August 10, 2018

Plan Takaful & Simpanan Untuk Anak-Anak.

1 comment
Assalamualaikum

Memang mak-mak perangai dia sama je ke? Bila dah kawen, ada anak, semua benda mesti pasal family dulu? Kan kan? Dulu semuanya fikir pasal diri sendiri, nak beli handbag, nak beli makeup banyak, sekarang bila ada anak-anak, eh, kena buat simpanan ni, nak bagi anak masuk kelas piano, eh, ni untuk anak tahun depan.

 Sekarang dah siap ada takaful dari sejak kita hamil lagi :)

Baru ni, yuyu survey pasal takaful pulak untuk Habib & Affan. Bagi yuyu, takaful sangat penting untuk memberi perlindungan kesihatan buat kita sekeluarga, lagi-lagi untuk anak kita lah kan. Dah lama yuyu cari, macam-macam yang yuyu pertimbangkan, cuma ada satu takaful ni memang memenuhi kriteria yang yuyu nak. Memperkenalkan...... (drum roll please) PruBSN Impian


PrusBSN memang sangat sinonim dengan Takaful di Malaysia ni kan? Rata-rata kalau kita tanya kawan atau sedara mara kita, mesti dorang pun ambik perlindungan PruBSN, maksudnya PruBSN adalah yang dipercayai kita rakyat Malaysia, kan?

Yang paling menarik perhatian yuyu pasal PruBSN Impian adalah perlindungan anak kita sejak kita hamil 14minggu hingga umur anak 25tahun. Selain tu, ada empat benda yang ditawarkan oleh PruBSN Impian, yakni:
  1. Infant Secure : perlindungan untuk manfaat Penjagaan Kehamilan & Penjagaan Anak
  2. Vital Care Plus : perlindungan untuk anak-anak dari penyakit tertentu, hingga umur 25tahun
  3. Health Protector : bayaran balik perubatan anak mengikut manfaat, bila dimasukkan ke hospital atau terima rawatan pesakit luar
  4. Takaful Saver : dana pendidikan untuk anak kita
Dengan PruBSN Impian, kita bukan saja dapat menyediakan pelan perlindungan untuk anak-anak sejak kita tengah pregnant lagi, malah kita boleh hadiahkan dorang dana untuk penuhi impian dengan pelan simpanan. Haa.. At least, adalah juga sesuatu kita dapat buat untuk ringankan beban dorang  bila dah anak-anak besar nanti kan. Aww :')

Sekarang ni, banyak sangat penyakit & virus. Nauzubillah, kita sendiri doa untuk dihindari, tak nak sakit, taknak cedera, tolong lah Allah, bagilah kami kesihatan yang baik, cumanya, kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita masa depan. Taknak lah bila ditimpa sakit, baru nak cari takaful. Bayangkanlah bil macam-macam yang kita nak kena tanggung sendiri, sudahlah hati sedih, beban bil lagi. Hmm. Maka, cepat-cepatlah kita langgan Takaful. Tak rugi langsung pun..

Nyawa ibu :)

Biar kita uruskan awal-awal perlindungan untuk anak-anak kita, tak lah nanti bila dah sakit terpaksa guna duit simpanan kita. Hehe. Oh ya, satu lagi, PruBSN Impian ini adalah takaful yang berlandaskan syariah ya, jadi jangan was-was. Tehee :p

Terima kasih sudi baca


Love,

1 comment

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.