June 2, 2018

Persiapan Memasak Dengan Tawaran Hebat, Jom Ke AEON BiG!

Assalamualaikum

Semenjak puasa ni, rasa terlebih rajin pulak nak masak. Sahur buat nasi lemak, nak berbuka puasa ayam masak merah la, nak buat roti jala lagi. Halahh. Apa yang terlebih rajin ni? Nak kata banyak masa, tak juga, draft nak submit kat client bertimbun, Habib Affan nangis bagai tiada hari esok --'

Mungkin sebab cookware baru kot *tersimpul malu lah*

Ha! Sebelum Yuyu cerita pasal cookware yang idaman yuyu ni, ada benda penting yuyu nak share dengan korang. AEON BiG akan bagi diskaun! Iya diskaun 5% untuk semua barangan! Ini pastilah berita gembira lagi-lagi buat para mak:


Untuk Ramadan kali ni, adalah waktu terbaik untuk kita maksimakan bajet kita di AEON BiG untuk Ramadan Savers promotion. Tinggal lagi dua kali saja lagi, 3 & 10 June ni. Tolong tanda siap-siap kat kalender korang eh. Taknak lah terlepas peluang best macam ni. Kita berjimat sekarang supaya boleh berbelanja lebih untuk baju raya nanti. Ramadan Saver ni kita boleh jimat 5% untuk shopping bill kita! Yang penting tanpa pembelian minimum. Halahh. Kita serbu berjemaah ok weekend ni.

Yang penting, WAJIB jadi ahli AEON BiG yang mana nak jadi ahli, adalah percuma. Selain kumpul loyalty point, kita boleh juga redeem cash rebate. Haa. Best kan. Nanti Yuyu share lagi pasal AEON BiG member card ni ye.

Ni sikit hiburan tuk korang, video promotion kelakar, hilang stress :p



Baru-baru ni pi AEON BiG, tau tau ja, yuyu cari periuk baru, AEON BiG ada buat promosi di mana kalau kita belanja RM30, kita entitled untuk dapat satu sticker, dan bila cukup lima sticker, kita dapat redeem satu cookware daripada Neoflam de Chef dengan harga serendah RM47.00 sahaja! Ok. Jom pitam sekarang. Murahnyaa!


Neoflam de Chef tuuu. Siap ada penutup periuk dengan silikon tahan panas, cookware dia pun sangat tahan lasak. 

Alahai. :)

Bukan rugi apa pun. Beli barang basah kita pun dah cukup RM150 untuk kumpul lima sticker tu. Itu belum lagi pampers anak apa lagi kann. Alang-alang dah cukup, terus kita redeem periuk baru, buat reward untuk lebih rajin masak time sahur nanti :p

AEON BiG De Chef Cookware ni ada lima jenis. Design dia tahan lasak, boleh guna atas dapur gas atau pun induction cooker tau. Lepas tu cookware ni disalut dengan ‘Ecolon Non-Stick’. Maksudnya masakan takkan melekat & salutan Ecolon ni bebas bahan kimia & toksik. Haa, sihat & eco-friendly.


Penutup dia pulak tempered glass. So tak mudah pecah walaupun kaca. Kalau penutup dah kaca, senangla nk intai masakan kita kann.. Kat keliling penutup ni ada silicone dengan lubang kecik untuk laluan wap panas. Kalau kita rebus mee ke pasta ke, boleh jugak keluarkan air rebusan kat lobang kecik tu. Tak payah guna penapis dah. Ya Allah, mudahnya kerja mak-mak sekarang!

Owh lupa pulak, pemegang cookware ni daripada plastik bakelite yang tahan panas, Sebabkan corak & rekaan pemegang ni ergonomic, kita mudah nak pegang & tak licin. Sooo selamat.

 Ha! Bestkan kualiti cookware ni.

Serius weh, yuyu terus redeem. Menggelupur cari barang biar dapat kumpul sticker. Tak kira! Nak juga redeem. Lulz.

Ingatkan nak redeem satu, rupanya 'ter' redeem dua. Ok lah, lepas ni redeem tiga pulak. Ihik :p

Nahh! Taknak cakap banyak. Nanti yuyu share terus video resepi Bubur Cha Cha & Ayam Masak Kurma guna Neoflam de Chef kat Instagram yuyu. Korang wajib tengok. Cookware ni akan terus menaikkan semangat nak masak lebih tau. Hihi.

Taraaa...Yuyu share gambar je lah dulu ya. Dapnyaaa 😋



Jangan lupa follow Instagram yuyu k ( @yuyuzulaikha ), untuk tengok video yuyu tu. Alahai. Lepas ni nak masak apa pulak ya dengan Neoflam de Chef cookware ni? Korang pula better pergi terus AEON BiG sekarang, redeem cepat-cepat, time ni lah kita nak beli the best cookware dengan harga terlampau murah

Selain tu, kalau korang nak tahu lebih pasal promosi Neoflam De Chef ni di AEON BiG, boleh terus tengok sini :



Boleh tengok juga video Oppa ni pikat hati emak girlfriend dia guna Neoflam de Chef:

Cari stock puasa seminggu terus. Jimat! 

 Jimat poket suami ai :p

Yang penting, korang wajib tahu pasal AEON BiG member card :
• Pendaftaran PERCUMA
• Tiada yuran bulanan atau tahunan
• Kumpul point untuk rebate tunai
• Dapat enjoy special member price
5% Diskaun pada setiap hari Ahad kedua & pada setiap 28hb setiap bulan

Kalau nak tau lebih lagi, boleh klik sini : http://aeonbig.com.my/member-card

Yang penting jadi member adalah percuma. 


Lepas dah shopping banyak tu, korang boleh dapat PERCUMA sampul raya AEON BiG dengan pembelian minimum RM80. Setiap pack ada lima keping sampul. Kalau spend RM240, boleh terus dapat tiga pack. Ok, cukup dah untuk segerombolan anak-anak saudara kat kampung kan, tapi kena cepat lah, kang habis, alahai, menyesal!




Terima kasih sudi baca



Love,

5 comments

  1. Cantik design periuk tu.. btw jom kekal sihat di sini https://www.ketamkecil.com/4-langkah-kurangkan-risiko-serangan-jantung-yang-boleh-bawa-maut/

    ReplyDelete
  2. Alahai ... seronok tengok family kak yuyu. Completing each other.
    .
    Jom visit blog kami http://diarianggun.blogspot.com/2018/06/5-penyebab-jeragat-yang-paling-popular.html?m=1

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.