May 26, 2018

Majlis Berbuka Puasa McDonald's Malaysia Bersama Anak-anak Yatim

3 comments
Assalamualaikum

Bersama anak-anak yatim dari Rumah Siraman Kasih, Rawang.

Alhamdulillah. Minggu lepas, yuyu berpeluang sekali lagi untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia. McDonald's Malaysia memang terkenal dengan suka buat event charity macam ni, malah kalau nak tahu, dorang antara pemberi zakat terbanyak tau :)

Majlis Berbuka Puasa bersama McDonald's ni diadakan di  Masjid Kampung Raja Uda, Klang. Kalau dari rumah yuyu, tak lah jauh sangat. Sebelum pergi majlis tu, ingatkan sikit saja orang, rupanya kauu, anak yatim saja dah 500++. Ya Allah,  terharu sangat tengok bila ada yang sanggup menceriakan anak-anak yatim lagi-lagi di bulan Ramadhan ni.

May 10, 2018

Lego Star Wars Days

6 comments
Assalamualaikum

Dah habis ke kecut perut semalam? Hehe. Yuyu tengah kecut perut tunggu pukul lima pulak, tapi, jom lah kita hilangkan stress sikit. Yuyu nak share pasal pengalaman yuyu masa join Lego Star Wars Days hari tu. Syoq baq hang! Tolong baca sampai habis, sebabnya, korang berpeluang untuk menang,

LEGO STAR WARS BB8
Bernilai RM500 ++



May 8, 2018

Reward Apa di Terengganu?

3 comments
Assalamualaikum

Ini adalah kali ke tiga yuyu ke Terengganu. Masa pertama kali ke sana, yuyu baru form 2, duduk rumah emak saudara di Kemaman. 2nd time ke Terengganu, paksu yuyu kahwin dengan orang Kemaman tahun lepas. Itu pun pergi tengah hari, baliknya petang, tak sempat nak jalan-jalan mana pun. Sedih betul rasa.

Kali ni, tak habis dengan reward diri untuk Hari Ibu di Alamanda, terus pulak ke Mesra Mall, Terengganu. Rezeki. Yuyu ikut ja, memang teringin pun jalan-jalan Terengganu ni. Teringin betul nak makan keropok lekor tepi pantai Terengganu.

Best rupanya Terengganu ni. Orang-orangnya macam alahai lemah lembutnyaaa.. Sampai saja Terengganu, benda pertama yuyu cari adalah Mesra Mall. Orang kata, Mesra Mall adalah mall terbesar di Terengganu, banyak attraction sekitar dia. Jadi, jom yuyu share sikit

May 7, 2018

Reward Di Hari Ibu

2 comments
Assalamualaikum

Rentetan entry lepas pasal reward husband untuk yuyu sempena Mother's Day tahun ni, yuyu rasa terpanggil pulak (alahai) untuk kongsi sikit tips hadiah buat para ibu. Ini adalah dari pandangan yuyu seorang ibu anak dua, dan seorang yang jarang sangat reward diri sendiri dengan beli beg baru, baju baru apa segala lah persiapan diri yang baru

*selalunya time raya saja. cough*

Ibu-ibu ni, bukan nak sangat yang beribu-riban ringgit. Hadiah dari hati pun dah cukup (tapi kalau nak bagi yang ribu-riban apa salahnya. Tehee :p ). Ibu-ibu ni faham, ayah-ayah ada banyak sangat tanggungan kan. Nahh, untuk Mother's Day kali ni, kan sebulan, jadi, sempat lagi lah pergi Alamanda shopping sikit untuk ibu-ibu. 

Haa tengok tu dia terus happy lantak lah baju sebakul tak lipat lagi kat rumah nuh.

May 5, 2018

Cara Simple Sambut Hari Ibu

6 comments
Assalamualaikum

Setiap tahun, bila sampai saja Hari Ibu, memang akan celebrate. Memang lah orang kata setiap hari pun boleh jadi Hari Ibu, tapi tak salah pun kalau kita celebrate satu hari special tu sebagai Hari Ibu dengan seluruh dunia. Serious rasa terharu dia lain machiam sikit.

Tahun lepas suami bagi bunga. Siap ada kad dia buat sendiri pulak tu. Tahun ni, awal-awal lagi husband dah plan untuk bagi hadiah Hari Ibu. Tak ada dah surprise. Dia suruh pilih apa-apa saja untuk diri sendiri, shopping lah apa pun, di mana pun. Haa. Bila tau dapat reward macam ni, ish, hilang rasa gatal parut czer bersalinkan si Affan hari tu. Ihik

Ada yang macam okay-tak-perlu-lah. Eh, terpulang lah kat individu. Ada yang happy bila celebrate, ada yang tak kisah pun. Yuyu sendiri pun suka celebrate Mother's Day dengan emak yuyu. Paling biasa pun, bawa dia jalan-jalan. Lagipun, benda positif kan. Let's spread positivity!

There is no way to be a perfect mother, but millions ways to be a wonderful one.

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.