nyenyak dalam tu
  • Time makan luar car seat sangat membantu. Angkat car seat pergi restoran, letak car seat atas meja makan, lepas tu, bagi dia lena dalam tu. Kita laki bini, makan dengan aman.
  • Keselamatan anak bila dalam kereta. Memang kita ibu dukung sambil seatbelt pasang elok, tapi sekali accident, tercampak haa anak. Nauzubillah. Bila ada car seat, insyaAllah, baby selamat dalam tu

Bila dah tiga bulan lebih macam tu, baru yuyu kenalkan stroller dan baby carrier untuk anak-anak. Time ni, mommies decide sendiri, mana yang menyenangkan hidup. 

Ada yang memilih kepada stroller:
  • rasa lebih rehat. Kalau keluar pergi mall, makbapak tolak je stroller. 
  • badan tak lenguh sangat. 
  • boleh letak barang bawah stroller. 
  • anak lebih selesa bila dengan stroller.
  • boleh guna sampai umur 6 tahun
tapi.. Ada parent yang memilih kepada baby carrier (please cari yang ergonomic, kalau tak merana tulang belakang korang!):
  • lagi-lagi masa baru tiga bulan. Baby rasa selesa sentiasa dalam dakapan ibu
  • senang nak travel, jimat berat beg.
  • tak susah nak angkat masuk dalam kereta macam stroller
  • senang guna masa time masak atau nak buat kerja rumah masa anak meragam
  • boleh guna selagi kita rasa larat. Selalunya anak umur 2tahun pun, boleh tahan juga berat badan dorang. Hihi
Haa. Jelas kan point dia. Ikut masing-masing punya pandangan. Macam yuyu sendiri, masa Habib, yuyu beli stroller dulu. Sangat membantu lagi-lagi Habib suka tidur bila letak saja dalam stroller. Aman hidup :p

Tapi, masa hampir bersalin Affan, kami laki bini decide untuk kenalkan Affan dengan baby carrier, untuk mudahkan kami. Jenuh juga kalau dua stroller, leceh kalau masuk mall kan? Eh tak kuasa lah aku. Jadi, kami bagi Habib naik stroller, Affan pula suami bawa guna baby carrier. Kalau travel pun macam tu juga.

Soon, baby carrier ni jadi milik adik kepada Affan pulak :D


Cuma sekarang, bila dah Affan besar dah, berat pun boleh tahan juga lahh... suami suruh Habib jalan sikit, dan yuyu tolak Affan guna stroller. Hmm. Nampak kan kepentingan stroller & baby carrier ni kan

Car seat tadi guna tak?

Plan kami, nanti nak beli car seat yang sesuai macam ni untuk Habib. Car seat Habib sekarang dah nak kena bagi Affan kan :)


Guna lah, tapi dah dorang besar ni, car seat guna dalam kereta la, tak ada lah nak bawa masuk mall atau restoran dah. Lulz

Macam tu lah pandangan yuyu sepanjang guna car seat, stroller & baby carrier dengan Habib dan Affan. Ni nak masuk anak number tiga ni, plan kami nak bagi Affan & Habib naik stroller, baby baru bawa dengan baby carrier je.

Walaupun Habib dah 4tahun3bulan, tapi, weh, dia still kecik. Cepat penat juga kaki dia kalau jalan banyak. Kalau dia ok, suruh dia jalan, kalau dia penat, memang tolak je dengan stroller :)

Harap entry ni membantu sangat untuk yang tanya mana yang penting sangat tu. Sekali lagi, bagi yuyu semua penting, tapi, yang kena ada dulu adalah car seat.

In case korang ada pandangan korang, please share di komen ya, atau nak tanya apa-apa, komen je. Harap membantu.


Terima kasih sudi baca!



Love,

Comments

  1. salam yuyu. hai!!its me cartieca =) serious memang dah lama sangat xbuka blog and have some blog walking here. Hope you dont mind to follow my 2nd blog, its physics blog. tq https://physicsmrsmtgb.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih sudi blogwalking di blog yuyu <3

      Delete
  2. my point of view for mommy yg first time having baby kena ada carseat dlu, follow by baby carrier and stroller depends on budget masing2. As baby kalo berjalan naik kereta is a must duduk dlm carseat even baru keluar hospital pun. dont put our baby at high risk condition even kita meriba anak sekali pun cause accident can happen at any time. cari carseat yg bersesuaian. if jln2 dkt mall if baby still kecik then recommend to use baby carrier kalo belum mampu nak beli stroller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! cuma yuyu pilih stroller lagi berbanding carrier :p

      Delete
  3. akak aritu beli carseat dulu..sbb tu yg nak guna gi klinik time check up..time gi mall, still dukung dia..kdg2 guna baby wrap. pas jer berat dia cecah 7kg, x larat dah nak dukung,,start sakit blkg..so terus beli stroller.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. sama lah. carrier ni, makin dorang besar, macam nak patah tulang :P

      Delete
  4. akk semua pakai, tapi car sear tu skrg semua xnak ddk dah. Mcm nak jual pulak, ADA 2 car seat

    ReplyDelete
  5. Salam akak,sy mommy to be for first baby..kalau nak jual pre-loved car seat boleh share..sebab tengah cari car seat juga😊 Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. memang nak jual pun, insyaAllah, start bulan depan nak buat preloved barang baby :)

      Delete

Post a Comment

terima kasih sudi komen :)

back to top