Assalamualaikum

Bersama anak-anak yatim dari Rumah Siraman Kasih, Rawang.

Alhamdulillah. Minggu lepas, yuyu berpeluang sekali lagi untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia. McDonald's Malaysia memang terkenal dengan suka buat event charity macam ni, malah kalau nak tahu, dorang antara pemberi zakat terbanyak tau :)

Majlis Berbuka Puasa bersama McDonald's ni diadakan di  Masjid Kampung Raja Uda, Klang. Kalau dari rumah yuyu, tak lah jauh sangat. Sebelum pergi majlis tu, ingatkan sikit saja orang, rupanya kauu, anak yatim saja dah 500++. Ya Allah,  terharu sangat tengok bila ada yang sanggup menceriakan anak-anak yatim lagi-lagi di bulan Ramadhan ni.



Majlis bermula pada pukul 5:30petang dengan kehadiran tetamu juga tetamu-tetamu terhormat. Sambil tunggu waktu berbuka, dipenuhkan masa dengan penyampaian sumbangan RM10,000 kepada 12 rumah anak-anak yatim oleh Managing Director McDonald's Malaysia sendiri, Encik Azmir Jaafar kepada pengetua rumah-rumah anak yatim.

Majlis ni juga disokong penuh oleh Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan & Majlis Agama Islam Selangor.


Bukan tu saja, setiap lebih 500 anak-anak yatim akan menerima duit raya juga. Ya Allah, murah rezeki time Ramadhan ni kan. Memang nampak lah dorang happy sangat. Sapa lagi yang mampu menceriakan dorang kan, kalau bukan kita-kita yang prihatin. Antara rumah-rumah anak yatim yang menerima sumbangan adalah:
  1. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun, Rawang
  2. Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor, Petaling Jaya
  3. Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Klang
  4. Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah, Rawang
  5. Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang
  6. Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang, Kuang
  7. Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting
  8. Rahoma Darul Fakir, Subang
  9. Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh
  10. Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha, Batu Caves
  11. Rumah Anak Yatim & Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat
  12. Pusat Jagaan Siraman Kasih, Rawang

Untuk berbuka, kami dihidangkan dulu dengan bubur lambuk, kurma, dan kuih muih, tapi belum berbuka pun, Habib & Affan dah habiskan dulu. --'

Lepas berbuka, kami semua menunaikan solat Maghrib dulu, kemudian baru lah makan yang lebih berat

Ehh, ada Nasi McD baru lahh. First time ni nak rasa, selalu dengar orang cakap sedap sangat ja, hari tu makan sendiri, memang sedap betul! Dah tu, dapat pulak berkotak-kotak ayam goreng McD. Tolong lah jemput yuyu lagi nanti. :p

Sebelum berterawih bersama-sama anak yatim, yuyu sempat berkenalan dengan anak-anak yatim. Dorang memang suka dengan semua orang. Bila yuyu datang ja, berkerumun dorang nak main dengan Affan & Habib. Suka betul bila dapat berborak dengan orang ramai. Dorang sangat ramah dan hargai masa yang kita bagi untuk dorang.

InsyaAllah bila kita ada kelapangan lebih, rezeki lebih, kita cuba untuk luangkan masa dengan mana-mana anak yatim. Banyak rumah anak yatim di Malaysia ni. Yuyu pernah ke rumah anak yatim di Rawang, memang sedih kalau kenangkan kehidupan dorang. Paling kecik yuyu pernah tengok umur 3bulan.

Suka betul dorang nak main dengan Habib & Affan :)

Dua-dua budak ni, Ibu tak dapat bendung dah. Sorang lari ke utara sorang lari ke selatan. Balik rumah terus tidur berdengkur --'


Alhamdulillah. Sebelum tu, terima kasih kepada pihak McDonald's Malaysia kerana sudi jemput yuyu, yuyu sangat hargai dan yuyu seronok sangat bila dapat luangkan masa dengan anak-anak yatim. InsyaAllah yuyu akan terapkan nilai murni dengan anak-anak yuyu supaya selalu prihatin dengan mereka yang kurang bernasib baik. 

Terima kasih sudi baca



Love, 
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. comelnya, ramai anak-anak yatim tu, bgus company yg besar2 ni buat sumbangan di bulan ramadan gini..
    skurang-kurangnya kita ni pun jadi insaf bila kenangkn nasib diorg yg kurang bernasib baik dari kita..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . Seronok nmpak anak2 yatim ni happy. Semoga sumbangan ni tak hanya fokus kepada bulan ramadhan semata mata. Keep on sharing kak yuyu. Visit https://www.ketamkecil.com/apakah-risiko-ubat-untuk-sakit-endometriosis/

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS