June 7, 2018

KAO's Secret of Happiness | My Modern Parenthood

Assalamualaikum

Bila dah kahwin, masa kita kena dibahagikan untuk diri sendiri dan rumahtangga. Lagi lah kalau ada anak, bahagi pula lagi dengan masa untuk anak-anak. Macam yuyu sendiri, bila dah ada anak dua ni, kadang tu, masa untuk diri sendiri pun tak banyak.

Rumah (read: pinggan mangkuk, baju, semua isi rumah lah) nak kena bersih. Anak nak kena selesa. Suami kena gembira. Diri sendiri pulak kena lah bahagia. Nampak macam mustahil. Yuyu ni lagi lah, mana pakai maid pun.

Tapi..

Semuanya tak mustahil, bila...

Kita saling bekerjasama dan menggunakan product yang sangat membantu 


Untuk tahun ni, sekali lagi yuyu join campaign Welcome to My Modern Parenthood oleh Kao. Kalau nak tahu, Kao ada keluarkan guidebook untuk parenting, yakni "Secret of My Modern Parenthood", di mana, guidebook ni telah mendapat Malaysia Book of Record bila mana berjaya menjual sebanyak 40,000 naskah!

Jadi, tahun ni adalah tahun ketiga untuk Welcome to My Modern Parenthood. 



Tahniah!


Demo yang dengan product Kao, para ayah pun boleh turun padang ringankan tugas emak-emak


Sebenarnya, kami laki bini (yuyu & husband), menekankan sangat aspek kerjasama dalam rumahtangga. Suami basuh baju, yuyu cuci pinggan, suami sapu sampah, yuyu kemas rumah, dan boleh kata hampir semua kerja rumah kami sama-sama buat. Bagi suami yuyu, tiada istilah bini buat semua kerja rumah, aku laki cari duit saja. NO!

Malah, anak-anak pun kami dah mula ajar untuk saling bantu. Lepas main, tolong kemas. Kalau ibu masa, tolong ibu di dapur. Jadi, kehidupan akan terasa lebih ringan dan harmoni. InsyaAllah.

Macam tu juga yang ditekankan oleh Kao, di mana mereka membantu untuk meringankan kerja-kerja rumah dengan menghasilkan produk yang terbaik. Baik dari sabun pencuci lantai, mop lantai yang modern senang betul guna, sabun basuh baju, sampailah ke lampin budak yang menyerap dengan sangat baik. Dah bertahun yuyu sekeluarga sendiri memilih Kao.

Paling yuyu puas hati adalah Merries. Anak-anak yuyu guna time tidur, bangun tidur pagi tu tak kembung & tak lembik macam lampin lain.

Puas hati betul dengan Merries

Ini pun fav yuyu. Lagi-lagi Attack + Softener. Jimat duit tak perlu beli pelembut dah

Wajib ada kalau nak dapur sentiasa bersih berkilat. Semangat lebih nak masak.


Lagi-lagi ibubapa zaman sekarang yang majoritinya dua-dua (suami isteri) bekerja. Maksudnya, dua-dua dah penat dengan kerja, tapi dua-dua juga nak rumah sentiasa menyenangkan hati. Sapa lah yang nak tengok rumah sana-sini kotor kan. Masing-masing juga nak yang terbaik untuk anak-anak. Bila dah seharian penat, balik rumah, nak lah semuanya selesa.

Baju bersih = LEGA
Lantai tak melekit = LEGA
Dapur tak ada kotoran sambal = Huish! LEGA!
Anak-anak tak meragam sebab terlampau selesa = Fuhh! Ini paling LEGA

Ini lah sebenarnya impian setiap keluarga. Kann :)

Benda penting kita kena tahu:
  • Merries adalah Japan's No.1 Baby Diapers 
  • Magiclean adalah Japan's No.1 Home Care Range
  • Attack adalah Japan's No.1 Laundry Concentrate Powder


Mop dari Kao sangat mudah. Habib berebut dengan ayah, nak bantu ibu di rumah. Senang kerja ibu dengan Kao ni. Terima kasih :)



Untuk lebih lanjut mengenai Kao dan Welcome to My Modern Parenthood, korang boleh terus tengok sini ok:





Terima kasih sudi baca


Love,

8 comments

  1. Wahh ... alhamdulillah Allah kurniakan yuyu sebuah keluarga yang saling melengkapi antara satu sama lain. http://diarianggun.blogspot.com/2018/06/kulit-wajah-rosak-akibat-kosmetik-dan.html?m=1

    ReplyDelete
  2. betul tu,bila ada ank kecik makin bertambah tugasan dlm nak memastikan keselesaan dan kebersihan utk anak2..yupppp,that why i every 2 day nak kena mop living hall,memang port budak2 main2 kt situ.Memang guna Kao :)

    ReplyDelete
  3. rajin habib tolong.. hehehe

    ReplyDelete
  4. comel.. rajin tolong lap lantai ek.. hehe

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete
  5. Banyk range produk KAO yang best2 kan

    ReplyDelete
  6. Wah.. seronoknya! Alhamdulillah yuyu dikurniakan keluarga yang saling melengkapi antara satu sama lain. Semoga yuyu dan keluarga kekalkan sikap tolong menolong ni.

    Jemputlah bertandang blog saya jika ada kelapangan ^_^ maaf lah belog saya yang xberapa syantik ini.
    https://liyananur91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. keluarga bahagia inshaallah.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.