November 2, 2018

Nivea Baby | Kenapa Yuyu Memilih Nivea Baby Untuk Anak-Anak?

4 comments
Assalamualaikum

Rentetan daripada entry ni [ Nivea Baby | Rutin Untuk Si Manja ], rupanya ramai juga yang belum tahu lagi pasal Nivea Baby. Eh, ada Nivea Baby? Selama ni selalu pakai Nivea je. Padahal yuyu pun macam tu sebelum ni. Hihi. Sekarang ni, bila dah tau product ni, insyaAllah, lepas ni memang yuyu guna Nivea Baby saja untuk Habib & Affan.


Nivea Baby's time!


Kenapa Nivea Baby?
Memang banyak sangat product penjagaan anak-anak di market, dan ada pelbagai sebab ibu-ibu memilih penjagaan anak-anak ni. Ada ibu yang cenderung pilih penjagaan yang wangi. Ada yang suka kalau kulit anak lembut. Ada pula yang memang turun temurun guna product yang sama. Yuyu pula ada sebab sendiri.


Sebabkan Habib & Affan masa lahir lagi, alamak, kulit macam cepat sensitif, selalu merah, tapi bila dah masuk 6 bulan, masing-masing dah okay la. Cuma Affan tu skin dia still sangat sensitif, dia on off. Kejap kulit licin dah, kadang tu, eh, merah-merah balik. Hmm. Jadi, tak boleh lah sebarangan nak pilih penjagaan untuk dorang.

Sebagai seorang ibu, yuyu akan pilih penjagaan yang yuyu percaya, dan penjagaan tu semestinya lembut untuk kulit anak-anak yuyu. Kita sendiri tau yang kulit bayi dan kanak-kanak masih lebih sensitif berbanding kulit kita yang dewasa ni kan. Jadi, kita seharusnya pilih penjagaan yang bersifat lembut untuk kulit dorang.

dan..

Kegemaran dia, dia akan offer sapu sendiri

Macam mana lah ibu tak suka Nivea Baby kalau anak-anak ibu suka Nivea Baby's time :')


Semestinya, penjagaan tu mestilah bebas dari bahan-bahan seperti, Paraben & Colourant. Kalau kita google sendiri pun side effect penggunaan product yang ada paraben & pewarna ni, kita sendiri pun taknak guna, apatah lagi nak bagi pada anak-anak tersayang kan?



Lagipun, dengan memilih product yang bebas daripada bahan-bahan tersebut, sedikit sebanyak, kita memilih sesuatu product penjaan yang lembut untuk kulit anak-anak kita yang masih sangat lembut dan halus tu kan. 

Sebab tu lah yuyu pilih Nivea Baby. Dah terang-terang yang Nivea Baby menepati ciri-ciri pemilihan yang yuyu nak. 

Mommies please try guna Soothing Oil, lepas tu apply Moisturizing Lotion, serius best sangat lembut dia :)


Setakat ni, memang yuyu sangat puas hati. Walaupun dah sebulan yuyu bagi Habib & Affan guna penjagaan Nivea Baby, apa yang yuyu boleh share yang kulit dorang kekal supple, dan lembab sepanjang hari, tanpa ada langsung kesan merah-merah atau kering. Memang ini lah yuyu nak sangat-sangat. 

Plus, yuyu sendiri pun guna Nivea Baby Soft & Cream Baby Wipes untuk remove makeup yuyu. Hihi. 

Hari tu yuyu share pasal Nivea Baby ni di Instagram yuyu, amboi, ramai betul yang tanya, macam mana nak dapatkan full range Nivea Baby ni. Rangkaian Nivea Baby boleh didapati dari:
  • Guardian e-Store
  • Watson (hampir seluruh outlet & online)
  • Lazada
atau... kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Nivea Baby ni, boleh terus kelik di:


ok lah, yuyu rasa, mommies boleh beli sekarang kot, dah baca review yuyu ni kan? Yang penting, lengkap set penjagaan dia, dari untuk mandi, hingga lah ke wipes haa:

  1. NIVEA Baby Head to Toe Shampoo & Bath – untuk pembersihan lembut setiap hari
  2. NIVEA Baby Gentle Touch Moisturising Lotion – untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
  3. NIVEA Baby Soft & Cream Wipes – untuk pembersihan lembut pada bila-bila masa dan juga
  4. NIVEA Baby No Tears Mild Shampoo & Bath
  5. NIVEA Baby Daily Protection Smoothy Cream
  6. NIVEA Baby Soothing Caring Oil - untuk sesi massage anak-anak yang lebih meriangkan

Yuyu ada full range Nivea Baby, dan syukur sangat, yuyu jumpa penjagaan terbaik buat anak yuyu. Mommies bila lagi? :)

Terima kasih sudi baca



Love,

4 comments

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.