July 24, 2018

Dah Boleh Beli Online Dengan MR.DIY Lah!

Assalamualaikum

Nyawhhhh

Korang ingat lagi tak zaman dulu yang kalau kau nak beli apa pun, semuanya kena start enjin, pergi supermarket, baru boleh. Itu pun kalau ada kat supermarket tempat korang, kalau tak, jenuh pesan kat bapa sedara, tolong beli jap eh, balik raya nanti, jangan lupa bawa k. Setibanya time raya tu, barang kau pesan dah tak 'in' dengan trend semasa. Menyesal lalu sedih kurung diri dalam bilik air sebelas hari. Ok over tau.

Sekarang ni punyalah mudah, semua benda kita boleh dapat SEAWAL HARI INI, kita tak perlu keluar rumah langsung, dan tau-tau barang dah sampai depan rumah. Online jurr!

Benda ni memang amatlah memudahkan hidup kita, terutama mak-mak. Mana ada masa nak keluar shopping sangat kalau bukan kena tunggu weekend. Lepas tu anak pulak makan kek dalam kereta, habis berterabur serdak kek SELURUH kereta! Sepuk juga dua-dua ketul tu. Vacuum kereta pula tak ada, nak keluar basuh kereta, adoi, bau tadi kan keluar

Terus nekad beli vacuum kereta, secara online di:




Pukul 11 order, pukul 4:30petang sampai. Tenang gila hidup bila ada service macam ni kan :)

Terus update di Instagram. Puas hati punya pasal.

Semua ni tak sampai RM50! Percaya tak? Kena percaya, sebab yuyu beli dengan MR.DIY


MR.DIY memang tak pernah mengecewakan. Yuyu satu family kerap sungguh ke sana, dari nak cari pili paip, nak cari pinggan, aksesori kereta suami, sampailah nak cari mainan anak-anak pun yuyu cari di MR.DIY. Walaupun dipercayai satu Malaysia yang di sini harga murah, tapi tetap kualiti tip top.


Lepas ni boleh bagitau family, senangkan kerja dorang membeli dari rumah. Takkan kita sorang-sorang senang saja kan :)


Tak heran lah kalau outlet MR.DIY boleh ada sampai hampir 500 buah di Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Brunei, Thailand. Sebab tu kalau kita pergi mana-mana pun di Malaysia ni, senang sangat nampak outlet MR.DIY ni kan?

Paling best, baru ni MR.DIY launch #belionlineMRDIY . Semua benda yang kita tengok di MR.DIY sekarang ni dah boleh secara online dengan lebih 20,000 SKU! Haa. Puas hati kita lepas ni. Antara yang patut kita kena tahu sangat dengan MRDIY.COM.MY adalah:
  1. FREE SHIPPING. Ya. Walaupun kau beli getah rambut harga setengah sen. Haa
  2. Lebih 20,000 SKU untuk dipilih! 
  3. Ada perkhidmatan SAME DAY DELIVERY!
  4. Boleh pilih di website, bayar & SELF PICK-UP di outlet berdekatan, jadi, sangat jimat masa!
  5. Harga yang semua tahu, MURAH
  6. MR.DIY Guarantee untuk tujuh hari refund & exchange

Apa? Lampu rosak? eh, jangan risau, MR.DIY kan ada. Kejap lagi juga boleh sampai barang :)


Jangan lepaskan promotion P&G ni tau. Berbaloi sangat lagi-lagi untuk mak-mak. Yuyu suggest, buat stock terus sabun basuh & Downy banyak-banyak. Tempat lain, mahal la


Walaupun outlet MR.DIY kurang 5minit dah boleh sampai dari rumah yuyu, tapi, tetap bermanfaat sangat dengan adanya MRDIY.COM.MY macam ni. Jimat sangat masa & tenaga. Lagi-lagi bila ada dua anak kecik, tak larat lah nak bawa sorang-sorang. #BeliOnlineMRDIY saja lah. Hehe :)

Sambil-sambil kita beli, sambil kita berpeluang untuk menang hadiah! Ada iPhoneX, iPad & Macbook, ada voucher MR.DIY. Lagi banyak kita beli, lagi tinggi peluang untuk kita menang. Setiap bulan dari Jun, Julai hingga Ogos akan ada pemenang. Bayangkan lah, kita cuma nak beli pinggan, tapi, termenang iPad. Ya Awlohhhhhhh!

Banyak sebabnya untuk beli online di MRDIY.COM.MY !

Ok lah. Taknak taip lagi panjang, yuyu nak cari botol air Habib & rak kasut kejap lah. Jangan lupa shopping tau.

Terima kasih sudi baca :)



Love, 

15 comments

  1. baru pegi DIY baru-baru ni. dapat voucher utk beli online. Baru taw yang DIY boleh beli online hehehe

    Jemput Singgah : Update Akaun Pendapatan PTPTN

    ReplyDelete
  2. pilihan akk, senang boleh beli dgn online. Kdg2 tak smpt nk keluar hari kerja. hjg minggu pulak ada shj hal-hal lain

    ReplyDelete
  3. Oh my, makin malas la diri ini if semua nak beli online hehe 😂

    http://www.pastelfreakgirl.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya boleh beli online he dgn mrdiy.

    ReplyDelete
  5. OMG Mr. DIY! Free shipping tu pentinggg sangatttt. Do visit my blog

    ReplyDelete
  6. Wahhh Mr Diy dah boleh beli online😍. Memang makin malas lah nak keluar rumah lepas ni.hehehe

    ReplyDelete
  7. Thank you kak yuyu sbb bgtau tntg ni. Seriously mmg fans DIY sejak mula2 kenal dulu. Bila ada online shopping ni makin mudah lah kan. Btw jom baca ni http://www.ketamkecil.com/apakah-penyakit-hfmd-dan-apakah-bahayanya/

    ReplyDelete
  8. tak nak masuk website MRDIY..kang terjebak gak..haha..alergik tengok MRDIY & sekutu2 dia...Kalau walk in kat sini, dari masuk nak cuci mata, terus terlekat 2 3 4 5..tau2 10 brg kat kaunter nak dibayar..haha

    ReplyDelete
  9. tak nak masuk website MRDIY..kang terjebak gak..haha..alergik tengok MRDIY & sekutu2 dia...Kalau walk in kat sini, dari masuk nak cuci mata, terus terlekat 2 3 4 5..tau2 10 brg kat kaunter nak dibayar..haha

    ReplyDelete
  10. ritu pun g beli brg kat diy, dpt voucher online, makin merbhya klau bukak internet ni, haha!

    ReplyDelete
  11. kalau pergi DIY ni..confirm penuh bakul...

    ReplyDelete
  12. wahh lagi senang hujung jari ja. duit pon senang habis hehe

    ReplyDelete
  13. makasih gan buat infonya dan salam sukses

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.