August 13, 2018

Movie Selamat Untuk Anak Dengan Astro-On-Demand

9 comments
Assalamualaikum

Tak sure korang macam mana. Kalau yuyu, ada waktu kita macam nak "me time" sikit. Ala. Boleh dapat setengah jam sehari pun, dah cukup kan. Selebihnya nak "me time" tu, kena lah tunggu anak-anak tidur dulu. Itu pun kalau dua-dua budak tu tidur serentak.

Me time yang dimaksudkan tu, ibu nak masak ke, buat kerja ke, takpun online sikit. Ihik :p

ni reward untuk anak-anak. selalu dah. 

Jadi, cara yuyu, bagi lah si Habib tengok YouTube maksimum 15 minit (ok, kadang terlajak jadi setengah ja). Apa-apa program YouTube yang dia suka, selagi sesuai untuk tontonan dia. Sebelum bagi, banyak rules yang kita sebagai parent kena tetapkan. Bukan sebab ewah aku mak kau ko kena ikut kang habis aku kena bayar bil letrik nanti, tapi taknak lah tiba-tiba anak kita terikut bukan-bukan kan.

Antaranya;

Displin Masa
Tetapkan masa, supaya anak akan tahu displin yang dia kena ikut. Contohnya, okay, Habib boleh tengok lagu-lagu Pink Fong ni, tapi ibu bagi dari jarum panjang ni di number 12 ni sampai dia duduk number 6 saja ok? 

Bila hampir saja masa nak habis, mula ingatkan dia, yang jarum panjang tu dah nak sampai dekat 6, kita dah hampir kena stop. Jadi, tak ada lah dia rasa keseronokan dia terus stop tiba-tiba macam tu.

Pilihan Channel:
Sebagai parent, kita WAJIB monitor channel apa yang sesuai untuk anak kita. Lagi-lagi untuk anak yang kecik lagi. Kalau yuyu sendiri, takkan biarkan anak tengok channel di YouTube sesuka hati, yuyu akan bagi Habib tengok Pinkfong, PJ Mask, Larva, takpun Powerpuff Girl ke, yang mana semua channel ni adalah siri kartun yang original bukan ciplak punya, yang tiba-tiba ada kartun parodi yang bawa unsur ganas atau yang tak sesuai untuk tontonan anak kita

Semestinya dengan Astro-On-Demand lah kan :)

Dengan Astro-On-Demand, kita boleh subscribe movie atau cerita premium yang kita suka secara 'on-demand'. Dapat tengok HD pulak tu. Semestinya channel & movie di Astro-On-Demand adalah yang terbaik yang dipilih sendiri oleh pihak Astro. Sesuai untuk anak-anak, sesuai juga untuk kita semua. Maksudnya sesuai untuk seisi keluarga.


Adoi. Sanggup ke nak bagi anak tengok fake Elsa kat YouTube macam ni. Trauma anak-anak


Habib dah lah suka betul dengan Thomas&Friend, tapi bila search kat YouTube, jumpa paradi entah pape ni :'(

Macam tak sanggup saja nak bagi si Habib tu tengok bukan-bukan di Youtube. Sekarang ni, banyak sangat illegal video yang dibuat oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab. Habib ni suka Batman, tau-tau ada unliciensed video ni buat orang pakai kostum Batman main tikam-tikam perut kawan dia sampai terburai! Hoi! Nasib lah sempat tengok & halang dari Habib tengok, kalau terlambat, boleh trauma budak tu.

Sebab tu better parent kalau nak bagi anak tengok tivi, pilih lah dari Astro-On-Demand. Cerita-cerita yang ada di Astro-On-Demand takkan ada yang parodi atau unsur yang tidak sesuai untuk tontonan anak kecik kita.

Haa. Alang-alang bercerita pasal Astro-On-Demand, kenapa yuyu suka sangat Astro-On-Demand ni? Yuyu ni memang suka betul benda-benda yang senang. Nak tengok latest movie yang best, nak tengok licensed movie, haa, pilihlah Astro-On-Demand. Sangatlah convenience, dan high quality movie. Ingatkan tadi yuyu bagitau, semua movie dari Astro-On-Demand adalah handpick dari Astro sendiri. 

Alaa, kita guna Astro yang lama, mana ada PVR yang on demand ni. Eh. Boleh. Boleh call saja customer service Astro untuk minta tukar decoder PVR. Haa. Senang kita boleh reward busy day kita selalu dengan movie yang best-best, tapi kalau kita memang current Astro user, boleh layan Astro-On-Demand bila-bila masa saja dah

Macam Habib sendiri, yuyu bagi ja dia tengok PinkFong. Reward tu yang dia suka sangat bila yuyu busy masak petang. 30 minit yang yuyu bagi, dia akan tengok dengan kusyuk. Jangan lah panggil Habib time tu. Remuk hati dia :p

Masa connect ke Astro-On-Demand, kami dapat Pinkfong Sneak Peek Pass untuk menonton 10 lagu percuma. Habib terus jadi fan lagu-lagu PinkFong, lagu & animasi PinkFong kan best, semua budak memang sukalah.

Larva in New York! Lawak! Ibu pun suka layan :p

Macam mustahil ja ada budak tak suka PinkFong, semua budak reti weh Baby Shark Dance ni :p

Ini ibu yang layan, Habib suka juga, tapi dia kata, ni untuk girl. Ok fine...


Jadi, macam tu lah serba sedikit nak reward diri sendiri setelah seharian penat. 30minit pun dah ok. Selain anak layan movie dia di Astro-On-Demand, ibu & ayah pun layan juga movie kitorang di Astro-On-Demand, tapi tunggu anak-anak tidur lah. :p

Ada banyak content free dalam Astro-On-Demand, jadi kami bolehlah tonton mana-mana movie atau series baru sesuka hati.

Untuk soalan : “Kak yuyu! Kak yuyu! macam mana dengan movie premium yang tak percuma dan kena bayar kat Astro on demand?
Hah...itu rilek je. Movie premium ini ada simbol ‘$’ terang dan nyata. Tak perlu takut tersilap pilih movie premium sebelum menonton, k.

Mommies jangan lupa subscribe Astro-On-Demand tau. Kalau yang current user, untunglahhhh, dah siap terus PVR untuk Astro-On-Demand, tapi kalau yang lama, boleh call Astro untuk tukar decoder ya.


Terima kasih sudi baca :)


Love,

9 comments

  1. comel.. menarik jugak astro on demand ni..

    ReplyDelete
  2. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм

    Few months back akak terserempak dgn Yuyu kat Pyramid, tpi segan nye nak tegur (mcm tak caya orgnya kecik molek jerrr).. anyway love to read your blog

    ReplyDelete
  3. Memang kanak-kanak sekarang bijak dah kalau diberi smartphone tu tak dipantau, macam-macam boleh diorang buka dengan sengaja atau tidak. Kalau ada kawalan macam Astro On Demand ni okay lah!

    ReplyDelete
  4. Content Creator yang baik sekali,tetap jaya dan berkembang ya sob,yuk di check it out AGEN BANDARQ

    ReplyDelete
  5. bgsnya on demand ni mcm2 ada tp klu anak akak dh tgk harus ler xmau lepas dh... keke

    ReplyDelete
  6. sekarang kat youtube tu dah tak selamat untuk anak2 tonton...banyak yang mengarut

    Pengedar Youth Skincare Kelantan

    ReplyDelete
  7. Perlu sangat2 "me time" ni utk recharge semula energy

    ----------

    Adakah anda masih lagi mencari-cari apakah supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung?

    Lain ibu lain ragamnya. Pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam tempoh kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan supplement atau vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan.

    https://www.celikvitamin.com/blog/set-kehamilan-lengkap-shaklee/

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.