Lego Star Wars Days

Thursday, May 10, 2018

Assalamualaikum

Dah habis ke kecut perut semalam? Hehe. Yuyu tengah kecut perut tunggu pukul lima pulak, tapi, jom lah kita hilangkan stress sikit. Yuyu nak share pasal pengalaman yuyu masa join Lego Star Wars Days hari tu. Syoq baq hang! Tolong baca sampai habis, sebabnya, korang berpeluang untuk menang,

LEGO STAR WARS BB8
Bernilai RM500 ++





Tup tup, dah 41tahun dah Star Wars kan. Husband & Habib ada kipas-susah-mati Star Wars. Yuyu join lah. Untuk kali ni, maksudnya, dah kali ke dua yuyu join Star Wars Days di Legoland. Ya Allah, memang seronok sangat, meriah! Kalau korang yang spesis tak lah layan pun Star Wars, tapi join je event ni, hoi, balik rumah, terus marathon Star Wars dari awal. Haa. Yuyu lah salah satu spesis tu.


Untuk tahun ni, event bermula dengan jam 11 pagi. Dimulakan dengan marching. Semua yang bercostume Star Wars, akan berarak sampai ke Star Wars Miniland. Lepas tu ada aktiviti untuk kami para media. Cari Lego Darth Vader, di Miniland, 10 yang terpantas akan dapat limited edition Kylo Ren Lego Space Ship.

Yuyu memang tak?

Mesti lah tak. Sudah lah si Affan meragam nak susu, si Habib pulak takut dengan C3-P0. Dua-dua pegang ibu. Orang lain lah menang hadiah best tu. Hmm..

Sampai berlari lah para media. Semangat ok :p

Ini haa. Yuyu jumpa lambat! Nangis T_T

Setiap kali event Star Wars Days di Legoland, mesti aura Star Wars tu membuak-buak lain machiammm

Jomm layan sikit gambar kami satu family sepanjang Legoland Star Wars Days sempena Star Wars 41st Anniversary:

Habib taajub betul dengan lightsaber Kylo Ren tu. Apesal Affan macam tu? Ok tengok gambar seterusnya :p
Lol. Sebenarnya, dia takut nak mampos dengan semua manusia yang pakai costume Star Wars. Dia nangis bagai hilang mak.

Habib dah cool ja, sebab dia dah pernah join sebelum ni. Dia lagi lah excited nak join 


Haha. Semoga Affan tengok gambar ni balik bila besar nanti eh >.<

Lepas saja perasmian Star Wars Days ni tamat, semua yang pakai costume Star Wars ni akan berlegar di sekitar Legoland Theme Park untuk sesi bergambar. Serius dorang sangat friendly dan nampak sangat real macam dalam movie. Please lah korang join.

Boleh lagi ke join?

Eh. Mesti lah boleh. Sebabnya, Legoland Star Wars Days ni akan berakhir pada 13 May ni. Dah nak dekat puasa ni, better korang bawa lah satu family datang enjoy kejap di Legoland. Selain datang mendalami Star Wars, korang juga berpeluang untuk menang LEGO STAR WARS BB8 yang bernilai RM500++ tu

Dengan join contest Lego Speed Building. Yang terpantas akan menang (mesti lahh). Korang kena beat time paling pantas sepanjang minggu ni. Haa. Hari tu husband ada join, para contestant termasuk dari Jepun, Indonesia, Singapore dan China, kau!

Ingatkan menang kat husband sebab dia kalau kat rumah, pasang Lego, zup zup zap dah siap, sekali family dari Jepun tu, hoi, husband yuyu baru siap setengah, dia dah habis, dengan masa 16 minit, walaupun masa terpantas adalah 14 minit. Lagi tak boleh blah. --'

Time ni rasa pundi kencing nak tercabut. Seremmmm


Jangan lupa datang tau weekend ni, Jumaat Sabtu & Ahad. Selain boleh menang BB8 tu (ok, jeles), better korang subscribe untuk Annual Pass, sebabnya, ada cabutan bertuah, boleh menang kereta ALMERA!

Mungkin ibu kena beli kot satu lightsaber tu, nanti senang semangat lebih sikit join Star Wars Days tahun depan. Hmm.


Terima kasih sudi baca


Love,
Yuyu Zulaikha Eswan


5 comments:

  1. bestnya lah..
    tapi masalahnya nak ke sana tu...
    dah lama teringin, tak lepas-lepas sampai sekarang

    ReplyDelete
  2. Seronoknya !!! Good time with family . Let's visit http://diarianggun.blogspot.my/2018/05/atasi-kulit-kusam-dan-dapatkan-kulit.html?m=1. Nak cantik kan ?

    ReplyDelete
  3. Bagus betui kak yuyu spend masa dgn anak-anak . Semoga anak2 membesar dgn baik . Jom sama2 jana pendapatan di sini https://www.ketamkecil.com/mulakan-bisnes-modal-rendah-elak-kerugian-banyak/

    ReplyDelete
  4. Memang teringin nak kesini..just tunggu anak besar sikit je, super aktif susah nak jaga

    ReplyDelete
  5. Each of these different settings will certainly provide you with the most memorable wedding photos which
    will serve you for a lifetime. If you find that certain something creates fire,
    then put it to use every now and then, this will keep that relationship ever grounded, and, it will have you both
    smiling, that will have everyone wondering that are
    used for so happy all things considered of the time. In a stark contrast to some padded
    bra, a pre-formed bra doesn't need padding - they're usually produced from a thin material plus
    they are made to only hold their unique shape, instead of adding volume
    in your bust.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan