Assalamualaikum ♥
Ini adalah kali ke tiga yuyu ke Terengganu. Masa pertama kali ke sana, yuyu baru form 2, duduk rumah emak saudara di Kemaman. 2nd time ke Terengganu, paksu yuyu kahwin dengan orang Kemaman tahun lepas. Itu pun pergi tengah hari, baliknya petang, tak sempat nak jalan-jalan mana pun. Sedih betul rasa.
Kali ni, tak habis dengan reward diri untuk Hari Ibu di Alamanda, terus pulak ke Mesra Mall, Terengganu. Rezeki. Yuyu ikut ja, memang teringin pun jalan-jalan Terengganu ni. Teringin betul nak makan keropok lekor tepi pantai Terengganu.
Best rupanya Terengganu ni. Orang-orangnya macam alahai lemah lembutnyaaa.. Sampai saja Terengganu, benda pertama yuyu cari adalah Mesra Mall. Orang kata, Mesra Mall adalah mall terbesar di Terengganu, banyak attraction sekitar dia. Jadi, jom yuyu share sikit

Kami laki bini bersepakat untuk makan dulu di Mesra Mall ni. Dari KL ke Kemaman, ambil masa lebih kurang 4 jam. Nasib lah si Habib & Affan tidur sepanjang perjalanan, fuhh, sipi-sipi lagi nak sampai baru dorang bangun, dapatlah ibu rehat banyak dalam kereta.

Dorang aktif yakmat time ni, fenat ibu ok. --'

Mee Tarik sini, hoi, sedap betul! Satu pinggan, boleh share dua orang, portion dia memang taknak orang diet ni :p
Selesai saja makan, terus husband ajak cari handbag & kasut baru. Amboi dia. Kemahen. Yang paling menarik minat yuyu adalah Hush Puppies. Memang dari dulu, yuyu suka betul Hush Puppies. Kualiti dia TERBAIK, tapi harga dia mampu-milik.

Bila cakap nak shopping tu, terus nampak Hush Puppies ni di Mesra Mall.
Design-design di Hush Puppies, selalu simple, dan sesuai dari remaja hingga opah-opah pun boleh pakai. Kasut dia lagi lah, jenis selesa tahap dewa. Bertahun pakai pun, boleh elok lagi. Itu yang tak fikir banyak kali dah kalau bab nak shopping di Hush Puppies ni.
Masuk saja Hush Puppies, yuyu dah ada 'kegemaran' yuyu dah. Hehe. Tak perlu pening cari dah:

Taraaa! haha. Handbag & kasut ni adalah yang sangatlah high in demand di seluruh Hush Puppies Malaysia. Huyyo! Sebab apa? Sebabb...

Ini adalah Body Shoe, di mana ia dicipta untuk keselesaan yang menyeluruh lagi-lagi untuk support tulang belakang kita. Ok. Taknak cakap banyak, ya, yuyu memang pilih terus kasut ni. Kaler hitam. Hihi.

Walaupun awalnya yang ni menggugat hati kuhh.. Sebenarnya, awal tu nak ambik yang ni, sebab dia wedges, ai akan nampak 4 inci lebih tinggi, tapi, argh, kenapa perlu satu pilihan saja!
Ok. Bab kasut kita tak payah fikir dah. Sekarang handbag pulak. Ini pening sikit, sebab handbag di Hush Puppies, semua macam kena dengan jiwa yuyu, siap ada size besar, sederhana & kecik, pilih saja ikut size badan diri sendiri, tapi faham tak, bila semua handbag cantik. Nak pilih mana? Itu yang sejam tu duduk dalam Hush Puppies saja

Ini lawaaaa. Imagine bawa dia time hari raya nanti. Makan Almond London sambil kepit handbag, dalam hati kata, hello, tolong lah puji handbag merah ai ni lawa

Yuyu tak tahu lah, tapi kali ni, yuyu asyik cari yang merah je. :p

Semua design simple, sampai tak tahu pilih mana
Keluar dari butik Hush Puppies, eh, nampak pulak Sembonia. Tapi kan dah beli lengkap di Hush Puppies? Alaa. Jom lah jalan-jala cuci mata, kalau ada berkenan, mana tau boleh beli lagi satu. Hehe. Sembonia punya design pun boleh tahann. Ada satu beg yang laki punya, yuyu minat betul kalau husband pakai.

Time ni macam nak gila, ada 50% sale pulak tu! Adoi.

Tengah check calculator ni, saving tinggal berapa. Lulz :p

Suami kata, handbag ni lawa. Hmm.
Tapi kannnn.. Nak tak nampak macam lain daripada lain sikit. Kena pilih lah sesuatu yang tak ketinggalan zaman kan. Nampak selalu muda, tapi handbag yang sangat practical, sesuai untuk bawa ke mana-mana.

Kena pilih ini lah! Kalau dah sampai Sembonia Mesra Mall, terus grab ni, sebab ada 10% off untuk new arrival. Jimat dah
Terus ambik. Dalam tu nampak besar sikit, sebab ni display unit, penuh paper lagi dalam handbag tu :p

Yas! Yasss! Tak menahan betul lah dengan new arrival dari Sembonia ni. Terus lari bajet tau. Macam mana ni. Tengok lah dia punya shiny diaaaaa.... --'
Kalau korang datang Mesra Mall nanti, please ok, tengok depan-depan new arrival ni di Sembonia, serius korang rasa nak beli terus semua. Haha. Tapi, jangan fikir dua tiga kali, sebabnya, kalau korang beli atas RM350 dalam dua resit, korang berpeluang untuk menang mystery box (premiums).
Dah lah dapat beli handbag/kasut cantik, lepas tu, boleh menang hadiah misteri pulak tu. Semua ni adalah untuk Hari Ibu. Mana tau, sambil kita cari reward untuk Hari Ibu, dapat pulak hadiah kan.. Yang penting, khas untuk pengunjung Mesra Mall:
- Shopper redemption program: Shoppers to spend RM350 in a min of 2 receipts at any specialty stores will stand a chance to win a guaranteed prize from our mystery box (premiums)
- Activities on 12 May 2018: Make-up session with The Body Shop; Hijabista session with Lyana Collection.
- Collaboration with Persatuan Kakitangan Wanita Petronas (Petronita). They will be lead the Zumba session and will invite shoppers to join.
- CSR Program on 11 & 12 May 2018: Women’s Health Check-up by KPJ Pahang Specialist Hospital. Special check-up for women’s only i.e. blood pressure test, cholesterol check, health screening and body mass index.
Best kannnn. Untung lahhh korang. Yuyu dah balik KL dah ni. --'

Ada orang tengah test Sembonia Men's Duffel baru lah. Ish. Terus nampak handsome walaupun muka nak tidur tu :p

Backpack macam ni pun, ok juga. Sembonia ni kannn. Saja tauu buat orang rambang mata. Kalau korang, pilih mana?

Mesra Mall tempat dia cantik. Suka rilek-rilek dengan anak di sini. Untung orang Terengganu boleh selalu datang :)
Terima kasih sudi baca
Love,
Salam kenal dan singgah sini...blog saya https://cararesepi.blogspot.my/
ReplyDeletesinggah sini tengok mesra mall...
ReplyDelete